Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

KISAH KASIH..........(EPISOD 2)

Cerpen sebelumnya:
KISAH KASIH..........(EPISOD 1)
Cerpen selanjutnya:
Gaji AKu Mana??
Jam sudah pukul 11 pagi. Kerja-kerja di luar sudah pun selesai. Penghuni ramai yang sudah masuk ke dalam. Ada yang di bilik TV, ada yang di bilik sendiri, ada yang duduk di ruang makan. Imran, Liza, Mat dan Marini yang baru datang duduk di bilik audio.

‘Abang Imran nyanyi lar,’ mula Marini.
‘Betul la abang…nyanyi la….meh kita pilih lagu suh Abang Imran nyanyi,’ sambung Liza sambil bangun mengambil catalog lagu. Mat sudah mula memasang audio sistem. Imran mengambil catalog dari tangan Liza, di selak satu satu. Matanya membaca senarai lagu yang ada. Jarinya berhenti pada lagu bernombor 349. Lagu lama, lagu Broery Marantika. Widuri.
‘Amacam ?’ tanyanya. Liza mengangguk tapi Marini membantah. ‘Boring lagu tu. Meh Marini pilihkan.’ Dia mengambil catalog itu pula.
‘Ha ni baru best….Can’t Take My Eyes off You’
‘Ok gak, Mat no 553’
‘Ss..siap’

Azura tercari-cari mereka bertiga. Kat luar tak de, kat bilik tv pun tak ada…dia menjengah bilik makan, pun tak de. Dia naik atas, pintuk bilik audio di buka. Imran sedang menyanyi dengan penuh semangat. Suaranya lunak merdu. Memang sedap. Terpukau. Dia masuk dan menutup pintu perlahan. Lagu Widuri di dendang dengan baik sekali. Suaranya bagus, menusuk kalbu. Dia duduk di sebelah Marini. Selesai lagu, tepukan gemuruh di berikan. Imran malu. Dia malu pada Azura.

‘Nyanyi satu lagi bang,’ pinta Marini.
‘Ish dah la tu…..dua lagu dah, kamu orang pulak continue…’
‘Eh nyanyi la…..tak aci camni, saya masuk je Imran tak mau nyanyi dah..’ suaranya seakan merajuk. Imran serba salah. Wanita cantik yang memukau. Lidahnya kelu.
‘Mat, cari lagi Aku Cinta Padamu…version Jamal’ pinta Imran.
‘Ooo.orite’

Azura seakan hanyut. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia bagaikan terpukau. Terasa lagu itu ditujukan khas untuknya. Dia tersenyum-senyum gelihati. Perasan !

‘Ok dah lah…..korang la pulak nyanyi.’
‘Liza la pulak…mat no 438. Kopi Dangdut,’ katanya sambil mengenyit mata. Imran melabuhkan dirinya di sisi Azura yang duduk bertempoh. Sopan. Mengasyikkan mata memandang. Imran meluruskan kaki kiri dan membengkokan kaki kanan. Tangan kiri dan kanannya disilang dan terletak kemas di atas kusyen memangku kepalanya. Azura menjeling. Berdegup jantungnya. Badannya kurus, itu biasa untuk seorang bekas penagih. Mukanya agak cengkuk, tapi pada Azura matanya mempunyai sinar yang sangat memikat. Redup matanya memang mengoncang sukma.

Liza mula menyanyi sambil bergelek mengikut irama lagu. Memang dia boleh menyanyi dan menari. Walaupun lagaknya sedikit seksi tapi masih boleh di terima. Tidaklah seperti Gerudi Inul atau Gelek Mas Idayu. Azura tersengih-sengih melihat tingkah Liza.
‘Azura,’ tiba-tiba Imran bersuara. Di palingkan mukanya. Mata mereka bertentangan.
‘You nyanyi la pulak lepas ni,’ sambungnya. Matanya di larikan melihat Liza.
‘ish I tak boleh nyanyi lah…suara sumbang…..’ sambutnya dengan ketawa kecil.
Imran bangun dan duduk bersila pula. Kali ini tiba pula giliran Marini.

Tanpa menghiraukan mereka Imran bangun dan menuju ke pintu. Dia rasa berdebar-debar, makin kuat denyutan. Kalau aku terus duduk sebelah si manis ni mau meletup jantung aku. Dia keluar dan menuju ke bangku batu di bawah pohon bunga cina putih. Kaki kanannya di angkat ke atas, kaki kiri menguis-guis tanah dengan selipar jepunnya. Debaran jantungnya masih berdegup kuat. Dia memandang jauh. Gila ! Tapi wanita itu sangat memukau. Arghhhh dia marah pada dirinya.

‘Imran,’ panggil Azura berkali. Jauh lamunan si pemuda ini. Apa yang disoroti hanya dia sendiri yang tahu. Apa yang dilamun, mengenang kisah lalu atau menyusun jalan untuk dilalui kala ini. Banyak yang berlegar di dalam mindanya. Semua tidak boleh diluahkan, biarlah perlahan-lahan dikupasi. Perjalanan masih panjang. Hanya satu harapan tak mau kecundang lagi
Cerpen sebelumnya:
KISAH KASIH..........(EPISOD 1)
Cerpen selanjutnya:
Gaji AKu Mana??

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
1 Penilai

Info penulis

awin

Support underground talents!
syawina05 | Jadikan syawina05 rakan anda | Hantar Mesej kepada syawina05

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya syawina05
KISAH KASIH..........(EPISOD 1) | 2312 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya KISAH KASIH..........(EPISOD 2)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik