Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Malu

Cerpen sebelumnya:
Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang
Cerpen selanjutnya:
Igauan Seorang Teman
‘Good morning!’

Bising betul jam Tomato Man ni. Aku menekan kepala loceng tu, nak suruh dia berhenti. Jam baru je pukul 9 pagi. Aku malas nak bangun. Hari ni hari minggu. Biarlah… baik aku main-main dengan selimut ni. Aku memeluk bantal kuat-kuat, layan perasaan. Rindulah pulak.

Arqil… Arqil…

Apalah yang jadik kat boyfriend aku yang seorang ni. Dah seminggu tak dengar khabar. Tak ada ribut, tak ada angin, takkan merajuk kot? Hmmm… aku melepaskan keluhan. Kenapalah resah gelisah je aku memikirkan si Arqil ni? Entah-entah dia tak ingat kat aku pun.

Aku terus bingkas bangun dan mengemas tempat tidur. Aku ni jenis suka sangat tidur dengan banyak-banyak bantal, banyak-banyak patung. So, terpaksalah kemas lama-lama sikit. Lepas kemas, aku masuk bilik air. Melalak-lalak sambil mandi.

Elok-elok aku habis je mandi, telefon berdering. Aku berlari ke ruang tamu dengan kepala berbungkus ngan badan yang basah-basah lagi, “Hello!”
“H… hai… hai…” apasal pulak gagap-gagap dia ni? Demam apa?

“Arqil… kenapa dah lama tak contact?” aku merengek manja. Saja jer. Dengan siapa lagi aku nak manja kalau bukan dengan dia kan.

“Erm… Arqil ada hal sikitlah. Eija… Eija ada kerja tak malam ni?”

Tak… pehal?”

“Jom… kuar…” aii… ni yang best ni. Aku ni kalau orang dah ajak keluar, tak boleh nak tolak. Aku janji nak siap pukul 8.00 malam. Dia tergelak kecil. Biasalah aku, kalau janji pukul 8 tu, dia sampai 8.30 pun aku tak siap lagi.



Petang tu…

Demi menyiapkan mental aku untuk malam dengan Arqil, aku pun tengoklah satu citer hindustan yang jiwang ngan comel giler. Tengah-tengah tengok tu, tiba-tiba adik aku, Julia… balik. Muka dia macam semacam je… macam nak mengamuk. Bila aku tanya, tak nak jawab pulak… tak paham betul.

***** **** ****

“Arqil nak bawak Eija pergi mana?” aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tak pernah tengok pun jalan ni. Bila aku tanya dia, Arqil just senyum.

Hmmmm… surprise jenis apalah ni. Aku memasang radio.

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja
Yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu

Aku menjeling pada Arqil. Muka dia bertukar jadik merah perlahan-lahan. Dia tersenyum dan mencapai tangan kananku, “Lapar eh?” tanyanya menyindir. Aku mencubit pahanya. Dia menjerit kesakitan, “Lepaklah… kejap lagi sure sampai punya.”

Lepas tu aku terus diam, menghayati lagu-lagu jiwang yang keluar kat radio. Sampai kat mana ntah, tiba-tiba je Arqil memberhentikan kereta. Aku memandang sekeliling. Mana restorannya?, “Kat mana ni Arqil?” aku berpusing memandangnya. Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poketnya, “Apa tu?” aku makin pelik dengan perangai balak yang seorang ni.

Dia mendekatkan diri kepada aku. Secara refleksnya, aku terundur ke belakang, “Rilekslah Eija… ni sajer je nak buat surprise ni,” dia mengikatkan sapu tangan tu ke mataku dan terus bawak balik kereta tu. Terpaksalah aku menghabiskan tujuh lapan minit dalam kereta tu dalam kegelapan.

Tak lama lepas tu, aku terasa kereta tu berhenti. Arqil turun dari driver seat dan membuka pintu di sebelahku. Dia memimpin tanganku dan menuntun jalanku, “Jauh lagi ke nak sampai?”

“Tak… dah sampai dah ni,” Arqil berhenti dan membuka sapu tangan tu dari mata aku. Tiba-tiba jer hati aku terasa berdebar-debar. Surprise apalah dia nak bagi aku ni? Nak kata birthday, bukan. Anniversary pun bukan. Aku menutup mata, walaupun sapu tangan tu dah dibuka. Hehehe… takutlah pulak.

“Eija… bukaklah mata, tadi nak tahu sangat…” bisiknya lembut. Aku membuka mata perlahan-lahan, “Wow!” aku terjerit kagum. Aku tengah berdiri atas satu jambatan comel yang melintang kat atas sebuah tasik. Tengah-tengah tasik tu aku dapat nampak arca sepasang angsa yang berkilau bawah cahaya bulan. Aku mengoncang-goncang bahu Arqil dengan excitednya bila aku ternampak dua ekor anak kura-kura berenang dengan suka hatinya dalam tasik tu.

Arqil membiarkan aku menghayati tasik tu untuk dua tiga minit sebelum memimpin tangan aku dan berjalan turun dari jambatan tu. Dia membawa aku masuk dalam laman kat seberang tasik yang suram bawah beberapa batang lampu warna oren. Aku rasa macam masuk kedai minyak wangi pulak bila masuk taman tu. Bunga-bunga ros warna biru yang memenuhi segenap taman tu menyumbangkan haruman yang membuatkan aku terasa dilayan macam puteri.

Arqil membawa aku masuk lebih jauh dalam taman tu. Dalam samar-samar lampu oren tu, aku dapat melihat satu cottage comel lote kat depan aku. Arqil memimpin tangan aku masuk dalam cottage tu. Oohh… rupa-rupanya inilah restoran tu.

Perabot-perabot antik ngan hiasan-hiasan dalam cottage tu menjadikan cottage tu macam cottage kat british’s countryside. Dekat satu sudut dalam restoran tu, dah ada meja siap untuk kitorang, “Wow!” aku kagum lagi, “Mana Arqil carik tempat macam ni? Best ah.

Arqil menarikkan satu kerusi untukku, “Adalah… sebab tulah Arqil hilang seminggu, sajer nak buat surprise untuk Eija,” aku merenung dalam-dalam ke dalam mata manusia kat depan aku nih. Makin tambah sayang aku kat dia, “Ni sure ada apa-apa kan?” aku meneka. Dia mengangkat bahu, selamba.

“Suka hati Arqillah… anyway, thanks.”

“Takpe… untuk Eija, Arqil sanggup buat apa saja.”

***** **** ****

Aku duduk bertimpuh di sebelah Arqil atas rumput-rumput yang lembap di sebelah tasik itu. Dah lima belas minit kitorang abis makan, tapi tak tahu kenapa dia tak nak balik lagi. Senyap ngan serius je dari tadi, takut aku nak tegur. So, aku pun duduk jelah kat situ, main-main ngan anak kura-kura tadi.

“Erm… Eija…” aku menoleh memandang Arqil, “Arqil ada something nak bagitau ni,” aku menunggu, sabar. Amende yang dia nak bagitau ha?, “Arqil… erm… Arqil nak…”

Tut! Tut! Tet! Tit! Tit!

Alamak… aku lupa pulak nak tutup handphone ni. Biasanya, everytime aku keluar ngan Arqil… aku akan tutup handphone. Saper pulak yang potong stim ni? Aku meneliti nombor kat handphone tu. Ni nombor Norman ni, apalah yang dia nak?

“Hello!” aku menjauhkan sikit diri dari Arqil. Dia tunduk balik, meramas-ramas rumput lembap tu, “Apsal Man?”

“Eija… so, apa perasaan kau? Apa jawapan kau? Kalau ye pun… takkan tak nak balik kot?”

“Amende kau cakap ni, aku tak pahamlah.”

“Alah kau ni Eija.. aku tau ah kau… kau jangan buat-buat tak paham pulak.”

“Amende? Aku serius tak paham ni,” nak je aku gigit budak Norman ni. Dahlah mengacau, main teka-teki pulak dengan aku.

“Alamak! Ni sure Arqil tak cakap lagi kan… aku dah agak dah budak ni, penakut sangat.” Tiba-tiba je jantung aku berdegup kencang. Bagitau apa pulak ni? Bila aku tanya balik kat Norman, dia teragak-agak nak cakap pulak.

Norman, aku ngan Arqil kawan baik. Biasanya kalau ada apa-apa antara aku ngan Arqil, Normanlah penasihatnya. So, aku sangat tak percaya bila Norman kata dia tak tahu. Tanya punya tanya, kantoilah jugak. Aku mengucapkan terima kasih pada Norman dan menutup handphone aku. Aku menjenguk-jenguk mencari Arqil, ni ada can nak kenakan dia ni.

“Arqil…” aku menyelit kat tepi dia dan menyentuh lembut tangannya. Dia macam tersentak sikit, “Arqil nak cakap apa tadi?” aku memerhatikan setiap gerak gerinya, “Takde apa-apa,” katanya sambil merenung arca angsa kat tengah-tengah tasik tu.

“Kalau macam tu, jom balik jom…” aku cuba untuk menguji dia. Dia tunduk, tak menjawab. Aku merengek lagi sekali, “Arqil jomlah balik, dah lewat ni,” Arqil mengangguk. Aku bangun dan menarik tangannya. Aku mengheret Arqil ke jambatan comel tu. Dia menurut je. Aku pun pelik. Takkan takde sebarang reaksi kot?

Sampai di kereta, dia menyuruh aku masuk dulu dan berpatah balik ke taman ros tu. Aku menunggudengan otak yang ligat berfikir, macam mana nak bagi dia cakap ni? Tiba-tiba aku dapat satu idea jahat. Aku tersenyum memerhatikan Arqil balik semula sambil memegang sekuntum ros biru.

“Nah…” dia menghulurkan ros tu.

“Untuk apa ni?” aku ingatkan waktu tu, dia dah nak cakap dah. Melepas idea jahat aku. Rupa-rupanya, “Takpelah… sajer je buat kenangan,” aku melepaskan satu keluhan berat.

“Arqil… masuk dulu,” bunga ros tu aku biar je, tak berusik. Aku memerhatikan dia masuk, “Arqil… Eija ada something nak bagi tahu Arqil. Eija harap Arqil dapat faham.” Arqil memusing menghadap aku. Tanda-tanda chuak ngan gelisah nampak kat muka dia. Aku meneruskan cakap, “Arqil… Eija rasa, kita dah tak serasi bersama.”

“Apa?” jeritnya kecil. Hampir-hampir je bunga ros tu terlepas dari tangan dia. Aku terus memotong, “Eija rasa kita dah tak sehaluan lagi. Tengok jelah keadaan kita sekarang.”

Aku merenung muka dia lama-lama. Dia melarikan bola matanya, mata yang macam dah berair. Aku terasa macam bersalah campur kesian pulak tengok dia. Lama dia senyap, lepas-lepas tu barulah dia bersuara, “Takpe Eija… Arqil faham.”

Arqil meletakkan bunga ros tu dan menghidupkan enjin kereta. Aku ingatkan dia bakal cakap apa yang dia nak cakap sebelum jalan balik, tapi dia terus buat aksi-aksi nak masuk gear. Aku menggetap bibir. Tension aku dibuatnya, “Arqil… Stop!” aku menjerit sebaik sahaja sebelum kereta tu berjalan.

“Kenapa Arqil diam je?” aku mencekak pinggang.

“Abis tu nak cakap apa lagi? Eija yang mintak break,” dia menelan air liur, sayu, “Kenapa tak cakap apa yang Arqil memang nak cakap kat Eija malam ni?” aku terus menyoal.

“Ha?” Arqil memusing, terkejut, “Dari mana Eija tahu ni?” Aku tersengih kambing, “Norman call tadi,” jawabku pendek. Arqil menumbuk tangannya, “Habis tu yang break…” aku cepat-cepat memotong cakapnya.

“Percaya ke?”

Arqil tergelak-gelak mendengar cakapku. Tapi memandang muka aku yang still geram, dia terus terdiam, “Erm… erm…” dia memulas-mulas stering kereta. Aku melepaskan lagi satu keluhan. Aku memegang bahunya dan mendekatkan bibirku ke telinganya.

“Sudi tak jadik suami Eija?” aku membisik lembut di telinganya. Muka Arqil berubah jadik merah perlahan-lahan. Dia menggetap bibir dan mengangguk-angguk. Aku tersenyum je melihat perangai boyfriend aku yang pemalu ni.

Arqil mengeluarkan satu kotak kecil berisi cincin dari poketnya dan menyarungkan cincin itu ke jari manisku. Aku mengambil langkah drastik mencium pipinya. Hehe… muka dia bertambah merah. Arqil mengambik bunga ros tadi dan menghulurkannya kepada aku.

Kali ni, aku amik bunga tu tanpa banyak soal. Waktu aku menghidu keharuman bunga ros biru tu, aku terperasan ada garis-garis merah kat tangan Arqil.

“Apsal ni?”

“Alah… ni luka waktu amik bunga tu tadi.”

Tiba-tiba mata aku berair dan hati aku tersentuh. Patutlah dia sangat sedih waktu aku berlakon nak break tadi. Pandai jugak aku ni berlakon kan. Anyway, aku menyandarkan kepala aku ke bahu Arqil. Aku sempat nampak dia tersenyum sebelum aku memejamkan mata.

Waktu enjin kereta Arqil itu menderum meninggalkan kawasan tu, aku sempat berikrar dalam hati. Aku… akan jadik isteri paling baik dalam satu dunia.
Cerpen sebelumnya:
Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang
Cerpen selanjutnya:
Igauan Seorang Teman

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
12 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3615 bacaan
Wahyu | 2267 bacaan
Kata Penjual Susu | 2581 bacaan
The Ragged Doll | 3473 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4205 bacaan
Dari Langit | 2426 bacaan
Kepada Arman | 2592 bacaan
Bisu | 2955 bacaan
Terbang | 2573 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3107 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

22 Komen dalam karya Malu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik