Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

REALITI

  • 13
  • Teja
  • 16 years ago
  • 3,571
  • FREE

 

 

REALITI

 

Salmiah termenung lama di hadapan cermin. Bau busuk dan hancing tandas sekolah tak dihiraukannya. Dia sedang sakit hati, rela menghirup aroma yang tidak menyenangkan itu daripada masuk ke kelas.

 

Salmiah menyampah sangat dengan Kudin. Dia sedar kekurangan dirinya, tetapi Kudin tiada hak untuk mempermainkan kurniaan Tuhan kepada dirinya. Disebabkan Kudin, seluruh kelas turut mempersendakannya, terutama si ratu cantik (kononnya la), Siti Liza. Lagi berlagak Siti Liza di depannya. Bukannya cantik sangat pun Siti Liza ni. Harapkan putih melepak dan rambut lurusnya sahaja.

 

Salmiah mencebik. Masih merenung cermin yang retak dan kelabu. "Aku pun cantik. Korang tak nampak lagi rambut aku pun lurus lebat mcm Liza. Aku pakai tudung, tutup aurat....muka je la hitam sikit. Liza tu tak...sume dia nak tunjuk. Argghh...Kudin memang jahat. Macam dia tu handsome sangat." Gerutu Salmiah dalam hati.

 

"Aku mesti buat sesuatu...aku mesti masuk."

 

"Salmiah!! Apa yang kamu buat dalam tandas tak masuk kelas ni ?!!" 

 

Alamak, Cikgu Basiron. Salmiah terkedu. Matilah Salmiah kali ni.

 

Salmiah berjalan di hadapan sementara Cikgu Basiron mengekorinya dengan sebilah rotan di tangan. Muka Salmiah merah padam. Dalam majalah Remaja (majalah yang mengajar budak2 muda bercinta & manggatal tu...) cakap ‘blushing'. Bertambah ‘blushing' dan perit telinga apabila dia disuruh berdiri di tengah2 padang di bawah terik matahari pada pukul 11 pagi hari itu.

 

"Aku mesti masuk....aku mesti masuk..." Bahang mentari telah menghangatkan hati dan semangat Salmiah.

 

***************************************************

 

Buku teks matematik tambahan yang tebal macam sebuku roti ditutupnya dengan perlahan. Kesan titisan air mata masih basah pada mukasurat 168 buku itu. Walaupun masih dalam kesedihan, otak Salimah masih bergeliga menyelesaikan soalan matematik tambahan yang susah gila bagi Kudin dan Siti Liza.

 

"Dungu betul budak berdua ni....berlagak je pandai." Gerutu Salmiah dalam hati apabila hamper setiap pagi dipaksa Kudin menyerahkan buku latihannya untuk ditiru. Kalau Salmiah tak bagi, dia khuatir banyak lagi bencana yang bakal berlaku. Salmiah tidak mahu tayar basikalnya pancit lagi. Salmiah tidak mahu duduk atas gula2 getah (yang masih basah dgn air liur Kudin yang masam...yarrrk...).

 

Salmiah menarik keluar diarinya dari dalam laci. "Mana satu nak masuk ni? Satu Dalam Sejuta ke, Institut Fantasi ke, Idola Malaysia...? Bintang MTR pun ok gak, tp nanti tak glamour...nanti Kudin dgn Cik Siti tak perasan..."

 

Lantas Salmiah membuat keputusan. "Aku nak masuk yang boleh bagi aku kuasa wang & kemasyuran.....aku yakin, suara aku boleh tahan. Mak selalu puji suara aku bila aku mengaji Quran. Mesti takde masalah punye."

 

Dan Salmiah senyum dalam tidur penuh keyakinan sampai pagi.

 

********************************************

 

Keratan akhbar iklan pertandingan Satu Dalam Sejuta hampir lunyai dalam genggaman Salmiah. Mukanya agak comel dan bersih sedikit pada hari minggu itu. Mana tidaknya, pagi tadi Salmiah curi2 bedak, mascara, blusher, eye shadow & semualah yang boleh mencomelkan sedikit wajahnya dari meja solek emaknya. Mudah nak dapat benda2 tu sebab emaknya dealer Avon.

 

Ramainya orang. Panjangnya barisan. Yang lelakinya ada yang smart, handsome tapi ada jugak yang muka ala-ala kadar. Yang perempuan pun sama. Yang cantik ramai, yang ala-ala kadar pun ramai. Kebanyakannya dengan solekan yang kalah pelakon opera. Salmiah tak mahu mengutuk orang. Dia sedar yang dia pun ala-ala kadar juga. "Tapi aku takdelah solek over macam tu. Berpada-pada la." Getusnya dalam hati.

 

Salmiah memandang sekeliling tapi dengan agak berhati-hati kerana dia tidak mahu kehadirannya disedari oleh sesiapa sahaja yang mungkin mengenalinya. Tiada siapa pun yang tahu yang dia menghadiri uji bakat Satu Dalam Sejuta.  Mengeleng kepalanya melihat gelagat remaja sebayanya.

 

"Mak bapak diorang ni tak marah ke anak diorang keluar rumah dgn baju macam ni? Mak aai....cantik sangat seluar dalam tu sampai nak tunjuk kat org ramai....ketatnya baju... Karatnya rambut...sah ke air sembahyang korang kalau rambut dah kaler2 camtu....seksinya baju....ni lgi sorang, muka Melayu tapi hidung bertindik.... Astaghfirullahalazim...mengutuk orang je aku ni..... Alhamdulillah mak ayah aku kisahkan aku." Bermacam-macam persoalan bermain di kepala Salmiah.

 

Salmiah tunduk sahaja sementara menanti gilirannya untuk masuk ke bilik uji bakat. Harap2 dia bernasib baik kerana dia tahu juri2 yang ada di dalam ialah Paula Mossy, mat saleh yang dilihatnya dalam TV sebagai orang yang cerewet. Harap2 ada rezekinya pada hari ini. Harap2 berbaloi penatnya berdiri hampir satu jam di dalam bas hendak ke bandar tadi.

 

Sob..sob..(lepas tu bunyi hingus dari hidung dihembuskan)... Bunyi itu menarik perhatiannya. Salmiah memandang ke arah bunyi itu. Macam kenal gadis yang sedang menangis itu. Siti Liza!! Cepat2 Salamiah menutup mukanya dengan borang pendaftaran pertandingan Satu Dalam Sejuta. Dia mengintai sedikit. Siti Liza nampak macam orang bandar hari ni. Baju merah ketat tanpa lengan. Seluar ‘steng' paras lutut. Kalau dia duduk mesti nampak ‘longkang' kat belakang. Kelihatan seperti Siti Liza baru keluar dari bilik uji bakat. "Gagal la tu kot," bisik Salmiah.

 

Mak dah ayah Siti Liza pun ada. Nampak macam mak Siti Liza pun menangis sama. Sedih benar nampaknya mak si Siti tu sebab anaknya tak berjaya masuk Satu Dalam Sejuta. Salmiah ingat lagi sewaktu hari mengambil keputusan PMR 2 tahun lalu. Siti Liza dapat berderet C & D dalam hampir semua mata pelajaran. Dia datang dengan emaknya mengambil keputusan di sekolah. Salmiah ingat lagi (sebab dia nak tahu budak yang asyik melawa je kat sekolah boleh skor ke tidak), Siti Liza releks je...siap gelak2 lagi dgn maknya. Nampaknya mak Siti Liza lebih sedih apabila anaknya gagal dalam uji bakat Satu Dalam Sejuta daripada gagal dalam peperiksaan. Suara Siti Liza pun bukannya sedap. Ustazah suruh dia baca 2-3 potong ayat Quran dalam kelas pun merangkak-rangkak.

 

Salmiah toleh ke kanan. Dah meluat tengok Siti Liza ‘sedih'. Kelihatan seorang ayah sedang sedang ditemuramah oleh wartawan 88TV. Macam kenal je pakcik ni. Salmiah perah otak untuk mengingat. Ooo...Pakcik Sudin! Ayah Kudin! Kudin ada di sebelahnya. Besarnya rantai kau Kudin. Rantai basikal mana kau rembat. Pakcik Sudin tak marah ke kau pakai rantai tu. Bukan ke berdosa ke lelaki pakai rantai? Cepat2 Salmiah melindungi mukanya semula tetapi memasang telinga untuk mendengar apa yang ayah Kudin katakan pada wartawan.

 

"Memang saya harap sangat anak saya terpilih ni. Anak saya memang minat menyanyi dan berbakat. Banyak lagu yang dia hafal ni. Saya doakan sangat2, siang malam saya berdoa semoga anak saya berjaya dalam bidang nyanyian ni."

 

"Pakcik Kudin oi... Baik pakcik doakan si Kudin tu semoga molek perangainya. Doakan semoga bersih otaknya supaya senang absorb apa yang cikgu ajar kat sekolah...especially add math...takde la tiru saya je hari2. Anak pakcik tu ayat Kursi pun tak hafal masa ustazah suruh baca dalam kelas hari tu. Lagu Spider laju je hafal." Dalam hati saje Salmiah bersuara.

 

Salmiah mula rimas. Inikah dunia yang ingin dia ceburi. "Tak kisah lah kalau aku tak glamour pun. Aku ni harapan mak dan ayah. Aku blajar elok2, dapat kerja bagus nanti, sure mak ayah aku bangga. Tahu mengaji, sembahyang... Lagi bangga & bersyukur mereka bila aku boleh doakan & bacakan Yasin untuk mak ayah aku bila mereka dah tiada nanti.. Perangai aku pun tak setan. Ye, mak ayah aku akan bangga dgn aku bila aku dapat semua A dalam SPM nanti. Mak Siti Liza, simpan dulu air mata tu bila result SPM keluar nanti."

 

Borang pendaftaran pertandingan Satu Dalam Sejuta yang dah renyuk meluncur laju ke dalam bakul sampah.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Testing...testing....my 1st trial...berdebar2 rasenya mase nak post..harap sume suka.. =)
  • 2) good one teja. nice twist at the end. cerita ni agak sempoi tapi susunan ayat dan cara penceritaan best. 5 bintang untuk andaaaaaaa!!! :D
  • 3) yepp..for a starter..u did a good job teja! simple tp mnarik~~ =)
  • 4) wow teja. nicely done! :) kalau polish sket memang boleh masuk cerpen kat utusan! kudos!

    idea : ada kesegaran, ada kelainan, jarang dipaparkan dalam kapasitor BM. 5!

    penceritaan : santai, tempo sederhana. banyak bahan yang diambil dari pemerhatian dimasukkan. ada effort. i like! 4.5!

    susunan kata : kalau boleh betulkan ejaan2. tulis penuh2 kata ganda. sure lagi cun! lebih eksotik! hehe. 3.8

    semoga dapat lahirkan lagi cerpen2 sebegini :)
  • 5) honestly, mula-mula baca rasa cam biasa je. lagipun ayatnya yang ringkas... but bila dah smpi time si salmiah mula mengutuk (sorry to use this word) contestant satupersatu... dah mula nmpak ada kelainana dlm citer ni... nice ending. like fairuzar tulis, nice twist ending... unsur srcastic yg bagus...like it so much!
  • 6) heheh.. i like diz story too... best la.. sinis dan sangat sinis.. sangat sempoi dan bergaya...ada style yang tersendiri dalam menggarap penceritaan.. hehehe.. like it!
  • 7) mcm kata caha, idea mmg best..tahnia sbb Teja dah mula utk menulis cerita..dr asyek tulis puisi je..kan bagus mcm ni..

    act byk je idea citer2 yg hebat2 dlm kepala cuma kita ni je yg tak reti mcm mana nk bercerita dlm bentuk penulisan..rasa ssh utk menyusun kata2 ke bentuk penulisan agar cerita itu sampai kpd pembaca spt yg kita harapkan..tp tu la kalau tak cuba jg mana kita tau mcm mana caranya kan..tu Teja dah juba dan lihatlah hasilnya..hehe..mmg best.

    nice try Teja..kan dah ramai yg bg penghargaan tu..
    nampaknya kapasitor memang bakal melahirkan lebih ramai penulis baru yg hebat2 belaka. Kapasitor roks! =)

  • (Penulis)
    8) The next one will follow soon...=)

    Cerita ni sbnrnya my soft comment ke atas apa yang dihidangkan kepada kita kat TV skrg ni...
  • 9) Saya suka.

    So, Siti Liza ada yahoo id tak?

  • (Penulis)
    10) ada... lizaxcute@yahoo.com

    Selamat berkenalan...=)
  • 11) suka.. simple but sweet.. nice try.. :)
  • 12) sempoi
  • 13) best..simple and nice.ada pengajaran!

Cerpen-cerpen lain nukilan Teja

Read all stories by Teja