Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ending : Takdir pen parker merah, Syam, Syah, dan Zulkifli...

  • 4
  • nurie
  • 16 years ago
  • 3,990
  • FREE

 

Ok..this is one of the ending....ending tak seberapa je ni..tak pandai nak buat ending..hehe...baca aje lah ye...:)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

         

         “Syah yang bagi ke?”  Soal suamiku itu dengan nada yang lebih sayu.       

         “A’ah..kawan saya,Syah yang bagi.” Spontan aku menjawabnya. Eh! Macam mana pula suamiku tahu?! Jantungku tiba-tiba berdetak dengan lajunya. Hatiku berdebar-debar. Siapakah suamiku ini? Persoalan berlegar-legar di mindaku.        

        “Err..macam mana awak boleh.......” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sekujur tubuh itu berpaling menunjukkan dirinya yang sebenar. Mataku berpinar-pinar terkejut. Ya Allah! Kejutan apakah ini?! Persis sekali wajahnya seperti Syah. Aku memerhati sekujur tubuh di hadapanku itu dari atas ke bawah. Tak mungkin!! Aku terjelepok duduk semula di atas katil dengan perasaan yang tidak percaya. Apa benar lelaki di hadapanku ini adalah.....     

        “Kif?!!” Nama itu terbit dari bibirku. Lelaki yang sedang duduk di hadapanku pantas mengangguk. Lelaki yang berada di hadapanku kini adalah Kif?!..rupanya Kif adalah Zulkifli?...dan Zulkifli adalah..suamiku? Ya Tuhan, apakah semua ini?! Kejutan apakah? Aku sememangnya tidak suka dengan kejutan. Aku mengusap-usap dada menenangkan diri. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang berada di hadapanku ini. Fikiranku diserbu seribu persoalan.       

        “Syah telah merancang segalanya sebelum dia pergi....” Kif berkata dengan sayu lagi sambil merenung pen parker merah di tangannya. Kemudian memandangku dengan senyum pahit terukir. Aku yang kebingungan bertambah hairan. Syah yang rancang? Syah pergi? Syah pergi ke mana?? Aku mula dihurung resah.

Kif bangkit berdiri dan mengambil tempat duduk di sisiku. Aku memandang tepat wajahnya menantikan jawapan atas apa yang telah berlaku secara drastik dan mengejut ini. Aku meneguk air liur. Menunggu Kif menutur kata. Jantungku berdegup kencang. Seperti ada sesuatu berita buruk yang bakal kuterima.      

        “Maafkan saya Syam....” Kif bersuara lemah merenungku. Aku membalas renungannya dengan tanda tanya. Please Kif, jelaskan padaku..berikan aku jawapan kepada kekeliruan dan kemusykilan yang sedang membukit di fikiranku!       

        “Maafkan saya atas apa yang berlaku ini Syam...perkahwinan ini adalah atas kehendak arwah Syah...sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dia amanahkan saya untuk memperisterikan Syam...” Serta merta kadar degupan jatungku meningkat. Aku tidak percaya apa yang baru kudengar. Kejutan apa pula kali ini? Aku tersalah dengarkah?!!      

        “Apa?.aa..ar..arwah? Sy..Syah?!”  Soalku putus-putus. Sedang debaran di dada tidak dapat ku bendung.

        Kif perlahan-lahan menganguk dengan wajah sedihnya.

Ya Allah!! Dunia kurasakan berputar seketika. Seluruh badanku lemah. Pandanganku kabur. Airmata mula bergenang di kelopak mata. Aku cuba tenangkan diri. Aku memandang tepat pada Kif. Kulihat keseriusan pada wajah tenangnya. Tak Mungkin! Aku tidak dapat menerima semua ini! Katalah Kif, bahawa ini satu gurauan! Hati kerasku ini cuba menafikan.      

       “Syah sudah lama pergi meninggalkan kita Syam...sudah hampir setahun dia pergi...” Kif cuba untuk menyakinkanku. Aku meneguk air liur. Syah sudah....?? Tiidaakk! Aku menggelengkan kepala. Sedang empangan air mataku mulai penuh.

Kif menyeluk saku baju melayunya dan mengeluarkan sesuatu. Sepucuk surat dihulurkan kepadaku. Aku yang masih terpana dengan berita yang baru ku terima hanya melihat surat itu dengan kaku.

        Pelahan-lahan Kif menyentuh tangan kananku dan meletakkan sendiri surat itu di atas tapak tanganku.        

        Kif ku pandang tepat. “Surat ni..?”       

        “Surat daripada arwah Syah...arwah berikan pada saya untuk diserahkan pada awak selepas arwah menghembuskan nafas terakhir...” Kata-kata Kif meruntuhkan kekerasan hatiku yang sedari tadi degil untuk menerima kenyataan.

Aku mula dihurung perasaan yang menyakitkan. Empangan airmataku sudah mulai berat. Sepucuk surat di tangan kurenung. Dengan tangan yang terketar-ketar, surat itu kubuka perlahan-lahan. Kelihatan coretan tulisan tangan Syah. Setiap baris ayat kubaca dengan teliti. Airmataku serta merta tumpah tanpa dipinta. Setiap helaian kubasahi dengan air mata. Air hangat ini mengalir deras sederasnya, sehingga baris ayat terakhir kuiringi dengan linangan airmata. Perasaan sedih dan pedih menjalar di setiap ruang hatiku. Aku kehilangan insan yang terlalu istimewa. Terlalu istimewa dalam hidupku...Kau pergi terlalu awal Syah...kenapa kau rahsiakan segalanya dari sahabatmu ini? Kenapa Syah??! Bentakku dalam hati. Aku memejamkan mata menarik nafas dengan pedih. Sesungguhnya permainan takdir ini amat menyiksakan...       

Aku memandang Kif dan menyerahkan surat itu padanya. Kif mengambil lalu membaca warkah yang telah renyuk dibasahi airmata. Seketika kemudian dia merenungku dengan wajah tenangnya.        

        “Syah telah satukan kita berdua Syam...” Kif memandangku. Ku tatap wajah seiras Syah itu dalam-dalam. Bayangan Syah melintas di fikiranku. Aku memejamkan mata lagi menahan gelodak rasa pedih yang cukup menyakitkan. Tangan hangat Kif kurasakan menyentuh ke pipi menyeka airmataku.  “Ini takdir kita Syam..impian Syah..” Kif bersuara lagi. Aku tidak dapat menanggung lagi kesedihan yang bercambur aduk dengan kejutan-kejutan yang sedari tadi menyerbu disegenap penjuru hatiku. Aku rebah dalam dakapan Kif.  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------         

                Bayu petang bertiup perlahan mengelus lembut ke pipi. Desirannya seakan membisikkan sesuatu di telinga. Ombak yang menghempas pantai seakan berirama balada menghiburkan hati. Keindahan pantai yang terbentang luas di hadapan kurenung. Segala-galanya memberikan ketenangan yang kurasakan tak berpenghujung. Gemilangnya ciptaan yang Maha Agung. Aku bersyukur atas segala-galanya.

               "Ibu! Ibu!” Aku tersentak dengan panggilan Lisa. Aku meninggalkan balkoni kamar tidurku menuju ke arah suara panggilan anak kecilku itu.

               “Tengoklah adik bu!..Nakal sangat!” Lisa yang berusia enam tahun berlari menerpa masuk di muka pintu bilik. Seperti biasa membawa rungutan tidak puas hatinya.

               “Apa lagi yang si adik tu buat? Kacau barang akak lagi ek?” Soalku lembut pada si kecil yang comel. Kepalanya kuusap perlahan. Apa lagi keranah anak kecilku yang satu lagi agaknya. Tak habis-habis dengan ragamnya yang sentiasa tidak boleh duduk diam.

               “Tak..kali ni tak.. Nak tau tak apa adik dah buat bu? Nah..surat-surat ibu ni yang dah koyak diselongkar adik dari bilik stor. Pen besi merah ni pun Adik dah main-mainkan tadi, conteng sana sini. Habis barang-barang ibu yang dalam kotak disepahkannya tau...” Lapor Lisa dengan liuk-lentuk tidak puas hatinya. Ke dua-dua tangan Lisa menghulurkan sebatang pen dan kertas-kertas usang ke padaku.

               “Liya!!!” Jeritku memanjang. Pen parker merah dan helaian-helaian kertas daripada Lisa kuambil. Pen merah yang kukenali. Hadiah seorang sahabat yang teristiwewa. Kertas-kertas di tangan kurenung. Kertas apa ni? Aku membelek-belek dan cuba membacanya.  

               ‘Assallammualaikum Syamizulaikha Dewisalina......’ Baris ayat pertama itu memang kuingat. Ini bukankah..ini surat lama Syah. Surat itu aku letakkan di atas katil.

              “Erm, akak tolong tengok-tengokkan dulu adik kat bilik stor bolehkan. Ibu nak baca ni dulu, kejap lagi ibu datang tengok ye...” Aku mengarahkan Lisa. Lisa buat muncung panjangnya dan mengeluarkan bebelan kecil meninggalkan aku. Aku tersenyum melihat keletah anak kecilku yang patuh perintah itu. Mataku mengiringi kelibat Lisa sehingga hilang di sebalik tangga.  

              Pan parker merah dalam genggaman ku letakkan di tepi. 3 helai kertas yang usang di atas riba kurenung. Warkah yang dihadiahkan padaku di hari pernikahanku. Warkah daripada seorang sahabat yang telah lama pergi. Terdetik di hati untuk membacanya kembali. Satu persatu baris ayat kubaca sayu...

Assalamualaikum Syamizulakha Dewisalina...... 

Kehadapan sahabatku yang dirindui....

Sudah bebulan-bulan aku terbaring di katil hospital bumi asing ini Syam...Penyakitku telah bertambah dengan mendadaknya ke tahap yang lebih kritikal. Aku dihantar ke sini semata-mata untuk mendapat rawatan penjagaan rapi sepenuhnya sedangkan aku tidak perlukan itu semua.. tidak perlu lagi untuk aku yang akan pergi bila-bila masa... Aku ingin kembali ke Malaysia Syam..jika aku boleh terbang ke sana, sekarang juga aku akan kuakkan sayapku dan terbang pergi mencarimu..aku ingin bersua denganmu buat kali yang terakhir..
Tapi..aku tahu itu memang mustahil...aku di atas katil ini tiada kudrat lagi untuk berdiri...hanya jari-jemari yang dapat bergerak untuk melakarkan warkah ini buatmu..... 

Maafkan aku kerana kehadiran warkah ini dalam hidupmu. Warkah panjang ini warkah pertama dan terakhir untukmu Syam. Aku di sini kini menghitung hari menunggu ajal untuk menjemputku pergi. Sebelum aku pergi buat selamanya, ingin aku luahkan segala-galanya...aku harap segala-gala kemusykilan akan terungkai dengan kehadiran warkah ini.... 

Syam sahabatku,  

Ingatkah lagi pada hari pertemuan pertama kita? Pertemuan yang hampir mencetuskan perang..yang berpunca hanya kerana sebantang pen.. Di hari itulah aku mengetahui akan penyakit yang sarat aku tanggung ini. Hari itulah doktor mengesahkan aku menghidap barah hati peringkat awal..yang masih boleh diubati dengan hanya mengambil ubat..Tapi..benar kata orang Syam, ajal dan maut tiada siapa yang tahu. Tidak sampai beberapa tahun, bayangan ajal sudah menerpa menjelma di hadapanku... Takdirku sudah tertulis Syam...Di awal semester akhir, secara tiba-tiba aku disahkan berada pada tahap membimbangkan. Penyakit berbisa ini menyerang terlalu awal dan dengan kadar pantas akan meningkat ke  tahap lebih kritikal. Waktu itu aku sendiri terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan. Mungkin kau sendiri pun tidak menduga aku yang kelihatan sihat dan ceria ini sebenarnya menanggung penyakit yang kronik....Syam,  Aku cuba sedaya upaya untuk tunjukkan yang aku tidak sakit. Aku tidak mahu diriku dilihat lemah. Hari-hari kulalui seperti biasa.. Semuanya keranamu Syam.. Aku berpegang pada prinsipmu yang kau tunjukkan padaku. Kau seorang gadis kuat, tabah dan cekal. Tidak mudah rebah dengan mana-mana  ujian yang mendatangi hidupmu.. Orang mengatakan kau keras hati,  sedangkan aku tahu hatimu itu selembut sutera. Kau hanya seorang gadis yang tegas dengan pendirian dan tidak mudah goyah dengan seribu halangan. Nilai yang ada dalam dirimu itu menjadi kekuatan pada diriku. Pendorong aku untuk melalui sisa kehidupan ini dengan lebih bahagia... 

Syam yang disayangi, 

Buat pengetahuan kau, waktu itu jugalah aku mulai sedar dan rasai suatu perasaan yang wujud antara kita Syam. Perasaan yang akan membuai hatiku bila bersama denganmu. Ternyata aku terpesong dari landasan sebenar perhubungan kita yang digariskan dengan persahabatan. Kasih seorang sahabat betukar kepada kasih seorang kekasih. Lucu bukan..aku ternyata menyayangimu lebih dari seorang kawan...Perasaan ini aku sendiri tidak dapat menghalang, hadirnya juga tidak kuduga. Dan untuk itu, aku tidak mahu ini berlaku pada kasih persahabatanmu Syam. Aku tidak mahu kau menyayangi aku lebih daripada kasih seorang sahabat. Aku tidak mahu hatimu dimiliki oleh seorang yang tiada masa depan yang bakal pergi dalam masa terdekat ini... Sebelum perasaan kasihmu berubah..aku bertindak terlebih dahulu menghalangnya... Aku dan Ain merancang sesuatu. Dan ternyata segala-galanya memang berubah.. aku sendiri tidak menjangka perubahan besar rupanya berlaku. Aku tidak menduga kau menjauhkan diri daripadaku. Ternyata rancangan itu membawa kau pergi dari hidupku. Aku kehilanganmu Syam.. Waktu itu seksanya hati ini tiada siapa yang tahu..namun, aku telah menyedari bahawa apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Biarlah kau pergi jauh dariku Syam..kerana itulah yang sebaik-baiknya. Agar aku tidak membebanimu dengan masalah penyakitku ini...Aku tahu kau sahabat yang sejati, kerana itu aku tidak mahu sahabatku sejatiku bersedih keranaku. Aku tidak mahu orang yang aku kasihi menanggung beban sakit ini bersamaku. Biarlah aku sendiri tanggung penyakit yang berbisa ini. Maafkan sahabatmu ini kerana merahsiakan segala-galanya...  

Sahabatku yang dikasihi, 

Terima kasih sebab sudi menerima salam persahabatan dariku. Terima kasih kerana selama ini kau menjadi sahabat sejatiku. Aku menjalani hari-hari yang bahagia bersamu dalam tiga tahun ini, aku hargai hari itu Syam.  Kau hadir menceriakan hidupku, menghilangkan bisa kesakitanku dan memadamkan kecelaruan hatiku. Kau sahabat  yang amat ku sayangi... Walau hanya dalam masa yang singkat, aku bersyukur dengan takdir Ilahi ini. Aku bersyukur  kerana menghadirkan dirimu dalam hidupku...Takdir yang mempertemukan kita dalam tragedi pen paker merah..dan takdir jugalah yang kini memisahkan kita.. Takdir Allah yang Maha Kuasa..aku bersyukur Syam..... 

Terakhir dariku.... 

Sesuatu yang penting inginku sampaikan di sini... Sebelum aku pergi, ingin aku selesaikan di sini. Aku hadiahkan kau sesuatu Syam. Aku telah hadiahkan padamu pen paker merah melalui Kif..Pen besi berat yang menjadi saksi pertemuan kita. Pen itu sebenarnya milik Kif, hadiah pemberian ayahku kepadanya. Disebabkan aku yang berdarah remaja dulu, cemburu dengan pencapaian akademik Kif, secara senyap aku curi pen itu daripadanya sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran. Tapi rupanya Kif tahu aku ambil pen miliknya itu. Dia tahu, tetapi dia tidak sedikit pun menyimpan amarah padaku. Malah dia hadiahkan pen itu kepadaku. Betapa baiknya saudara kembar yang amat memahamiku itu Syam.....aku bertuah menjadi saudara kembarnya... 

Pen itu kini telah pun ku hadiahkan untukmu..dan juga aku hadiahkan Kif padamu Syam. Sebenarnya buat pengetahuan kau,  Kif pernah memberitahuku bahawa dia tertarik hati dengan sahabat karibku yang comel ini. Semuanya melalui gambar-gambarmu yang sering kuhantar ke emailnya dan cerita-cerita tentangmu yang kami sentiasa kongsikan bersama. Dan Syam, aku dapat rasakan firasatku kuat mengatakan bahawa saudara kembar ku sedang menaruh hati pada sahabat karibku ini...ternyata dia menyimpan perasaan terhadapmu Syam..   

Syam, saudara kembar kesayanganku itu sememangnya lelaki yang baik untukmu. Kif layak menjadi pasangan hidupmu. Aku tahu dia lelaki yang baik kerana aku juga saudara kembarnya yang amat memahami hati tulusnya itu...Terimahlah Kif Syam..itu saja hadiah terakhir yang dapat kuberikan padamu sahabat...Aku inginkan kamu berdua bahagia...itulah satu-satunya impian terakhirku..... 

Nampaknya Syam,  sampai di sini sahaja yang mampu ku tulis...tanganku tidak ada kudrat lagi untuk terus menari di atas warkah ini. Aku harap segalanya sudah jelas..tiada lagi yang tersirat..yang tersirat kini sudah pun tersurat...semoga aku dapat melangkah kaki pergi dari dunia ini dengan hati yang tenang.... 

Ketika kau baca warkah ini aku sudah tidak ada dunia ini lagi...dengan itu,  jangan tangisi pemergian sahabatmu ini...aku tidak ingin airmatamu menitis keranaku...senyumlah sentiasa meniti hari bahagiamu......Ampunkan segala kesalahanku dan halalkan semua makan minumku.... 

Terima kasih kerana menjadi sahabat Syahrul Zulkifli wahai Syamizulaikha Dewisalina...siapa yang tak kenal denganmu Syam, gadis garang dan keras hati tapi comel mencuit hati lelaki...persahabatan ini akan kubawa ke ke akhir hayat..... Terima Kasih Syam....kenang aku dalam doamu......    

Sahabat sejatimu,
      
Syah    

         

       

        Surat daripada seorang sahabat sejati itu kulipat semula dengan kemas. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kenangan bersama sahabat lama ini tidak akan kulupakan. Pen parker merah di atas katil ku genggam erat. Bayangan Syah melintas di fikiranku dengan senyum cerianya. ‘Aku sentiasa kenangmu dalam doaku Syah...’ 

       “Yang! kenapa biar budak-budak ni main kat dalam stor? Habis diselongkarnya barang-barang lama..Bibik mana?!” Rungutan suamiku kedengaran. Eh, suamiku dah balik? Awalnya. Pen dan warkah kenangan itu ku letakkan di atas katil. Aku bangkit berdiri menuju ke luar. Kelihatan suamiku sudah muncul di muka pintu. Di sisinya dua orang anak kecilku yang sedang merengek manja. 

       “Eh, abang..awal abang balik hari ni..” Aku mendekati suamiku mengambil beg bimbitnya. Kuletakkan di atas meja. 

       “Aik, macam ayang tak suke je abang balik awal ni..Nape? Nak abang balik lambat selalu ke..mmm, boleh..tapi ayang jangan transform jadi harimau pulak nanti ye...” Suamiku memulakan gurauannya. 

       “Ish abang ni..orang tanya baik-baik dia main-main pulak...” Aku menghampiri suamiku semula. Anak kecil yang masih melekat di sisi suamiku renung manja. 

       “Lisa..Liya..dahlah tu..ayahkan letih ni..bagilah ayah berehat dulu...” Arahku pada dua anak kembar kesayanganku yang masih melekat di sisi suamiku. Kedua-dua kembar tak seriras itu memandangku. Aku membalas dengan senyuman. Aku harap mereka faham. Terukir senyuman comel pada kedua-duanya. Semestinya mereka faham bahasa hati seorang ibu.            

        “Ok bu...erm, ayah rehat dulu ye..kitorang nak gi mandi dengan Bibik dulu..nanti kitorang ganggu ayah lagi ek..hehe...” Liya dengan suara manja dan telatah nakalnya. Lisa tergelak kecil. Banyak ragam pula anak suamiku ini.             

        “Yelah tu Liya...korang pergilah mandi dulu..dah badan penuh dengan habuk debu dari stor ni...pergi bersihkan diri dulu ye sayang..” Sambungku.              

        “Yes ma’am! Roger and out!” Liya dan Lisa serentak bersuara sambil tangan diletakkan di dahi menunjukkan hormat seakan ala-ala tentera. Aku bukan main terkejut. Eh, budak kecik berdua ni pandai pulak ye. Mesti pengaruh daripada anak-anak Along nih!  Suamiku yang sedang duduk di atas katil pula pula tergelak kuat. Mak oi..apa ni.. Kedua-dua kembar kesayanganku itu mencium pipi suamiku lalu berlari ke luar. Suasana senyap seketika. Aku menutup daun pintu. Dan kembali duduk di sisi suamiku di birai katil. Suamiku dengan pen parker merah di tangan merenungku dengan senyumnya.  

         “Dah lama tak nampak pen ni...mana sayang jumpa?” Suamiku yang bersuara. 

         “Sape lagi kalau bukan anak abang sorang yang suka duduk diam tu? Habis digeledahnya barang-barang ni dari stor. Nak jadi investigator agaknya...”  

         “Si Liya tu actually ikut perangai ibunya. The gene from her mother... Phenotype of ‘perangai pelik' expressed and appeared clearly sangat kat budak tu...” Suamiku mengangkat kening dengan wajah menyakatnya. Amboi-amboi suamiku ini. Aku mencebikkan muka.  

        “Nak ayang transform jadi harimau sekarang ni ke bang? Nak transform jadi kingkong betina pun bleh jugak ni.." Ugutanku sambil mengukir senyuman. Suamiku tersengih ketawa. Perlahan-lahan mendekatiku. Merapatiku dengan wajah seriusnya. Eh, apa pulak suamiku nak buat nih??

        "Abang nak ayang transform jadi dewi abang sekarang ni boleh..?" Bisikan itu sayup-sayup di telingaku. Terasa helaan nafaz hangat suamiku. Aku bangkit berdiri melarikan diri. Menuju ke almari. Sengihan menyakat kubalas kembali. Hahaha...padan muka...

       "Dahlah mengarut tu bang...same je abang dengan anak-anak abang tu busyuk sangat belum mandi..gi mandi dulu ek.." Kain tuala yang kukeluarkan dari almari kuberikan padanya. 

        "Yelah..yelah..abang tau abang busyuk.." Suamiku dengan muka merajuknya mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.

         Aku duduk semula di sisi katil sambil ketawa kecil melihat telatah suamiku yang hilang di sebalik pintu. Telatah suamiku itu sangat menghiburkan dan membahagiakan kehidupan rumah tanggaku selama enam tahun ini.  Sudah enam tahun rupanya perkahwinan aku dengan Kif. Pantasnya masa berlalu.

          Perkahwinan yang diaturkan secara drastik yang menyatukan aku dengan Kif. Kenyataan yang pada mulanya aku sendiri tidak dapat terima. Waktu itu aku tidak dapat menerima kehadiran kembar Syah yang secara mengejut dalam hidupku. Siti dan Milah sendiri lebih terkejut dengan kehadiran Kif. Semua menyangka Kif adalah Syah di sebabkan wajah irasnya. Hati kerasku yang tidak mahu menerima kenyataan akhirnya mengalah dengan takdir yang sudah tersurat. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Aku percaya semua ini. Semuanya sudah tertulis dalam takdirku. Jodohku adalah Kif, dan dialah suamiku hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur atas kurniaan suami yang baik ini. Aku bersyukur atas takdir yang tertulis untukku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        

         Kurenung buat kali terakhir pen paker merah di tanganku. Pen yang menyaksikan segala-galanya. Menyaksikan sucinya ikatan persaudaraan sepasang kembar dan tulusnya ikatan sepasang sahabat. Pen inilah yang memulakan takdir pertemuan aku dengan Syah. Pen ini jugalah yang menyaksikan pertemuan pertamaku dengan Kif. Menyaksikan hari pernikahanku yang dihujani pelbagai kejutan. Pen parker merah inilah memulakan permainan takdir antara aku, Syah dan Zulkifli. Pen parker merah dan warkah sahabat sejati kuletakkan semula di dalam kotak ungu kecil di dalam stor. Terima kasih Syah....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1)

    caha : sori sket ye..nurie bukan syam ok....jauhnya panggang dr api..takde kene mengena sket pon..ni saje2 je buat story...skema ker? oh tidak...cerita ni yg skema agaknya...

  • 2)

    From previous entry- 'Sah! Dia suamiku! Aku meneguk air liur.'

    Sgt xpueh hati dgn dis part..xlojik! mmndgkan Syah n Kif kembar seiras..Syam akan tau as soon as waktu suami dia nk kucup dahi dia.. ni tak..ble g tanya nape? brminat ke dgn pen tu? n ayat..kwn sy kasi..uhh..

    tapi apepun..dis story is nice..cuma kurang kelojikkan sedikit.. =)

    hope my comment will light up ur spirit to do better next time! ahja!! 

  • 3) penulisan : skema, kemas.
    penceritaan : skema, bagus.
    plotting : bagus.

    part yang boleh dibaiki : plot syam bermanja dengan suami patut diringkaskan lagi. pendek dan signifikan. cerpen yang bagus, semua dialog, ayat penyatanya ada sebab kenapa diletakkan. no woris. caha pun selalu buat salah ni. tengah belajar nak baiki (padahal menulis kemain pemalas :p)
  • 4)

    btul 2 syud..aku stuju..part ni x berape lojik..tpi okeh lah...

Cerpen-cerpen lain nukilan nurie

Read all stories by nurie