Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Kambin'

Cerpen sebelumnya:
Dialog Tolak Tambah Edisi Kantoi
Cerpen selanjutnya:
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan

1

Ada sepasang bebiri muda dalam sekawan bebiri di sebuah padang ragut. Padang ragut tersebut sangat indah menghijau dan dikawal rapi oleh si gembala. Di sebelahnya adalah hutan belantara yg banyak mengandungi binatang2 buas terutamanya serigala. Bagi mengelakkan bebiri kepunyaanya menjadi mangsa binatang-binatang buas, si gembala memasang pagar disekeliling padang ragut tersebut. Kawanan biri-biri disitu juga sedia maklum dgn bahaya yg ada di sekliling mereka. Setiap malam mereka mendegar suara serigala melolong mendayu-dayu. Kerana itu mereka sentiasa berpesan antara satu sama lain supaya kawasan hutan tidak didekati, sekalipun mereka dilindungi dgn pagar berduri.

 

2

„Kamu yang muda-muda nie, jgn berani-berani nak main-main tepi pagar tue“, ujar seekor bebiri tua yg bertindak sebagai ketua kawanan itu. Pesanan itu walaupun diucapkan dikhalayak ramai, namun hanya kena ke batang hidung sepasang bebiri muda itu sahaja. Memandangkan hanya mereka berdua yang paling bongsu di situ. Namun mereka semua mengerti dan hormat kata-kata si ketua dan akur bahawa amat lah bahaya bermain-main di tepi hutan. Walaupun rumput2 di situ kelihatan lebih subur dan menghijau lantaran kurang diragut dan diinjak oleh bebiri lain.

 

3

Sebagai org muda yang berdarah panas, tentulah fikiran untuk menikmati rerumput yg hijau itu kadang kala ada di hati kedua-dua mereka. Namun mereka saling mengingati antara satu sama lain.“Jgn bertindak bodoh!“, „Itu hanya khayalan yang indah, kita tak tahu lagi rasanya betul2 sedap ataupun tidak“, „Jgn cuba bahayakan diri bila kita dh tahu apa yang menanti“, ujar kedua-dua bebiri itu antara satu sama lain pabila salah satu dari mereka menyatakan hasrat ke utara, sempadan padang ragut mereka, bibiran hutan, dimana rumput yang subur menghijau beralun-alun umpama dara sedang rindukan teruna.

 

4

Di dalam dunia yang tidak pernah sempurna, ada hati yang sentiasa degil dan pentingkan diri sendiri. Walaupun berkali-kali diingati namun kadang-kala hati buta. “Mereka semua pengecut dan dengki, mereka semua tua dan tidak larat ke sana. Tapi mereka tidak mahu kita pergi menikmati, lantas kita dihalangi dari mencuba pergi”, kata si betina yang muda pada suatu hari. “Mungkin benar. Tapi ancaman serigala juga adalah pasti”, balas si jantan.

“Biarpun apa terjadi, aku tetap akan pergi, kau boleh tinggal di sini jika kau tidak sudi menemani”, balas si betina. Rindunya pada rerumput hijau sudah tak tertahan lagi, rumput-rumput di depan matanya bagaikan ranting berduri. Tidak enak. Asyik melekat di celah gigi.

5

“Hanya engkau lah sahabat ku di sini, seluruh hidupku ku dambakan untuk kebahagian kau hingga hakiki. Jika kau berkeras jua ingin pergi, aku tiada pilihan selain mengikut kau sekali”. Balas si jantan sedangkan si betina sudah berdiri dan mula berlari.

6

Ternyata. Rumput-rumput di pinggiran hutan enak-enak sekali. Bagai hidangan dari syurga, umpama dijaga bidadari.”Tengok, bukan sudah ku katakan padamu, kita tidak akan rugi”. Si jantan hanya tersenyum kelat, memandang ke kiri dan kekanan. Ternyata sunyi. Malu dia dgn kedayusan sendiri. Mana bahaya yang digembar-gemburkan selama ini? Mana Sang Serigala pembaham diri? Sekeliling tenang dan sepi. Deruan anak sungai menambahkan lagi peri.

7

Manusia mudah tertipu dgn pandangan mata. Begitu juga bebiri. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhati. Tekak sudah terasa geli, air liur meleleh tanpa disedari.

Namun serigala adalah serigala. Setiap pergerakan telah difikir dan direka. Ah, itu hanya bebiri yang muda, sedangkan perut ku ini besar umpama gua. Kan lebih enak kalau dapat yang sedikit tua. Lebih besar, isinya banyak pula. Fikir sang serigala.

8

“Hai orang muda…”. Ah, suara apakah itu? Berpaling ke kiri kanan mereka. Suara asing, sungguh asing namun sudah mampu menggugat jiwa. Tak sempat berlari sudah ada di depan mata. Sang serigala!!!! Tiada lagi nikmat di depan mata. Hanya terfikir akan neraka. Balasan mereka yang tak mendengar kata. Menyesal. Pasrah. Hanya terpaku menanti mati. Begitulah perasaan yang ada dalam hati, kedua-dua bebiri.

9

“Oh, jgn takut”, ujar sang serigala. „Tiada lah niat dalam hatiku untuk membawa bencana kepada kamu berdua, hanya teman yang ku damba“. „Bagaimana mampu ku percaya, sedangkan kamu seekor serigala“, ujar bebiri jantan, meluahkan sisa-sisa keberanian yang masih ada. Bebiri betina hanya terpaku di bumi, tidak berani berkata-kata. Akibat kedegilan diri, sahabat nya kini dalam bahaya. Dirinya juga bakal menjadi mangsa. Kebuasan sang serigala durjana.

 

10

„Percayalah aku wahai bebiri berdua, tiada aku mahukan kamu semua. Itu hanyalah siulan penglipur lara. Hakikatnya aku seperti mu juga. Ingin hidup aman, mengharapkan kasih sayang kamu berdua“, cerita sang serigala mula menusuk jiwa. „Katamu amat sukar kami percaya. Bagaimana bisa kita ketawa gembira bersama, sedangkan kami bebiri dan kamu serigala“, balas si bebiri jantan.

 

11

„Katamu itu ku sedia maklum. Namun itu bukan lah hukum“, sambung sang serigala lagi, „lihatlah di sekeliling ku ini, adakah kamu nampak teman sejati. Hidup ku hanya seorg diri. Tiada berteman sampai mati“, tangis sang serigala. “Ku tahu kalian mungkin tidak sudi, tapi kiranya ada ruang dalam hidup kalian untuk ku berdiri, untuk menumpang bermain sekali, amatlah aku hargai”. Habis sudah air mata, padat sudah akur janji, maka percayalah sang bebiri, akan keikhlasan sang serigala di hati. “Esok jumpa lagi,” ujar mereka sebelum mengundur diri.

Dalam perjalanan pulang berkata-kata sang bebiri.”Lihatlah bagaimana selama ini kita menipu diri, mencipta musuh di dalam mimpi, tidaklah serigala itu garang bagai diperi“, ujar si bebiri betina. “Jangan mudah memberi seri, pada mereka yang kita baru kenali. Sesungguhnya kita harus berhati-hati. Bukan kah Pak Tua telah berkata, sang serigala sentiasa punya muslihat tersendiri”, balas si bebiri jantan menasihati.

12

Hari berganti hari. Persahabatan sang serigala dan bebiri semakin terpateri. Cerita dari dua dunia bertukar ganti. Kadang-kadang lucu menggelikan hati. Kekadang sedih dan pedih bagai pisau menghiris jari. Mungkin ini lah sahabat sejati. Bisik hati bebiri. Dalam keasyikan si betina melayan sang serigala berpuisi, bebiri jantan tetap tegak berdiri. Di wajah senyum diberi, namun di hati penuh sangsi. Mungkin kah begini? Serigala dan bebiri mampu sekali. Ketawa geli hati dan bertukar teka teki? Bebiri jantan tersenyum lagi, pabila sang serigala mengerling dari tepi.

13

Keesokan harinya si bebiri betina keluar lagi. Ke utara, pinggiran hutan ditujui. Tatkala si bebiri jantan tidur, dibiarkan sendiri. Kali ini dia mahu seorg diri. Biar perhatian yang serigala beri, hanya teruntuk empunyai diri. Layanan mesra dan senda gurau tidak mahu dikongsi. Sang serigala memang pandai berperi. Nyanyiannya sahaja sudah menghiburkan hati. Sepanjang perjalanan si bebiri tersenyum sendiri. “Kali ini ku suruh pula sang serigala menari”, bisik hatinya. Dia terseyum lagi.

14

“Hai, seorang sahaja hari ini? Mana si jantan yang selalu menemani?”, tanya sang serigala tatkala si bebiri menampakkan diri. “Oh, dia tiada upaya diri. Sakit akibat terpijak duri. Lalu ku suruh dia tidur merehatkan diri”, tipu si bebiri. “Nampaknya hanya kita berdua sahaja di sini. Terasa bagai ingin ku menari”, senyum sang serigala. Melihat si bebiri betina, yang kini makin gebu makin berisi.

15

“Memang ku ingin lihat kau menari, dan biarkan sahaja aku menyanyi”, bebiri betina menjeling manja, yakin dengan keikhlasan sang serigala. Walau sebentar berkenalan, tapi bagai dah lama, hati riang tiada duka. “Marilah engkau kemari wahai bebiri, sesungguhnya aku malu menari seorang diri”, ujar sang serigala mengharapkan simpati. Terdetik di hati bebiri akan bahaya yang mungkin menanti. Namun perasaaan itu cuba ditolak ke tepi. “Biarlah ku menyanyi di tepi sang serigala, tiada salah nya kau menari seorang diri. Tiada yang lain melihat hanya ku sendiri”, kata bebiri. Sang serigala tersenyum lagi. “Adakah engkau masih ragu keikhlasan hati ini? Sudah kukatakan bahawa aku sahabat sejati. Usahlah engkau risau, usahlah engkau gentar. Kemari! Kita menari!”.

16

Dengan ragu-ragu bebiri berdiri. Menghampiri sang serigala yang sudah menanti. Tiada apa yang harus ditakuti, kata bebiri di dalam hati. Kan dia sudah ku kenali. Sedetik semakin rapat. Pesanan bebiri jantan tidak lagi di ingat. Amaran Pak Tua sudah dilupa. Hati sang bebiri semakin bersemangat, yakin dengan kasih sang serigala.

17

Pabila Sang Serigala melihat sang bebiri sudah terjerat, lalu dia tersenyum amat. Perangkap ku kini sudah menjadi. Penantianku berakhir kini. Daging yang gebu itu akan ku saji. Buat panggangan di atas api.

18

Si bebiri diterkam sepantas kilat. Gagah sang serigala tak mampu dilawan oleh kudrat. Tahulah bebiri bahawa ini jerat. Tiada janji manis, hanyalah cengkaman yang kuat. Terpedaya dia dengan tipu muslihat.

Cerpen sebelumnya:
Dialog Tolak Tambah Edisi Kantoi
Cerpen selanjutnya:
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
8 Penilai

Info penulis
i am too thin!! feed me!!
fairuzar | Jadikan fairuzar rakan anda | Hantar Mesej kepada fairuzar

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya fairuzar
Four Minutes To Save The World | 2748 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

20 Komen dalam karya Kambin'
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik