Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Berangan 2

Cerpen sebelumnya:
hari yang damai =p
Cerpen selanjutnya:
Babah
p/s : cerita yg ni..takde hala tuju..saje-saje ditulis. Takde idea nak buat citer baru maka sambung jelah citer 'berangan' yg sebelum ni..biar jadi cerpen bersiri plak...dan citer ni juga ditulis tanpa keskemaan...baca jelah k..next akan disambung...


Lempang dan Tengku Zack

“Miss...miss...miss, bangun miss.” Aku tersedar apabila bahuku terasa digoncang kuat. Siapa pula yang ganggu tidurku ni? Kacau tul...uh, malas arh..tidur je.. Aku cuba membatu, pura-pura tidak dengar.

“Miss...wake up pleeeasssse!” Bahuku digoncang lagi. Aku buat tak endah. Syok pula rase tidur atas tilam selembut ini, empuknya. Mata masih kupejam rapat. Tubuh masih ku kakukan.

“Miss, bangunlah miss..kalau nak pengsan bukan sini tempatnya” suara tak merdu itu masih mengganggu lenaku. Aku memang tak suka betul kalau diganggu semasa tidur. Tak tahukah dia bahawasanya aku adalah sang putri yang sedang beradu?

Bakal dihukumlah wahai kamu yang mengganggu tidur beta! Wahahahaha...aish..malas arh nak mengamok..ok abaikan....teruskan tidur...

Aku malas nak layan gangguan itu. Jadi aku teruskan saja membatukan diri. Tidurku biar tidur mati, itu prinsip tidurku yang aku pegang sejak zaman kanak-kanak sampai ke dewasa ini. Biar siapa pun yang ganggu aku tetap akan mematikan diri. Kecualilah mak aku..hehe..

Bahuku digoncang lagi, namun seperti biasa aku buat-buat mati. Seketika kemudian, tidurku diganggu dengan suatu bau. Memang bau yang pelik..maka aku gerak-gerakkan hidung untuk menghidu dengan lebih kuat.

“Uwekkk! uhok..ohok..ohok..ohokhokkkkhhhs!!!” Refleks aku terbangkit dari peraduan, duduk sambil memicit hidung dan menahan batuk. Mana tidaknya bau hancing yang kuat menusuk ke hidung. Baunya terlalu dasyat. Serta merta mata yang pejam tadi ku buka luas seluasnya. Terkebil-kebil aku melihat terpacaknya seorang lelaki di hadapanku. Berpakaian uniform seorang pelayan restoran Luna Marchantia, sambil di tangannya sedang memegang segelas cecair yang berwarna kuning. Dia sedang tersenyuman paksa ke arahku. Aku kenal senyuman pelayan lelaki ini. Desisku dalam hati.

Kemudian dengan mata yang terbeliak aku memerhati sekeliling. Satu set meja dan kerusi pejabat yang ala-ala klasik reka bentuknya sedang teratur kemas pada satu sudut. Komputer, rak-rak fail, buku-buku terletak dengan eloknya. Pehiasan perak dan kristal yang unik bentuknya menghiasi meja, serta beberapa lukisan bangunan eropah tergantung menghiasi dinding yang berlatarkan warna kuning kejinggaan. Sebuah potret anggun wanita mat saleh zaman 70an pula sedang tergantung di belakangku. Di bawahnya tertulis nama Luna Machantia. Klasik..memang klasik...

Aku pandang ke belakang pelayan lelaki yang terpacak di depanku. Ada sebuah pintu kayu yang berukir di situ. Rupanya ini sebuah bilik, lebih tepat lagi sebuah pejabat. Dan tilam empuk yang aku duduki, rupanya sebuah sofa panjang yang berbalut baldu ungu. Opis siapakah semewah ini? Mak, di manakah anak mak sekarang ni? Anak mak berangan lagi ke?

“”Pap!”” Aku tampar sebelah pipi dengan tangan kanan.

Seketika itu aku memandang kembali sekelilingku, masih tidak berubah. Pejabat klasik sahaja. Pelayan lelaki di depanku juga masih duduk terpacak dengan wajah peliknya yang tergamam. Bau hancing juga masih lagi kuat menusuk deria hiduku. Semuanya tidak berubah! Aku tampar pipi sebelah pula. Kali ini dengan sedikit kuat. Kemudian mengamati lagi keadaan sekeliling sambil mengusap pipi yang sakit. Heran, kenapa angan-angan ini masih tak mahu berhenti? Mak, tolong putri makkkk!

Aku tidak puas hati. Aku menguis-nguis mata kemudian melihat lagi kenyataan. Kenyataankah? Kupandang si pelayan lelaki yang sedari tadi merenungku hairan. Wajahnya tiba-tiba bertukar kepada sengihan. Ku balas renungan itu sambil mencebik bibir. Heran! Pelayan lelaki itu kemudiannya menghadiahkan pula aku sebuah senyuman. Fuh, encem jugak mamat kacukan ni..ihiks. Ahh, ini semua khayalan!!

””Pangggg!”” Tanganku hinggap di muka pelayan lelaki itu.

“Woiiiii!! Adehdedehh!! Gila betul minah pelik nih!!”

Pelayan lelaki itu mengeluarkan jeritan sambil meraba pipi yang sakit seraya bangkit berdiri menjauhi aku. Aku tergamam sambil menelan air liur.

Eh..real pulak mamat nih, siap kuarkan suara tuh. Aku tak berangan nih!

“Err...maaf...err..saye..saye tak..err..arrggghh..” adeh, apa nak cakap ni?? Sedang tapak tangan kananku terasa pedih sekali. Kuat bebeno aku lempang ye!

“Ape kene dengan cik ni ha?! Kalau nak main lempang-lempang tu janganlah libatkan saya sekali. Menyusah betullah cik nih!..Hissyh! saya dah tak tahan! Baik cik balik sekarang jugak sebelum saya panggilkan guard untuk halau cik..” Katanya dengan nada marah. Aku tergamam. Apa aku nak buat ni? Nak pergi mana? Aduh!

“Cik dengar tak? Saya tengah marah nih!” Marahnya lagi. Aku terkesima sedikit. Aku tau la ko tengah marah takyahlah nak state..huh..

Dalam ketakutan itu sempat aku mengutuknya dalam hati. Padahal peluh dingin mula kurasa membasahi dahi. Apa aku nak buat ni? Aku nak pergi mana? Sedangkan sekarang ni pun aku tak tahu aku berada di mana. Opis ke tempat apa ni? Hanya aku dan pelayan lelaki itu saja di sini. Aku diculikkah? Helmiku mana? Helmiiiii...tiba-tiba rasa nak nangis....

“Nak saye panggilkan guard ke???!!!” Sergahnya nada lebih tinggi. Aku terperanjat. Terkedu sambil menelan air liur pahit. Uhuk...Uwwaaaa...nak nanges betol-betol ni....mak...Helmi...

Serta merta daun pintu terbuka dan kelibat Helmi muncul.

Jeng..jeng..jeng...

Putera penyelamatku akhirnya tiba. Tahu pula Helmiku itu muncul di saat geting di mana aku memerlukannya. Baru sahaja kuseru namanya terus dia munculkan diri. Hebat! Itulah juga salah satu sebab kenapa aku boleh jatuh cinta dengan Helmi. Dia adalah heroku.

Momoru...selamatkan sailormoonmu....

Tanpa berlengah aku cepat-cepat berlari menghampiri Helmi, bersembunyi di belakangnya. Aku buat-buat gerun melihat pelayan lelaki itu yang kelihatan seperti anak singa comel yang baru terkena tamparan sang ratu tidur.

“Panjang umur you Helmi..” sapaku dengan manja.

“Ya, semoga panjanglah umurku..amin...” Jawab Helmi sambil meletakkan kedua tangan ke mukanya. Aku pun turut sama mengaminkan. Alhamdulillah..panjang umurlah bakal suamiku.

“You dah sedar Putri?” soalnya pula sambil memegang pipiku. Aku tak tahu sama ada mahu menggeleng atau pun mengangguk. Maka aku pamerkan saja barisan gigi putihku untuknya.

Aku sedar daripada ape? Berangan? Ishk..

“Bro, tolong bawak girlfriend pelik bro ni balik! Menyusahkan saye je!” Pelayan lelaki itu bersuara dengan lagak merajuknya. Wajahnya yang putih terserlah dengan warna darah yang tersirap naik di mukanya. Masih lagi tangannya meraba-raba pipi sambil melemparkan jelingan kepadaku. Aku pantas melarikan pandangan ke lantai parquet. Tunduklah, apa lagi. Aku bukanlah takut sangat pun cuma rasa bersalah saja. Ya lah, aku mengaku aku memang bersalah. Sah-sah tangan ini tidak memiliki insuran, tapi suka hati saja nak hinggap pada mana-mana pipi. Melampau betullah tu.

Helmi mengusap pipiku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan dia tahu saja aku sudah melakukan perkara yang tak elok kepada pelayan lelaki itu yang sedang naik berang. Aku tak berani memandang Helmi. Tunduk saja lebih baik.

“Rilek ar boi..rilek..” Helmi menghampiri pelayan kacukan itu. Aku ditinggalkan sorang-sorang.

“Gelfren saya ni dah semulajadi memang pelik. Maaflah kalau menyusahkan..bla..bla..bla..”

Entah apa yang dirundingkan Helmi dengan pelayan itu pun aku tak tahu. Aku hanya berdiri berhampiran dengan pintu cuba mendengar perbualan mereka, tapi tak dengar jugak. Sesekali aku mengukir senyum plastik dan mengangguk-anggukkan kepala tatkala mereka berdua mengilas pandangan ke arahku. Senyum aje la..ntah apekebendenye si Helmi tu ngumpat dan ngutuk aku pun aku tak tau..lantak arh, janji budak kacukan tu maafkan aku..

Selepas beberapa minit kemudian Helmi dan pelayan lelaki itu datang ke arahku. Wajah merah pelayan lelaki itu sudah tidak kelihatan. Hanya senyuman kulihat terukir di bibirnya. Cepat juga dia berubah. Apa jenis ubat yang diberikan Helmi kepadanya pun aku tak tahu. Tak tahu pula aku Dr. Helmi ni bukan sahaja pakar mengubat orang sakit di hospital, rupanya mengubat orang marah pun terer tu. Hihi..I love you Hel...

“Putri, cepat minta maaf kat Tengku Zack.” arah Helmi.

Tengku? Fuh, kerabat jugak mamat waiter ni..padanlah rupa ada cikit-cikit kacukan orang putih..encem..

“Erm, maaf ye..” ringkas sahaja kuucapkan. Tak tau dah nak minta maaf macam mana. Takkan nak melutut kot..

Ampun beribu-ribu ampun tuanku, sembah patik harap diampun..oiksss....ekekeke..

“Apa sengih-sengih ni putri? Hulurkanlah salam tu cepat.” Helmi bersuara lagi.

“Ooops..ok..” cepat-cepat aku hulurkan tangan. Dan salamku kemaafan ku disambut.

“Tangan ini ke yang lempang saya tadi?” soalnya.

“Hehehe..iye..tangan inilah..” jawabku dengan sengihan. Sambil itu wajah Tengku Zack itu kutatap dengan lama. Memang klasik dan comel orangnya. Bertuahlah siapa yang dapat memiliki lelaki klasik ini.

Ala-ala klasik wajahnya..uish, klasik macam restoran ni plak....

“Ehem! Ehem!”

Ku dengar Helmi mengeluarkan bunyi itu sambil menjeling ke arahku. Anak matanya memberi signal ke arah tanganku yang masih bersalam mesra dengan Tengku Zack. Dengan selambanya aku melihat tanganku. Aku baru perasan tangan Tengku Zack itu kucengkam kuat sehingga dia menarik-narik tangannya minta dilepaskan. Maka cepat-cepat aku lepaskan. Memalukan sungguh kelakuan aku ini.

“Sekali lagi terima kasih ye Tengku Zack sebab tumpangkan girlfriend saya yang pengsan tadi ni kat sini. Dan minta maaf juga sebab menyusahkan awak...” Helmi bersuara sambil menghulurkan tangan meminta diri.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Helmiku

Lebih kurang pukul 8.30pm aku dan Helmi meninggalkan restoran Luna Marchantia. Helmi bertegas mahu menghantarku pulang dengan keretanya. Sengaja dia tidak membenarkan aku pulang dengan keretaku sendiri. Katanya risau sebab aku ni kuat berangan silap-silap nanti aku berangan sambil memandu. Bahaya katanya. Penyakit beranganku ini tidaklah sekronik mana pun. Aku tidak mahu dihantar pulang. Maka bercakar anak kucinglah aku dengan Helmi di parking lot itu. Dan akhirnya aku juga yang kalah. Helmi kalau mempergunakan wajah milik Johni Deppnya itu memujukku gerentilah aku cair. Maka terpaksalah aku akur untuk keretaku bermalam di parking lot Luna Marchantia.

“I ni hensem sangat ke putri? Pesal you tengok I terus tetiba je pengsan?” Helmi menyoal sambil memandu dengan serius.

Pengsan? Aku mengingat semula kejadian petang tadi. Rupanya betullah aku pengsang semasa melihat Helmi muncul dengan gadis teknik rebonding paras bahu tu. Cis buat malu betul aku nih! Pengsan tak bertempat.

“Oh, ye ke I pengsan...ekekekeke..”

“Eh, boleh plak dia gelak. I tanya ni, nape you pengsang tadi? Kena sampuk ke?”

“Ishk, takdelah kena sampuk. Ha Hel, macam mana I boleh berade dalam bilik Tengku Zack tu plak?”

“I yang angkat you masuk opis dia. Tumpangkan you kat situ, sebab I nak bergegas hantar untie I gi airport.”

“You leave me alone there? Sampai hati you Hel!”

Aku memandang Helmi dengan tajam. Dalam hati rasa geram sangat-sangat. Sampai hati you tinggalkan gelfren you dalam bilik lelaki yang tak dikenali? Boyfren ape you ni Hel?!!

“Mula-mula risau jugak nak tinggalkan you..takut you ape-apekan tengku tu..tapi I tinggalkan juga you, sebab dah emergency nak ke airport. Dan betullah tekaan I, you betul-betul dah ape-apekan dia..sian Tengku Zack tu. ”

Apekah? Boyfren kuceng betul ko ni Hel. Aiyarkkk...kejam ke aku? Aku sepatutnya berterima kasih dengan Tengku tu, tapi tamparan wanita pula yang aku hadiahkan kepadanya. Tak baik betul aku ni. Kejam sungguh! Aku menggeleng kepala sambil mengeluh.

“Ha, tau salahlah tu...” Helmi mengejekku.

“Abis tu cemana budak perempuan teknik rebonding tu?” soalku bila teringatkan gadis seksa yang menjadi penyebab aku pengsan.

“Budak perempuan teknik rebonding mana ni?”

Ceh, buat muka tak tahu plak. Kang ade lagi yang kena lempang kang. Aku memasamkan muka dan berpeluk tubuh.

“Kura-kura dalam perahu betullah awak nih. Yang tadi datang dengan you tu sape?”

“Erm..hmm..oh..maksud you Untie Cloudia tu? Hahah..dia tu makcik I la. Tu lah ingat nak kenalkan ngan you tadi, tapi you pengsan lak tetiba. I dah hantar gi airport sebab flight dia pukul 6.30 tadi. You tu sape suruh pengsang..tak dapat la jumpa untie I yang awet muda tu..”

“Untie? untie you?”

“Yelah, kan ade I citer kat you dulu I ade untie yang serupa dengan maria mercedes. Untie blah ayah I yang I paling manje masa kecik-kecik dulu tu. You tak ingat ke I ade citer?”

“Maria mercedes versi melayu tu? Untie you yang duduk kat mexico tu?”

“Yes, myiamor..”

“Wahahahahahahaha...” aku ketawakan diri sendiri. Bodohnya aku.

“Wei, myiamor putri berangan..pesal plak gelakkan makcik I ni? Purke ha?”

“Wahahahaha..wahahahahah...huahahahahaa..” gelakku makin kronik. Kontrolku sebagai gadis ayu sudah dilupakan.

“Wei, dahlah tu..ada gak yang balik jalan kaki ni kang!!” Helmi menekan pedal break spontan. Honda civic berhenti di tepi jalan. Hampir aku terbaling ke depan, nasib baik tali pinggang keselamatan kemas kupasang. Helmi nak aku mati ke hape..

“Ooooppss...ok..ok..I kontrol ni.” Aku menekup mulut sambil melihat Helmi yang memegang stering dengan muka cebiknya. Mesti dia ni ingat aku dok gelakkan makcik dia. Ekekekeke..aku gelakkan diri aku nilah..aku ni bodoh sangat. Boleh-boleh pengsan tengok makcik dia tu. Mati-mati aku ingat makwe baru dia. Ni sebab kuat berangan betullah ni..ishk..ape nak jadi ngan aku ni.

“Huhu..tau takut..ugut baru baru tau takut ek...huahahahahahaha...” kali ni plak Helmi dengan evilnya mengetawakan aku. Hampeh tul dapat boyfren macam ni. Rungutku dalam hati.

“You belum jawab soalan I lagi tu...” soalnya tiba-tiba.

“Soalan apa?” soalku.

“Ish, you ni putri..labi-labi dalam perahu betullah...”

Mak ai...hahaha...Helmi tiru gaya aku tuh..ceh..

“I tanya tadi, you kenapa pengsan bila tengok I datang?”

“Eheh, I...I lapar tadi tu...lapar sebab..lame sangat tunggu you...tu sebab pitam..”

“Ishk..adekah patut. Dah tau diri tu ratu makan, kenapa tak oder je makan dulu. Buat orang risau je.”

“Hehe...tak nak ar..takde selera makan sorang-sorang...nak jugak makan ngan Hel..hihi..” aku buat alasan bodoh.

“Yelah tu..I tau you hanya ada selera dengan rupa Johny Depp I ni kan..” Dengan arrogantnya Helmi berkata sambil mematikan enjin. Dan membuka tali pinggang keledarnya.

“Eh, nak ke mana ni Hel? Soalku sambil memandang Helmi yang sudah membuka pintu kereta.

“Jomlah turun...”

“Nak ke mana?”

“Turun jelah..jangan banyak tanya boleh tak?” Helmi dengan selamba memandangku.

“Yelah, nak ke mana ni?”

Ape kene ngan Helmi nih? Aku naik hairan. Aku paling tidak suka Helmi buat aku macam ni. Selalu sahaja buat tindakan drastik tak semena-mena. Bila aku tanya tak nak bagi tau pula. Lepas tu tiba-tiba saja buat kejutan. Bukan sekali dia buat macam tu padaku. Sudah beribu-ribu kali. Temujanji tragedi petang tadi tu pun drastik juga, tanpa bagi sebab pun kenapa nak jumpa aku. Akibatnya tengoklah apa yang jadi, tragedi pengsan dan lempang jadinya.

Hel, I hate you!! Aku membatu dalam kereta. Tak mahu keluar. Selagi tak bagi tau aku nak ke mana selagi itu aku nak mogok tak nak ikut cakap dia. Asyik nak ikut cakap dia je, cakap aku ade tak dia nak ikut?

“Saya nak jual awak kat pasar malam seberang jalan tu..meh, jomlah...”

“Tak nak! Kalau nak jual saya pun carilah tempat standard sikit..ni pasar malam..tak nak arh, saya ni mahal tau!” Rungutku dalam mogok. Mogokku memperjuangkan keadilan.

“Aiseh..tuanku putri marah ye..” Helmi membukakan pintu untukku. Aku buat tak nampak.  Lalalalala..mari buat muka putri merajuk..keh..keh..keh...

“Mengada tul you ni..tak sesuai..tak sesuai jadi tuan puteri.”

“I yang ngade ke you yang ngade? Tadi orang tanya serius you memainkan..ha, marilah main-main ngan I...”

Kita main pujuk-pujuk ok, you memujuk dan I yang dipujuk...

“Marilah turun, kita gi makan kat gerai pasar tu. Karang awak pengsan lagi kan saya jugak yang susah. Lagipun awak tu lum solat maghrib lagi tu..meh singgah jap..” Tangkas saja tangan Helmi membuka tali pinggang keledar dan menarik tanganku keluar dari perut kereta.

Ganas betul Hel ni...tak sesuai jadi suami aku. Nanti datang minang aku, siaplah ko kena reject..hahahaha...ko pinang kali kedua baru aku terima..koh..koh..koh...

Tiba-tiba banyangan klasik Tengku Zack bermain di mindaku.

 

----Next berangan 3 : Bertunang dengan anak raja.-----

 

Cerpen sebelumnya:
hari yang damai =p
Cerpen selanjutnya:
Babah

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

Nuripa Abdullah

Schematic Gurl..
nurie | Jadikan nurie rakan anda | Hantar Mesej kepada nurie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nurie
Masih ada cinta | 3041 bacaan
Kedai runcit Junaidah dan Warung Pak Saman | 22288 bacaan
Sisa Kemaafan Di Hujung Jalan Pulang (2) | 2607 bacaan
Kasihkan Ucop | 2602 bacaan
Jaga diri baik-baik ya kawan2. | 3154 bacaan
Sisa Kemaafan Di Hujung Jalan Pulang (1) | 2543 bacaan
Berangan | 2222 bacaan
cerita dia.. | 1949 bacaan
Ending : Takdir pen parker merah, Syam, Syah, dan Zulkifli... | 2908 bacaan
takdir Syam dan Syah.. | 1301 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Berangan 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik