Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

UFO atau apekebenda??

  • 12
  • dwen
  • 16 years ago
  • 2,945
  • FREE

 

Ini terjadi semasa aku berumur kanak2.dalam lingkungan 12 tahun begitu.Ayah aku bekerja sebagai seorang pengurus bank di Kuala Lumpur.Kemudian, dia dikehendaki bertugas di Pasir Gudang,Johor.

Aku dan emakku turut mengikuti dia dan menetap di sana.Abang dan kakakku tidak tinggal bersama kami di Johor kerana mereka bertugas di Kuala Lumpur dan menetap dengan nenek di Gombak.

Setiap minggu pada hari jumaat malam kami akan pulang ke KL untuk bertemu kakak dan abang dan akan pulang semula ke Johor pada Isnin pagi dalam pukul 3 atau 4 pagi.perjalanan dari KL ke Johor cuma memakan masa 3 hingga 4 jam tanpa berhenti.

Kisah ini berlaku semasa aku,emak dan ayahku hendak pulang ke Johor.Kereta yang dipaandu ayah amat laju.Banyak lori,bus dan kereta ayahku memotong.Setelah tiba di kawasan Senawang,Negeri Sembilan,kereta ayahku tiba2 mati enjinnya.ayahku behenti di laluan kecemasan.Lampu kecemasan juga tidak dapat dinyalakan.

Tiba-tiba suasana menjadi amat sunyi sepi tanpa sebarang kenderaan.Di kawasan kelapa sawit yang gelap dengan hanya memerlukan cahaya bulan yg samar-samar.Yang memelikkan keadaan,dimanakah perginya kenderaan yang ayahku potong sebentar tadi??seperti hilang secara tiba2..

Ketakutan,kesunyian menyelubungi aku dan keluargaku.

Emakku tidak henti-henti membaca ayat kursi.Setelah beberapa minit kemudian,ayahku mencuba sekali lagi untuk menghidupkan enjin kereta.Alhamdulillah,kereta itu dapat dihidupkan.Tetapi,yang amat memeranjatkan ialah,secara tiba2 kenderaan seperti lori,bus dan kereta sudah berada di sebelahku dengan bunyi hon.sebentar tadi tidak ku dengar bunyi enjin mereka dari belakang.

Mungkinkah aku tadi sudah berada di kawasan bunian yang telah menutup pintu jalan realiti atau UFO yang sedang cuba untuk menculik aku untuk eksperimen.

Renung²kan dan selamat beramal. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Teja pernah nampak UFO...dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin. Memula ingatkan lampu kapal terbang biasa tapi tiba2 UFO tu dah ada berlegar-legar atas kereta ayah....Besar, bulat
  • 2) Kenapa komen Teja tak kluar semua ye....panjang Teja taip...

    Teja pernah nampak UFO...dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin. Memula ingatkan lampu kapal terbang biasa tapi tiba2 UFO tu dah ada berlegar-legar atas kereta ayah....Besar, bulat
  • 3) Somebody pls help me....kenapa komen yg ditulis tak boleh keluar semua...dah tergantung dah komen Teja ni...

  • (Penulis)
    4) dapat baca la teja..sumer komen teja dwen dapat.thanks for ur komen.
    org kata area seremban tampin senawang mmg byk UFO..tempat mcm zon dorg.
  • 5) hmmm..cheesegurl xpenh lg mengalami benda cmni,
    slalu dgr psl bnda kt dlm mjalah je..
    x sangka ada org mengalaminya sendiri..
  • 6) ni 1st time dgr pasal zone ufo kt mesia ni. anyway dwen, pengalaman ko tu menarik. Tapi aku x mintak la jadi cm tu kt aku.he3.

  • (Penulis)
    7) tu la..1st time aku kena mcm tu.smpi skrg aku ingat.nasib baik xamik aku buat eksperimen..hehehe
  • 8) masa aku kat asrama dulu...org ckp ada ufo lalu. sebab tetiba ade bunyi kuat gile dan bentuk dia bulat ada cahaya. huhuhuh aku x pasti sbb aku x tengok sendiri. tapi ye..bunyinyer sgt kuat dan dekat...huhuh
  • 9) tengah bebual ngan kengkawan kat hostel n tetiba sumer orang senyap. kawan cakap ada UFO lalu. ada lagi yang cakap malaikat maut lalu... hehem... malaikat maut naik UFO eh?
  • 10) ish2..ko tak baek tau...! malaikat kn ade sayap...
    byk betol kn cite UFo skrg ni,kn? UFO mengganas!!
  • 11) hahahhaa....x bleh blah UFO nk culik ko Dwen...hahaha..

    ko igt ko tu macho ke ape..hahaha
  • 12) sebab dwen tak hensem la dia nak culik dwen, nak adjust kasi hensem skit, tapi tak kesampaian plak

Cerpen-cerpen lain nukilan dwen

Read all stories by dwen