Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

pelangi 8 warna

 

 

Cerita ini baru nak bermula.

 

Latar tempat   : Di sebuah pulau tanpa nama

 

Latar waktu    : Sekitar tahun 2692

 

Watak              : - Akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat -

*****

 

"Hujan ribut semalam sangat cantik! Hari ini, pelangi warnanya lapan." Nyya tersenyum ceria.

 

Nyya?

 

Gadis comel, berumur 24 tahun, Pakar Warna; Pengkhususan Pelangi Biofizikologi.

 

Nyya bangkit dari katil. Terlompat-lompat mencapai kutil terowong cahaya. Dia mahu pergi ke Taman Rahsia.

 

Tapi, seperti biasa tak dapat. Sudahlah kutil itu tinggi, ketat pula. Mungkin kena guna cara rahsia. Tapi, bagaimana?

 

Dia garu kepala.

 

Dia pandang lagi terowong cahaya. Cuma yang ada sejalur sinar mentari. Hatinya jadi tak tahan lagi. Tambah bersemangat nak terus menjejak kaki. Dia benar-benar ingin tahu apa yang tersembunyi.

 

Tiba-tiba, skrin maya muncul. Nyya terus bertinggung. Malu sebab masih pakai baju tidur. Mandi pun belum. Basuh muka, gosok gigi? Hehehe, itupun belum!

 

Nyya tekan punat enter. Kata laluan dimasukkan. Lagi sekali enter.

 

Kali ini, muka Cleo muncul.

 

Nampak gayanya, style rambutnya lain lagi. Gaya rambut barunya, pacak-pacak warna emas. Sebenarnya, itu gaya lapok tapi dia suka.

 

Oh lupa! Cleo?

 

Kawan baik Nyya. Mereka sebaya. Kenal masa darjah tiga. Dalam kelas maya, teman berchatting bila cikgu mengajar. Dari kecil sampailah ke besar. Cleo ini suka pada gaya lama, tapi selalu kata; " Saya ni up-to-date orangnya."

 

"Nyya, jom keluar!"

 

Nyya geleng-geleng kepala. Terkejut bila Cleo ajak dia keluar. Takkan nak pergi main atas kapas awan? Dah boring! Kalau tak pun, mesti dia nak ajak ke Ocean Teampark. Ah, malas. Tak ada mamat yang boleh jadi hero. Semua mamat kampung.

 

" Tak nak lah. Kita pergi taman nak?"

 

Cleo tercengang. Pergi taman? Ah! Budak Nyya ni penuh idea gila. Dia tak tahu ke itu tempat larangan? Sangat bahaya. Cleo geleng kepala.

 

Nyya dah agak dah. Cleo mesti tak nak punya. Budak itu memang penakut.

 

Nyya menyeringai suka. Dia terus tekan punat delete. Skrin maya terpadam. Dia malas nak layan Cleo yang tak gentle.

*****

 

Sekarang dah habis kepala cerita, jom masuk badan pula.

 

Latar tempat   : Err, tak tau la. Tapi dalam pulau tu juga la.

 

Latar waktu    : Petang kot, sebab Nyya tengah berjalan-jalan. Tapi pagi-pagi tak boleh  pergi jejalan ke? Lalalla... tak tau! =p

*****

 

Nyya sedang berjalan-jalan seorang diri. Dia tak tahu kemana arah yang dia nak pergi. Dia cuma ikut je mana kaki dia nak bawa dia pergi. Tapi, dia tetap berjalan dengan berhati-hati kerana takut terpijak duri.

 

Tiba-tiba dia ternampak satu tempat pelik. Dia tak tau tempat apa, lalu dia memanggil supirnya menggunakan gelombang Bluetooth, agar mencari antena maya. Ini kerana, Nyya mahu mencari sedikit maklumat melalui skrin mayanya itu. Akhirnya gelombang terpantul pada antena maya, dan skrin itu pun terpamer.

 

Nyya sengeh-sengeh. Oh, gua rupanya. Dia tak tahu sebab dalam kelas dia asyik sangat dengan berchatting dan bermain game. Semua itu, Cleo punya pasal, walaupun sebenarnya dia sendiri yang paksa-paksa Cleo.

 

Dia jadi semangat. Tak pernah pun masuk gua, membuatkan dia rasa teruja. Nyya seronok sangat sampai terlompat-lompat di depan muka gua.

 

Tap!Tap!Tap!

 

Gua itu bergema, bagai sang gergasi sedang bertepuk tangan.

 

Dan lagi, semakin menjadi-jadi perasaan yang dirasai Si Nyya itu. Sehinggakan, dia terjerit-jerit suka bila mendengar lantunan gelombang gema.

 

"Saya Nyya yang baik. Semua orang cakap saya sangat nakal, tapi saya sangat baik sebenarnya. Saya nak buat semua benda yang saya suka sebab saya takut sendiri akan rasa terkilan bila dah tua nanti. Bila dah tua, dah hilang sedikit kudrat nak buat semua benda, nak menggapai setiap cita-cita dan impian."

 

Lalu, tiba-tiba ada lubang yang terbuka. Nyya tak perasan lubang tu terbuka sebab warnanya lutsinar.

 

Gedebuk!

 

Alamak, Nyya jatuh macam nangka busuk la... Huhuhuhu...

 

Tempat itu gelap. Nyya takut. Dia mula rasa nak menangis, tapi dia tahan je. Dia takut ada orang tengah awasi dia dan rakam aksi dia sedang menangis. Kalau tersebar, malu dia nanti. Malah, dia tentu akan dijadikan bahan ujikaji saintis sosial.

 

Dia tidak mahu perkara sebegitu terjadi. Lalu, dia cuma duduk diam-diam macam orang yang tengah bertapa.

*****

 

Badan cerita ini pun sudah habis. Sekarang, jom kita sambung dekat bahagian penyawa cerita ini.

 

Bahagian penyawa itu apa?

 

<Tu... kat bahagian situ lah...>

Sambil garu-garu kepala cover ayu... Huhuhu...

 

Latar tempat   : Sekitar rumah Cleo dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

 

Latar waktu    : Lewat petang, hampir senja sebab hari dah bertukar jadi warna jingga.

*****

 

Cleo risau. Dari tadi dia cuba menghubungi Nyya melalui skrin maya, tapi tak dapat-dapat. Kemanalah agaknya Si Nyya ni pergi? Dia risau sangat.

 

Cleo pun minta izin emaknya nak keluar cari Nyya. Setelah mendapat kebenaran, dia pergi berjalan sorang-sorang. Sambil-sambil tu, dia berangan, perasan konon sendiri adalah anak raja yang sedang mengembara.

 

Semua tempat dia pergi untuk mencari Nyya.

 

Mula-mula, dia pergi ke Taman Kapas Awan. Sebab nak mencari Nyya, habis semua permainan dekat situ dia main. Sampaikan kepala naik pening-pening. Tapi, still juga dia tak dapat cari Nyya. Yang dia ada sekarang, berpaket-paket gula-gula kapas hadiah yang dimenangi tadi.

 

Selalunya, dia mesti gembira. Tapi hari ini, Cleo tak gembira langsung. Dia tak nak semua itu. Buat masa ini, yang dia nak cuma Nyya.

 

Cleo pergi cari Nyya lagi walaupun kepala dia pening dan rasa nak muntah. Tiba-tiba satu perasaan pelik muncul. Cleo merasakan Nyya sangat-sangat dan betul-betul penting buat dirinya. Kalau dia tak ada apa-apa pun tak mengapa, asalkan dia ada Nyya. Malah, gula-gula kapas yang ada dalam dakapannya akan diserahkan pada Nyya. Semuanya! Dia tak kisah.

 

Cleo lari-lari lagi cari Nyya.

 

Kali ini dia pergi ke Ocean TeamPark pula. Dia pusing-pusing ke dalam setiap kolam yang ada di tempat itu. Penuh perutnya tertelan air ketika menjerit kerana dikejar haiwan-haiwan yang berada di dalam kolam itu. Malah, kerana hampir lemas di dalam kolam, Cleo telah dicampak ke kawasan hutan belantara. Hasilnya, dia tersesat dan terpaksa mencari jalan keluar. Dia berasa sangat penat.

 

Tapi, bayangan wajah Nyya menari-nari di balik tabir kelopak matanya. Bagaikan tayangan wayang perdana lagaknya. Dan entah macam mana,  semangat Cleo pulih sepenuhnya. Malah, semangat itu buat hatinya jadi lebih sasa.

 

Tiba-tiba, Cleo teringat akan permintaan Nyya sebelum menghilang diri. Hatinya berdebar-debar kuat. Kencang!

 

Entah-entah? Ah! Cleo terus berlari mengikut gerak hati, dengan gaya sprint pecutnya yang macho tra tan tang.

*****

 

Bahagian penyawa tamat. Sila baca bahagian kaki pula.

 

Selamat datang ke seksyen akhir cerita ini. Sekarang anda sudah berada di bahagian kaki cerita. Selamat menikmati cerita! =p

 

Latar tempat   : Sekitar gua.

 

Latar waktu    :Tidak tahu. Keadaan gelap dan suram.

*****

 

Akhirnya Cleo sampai di hadapan gua. Dia melompat tiga kali dan menjerit, " Aku budak baik walaupun semua orang cakap aku ni pelik. Aku nak jadi diri aku, sebab aku nak semua orang sayang aku sebab diri aku sendiri!"

 

Cleo yakin, lubang lutsinar itu terbuka, lalu dengan gaya gagah perkasa, dia melompat masuk ke dalam lubang yang gelap gelita itu.

 

Di dalam gua itu, yang dicarinya dijumpai. Cleo sangat gembira dan senang hati. Dia nampak Nyya sedang duduk bagaikan bertapa.

 

"Nyya, kau ok?"

 

Nyya cam suara itu. Dia buka mata, berlari dan terus meluru memeluk lelaki di hadapannya itu. Cleo terpaku. Namun, perlahan-lahan membalas pelukan itu. Nyya menangis di bahu sekeping milik Cleo.

 

"Cleo, aku tahu kau akan cari aku."

 

Cleo senyum.

 

"Tadi, bila aku duduk sorang-sorang, aku rasa resah sangat. Aku takut. dan aku rindu kamu. Selalunya, kau yang akan teman aku. Cuma kau yang tak pernah biarkan aku sendiri."

 

Cleo angguk lagi. Lalu dipeluknya Nyya lebih erat. Diseka air mata yang masih mengalir dari kelompak mata bundar milik Nyya.

 

"Syyy... jangan cakap lagi. Dan Nyya dengar je apa yang Cleo nak cakap, ok?"

 

Nyya angguk.

 

"Nyya tahu, sebab Nyya, Cleo jadi berani hari ini. Cleo rasa risau bila tak dapat hubungi Nyya. Cleo rasa sakit bila fikir Nyya mungkin dalam kesusahan. Cleo tak boleh bernafas, asyik teringatkan Nyya yang hilang tiba-tiba. Nyya..."

 

Nyya angkat muka. Dua pasang mata bertentangan. Suasana sepi dan hening. Bagai menaksir sesuatu.

 

"Nyya, Cleo sayang Nyya. I love you!"

 

Tenang Cleo ucapkan. Lancar dan teratur, buat Nyya diam tersipu. Nyya tersenyum kerana dalam hatinya juga ada cinta.

 

" Thanx Cleo, I love you too!" ucap Nyya perlahan.

 

Tiba-tiba, cahaya pelangi berwarna lapan terpancar. Dan kini, mereka berpentaskan sebuah taman.

 

Itulah Taman Rahsia.

*****

 

Habis sudah bahagian kaki.

 

Cerita ini sudah tamat. Tapi, ada satu lagi bahagian tambahan. Bahagian ini namanya bahagian istimewa.

 

Di dalam bahagian ini, saya ingin merungkai persoalan asas yang akan terlahir kerana cerita ini.

 

Pelangi warnanya lapan? Biar betul? Kalau betul, apa dia warna-warna itu?

         J:*Merah

            *Oren

            *Kuning

            *Hijau

            *Biru

            *Indigo

            *Ungu

*cinta?*...< warna apa ni? Maaf, saya tak tahu. Cuba tanya pada   Nyya, dia kan pakar?> hehehhe...

     

Terima kasih pada yang membaca cerita ini. Maaf andai cerita ini sangat mengarut. Idea penceritaan tiba-tiba keluar ketika di dalam bus, kala hujan renyai-renyai.Kalau ada kesilapan, komen-komenlah. Ini cerita pertama saya yang saya tulis bergenrekan fantasi. Malah ini juga karya saya yang pertama menggunakan bahasa selambeh. Walau ada banyak kekurangan, jangan marah ye!

SELAMAT MEMBACA! =P

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) kawan-kawan semua.. sila komen.. kalu nak marah sebab mengarut pown tak per.. huhuhuh... =p
  • 2) hello dayya!! nak komen. hehe. cm ne eh?

    well..mmg cerpen ni pelik. 1st time bace cerpen dgn susunan yang mcm ni. dari segi susunan ayat, rasanye terlalu simple. mungkin boleh digubah lagi supaya set yang di tonjolkan nampak lagi jelas. Kreativiti: Kelas A.
  • 3) saje je eh eja teampark? hehe
    ini lebih kepada eksperimental kut? but memang kool. memang stended pemikiran yang macam valium.

    dayya buktikan yang dayya boleh buat satu penulisan yang completely lain dari penulisan dayya yg mcm dalam setara cinta. ada diversity. kudos to you!

    kesegaran idea : 5 very the fresh!
    jalan cerita : 3 simple.
    penceritaan : 4 ayat yang mudah dan santai. i like.
    susunan kata : 4.2

    kudos sekali lagi! now dayya juga dah berani mencuba. sama seperti cleo. ah bila lah caha pula nak cuba cuba ni. kiasu sungguh!
  • 4) Mamang cerita ni mengarut to idea yg Dayya keluarkan menarik...jauh sungguh fantasi awak ye....
  • 5) Erm, sekali imbas mcm cerita dongeng kanak-kanak. Tapi kekuatan mesej yang cuba disampaikan agak tenggelam.

    Percubaan yang ok tapi boleh dibina sebagai sesuatu yang lebih matang ni.
  • 6) betul2..mcm cerita kanak2 sbb ada gula2 kapas..hehe..mengarutkan means fantasi..so, mari mengarut utk berfantasi!(ni aku pula yg mengarut)

    dayya, kamu memang pandai tulis cerita..idea kamu mantap! dan teknik penulisan kamu pun variasi..rajin juga ye dayya menulis ni...btw, keep on writing, sy suke je baca..:)
  • 7) kaler cinta kaler apa ya? <-- tetiba nak tanya Nyya.
  • 8) errk... bukankah Nyya itu seorang gadis? Dan cleo? ehmm... arr.. waswas nih dayya....
    by the way, percubaan yang sangat berani daripada dayya. suka part2 yang memperkenalkan watak dan bahagian badan kepalan etc tuh... nice!
  • 9) cinta itu kaler putih. hehehe. cleo dgn nyya adalah lesbian. kanak2 lagi dah pandai berlesbian. owh..hotnya mereka.

    p/s to caha: saya suka lesbian. :P

  • (Penulis)
    10) fairuzar: heheeh... garapan ayat sangat simple,=p betul2.. nanti dayya try blajar lagi ek? heheheh... ini cubaan yang pertama so banyak kekurangan.. i'm learning! thanx...

    caha: thanx comment... hahaha.. masa tulis ni dayya wat cam ngah baca citer kat bebudak... hahaha... sangat lawak.. teruskan mengomen, sure ada lagi percubaan-percubaan yang dayya cuba buat.. i'm learning... so i need da comments... =p

    teja: thanx reading, thanx comment... hahah.. duk dalam bus, gelong2... pulak tu hujan.. berangan lah saya.. hehehe...

    siberkop: thanx siberkop... insya allah, saya akan usaha lagi.... =p thanx comment!

    nurie: tapi umor dorang da 24... hahaah.. tak per ah, anggap jer umor 24 dorang tu sama ngan umur 6 tahun kita... hahahha...

    p/s: nyya tak dapat di hubungi sebab ngah berbulan madu... hahhaha...

    shazmiey: heheheh.... zaman mereka sudah jauh ke depan... dayya pun tak tau boleh ker tak dorang tu bercinta.. ahaks!

    mangifera: owh.. so daring... tapi umur diorang 24 dah... tak per kot daring sket2 cam tu..=p hehehe...

  • (Penulis)
    11) thanx pada semua yang komen.. saya suka sangat baca komen anda2 semua... arigato... =p
  • 12) nyya xde selipar eh? haha..apsal dok ngelak duri? =P

    pelangi 8 warna? wish ade 1 lg warna yg namanya *cinta* =)

    eip,Cloe..awk tu budak kecik lg..gatal! mkn gula2 kapas cukup ah..i lap u2X plak~

    overall: I lyke! even simple tp ada fantasi~~ wait eh..I'm coming for a fantasi cerpen also~~ ;P

  • 13) opss..dayya..i 4get yg umo diorg dh lanjut~~ tp dialog cam budak2..dah ah g tmn gula kapas..hahaha

    upss..sorry..tergelak~

    aa..in short, ppl confuse sbb dialog keanak-anakan mereka..

    cleo? yap..nama cam pompuan..mungkin ptut bg nama Ryan, Zax ke..bru maskulin! ;P
  • 14) cleo nama perempuan ke? rasanye bole je jadi lelaki.

  • (Penulis)
    15) syud!!!! i'm waiting.. tulis cepat2.. nak bacer niyh.. hehhehe

  • (Penulis)
    16) eyh, syud lagik!!! huhuhuh... dayya pin tataw la... act cleo tuh laki, tapi kalo nak jadi pompuan pun okeh jer... selambeh! heheh

  • (Penulis)
    17) fairuzar: huhuhuh... act mmg pun cleo tuh dayya bayangkan lelaki.. tapi kalo ader yang terbaca raser cam pompuan, selambeh jerk la... hahhahah....
  • 18) hehehe..act dayya, time baca ni sy pun ade misunderstood bout jantina sbb nama tu..tp segan nak tanya...tu nama Nyya tu asal pilih nama tu, sbb mula2 sy igtkan lelaki..
    Nyya + h = ...... ok lupakan sy je yg terpikir yg pelik2!

  • (Penulis)
    19) nurie: ye ker nurie? hehehhe... sowy2.. act dayya tak pandai la nak mereka-reka nama niyh.. huhuhu

  • (Penulis)
    20) arigato pada sumer.. i'll come wif something later.. insya allah, after xm mb! =p hehhehe...

  • (Penulis)
    21) to all, sowy kalo ada yang terkurang.. hope terus menyokong dayya! i'm learning... =p
  • 22) de part kepala,bdn, penyawa..cm klaka bt creative..





Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya