Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Berangan

 

Alunan muzik jazz menggamitkan suasana minum petang di restoran Luna Marchantia. Aku duduk di tempat biasa sambil memandang ke luar cermin kaca. Jalan raya di luar itu penuh sesak dengan kenderaan, pastinya semua orang sedang berpusu-pusu balik daripada kerja. Nasib baik aku keluar awal tadi, kalau tidak aku juga akan terperangkap dalam kesesakan jalan yang menyesakkan nafas itu.

Aku melepaskan keluhan kecil. Jam di tangan ku kerling. Sudah lewat 20 minit temu janji ini. Kenapa Helmi belum datang lagi? Apakah dia juga terperangkap dalam kesesakan jalan? Inilah akibatnya kalau buat temu janji pada waktu macam ni. Aku menggeleng kepala sambil tersengih-sengih sendiri. Aku sebenarnya hairan dengan Helmi, biasanya temujanji kami hanyalah hujung minggu saja, dan kalau pun terlalu rindu sangat-sangat, kami akan keluar lepak di restoran favorite kami ni pada hari-hari biasa. Tapi itu pun di sebelah malam iaitu dinner bersama. Hari ini pula aku hairan. Nak jumpa aku waktu macam ni. Katanya ada sesuatu yang penting ingin di sampaikan. Hatiku juga berdebar-debar. Pastinya sesuatu yang mengejutkan nanti.

Helmi nak bagi surprise ke? Nak lamar aku ke?
Ceh, kalau nak propose pun takkan siang-siang macam ni. Tak romantik langsung!
Eh, nak pinjam duit aku ke? Tak mungkin..tak mungkin..selama ni aku je yang asyik pinjam duit dia...
Habis tu nak apa pulak?

Fikiranku masih ligat meneka-neka apakah yang bakal disampaikan oleh Helmi nanti. Aku merenung infiniti ke arah pintu restoran. Mulalah aku mengulangi tabiat ku, si puteri berangan yang mahu menyulam khayalan. Tiba-tiba pintu yang kurenung itu terbuka dan munculnya susuk tubuh yang amat kukenal. Aku mengukir senyum gembira. Kulihat dia datang dengan sut tuxedo putihnya sambil di tangannya memegang sebuah kotak kecil merah. Dari jauh senyumannya juga sudah terukir. Ah, senyum itu hanya dihadiahkan untukku..terharunya..

Dengan segaknya putera Helmiku mengatur langkahnya ke arahku. Terasa suatu debaran dalam hati, jantung sudah mengepam darah dengan laju. Bunyi lub dup jantungku sudah berentak pop rock berkadar songsang dengan alunan muzik jazz klasik. Romantik!

Seraya dia berdiri di hadapanku, dia merendahkan dirinya. Dia duduk melutut dengan sebelah kakinya. Kotak yang dalam genggamannya itu di buka lalu dihulurkan ke arahku. Terpamer cincin emas putih bertakhtahkan batu zamrud.

“Putri, would you marry me?”

Aku tergamam seketika. Aduhai..romantik sungguh. Helmi, kau memang memahamiku, tahu apa kegemaranku. Kau tahu benar cara untuk mengambil hatiku. Tahu apa yang aku suka. Kuaci...Ya itulah bentuk batu zamrud yang tersemat kemas pada cincin dalam kotak. Manalah kau tempah cincin dengan shape kuaci ni? I love you Hel! Betapa di hatiku berbunga riang sekali.

“Yes i do..” tanpa ragu-ragu aku melafazkan kata setuju. Mudah saja untuk aku menerima lamaran ini. Kerana mataku sudah dikaburi dengan cincin kuaci. Aku bukan mata duitan ok, aku cuma teruja dengan kuaci.

“Sorry miss, may i take your order please..”

“Yes i do..” tangan kuhulur.

“Miss, may i take your order pleaseeeessee...”

“Yes i do..sarungkanlah cincin tu, i tunggu ni..”

“Miss, boleh saya ambil order tak nihhh!!!”

“Oppocottt! Oder mak kau! Cincin..kuaci! Ehh!!!!??” Lamunanku terhenti. Spontan saja semua suasana romantik hilang. Lenyap. Helmiku juga sudah hilang entah ke mana. Yang kulihat tercegat berdiri berdiri di hadapanku adalah seorang lelaki tinggi lampai yang sedang memegang pen dan kertas sedang merenungku dengan hairan. Aku melihat tangan sendiri yang terlunjur ke arah lelaki tinggi lampai itu. Cepat-cepat aku tarik dan sembunyikan tangan di bawah meja. Lantas aku memerhati sekelilingku. Beberapa pasang mata pengunjung restoran yang duduk di meja berhampiran sedang tertumpu ke arahku sambil tergelak kecil. Ada yang menekup mulut dengan tangan menahan gelak besar. Aduh...malu..malu..mana nak letak muka ni? putri, kalau kau nak berangan tu bertempat la sikit! Tak malu betol!

Aku menyumpah-nyumpah diri sendiri. Dengan wajah udang terbakar aku cuba tukar sengihan kerang busuk kepada pemerhati-pemerhati sekalian. Juga kepada pelayan lelaki yang masih tercegat berdiri menunggu pesanan.

***

Aku melihat lagi jam di tangan. Entah, sudah lebih seratus kali agaknya aku asyik melihat jam. Naik juling biji mataku asyik tengok jam, kemudian tengok ke pintu restoran, berulang-ulang kali sampai naik pening kepala aku. Naik lenguh juga tengkuk aku ni. Tapi, kenapa kelibat Helmi belum pun muncul lagi? Mana pergi kau Helmi! Suka betul buat aku melangut kat sini sorang-sorang! Kang ada yang kena reject kang nangis plak nanti ni.

Fresh orange juice dalam gelas kurenung. Sudah tinggal separuh. Kusedut lagi jus itu dengan straw yang comel bagi memfreshkan ketidaksabaran dalam hati yang sudah membukit. Comel pula straw ni. Kecil, tapi tak puas hati sebab tak dapat nak sedut dalam kuantiti yang banyak. Nak juga aku teguk saja dari gelas ni tapi..aku kan gadis sopan, gadis ayu..kenalah kontrol sikit. Putri kena kontrol..kontrol..sini bukan rumah ok..sopan..sopan..straw pun strawlah. Dengan lagak sopan aku menyedut lagi jus oren kegemaranku.

“Maaf Putri...lama tunggu?”

Sapaan itu membuatkan aku hampir tersedak. Aku mendongak. Kulihat Helmi sedang berdiri di hadapanku. Dan di sisinya seorang gadis manis dengan rambut teknik rebonding paras bahu. Cantik dan seksi. Who’s this girl? Perempuan mana pula kau kidnap ni Hel?? Takkan nak propose pun kena pakai orang tengah? Tak romatik, .tak romantik langsung!

“Lama tunggu ke?” soal Helmi lagi sambil menarikkan kerusi untuk gadis teknik rebonding itu. Hatiku mula dihujani pelbagai perasaan dan persoalan. Siapakah gadis itu? Kenapa Helmi membawanya ke temujanji ini yang seharusnya hanya aku dan Helmi sahaja. Tidakkah dia tahu aku dan Helmi sukakan privacy? Helmi sendiri juga seharusnya tahu itu. Sepatutnya Helmi bawa cincin bukan budak perempuan teknik rebonding nih! Menyebok ajelah perempuan ni..

“Takdelah lama sangat. I pun baru je sampai beberapa minit tadi...” Aku jawab dengan senyum plastik. Baru apanya..dah berkulat aku menunggu ni. Kalau ada labah-labah dalam restoran ni dah lama aku bersawang...

Aku buat senyum sampai ke telinga lebarnya, cuba menyembunyikan amarah di hati. Putri kena senyum, senyum...

“Sebenarnya I ada sesuatu yang nak sampaikan kat you ni...errrr...” Helmi sudah mahu memulakan bicara topik utamanya.

“Eh, tak nak pesan minum dulu ke?” Aku memintas sambil mengangkat tangan memanggil pelayan. Takkan nak propose secepat ini. Sabarlah Helmi. Kita minum dulu!

“Tak! Takpe, takpe! I tak nak minum. Lagipun I dan Ema kejap je kat sini. I just nak cakap sesuatu yang penting je kat you, lepas tu kitorang baliklah.” Helmi memandangku dengan wajah kelatnya kemudian ke arah gadis di sebelahnya yang dikenalkan sebagai Ema. Ema yang cantik itu membalas pandangan Helmi dengan senyuman manja.

Aku kehairanan. Kebingungan. Apa semua ini? Aku tak faham. Takkan nak balik cepat kot lepas propose aku? Baki jus dalam gelas kusedut sampai habis dengan rasa geram. Hujung straw kugigit-gigit sampai lumat. Geram..sebab tak faham..

“Errm..errm..sebenarnya..errm..errr..” Helmi tiba-tiba gagap.

Sindrom ni biasa agaknya yang berlaku pada lelaki bila nak propose gadis..hikhikhik..Terasa ada rerama bertembangan dalam hati. Sambil senyum-senyum aku menggigit lagi straw dalam gelas.

“Putri, hubungan kita berkakhir sampai di sini sahaja..maafkan I Putri..”

“Ok, putri maafkan..” refleks aku menjawab dengan acuh tak acuh.

“Eh, What???!!” Aku pantas mendongak. Dengan straw yang tersangkut di gigi aku membulatkan mata. Betulkan apa yang aku baru dengar tadi? Aku pandang tepat ke wajah Helmi yang langsung tidak menunjukkan riak bergurau. Cepat-cepat tangan Helmi menarik straw dari mulutku dan mencampakkan ke atas meja. Kemudian dia bersuara lagi..

“I’m sorry Putri, I bukan lelaki yang baik untuk you. You carilah lelaki yang lebih baik untuk you...”

“What?” Kata what kuulang lagi. Aku terkesima ketika ini. Itu sajalah perkataan yang mampu keluar dari mulutku. Sedang di dalam kepalaku ada tanda soal yang besar sedang berlegar-legar. Helmi, please, dont make joke ok..

“Hubungan kita berakhir sampai di sini. I dah ada Ema. Dia dah ambil tempat you dalam hati I. I’m sorry Putri...”

“Tapi Hel..” Tiba-tiba rasa sebak. Semakin menjalar dalam hati dan kelopak mata tiba-tiba berat. Shit! I hate this feeling!!

“I tahu you tak boleh terima semua ini tapi inilah hakikat. Hati I sudah beralih arah...”

Kata-katanya itu bagai keramat, membuatkan hatiku seperti dikikir dengan pengikir parut kelapa. Ku pandang Helmi tanpa berkelip. Cukup mudah untuk kau lafaz kata-kata menyakitkan itu padaku. Cukup mudah juga untuk kau beralih arah Helmi. Murahkah harga cinta yang kita bina selama ini? Sanggup kau khianati. Damm you Hel! You..you..you memang HELL!!

“Hel, takkan you sanggup tinggalkan I ?!!” Wajah yang iras-iras Johny Depp itu ku renung tajam. Kemudian gadis seksi yang duduk di sebelahnya itu kujeling. Seksi sangat tapi mata ini seksa melihatnya. Hatiku seperti dicarik-carik melihat gadis seksa itu meminta-mintal lengan baju Helmi.

“Maaf Putri...” Helmi bangkit berdiri dari duduknya.

“Tapi Hel..you can’t...” Aku mendongak memandangnya.

“Please Putri, terimalah kenyataan ini. Saya dah tinggalkan awak. You and me, no more..awak faham tak ni?”

“Tak boleh! Tak boleh!” aku tetap membantah.

“But why?”

“You tak boleh tinggalkan I hanya semata-mata kerana gadis tenik rebonding ni! Kalau kerana dialah you tinggalkan I, I takkan terima. Dia tak setanding pun kalau nak bersaing dengan I ! You can’t!”

“Why can’t?”

“You can’t Helmi!!”

“Why?”

“Saya kata dah tak boleh, tak bolehlah!!” Aku bangkit dari dudukku sambil kedua tangan kuhentak ke atas meja.

“Oppsss!! Alamak! I’m sorry miss, i’m sorry! I just ask why you said ‘can’t’..I doesnt mean to make you angry..”

Eh????

Aku menoleh ke belakang ke arah suara lelaki itu. Kulihat seorang pelayan lelaki memandangku dengan rasa bersalah. Aku menoleh semula ke depan. Kemudian memandang sekeliling. Semuanya hilang! Semua tadi sudah hilang!

Mana perginya Helmi? Mana gadis teknik rebonding tadi? Apa ni? Aku berangan lagikah?! Oh tidak!!!! Arghhhhhhh! Aku mengigau di siang hariiii...........

Aku memandang pelayan lelaki yang sedang tercegat berdiri dengan wajah pucatnya.

“Tadi saya tengok miss letakkan kepala kat atas meja ni sambil tutup mata..ingatkan miss tidur. Tapi sambil tutup mata tu saya dengar miss bercakap-cakap pula sesuatu. Jadi saya pun heran dan tanyalah. Just to make sure wether you’re sleep or not..but..you..tetiba je..err.. I’m sorry miss..i’m sorry..saya tak berniat untuk ganggu tadi..” Pelayan lelaki itu tunduk-tunduk rasa bersalah.

“No..no..doesn’t matter..I’m just kidding..hehe..” Aku melabuhkan punggung semula ke kerusi. Aku tersengih sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala. Huh, just kidding apanya..

“Errr, miss..may..may..i take your order please?” Soal pelayan lelaki itu putus-putus. Takut agaknya dengan aku. Riak wajahnya juga kehairanan. Mungkin rasa pelik dengan kelakuanku sebentar tadi.

“Em..just bring me a glass of sky juice please..” sambil memberikan senyuman kepadanya.

“Sky juice??” Pelayan itu tambah pelik.

“Eh, sorry..sorry..i mean cold water..hehehe..just kidding again..”

Aduh! Sejak bila aku pandai main just kidding plak ni?

“Oh, ok miss...” Pelayan itu meninggalkan aku dengan wajahnya yang pucat dan peliknya. Nak tergelak juga aku melihat riak wajahnya itu. Macam baru nampak hantu lagaknya. Teruk sangat ke aku tengking dia tadi?

Sebaik sahaja pelayan lelaki itu berlalu meninggalkan aku, bahuku disapa dari belakang.

“Maaf Putri, lama tunggu?”

Aku menoleh ke arah suara yang kukenal itu. Sesuatu yang mengejutkan!

OH MY GOD!!

Kulihat Helmi dengan seorang GADIS SEKSI DENGAN RAMBUT TEKNIK REBONDING PARAS BAHU berdiri di sisinya. Mak, tolong Putri makkkkk!!! Aku..aku..aku..aku rasa nak pitam...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) saya suka!okay, sekarang sy nk bg komen yg agak berjela.sabar jela ok ;-)

    1)sgt suka comic timing anda.bernas, nanas dan ganas.ahaha

    2)kesian waiter yg naif lagi innocent itu.org tua2 kan da pesan, sebelum tdo, basuh kaki dulu.

    3)it's a very good try.pendek kata, cukup garam, gula dan rempah.

    4)try not to make the main character berangan byk kali.it's kind of confused me for a while.(maaf, mungkin tahap ketepuan otak telah sampai ke tahap maksima) =p

  • (Penulis)
    2) nightingale: wahhhh!(terkesima sekejap)..citer ni baru je sy tulis 2 jam yg lalu..try2 post kat sini..tak sangka nightingale bagi perhargaan sebegini..THANX! act nk tambah lagi cerita tu kasi berangan banyak2..hahaha...tp sy dah takde idea nk berangan dah..hahhaa..

    *sy ini memang tak pandai tulis cerita..
  • 3) oh spontaneous writing la ni.sgt seronok okay idea dtg mencurah-curah bagai paip air yg pecah.perumpamaan apakah ini?

    p/s: anda pandai mengarang cerita. sy suka (^-^)

  • (Penulis)
    4) anda bikin saya malu..jangan ar puji lagi..malu..ihiks..
  • 5) idea : sempoi
    penceritaan : lively
    susunan kata : baik

    goodjob nurie :)
  • 6) yang sederhana itu yang sebenarnya menarik... best ;D
  • 7) jahat la ko nurie..berkali2 aku tertipu! cess!! :D
    5 Bintang untuk anda! yeaH!!

  • (Penulis)
    8) caha : tq..komen mcm ni la yg lama tak tengok..penilaian mcm yg caha buat dulu..ada idea, penceritaan, susunan plot dsbg..baru penulis tu bleh tau di mana kelemahan penulisannya..kat puisi pun sama, dah lama caha tak komen mcm ni kan..
    kak zu : ehehehe..kak zu seorang pengkarya yang mantap! sy tidak setanding pun..=(
    fairuzar : hahahaa..jahatkah? haha..aku tak berniat nak tipu tp itulah yg terlintas dlm kepala otak time tulis citer ni sambil gelak2..=P THANX! fairuzar juga penulis yg baik..sy suka penulisan kamu..go2 fairuzar, teruskan berkarya..=)
  • 9) puisi tak reti komen aa. since dah ramai yang hebat dalam menilai puisi sekarang ni. saya serahkan pada yang ahli saja :D

    komen2 membina utk cerpen selalunya bila sesekali orang tu membawa kesegaran dari apa yang menimbun di dalam ini. hehe. tapi tak semestinya kerana itu saja juga :p
  • 10) susur atur yang baik! mungkin ada orang kata confusing atau tertipu tapi itu lah yang perlu kalau tak mesti karya ni boring je, kan!

    *thumbs up!*
  • 11) hye nurie.. lama da tak baca citer yang nurie tulis.. wow! best la.. kali ni citer fishy... berangan banyak ek? very nice story... penceritaan yang sangat menarik... thumbs up!

  • (Penulis)
    12) val : betul tu val..kelainan itu yg org suka..macam dalam eksperimen2 yg val selalu buat..=)
    dayya : tq dayya..takdenya yg best..tu tulis memain je nak buat joke. mula2 nak jadi citer romatik sdey, ntah tetiba hangin pelik dtg tukarlah citer berangan yg pendek..heh.
  • 13) nice one! i lyke~~

    wat cite camni byk2 k nurie..hohooo

    p/s: stuju..spontaneous idea flow dia sangat menarik.. mengalir cam air terjun..deras je..kdg2 sendrik pon xtau merepek hape..hehhee
  • 14) hm.. no coment

  • (Penulis)
    15) syud : buat byk2? takde mase dah nk buat..bz dah skrg ni. stuju arh syud, kekadang rasa memang aku ni semakin hari semakin kuat merepek..mau makan kerepek manyak2 nih!

    naqiah : hi naqiah..no commet ye, tp komen jugak tu. =)
  • 16) Penamat yang baik. Susunan babak lucu yang boleh tahan. Tajuk cerpen ini banyak membantu saya untuk tidak berasa teruja dengan isi cerita, tapi ia isu kecil.

  • (Penulis)
    17) siberkop (caha,kali ni aku eja betul): anda juga teripu ke? trimas sbb sudi baca.
  • 18) Tak tertipu. Cuma kalau diletakkan tajuk yang lebih sesuai mungkin elemen kejutan di antara kedua plot dpt ditampilkan.

  • (Penulis)
    19) oooo..ok2..faham2..trima kasih siberkop.
  • 20) har har har .... dua kali gelak bc criter nih .... kah kah kah ...
    menarik, but macam pengalaman sendiri je ... :-) ...
  • 21) nurie...thumb up 4 u.. best n nice...tp yg lg best PTRI ke tu?? terharunye...pegang watak utama..hehe

  • 22) kak nurie yg suka brangan..ad pekdah gak.bleh wat citer lg tuh.. ,p

Cerpen-cerpen lain nukilan nurie

Read all stories by nurie