Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan

Cerpen sebelumnya:
Kambin'
Cerpen selanjutnya:
Cerita dari Jepun
+ Awak.

- Yer saya.

+ Bila awak nak record album?

- Entah. Bila ada orang nak sponsor saya?

+ Saya ada.

- Amboi-amboi. Awak ingat record album ni macam beli nasik lemak ke? Seringgit? Nasik lemak pun dah mahal sekarang.

+ Hikhik. Ala. Kalau kita nak, boleh je kita usahakan, kan?

- Yang awak ni beria-ia nak suruh saya record album ni kenapa?

+ Saja. Tiba-tiba saya terfikir.

...

+ Kalau awak record album kan, awak nak buat lagu macam mana?

- Saya nak...

+ Alah. Awak tu tak payah tanya pun saya dah tahu. Mesti nak main heavy metal. Menjerit-jerit sana-sini macam orang gila.

- Saya tak cakap lagi apa saya nak.

+ Saya rasa kan... kalau awak buat album, main la rock atau slow rock. New age rock pun boleh je, macam 3 Doors Down ngan Nickelback. Sure best.

- Eh tak nak lah saya. Macam pelik je. Boleh jual ke kat Malaysia ni?

+ Boleh la. Apa tak boleh pulak. Spider tu ok je. Search pun rock jugak.

- Tapi tu lain. Spider tu saya tengok dah tak macam rock pun. Macam band-band 80an yang tidak diketahui asal usul genrenya.

+ Diorang kata diorang rock. Oklah, lupakan pasal Spider. Search tu dah confirm confirm rock.

- Memanglah rock. Tapi suara saya tak power mcam Amy tu. Buat malu je nanti.

+ Hurm. Kalau saya pandai nyanyi, saya nak buat band rock la.

- Aih. Tak habis-habis. Apsal tiba-tiba jer ni?

+ Itulah yang saya tiba-tiba terfikir tadi. Kalau saya ada band rock sendiri, mula-mula sekali saya nak keluarkan album komersial. Pastu nanti setahun sekali nak keluarkan album kerohanian version rock. Ala, macam artis-artis kat Indonesia tu.

- Ewah, tingginya cita-cita. Nyanyi pun off key. So awak nak nyanyi nasyid la ni?

+ Tak lah, saya nak nyanyi lagu rock.

- Tapi awak cakap pasal album kerohanian.

+ Tak boleh ke saya berbicara pasal Tuhan dengan lagu rock saya?

- Boleh ke?

+ Iyalah. Kita tengah cakap pasal genre musik, kan. Bukannya pasal isi lirik. So, kalau saya nak nyanyi lagu nasyid dengan cara dangdut pun. Boleh aje kan?

- Hurm. Saya rasa boleh. Tapi bercakap pasal iman sambil menggoyangkan pinggul dan menggegarkan dada? Ironi.

+ Itu contoh je lah. Nyanyi cara dangdut tapi kalau dah bercakap pasal agama tu, ,tak payah lah gelek gerudi.

- Awak. Awak ok ke ni? Kenapa tiba-tiba cakap pasal ketuhanan?

+ Oklah. Kenapa pulak tak ok? Saya tau lah saya tak layak cakap pasal agama tapi apa salahnya. Semua orang pun ada titik perubahan dan masa-masa untuk insaf.

- Aiyo. Bersyarah agama pulak dia.

+ Ini bukan bersyarah lah!

- Ok, ok. Bukan syarahan. Baguslah kalau awak dah berubah.

+ Ala. Bukannya berubah mana pun. Saya cuma terfikir, kalau mesej kerohanian disampaikan dalam bentuk yang saya suka, kan best. Mungkin saya boleh jadik lagi terbuka untuk terima.

- Boleh saya tau tak macam mana awak boleh tiba-tiba terfikir ni? Setahu saya awak mana pernah tiba-tiba terfikir.

+ Owh. Hehe. Tadi saya dengar lagu Switchfoot.

- Dan...?

+ Saya pernah terdengar yang Switchfoot sebenarnya satu band agama.

- Kristian?

+ Bukan. Bukan agama mainstream. Tapi agama subversive yang mana satu entah, saya pun tak pasti.

- - Ada-ada je awak ni. Entah-entah tu gossip je.

+ Kalau tu gossip pun, ideanya ok, kan? Berbuat baik melalui musik. Amal ma'ruf nahi mungkar? Bukan itu kewajipan ke?

- Betul jugak tu.

+ Takkanlah awak tak pernah terfikir untuk beramal bakti dengan musik awak?

- Mungkin ada. Mungkin tak ada. Saya pun tak ingat.

+ Apalah awak ni. Sia-sia je bakat Tuhan bagi.

- Yer lah, yer lah. Saya tak cukup baik hati macam awak.

+ Ini bukan soal baik hati lah. Lain. Aih. Susah lah nak cakap dengan awak ni.

...

+ Tapi kalau saya dapat buat album rock kerohanian saya...

- Ada hati lagi tu. Lupakan je lah awak. Selagi awak tak ada duit berlori-lori, mana boleh awak nak record album senang-senang je. Saya yang dah berapa tahun main musik ni pun macam ni lagi.

+ Alah. Berangan kan free. Biarlah.

- Ok... Ape benda lagi awak nak buat dengan album nasyid rock awak?

+ Saya teringat dulu ayah saya kata. Kalau buat benda di jalan Allah, tak boleh mintak duit. Kena buat dengan ikhlas. So nanti kalau saya ada album rock rohani saya, saya bagi free je. Hee.

- Ewah, ewah cik adik oi. Duit nak buat album pun tak ada. Bila dah ada album nak bagi free je? Awak ingat awak tu Paris Hilton ke?

+ Ha! Sebab tu la saya kata saya nak buat lagu ngan album komersial dulu.

- Entah lah awak. Awak tu bukan orang dalam industri. Mana awak tau selok-belok dia. Sudah sudah lah tu berangan.

+ Saya saja je cakap-cakap ngan awak ni. Semua benda start as idea kan. Mana tau awak bagitau kengkawan musik awak tu. Ada yang ada kemampuan tu boleh la buat. Saya nak jugak merasa religious rock band buatan Malaysia. Saya sorang-sorang, memang la tak mampu.
Cerpen sebelumnya:
Kambin'
Cerpen selanjutnya:
Cerita dari Jepun

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3617 bacaan
Wahyu | 2267 bacaan
Kata Penjual Susu | 2586 bacaan
The Ragged Doll | 3473 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4209 bacaan
Dari Langit | 2429 bacaan
Kepada Arman | 2594 bacaan
Bisu | 2955 bacaan
Terbang | 2573 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Kantoi | 2310 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik