Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang

Cerpen sebelumnya:
No Entry!
Cerpen selanjutnya:
Malu

Ini adalah Chapter 2, untuk Chapter 1 sila baca di sini.

---

Inspektor Norman tersandar lesu selepas selesai membaca laporan awal di meja kerjanya. Dia mengeluh.

Kelicikan suspek dalam melakukan jenayah membuat dia bingung.
Ketiadaan petunjuk untuk memulakan siasatan menyebabkan kes tergantung.

Malah kelak, jika sudah ada pun suspek untuk disiasat, mensabitkan kesalahan pada si penjenayah adalah hal yang berlainan. Suspek tiada sperma di dalam mani. Ujian padanan DNA tidak relevan dalam kes ini.

“Kalau suspek yang kita tahan mempunyai mani tanpa sperma, bukankah kita boleh sabitkan kesalahan pada dia?” Lina, anggota di bawah unitnya bertanya di pejabat tadi.

“2% daripada lelaki di dunia ini mempunyai masalah demikian. Pihak peguambela boleh mencetuskan keraguan dengan mudah dengan mengatakan ini cuma satu kebetulan.”

Salahkan CSI! Salahkan pengendali TV satelit!

“Papa!” Anak tunggalnya tiba-tiba muncul dari balik pintu.
“Kenapa tak tido lagi ni, sayang?”
“Papa, Ahad ni papa jangan lupa ye!” Dipanjat riba ayahnya.
“Majlis khatam Quran kamu? Insya Allah tak.”
“Ustazah dengan kawan-kawan Jojo semuanya nak jumpe papa!”
“Aik? Kenapa ye? Rasanya papa takde hutang pun dengan diorang?”
“Sebab Jojo kata kat diorang, papa ni seorang polis yang hebat! Jojo pun nak jadi polis macam papa jugak bila besar nanti!”

Lubang hidung Inspektor Norman tiba-tiba berubah diameter.

"So, papa jangan lupa kay! Papa janji?"
"Ye, papa janji."

"Janji betul-betul ke, janji tipu-tipu?"
"Ish, Kalau dah janji, mesti la betul-betul."

"Mana la tau. Sebab Jojo selalu tengok dalam TV. Kalau papa dia tu ketua polis, selalu papa dia mungkir janji. Kata nak datang, tapi tak datang. Lepas tu kasi alasan macam-macam."

Inspektor Norman garu kepala. "Jojo tak boleh percaya sangat apa yang ada dalam TV tu. Kadang-kadang tu semua propaganda kerajaan je. Nak tunjukkan polis ni rajin bekerja. Er. channel berapa Jojo tengok tu?"

"701.. nape pa?"
"Takde pape, saja tanya." Siap kau aku lock channel tu nanti!


---


“Bagaimana dengan hari kamu, Lina?” Inspektor Norman mengusung failnya masuk ke pejabat.
“Not so good. Penuh dengan Flunitrazepam je.”
“Kamu ambil Rophynol ke? Saya tak tahu kamu ada masalah tidur?”
“Bukan saya, tapi mangsa kita. Sekurang-kurangnya 5mg dos dikesan berada di dalam darahnya."

Dahi Inspektor Norman berkerut. "Okay, itu menjawab mengapa mangsa boleh dibawa hingga ke negeri lain sebelum.."

"Dirogol dan dibunuh!" Lina memotong.

“Er, ye. Terima kasih. Saya tahu kamu marah dengan penjenayah tersebut. Emm, bagaimana pula dengan perkembangan siasatan kita tentang profil mangsa?” Dia menoleh pada Khalid yang dari tadi sibuk menyusun dokumen.

"Saya sudah periksa rekod dua lagi kes di negeri sebelah kita. Mangsa di sana turut mempunyai bahan yang sama di dalam darahnya." Pegawai forensik itu meneliti fail yang dipegangnya.

"Nampaknya suspek kita mempunyai stok Rophynol yang banyak. Saya pasti mangsa seterusnya bakal dilemahkan dengan cara yang sama."

Semua yang ada mengangguk tanda setuju.

"Baiklah, siapa yang kita akan soal siasat untuk sesi pagi ini?"
“Ini dia.” Khalid hulurkankan butiran dokumen dari fail.
“Salwa?”
“Kawan sepejabat mangsa. Beliau ada bersama mangsa sehari sebelum kejadian. Dia orang terakhir yang melihat mangsa ketika masih hidup.”

Inspektor Norman nampak sedikit harapan.

"Hmm, baiklah. Pegawai Khalid, mari ikut saya.”


---


“Sudah berapa lama Cik Salwa kenal mangsa?”
“Baru dua minggu. Dia baru je berpindah ke sekolah ni. Baru posting.”
“Dari apa yang cik kenal, adakah mangsa mempunyai musuh? Atau mungkin seseorang yang mampu melakukan begini padanya?”

Geleng.

“Dia ada teman lelaki?”

Geleng lagi. “Tak pasti.” Saya bukan mak dia. Saya tak tau.

Pegawai Khalid mengisyaratkan sesuatu pada Inspektor Norman. “Baiklah, saya difahamkan sehari sebelum kejadian, mangsa ada bersama cik. Boleh saya tahu cik berdua pergi ke mana?”

Salwa terdiam. Teragak-agak untuk menjawab.

“Dia.. minta saya hantar dia ke suatu tempat.”
“Ke mana?”

Pandangan Inspektor Norman menombak ke dalam anak mata Salwa.

“Hotel Nikko.” Jawapan itu terpacul dari mulutnya.
"Hotel Nikko, Jalan Ampang?"

Angguk.

“Untuk?”
“Dia kata dia perlu berjumpa dengan seorang Datuk di situ.”
“Ada dia sebut Datuk apa?”

Geleng kepala. Datuk Patinggi Ali kut? Tapi tak mungkin Datuk K, dia dah kawin.

“Maklumat-maklumat lain yang cik tahu?”

Masih geleng.

“Beginilah cik. Kalau cik rasa ada sesuatu yang cik mahu sampaikan kemudian. Cik boleh terus hubungi saya.” Inspektor Norman meletakkan sekeping kad di atas meja. Salwa memandang tanpa perasaan.


---


“You have to stop all this madness before its too late. Susah kita berdua nanti!”
"You sakit Juan, you need help. You tak rasa bersalah to take those lives?"
“Sampai bila you nak jadi camni? You tak boleh terus salahkan daddy and mummy atas semua ni. They were wrong. But you.. you yourself takde hak nak bertindak macam ni. Ini libatkan nyawa orang lain."
"Akak takut.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya you akan merengkok ke dalam lokap juga."

Juan yang dari tadi diam angkat muka memandang kakaknya.

"Yang akak pegi layan polis tu kenapa? Kalau akak salah jawab tadi macam mana?" Akhirnya Juan bersuara.
“Juan! Akak pun dah terlibat dalam kes ni. Akak orang terakhir yang jumpa dia sebelum dia hilang. Sudah tentu akak akan disoal siasat.”
“Sape suruh akak pergi hantar dia pergi bengkel.”

Salwa terkedu. Geram dengan jawapan adiknya.

“Juan..” Salwa dekatkan dirinya.

“Akak sayangkan Juan. Sejak daddy mummy dah takde. Juan ajelah darah daging akak yang masih ada. Selagi akak boleh lindung Juan, akak akan lindung. Tapi akak takut Juan akan terjebak sampai ke tahap yang akak tak boleh tolong selamatkan lagi. Akak taknak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Juan.”

Juan pejamkan mata.

“Kembalilah ke pangkal jalan, Juan. Selagi kamu ada kesempatan.”

“Saya tak pernah mintak akak lindungi saya. Akak tak perlu nak susah-susah cuba berbuat baik dengan saya. Pandai-pandailah saya uruskan diri sendiri.” Juan sudah keluar rumah membawa diri.

"Juaan!"


---


“Hello, boleh saya cakap dengan Suzie.”
“Speaking. Siapa di sana?”

“Hey Suzie, ni Juan la. Ingat lagi?”
“Oh, Juan! Hai! Ha, berapa bijik kereta you berjaya rosakkan hari ni?”

“Haha, funny! So how's your car. Dah okey ke after keluar bengkel?”
“So far so good. All back to normal. Mujur. Tapi takpe, kalau rosak pun nanti I tahu nak cari siapa!”

“Uh, come on. Kopak la I camni! Kalau rosak lagi tu bukan salah I okay.

Mereka gelak.

"So, kereta dah elok. Bolehlah nanti you bawak I jalan-jalan kan?”
“Bawak you jalan?” Suzie buat-buat terkejut. “Tengoklah. Kalau I ada mood.” Matanya dikenyit! Semua berjalan seperti yang diharapkan.


---


“Hey, nice outfit. You look gorgeous. Pandai you padankan theme pakaian you ye.”
“Please. I biasa aje okay! You tu ha. I jumpa kat carwash bukan main selekeh lagi. Ini macam anak orang loaded pun ada!”

“Loaded? Nautica Uptown je la ni!” Juan jelirkan lidah.
“Sudah la, suka merendah diri. I glimpse pun dah tahu ori tak ori.” Pantas jarinya mencubit lengan Juan.

“So, where are we going?”
“You ajak I keluar, you tanya I balik?”

“I ajak you keluar sebab nak jumpa you je. The rest, its your call.”
“Ok then, I bawak you kenalkan jumpa kat parents I. Nak?”

“Erk..”
“Hah! Pucat. Kidding jela. Guys like you. I know, takut dengan komitmen! Dah, kita pergi The Curve je. I heard today ada Champions League punya exhibition.”

Juan sengih. “Ok, lets!”


---


“Wow, that was awesome. Finally I dapat touch sendiri trofi tu!”
“Yeah, kool kan? Now kita dah taraf Ronaldinho and Gerrard la!”

Mereka berdua gelak.

“Ni ha, I bought you a drink.” Juan hulurkan Vanilla Coke yang siap berstraw.
“Oh? That was really sweet, but no thanks.”

“La, kenapa? I thought you said you suka Vanilla Coke?”
“My mom pesan, if keluar dengan stranger don’t accept air yang dah dibuka macam ni. Bahaya. Takut dah taruh apa-apa.”

Wajah Juan sedikit berubah.

"Uh, come on. Takkan la I nak buat camtu kat you? Kita kan kawan?"
"Yeah, meemang kawan. But perkenalan kita ni hijau lagi."
"Hijau?"
"Still green. Masih baru lagi."
"Ok, whatever." Juan mencebik mahu merajuk.

"You tak kecik ati kan?"

Dia tak menjawab. Hanya jungkit bahu. Buat tak pandang.

"I'm just following my mom's advice. That is how I show my love for her."

"Don't you love your mom too? Camne you tunjukkan cara you sayang mak you?" Suzie tak berhenti bertanya.

Dahi Juan berkerut. Kelihatan terganggu.

"Eh Suzie, jom kita pergi tempat lain pulak. I nak bawak you to somewhere special!” Dipaksakan satu sengihan. Jawapan untuk soalan yang diajukan hanya dijawab dalam hati.


---


“You know what? You la perempuan paling special I penah jumpa dalam hidup I!” Keheningan semasa dalam kereta akhirnya terlerai.
“Really? What do you mean by hidup you? Hidup you sejak you bangun pagi tadi? Or hidup you dalam bulan ni?"
Juan terpinga. "Apa you cakap ni?"
"I bet semalam or bulan lepas you dah pancing some other girls dengan pick up line yang sama.” Suzie mengelaborasi.

“You ni! I’m serious.”
“Juan, you’re a guy. Apa yang keluar dari mulut spesis korang ni, it can be invalid in 2 weeks. In your case, I tak pelik if its just 2 hours.”

“You memang ingat I ni that bad ke?”
“I dah banyak jumpa guys like you. If you are not exactly the same pun, you are just more less the same.”

“You are mean. I wonder what you have been through before.”
“Something you guys are proud about. But, lets not go there.”

Kedua mereka terdiam.

Vios maroon terus meluncur melalui jalan berbukit bukau. Di kiri kanan jalan bangunan-bangunan batu berganti dengan pokok-pokok yang menggadang.

“Anyway, where are we heading?”
“I nak bawak you tengok city scenery dari dam atas sana tu.” Memuncung pada dinding gergasi yang tersergam gagah.
“Really? Ok, that's cool. I’ve never been to that place.”
“And I'm sure you’ll like it.”

“Oh, ni ha. I belikan you air yang baru tadi. Air ni belum dibuka. I believe your beloved mom tak kisah with it.” Dutch Lady perisa Strawberry 250ml dihulurkan.

Suzie senyum sambil menerima. “Thanks, you memang tak berhenti mencuba kan?”
“For you, I wont!”
“Tak payah la guna ayat camtu. It doesn’t work on me.” Suzie sudah mencucuk straw.
“Ok ok. I’ll just shut up from now on!” Juan jelirkan lidahnya.

Selepas 10 minit, mereka sampai ke destinasi yang dituju.

“Aight. Kita dah sampai.” Kereta diberhentikan. Di sebelah kiri mereka terbentang satu pemandangan bandar yang indah dari ketinggian 1000 kaki. Indah dan memukau!

“Suzie?” Juan menoleh. Suzie di sebelah sudah terlentok tidak sedarkan diri.

"La? Well I guess your mom tak kasitau yang injection boleh digunakan untuk suntik roofies dalam air kotak.” Juan mengangkat picagari yang disoroknya. "Or maybe dia tak tau pun ada taktik ni." Senyuman jahat mula terukir.


---


Langit di atas sudah menjingga. Menandakan senja yang makin mendekat. Di dalam sebuah kereta di kawasan yang tidak dilalui orang, dua orang manusia sedang berada di dalamnya. Yang seorang tidak sedarkan diri. Yang seorang lagi sedang sibuk melepaskan baju yang dipakai.

"Dulu engineer, lepas tu salesgirl, lepas tu lagi cikgu.. yang ni pulak apa ye. Lupa pula nak tanya." Juan tersengih-sengih sendirian. Jari-jemarinya sudah beralih kepada butang-butang baju yang seorang lagi.

Sebaik dia menyelak blaus yang dipakai Suzie gelaknya terhenti.

"Eh, what the..!" Matanya bertukar buntang. Di sebalik blaus tersebut, terselit satu transistor mikro dan alat penerima isyarat radio. Juan dapat rasakan ada yang tak kena.

"Jangan bergerak! Anda telah dikepung! Sila keluar dari kereta dengan tangan di atas kepala!"

Empat buah kenderaan peronda diiring dua buah van polis menyerbu sekeliling Viosnya. Juan tergamam. Semuanya berlaku dengan pantas.

Saat ini hanya ada satu saja perkataan yang mahu meluncur keluar dari bibirnya. "Shit!"


---


"Tepat sekali jangkaan awak Pegawai Khalid!" Inspektor Norman bersedia di posisinya. Pistol siap berpeluru diacu pada kedudukan Juan.

"Saya lihat cara Salwa menjawab semalam pun saya sudah tahu dia ada rahsiakan sesuatu. Tak sia-sia kita intip rumahnya selepas itu."

"Kali ini dia takkan terlepas lagi. Mujurlah semuanya berjalan dengan lancar. Risau saya apabila perbualan di dalam kereta terhenti. Saya tahu ada perkara yang buruk sudah berlaku."

"Penjenayah ini benar-benar licik. Tapi kelicikan dia hanya sampai di sini sahaja tuan!" Pegawai Khalid senyum yakin.


---


“Celaka! Aku telah diperangkap!” Juan mendengus. Diperhatikan keadaan sekeliling. Semua anggota polis lengkap bersenjata sedang bersedia mengambil tindakan yang perlu. Juan ketap bibir. “Binatang!”

“Lebih baik awak menyerah! Awak sudah dikepung!” Suara dari hailer itu pecah lagi.

Lebih baik? Kalau menyerah sudah tentu aku akan dibicarakan dan dihukum gantung! Paling tidak meringkuk di penjara sepanjang hayat!

“Semua unit, jangan lepaskan tembakan dulu. Anggota kita ada di dalam sana.” Inspektor Norman berbisik melalui rangkaian radio.

Suasana di tempat kejadian berubah menjadi sunyi. Juan masih belum keluar. Anggota yang lain masih menunggu. Di kerusi sebelah, Suzie masih terjelupok dalam pengsannya.

Juan terus berfikir.

“Baiklah! Korang fikir korang boleh tangkap aku ye!” Enjin kereta dihidupkan kembali. “Marilah cuba!” Pedal dihenyak. Vios mula memecut deras ke depan.

“Hati-hati!” Inspektor Norman menjerit pada anak-anak buahnya. Namun, dia sendiri yang tidak berjaya mengelak. Vios datang menghentam dan tubuh Inspektor Norman terpelanting sebelum berguling ke tepi.

"Tuan!" Pegawai Khalid segera memberi bantuan.

Kereta yang dipandu Juan hilang kawalan. Pagar yang menghadang kawasan empangan itu langsung dirempuh. Vios maroon terus terjunam di cenuram bersama Suzie dan Juan di dalamnya.

Inspektor Norman yang sedang mengerang kesakitan lantas menjerit..

“Linaaa!!”

(bersambung ke bahagian akhir, trilogi maaf, cik!)

Director's Cuts and Blunders

Scene 2 : Sewaktu di Ibu Pejabat Polis.

"Baiklah, siapa yang kita akan soal siasat untuk sesi pagi ini?"
“Ini dia.” Khalid hulurkankan butiran dokumen dari fail.
“Salwa?”
“Kawan sepejabat mangsa. Beliau ada bersama mangsa sehari sebelum kejadian. Dia orang terakhir yang melihat mangsa ketika masih hidup.”

Inspektor Norman nampak sedikit harapan.

"Hmm, baiklah. Pegawai Khalid, mari ikut saya.” Katanya dengan tenang dan bergaya.
"Tak perlulah kan nak tiru sangat gaya Horatio." Lina geleng kepala.


Inspektor Norman tersengih kemaluan. "Ala, mana tau ni?"

CUTT!!

---

Scene 3 : Menyoal siasat Cik Salwa.

“Beginilah cik."
"Don't tell me tuan inspektor mengesyaki saya?" Tak semena-mena Salwa melenting.

"Eh? Saya tak kata begitu pun. Saya cuma nak kata, kalau cik rasa ada sesuatu yang cik mahu sampaikan. Cik boleh terus hubungi saya.” Inspektor Norman serahkan sekeping kad. Kelihatan bingung.
"Oh, maaf! Inilah kali pertama saya disoal-siasat. Lepas ni entah bila lagi. Jadi saya teringin sangat nak cakap macam tu. Macam dalam TV."

Inspektor Norman dan pegawai Khalid ternganga sambil gelengkan kepala.

CUTT!!

---

Scene 4 : Perbualan Salwa dan Juan di rumah.

“Akak sayangkan Juan. Sejak daddy mummy dah takde. Juan ajelah darah daging akak yang masih ada. Selagi akak boleh lindung Juan, akak akan lindung. Tapi akak takut Juan akan terjebak sampai ke tahap yang akak tak boleh tolong selamatkan lagi. Akak taknak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Juan.”

Juan pejamkan mata.

“Kembalilah ke pangkal jalan, Juan. Selagi kamu ada kesempatan.”

“Saya tak pernah mintak akak lindungi saya. Akak tak perlu nak susah-susah cuba berbuat baik dengan saya. Pandai-pandailah saya uruskan diri sendiri.” Juan sudah keluar rumah membawa diri.

"Juaan!" Kakaknya menjerit dan mengejar hingga ke muka pintu.

"Apa lagi?" Dia berpaling tatkala mahu memulas minyak motornya.

"Ni.. helmet. Pakai. Kena saman nanti."

"..."

CUTT!!

---

Scene 9 : Di dalam kereta. Suzie sudah pengsan.

Langit di atas sudah menjingga. Menandakan senja yang makin mendekat. Di dalam sebuah kereta di kawasan yang tidak dilalui orang, dua orang manusia sedang berada di dalamnya. Yang seorang tidak sedarkan diri. Yang seorang lagi sedang sibuk melepaskan baju yang dipakai.

"Dulu engineer, lepas tu salesgirl, lepas tu lagi cikgu.. yang ni pulak apa ye. Lupa pula nak tanya." Juan tersengih-sengih sendirian. Jari-jemarinya sudah beralih kepada butang-butang baju yang seorang lagi.

"Hey.. watch it. Jangan la lebih-lebih pulak bukak butang tu."
Buk! Buk! Buk!
"Adoikhh!"

CUTT! Paramedik, lekas!

---

Sila klik di sini untuk ke bahagian akhir.

Cerpen sebelumnya:
No Entry!
Cerpen selanjutnya:
Malu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.6
50 Penilai

Info penulis

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Jadikan cahatomic rakan anda | Hantar Mesej kepada cahatomic

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya cahatomic
PCB#2: AKU SEPASANG SEPATU PEJABAT WARNA HITAM | 30257 bacaan
Kau, Kuah Satay dan Simfoni Hidupku | 24666 bacaan
TEPUK BATANG AISKRIM (INILAH HARINYA AKU MENDAPAT SEORANG MUSUH KETAT) | 4279 bacaan
M01S04: Dua Dunia | 4215 bacaan
Syi | 4892 bacaan
Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit | 4904 bacaan
Maaf, Cik! | 6895 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

94 Komen dalam karya Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik