Ini mengisahkan seorang jejaka yang sudah bekerja di sebuah syarikat tempatan selama 6 bulan lamanya.Jejaka itu bernama D.Pada suatu hari,pada hampir penghujung bulan.Semua anak syarikat menunggu gaji mereka untuk berfoya-foya.Ada yang mahu membayar mak andam atas urusan perkahwinan yang akan berlangsung,ada yang mahu masukkan wang di dalam ASB untuk simpanan masa depan.Tapi bagi D, dia cuma mahu wang gaji untuk berfoya-foya.
Kemudian,dia terdengar rakan-rakannya mengatakan gaji sudah 'float' di dalam akaun masing².D amat gembira dan ingin melihat sendiri melalui maybank2u nya.Alangkah sedihnya kerana gajinya masih tidak float seperti rakan-rakannya.
Lalu,dia buzz YM Akauntan yang bernama F.F amat sibuk pada hari itu,lalu F mengatakan "mana aku tau,aku bukan orang bank".Benggang yang amat dirasai oleh diriku ini.AKu terus membisu sambil menahan tension.
Lalu 5 hingga 10 minit kemudian,HR yang bernama KA buzz Ym ku.
katanya tanpa sebarang salam "tak sabor2 nk dapat gaji ker". Ini membuatkan aku terasa amat panas hati.Baranku kawal sedaya yang boleh.Lalu aku mengatakan dengan nada keras."orang tanya jer,bukan kisah pasal gaji sgt,nak tau nape sumer org dah float saya punya blom".Lalu HR ku mengatakan "sabor jela,tgu je".
Aku amat panas sekali dan malas untuk membalas kenyataan dia.Selepas beberapa minit kemudian,KA aku menelefonku dan mengatakan bahawa dia sudah tersilap tulis cek atas no akaun aku.Lalu memohon maaf.
PS : Lain kali periksa btol2 jgn main sindir org aje.da salah tau malu.kalau org muda aku da lempang je buat keje xbtol. iskkkkkk..
Tidak ada kena mengena pada sesiapa yang hidup,mati,koma mahupun pengsan.Terima Kasih!