Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Jenaka

mistrick

Cerpen sebelumnya:
“Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis”
Cerpen selanjutnya:
REALITI
 

Azman merupakan seorang anggota tentera di sebuah kem tentera yang terkenal di Melaka. Ini melayakkan beliau mendapat rumah Quaters angkatan tentera. Kini setelah permohonannya diluluskan, beliau terus berpindah ke rumah baru itu.

            Namun, ternyata bukan hanya keluarga Azman sahaja yang menduduki rumah tersebut. Saban hari Azman mendakwa diganggu bunyi aneh dan syahdu.

            "Kadang-kadang saya dengar bunyi orang menangis tuan!! Kadang kala ada pulak orang tergelak-gelak, menyeringai, berlari-lari anak."

            "Ada hari tu.... saya ternampak kelibat lembaga hitam di dapor saya tuan!!" lapor Azman kepada pegawai perumahan unit. Azman ketika itu merupakan seorang koperal dan berkhidmat di dalam Kor Gerakhas. Masakan azman begitu takut dengan gangguan remeh temeh itu. Bukankah dugaan ketika mengambil kursus asas komando lebih susah dan super-mencabar?

            "Lain tuan!! Ini dugaan alam ghaib tuan!!. Lagipon saya bimbangkan anak-anak saya tuan!!"

            Isk.... nama je askar. Tapi takot hantu.....

 

***

Pagi itu Azman pulang ke kampungnya, dan petang itulah juga dia bergegas pulang ke rumah kuatersnya. Ada urusan penting yang perlu dibuat dan diselesaikan. Dia harus menamatkan segara kekacauan yang berlaku.

Tepat pukul 12 tengah malam, Azman telah pon siap dengan bahan-bahan diperlukan.

Semangkuk darah ayam hitam yang di ambil dr kampungnya.

Segenggam pasir kasar dasar sungai.

Sehelai surat khabar lama.

            Surat khabar dibentangkan. Mangkuk berisi darah ayam hitam diletakkan di atasnya. Pasir itu kemudiannya diletakkan ke dalam mangkuk berisi darah ayam tadi, kemudian dikacau sebati. Kesemua ramuan itu ditinggalkan di hadapan luar rumah.

 

***

            +"Kamu dah buat apa yang saya suruh??"

-"Sudah tuan!!"

+"Apa yang kamu nampak?"

-"Tak ada apa2 tuan!! Semuanya tidak terusik. Kenapa tuan suruh saya buat begitu??"

+"Saya nak tanya kamu. Hantu makan apa??"

-"Darah, tulang dan asap tuan!!"

+"Haa!! Bagus... Kalau ada hantu, tentu di akan makan darah dalam mangkuk tu!! hantu makan pasir tak??"

-"Tidak tuan!!"

+ "Haa!! Ada tak pasir-pasir bersepah sekitar mangkuk??"

-"Takda tuan!!"

+"See, maknya takda hantu lah dekat rumah kamu. Kalau ada hantu, sure die tersedak makan darah ada pasir!!" Tegas Mejar Abu Bakar seraya menyerahkan dokumen permohonan penukuran unit rumah kepada Koperal Azman. Besar-besar terpampang dicop dengan stamp "Permohonan Di Tolak"

Azman keluar dari bilik Mejar Abu Bakar dengan penuh kecewa dan bengkek. Sebelum keluar beliau telah disekolahkan. Maasih teringat lagi ayat ini...

"Askar pon takot hantukah?? Bagus la awak duduk dengan hantu kasik kuat mental sikit."

 

Kesimpulanya. Jadi askar tapi penakotkah? haha

Cerpen sebelumnya:
“Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis”
Cerpen selanjutnya:
REALITI

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.7
6 Penilai

Info penulis

DuKu GuMuK GuMuK

seorang mahluk tuhan yang bulat dan comel. haha. mempunyai ratio berat dan tinggi yang tidak berkadar terus. mempunyai rambut yang lurus.
akuss15 | Jadikan akuss15 rakan anda | Hantar Mesej kepada akuss15

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

19 Komen dalam karya mistrick
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik