Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Sang Malam

Cerpen sebelumnya:
Ending : Takdir pen parker merah, Syam, Syah, dan Zulkifli...
Cerpen selanjutnya:
BERSEDIH ITU BUKAN PILIHANKU LAGI !
friday - november 23th 2007

Dia terbaring sendiri di atas katil. Berpusing ke sana, berpusing ke sini. Aneh. Nafas yang tadinya lancar, jadi putus-putus dan dadanya rasa penuh sesak. Ini hanya ilusi semata-mata, katanya pada diri sendiri. Tak mungkin pula rasa begini boleh datang tiba-tiba. Mungkin kerana perutnya kosong terus, mungkin kerana masa makannya selalu diubah-ubah atau mungkin kerana tekanan dunia akademik yang lewat ini jadi makin hebat. Entah, katanya. Entah? Dan saya gelakkan dia sebab berani berkata begitu. Padahal, di balik-balik hati nipis itu, dia tahu saja punca ketidakselesaan dadanya sekarang. Dia sebenarnya bersesak-sesak dada, berputus-putus nafas kerana dia tidak mampu untuk menangis. Ya. Itu sebenarnya punca semua ini.

Sudah dapat gambaran awal tentang dia? Baiklah. Untuk melindungi kepentingan mereka-mereka ini, mari kita panggil dia Sang Malam. Dan siapa saya? Saya adalah tukang cerita. Tidak perlu tahu siapa sebenarnya saya kerana tugas saya hanya untuk menyampaikan cerita ini. Kamu mungkin berasa tidak puas hati kerana saya seperti konon-kononnya cuba untuk berlagak misterius. Tapi maaf, saya pun ada kepentingan untuk dilindungi. Dan kamu pun suka cerita ini.

Mari berbalik kepada cerita Sang Malam kita. Kamu semua mungkin sekali tertanya-tanya kenapa dia tidak mampu untuk menangis. Yang sebetulnya, Sang Malam sendiri pun tidak punya jawapan untuk itu. Kebiasaannya, dia memang selalu saja melahirkan semua perasaan hitamnya pada tangisan. Sudah mengalirkan dua tiga titik air mata, eloklah nanti. Tersenyum-senyumlah semula perempuan ini. Oh, ada saya khabarkan yang dia ini perempuan? Tentu sahaja dia perempuan. Takkanlah saya nak bercerita perihal lelaki yang menangis. Saya pun tidaklah begitu aneh. Apapun, misterinya kenapa Sang Malam ini tidak mampu menangis masih lagi menjadi persoalan kita semua termasuklah dia sendiri.

Untuk jauh ke depan dalam cerita ini, kita perlu kupas apa sebabnya Sang Malam merasa perlu untuk menangis. Malam dua hari lepas, ada orang berjanji dengannya mahu makan-makan dan mahu jalan-jalan. Tapi lain pula yang jadinya. Makan-makan jadi makan separuh pinggan dan jalan-jalan jadi bergerak-gerak sedikit di tempat yang sama. Saya sebagai pencerita dan orang ketiga percaya yang sebenarnya keadaan pun selalu datang dari masalah komunikasi. Komunikasi sedikit, angan-angan lebih. Mungkin dalam pemikiran dan hati Sang Malam mahu itu, mahu ini. Dah mahu, tak mahu pula khabarkan pada orang itu.

Orang itu? Susah betul untuk saya tulis cerita ini tanpa nama. Tapi kepentingan dia pun ada. Maka mari namakan dia Sang Mentari, si dia yang menjadikan Sang Malam. Boleh?

Kembali pada cerita kita, tentang keinginan-keinginan tersembunyi Sang Malam. Banyak betul keinginan dia. Mahu manja-manja. Mahu suka-suka. Dan apa yang susahnya pada Sang Malam ini, kalau dia mahu, dia fikir dia memang tentu akan dapat semua itu. Tapi dia tidak adil. Bila dia mahu sesuatu, Sang Malam hanya berusaha dari sudut pandangan mata dia sahaja, tidak pernah terfikirkan pihak yang lagi satu itu. Entahlah Sang Mentari itu tahu atau tidak semua apa yang dia mahukan. Tapi bukankah mereka saling menjadikan satu sama lain. Saya teka, Sang Mentari pun mahukan benda yang sama. Masalahnya, seperti yang saya katakan, keadaan pun selalu datang dari masalah komunikasi dan fahaman.

Sebab itulah, Sang Malam fikir dia perlu menangis. Untuk hilangkan semua kekusutan di benak fikirannya supaya jadi tenang damai. Supaya semua masalah si dia bermula dan berakhir malam ini, biar tidak ditanya-tanya, dibentak-bentak lagi. Sedihnya, dia tidak mampu. Aneh. Saya tanyakan pada dia, kenapa sering gunakan perkataan 'mampu' tapi bukan perkataan 'boleh'? Sang Malam membalas, sebab boleh saja saya menangis kalau betul-betul usaha, cuma mungkin saya fikir saya tidak mampu, atau lebih tepat, tidak layak.

Oh sudah. Kenapa pula Sang Malam fikir begitu? Dia tersenyum lemah melihat saya yang terpisat-pisat seorang, cuba untuk memahami semua ini. Mestilah saya cuba untuk fahamkan, ini cerita saya, bukan? Apapun, ini penjelasan Sang Malam.

Sang Mentari saya itu hanya dikongsi. Saya sendiri pun keliru, layakkah saya mahu jauh hati dengan perkara-perkara yang layaknya hanya diragamkan kalau betul-betul milik seseorang. Saya faham letak duduknya saya yang berkongsi ini. Tapi kalau saya faham pun bukan bererti saya boleh terima sepanjang masa. Kadang-kadang tertekan juga hidup dalam perkongsian. Masa pula makin menekan. Taraf perkongsian pun nanti akan berkurangan. Dan untuk masa-masa seperti ini, maaf, saya tidak boleh mendabik dada dan berlagak seperti separuh lelaki. Untuk masa-masa seperti ini, saya sangat perempuan. Saya sangat ambil pusing dan ambil peduli. Seperti saya berpaut pada harapan secebis masa bersama malam ini sewaktu dalam dewan peperiksaan. Seperti saya tertunggu-tunggu hari bertukar malam. Seperti saya menghabiskan masa menghias diri. Seperti angan-angan saya yang selebihnya.

Kalau begitu Sang Malam, kenapa awak tidak mahu ketengahkan? Saya sungguh tidak faham, katanya masalah fahaman dan komunikasi. Sang Mentari bukannya ahli membaca akal fikiran. Tetapi sebagai pihak ketiga, siapalah saya untuk mempersoalkan segala tindakan mereka. Saya hanya pencerita. Dan Sang Malam berdehem-dehem membetulkan suaranya, tanda mahu sambung bercerita. Saya terus diam mendengar.

Saya rasa bersalah sebenarnya wahai tuan pencerita. Memang bukan salah Sang Mentari pun semua ini terjadi. Tapi seperti saya katakan tadi, di waktu-waktu begini saya bertukar menjadi perempuan keseluruhannya. Beragam-ragam, bermuka-muka dan bermulut lancang. Kesian Sang Mentari saya. Sudah tentu bukan salah dia. Entahlah. Sakitnya rasa dan tunggang terbalik ini kadang-kadang terlalu berat untuk saya. Saya tidak layak mungkin untuk ujian ini. Saya percaya saya tidaklah setabah mana. Saya masih lagi sedang belajar dan berusaha untuk jadi kuat. Dan sakit ini, masih sakit. Sangat sakit. Perlukah saya tunjukkan yang sebenarnya betapa sakitnya saya? Betapa berontaknya saya pada setiap perkara yang terjadi yang menjadikan kedudukan kami sekarang ini. Tidak perlu rasanya. Walau macam mana pun, saya dah terlanjur terlalu jauh. Walau arah mana pun saya pusing di atas katil ini, sakitnya tetap ada. Sudahnya, saya putuskan, kalau keadaan mahu jadi tidak adil pada saya, saya pun mahu jadi tidak adil.

Itu kata-kata terakhir Sang Malam pada saya. Dia mahu jadi tidak adil. Pada siapa saya tanya. Dan dia hanya angkat bahu dan menggeleng-geleng. Saya pun ikut menggeleng-geleng. Pening juga jadi dia. Akhirnya, saya nasihatkan pada dia untuk tidur dahulu. Cari ketenangannya dalam mimpi, kalau ada. Dan saya berpesan, kalau lain hari mahu mengadu domba dan meluahkan semua, saya selalu ada. Saya kan tukang cerita. Selagi ada cerita, selagi itu ada saya.
Cerpen sebelumnya:
Ending : Takdir pen parker merah, Syam, Syah, dan Zulkifli...
Cerpen selanjutnya:
BERSEDIH ITU BUKAN PILIHANKU LAGI !

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.1
7 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3595 bacaan
Wahyu | 2256 bacaan
Kata Penjual Susu | 2565 bacaan
The Ragged Doll | 3459 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4191 bacaan
Dari Langit | 2416 bacaan
Kepada Arman | 2586 bacaan
Bisu | 2943 bacaan
Terbang | 2557 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3099 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Sang Malam
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik