Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Babah

Cerpen sebelumnya:
Berangan 2
Cerpen selanjutnya:
Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita

Cuba pandang sekali. Nampak macam dia. Cuba pandang untuk kali kedua. Haa betul! Memang geranan yang dicari-cari selama ini. Tapi macam tak percaya pertemuan di tempat itu...

Aku lambai-lambaikan tangan yang tak seberapa panjang ini mengharapkan perubahan pada ekspresi wajahnya. Tapi hampa. Don't give up! Aku gerakkan kaki yang tak seberapa panjang ini menuju ke arahnya. Eh, sudah bergerak menuju destinasi lain. Oh, kenapa begitu susah untuk ku dekati? Geram betul. Tapi bak kata pepatah melayu, alang bisa tegal biasa.

Perlahan-lahan langkah ku menjadi sepantas degupan jantung ku. Aku kepingin benar untuk bersua muka dengan si dia. Slow down la brother. Tapi aku tak bisa meluahkannya. Semua tersekat dikerongkong sahaja.

Peluh sudah membasahi baju t-shirt pemberian ibu sempena hari lahir ku. Aku teruskan jua larian mengejar mu. Peluh yang mula menitik terus ku lap dengan lengan baju baru ku.

Mata ku bercahaya tatkala terpandang kelibat si dia. Hati ku melonjak gembira. Akhirnya! Aku mula memperlahankan larian. Tersengih aku sendirian sambil memikirkan kata-kata yang akan aku luahkan padanya sebentar lagi. Seluruh tubuh ku menggigil. Ah, nervous nya. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya. Hanya beberapa tapak lagi!

Kata-kata yang ku susun tadi hampir hilang dek tekak yang terasa kering seperti gurun Sahara. Aku kumpulkan semua air liur ku. Ku ulang dua tiga kali sehingga benar-benar yakin yang aku boleh memulakan bicara.

Seperti biasa ku pandang tepat ke matanya. Dia tersenyum gembira melihat ku. Aku tersipu-sipu malu membalas senyumannya. Lalu ku hulurkan wang kertas berwarna biru. Hampir lunyai kondisi wang tersebut. Aku tak sedar begitu kuat aku menggengamnya.

"Mau apa?" Si lelaki itu bertanya pada ku.

"Merah ka, coklat ka, ungu ka? Macam-macam ada," senggih pakcik bertopi keledar itu.

"Bagi aiskrim chalong satu uncle," tergagap-gagap aku menuturkan kata.

"Satu ringgit," ujar pakcik cina selepas memberikan ku aiskrim chalong yang berwarna coklat, kuning dan ungu.

"Terima kasih uncle," ucapku sambil melambai-lambai pada motorsikal apek cina yang semakin hilang dari pandangan. Aku gembira dan puas. Nikmatnya tak dapat ku luahkan.

Setiba dirumah, ku lihat ibu sudah mencekak pinggang. Alamak! Ku lihat baju baru ku. Oh selamat. Tidak ada sebarang kesan comot. Tersenggih aku seperti kerang busuk.

"Amin pegi mane tadi?" sergah ibu.

"Amin pegi beli aiskrim la bu. Sedap tau."

"Masya'allah anak bertuah ni. Amin tau tak hari ni hari ape?"

"Hari raya la bu," ku tunjuk barisan gigi yang putih pada ibu tercinta.

"Hari raya esok la Amin oi."

"Tidak!!!!" Aku terjelepuk dimuka pintu. Azam ku untuk puasa penuh tahun ini tidak kesampaian dek kerana aiskrim chalong. Oh, dunia ini sungguh kejam. Babah sudah tetapkan syarat supaya aku berpuasa penuh tahun ini jika mahu wang kertas berwarna merah. Ganjaran hari raya kata babah.

Apa lagi, air mata ku turun bagaikan air terjun Niagra. Ibu mula memujuk tapi pada ku itu semua tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur....

Di pagi hari raya, aku menghadap babah dengan hati yang kecewa. Ku cium tangan dan kedua-dua belah pipi babah. Ku ulang perbuatan yang sama dengan ibu. Muka ku monyok. Sampul hijau langsung tidak dihulurkan pada ku. Aku hendak berlalu pergi.

Tiba-tiba babah memanggil ku.

"Eh, Amin. Duit raya tak nak ke?"

Langkah ku mati.

"Tapi Amin tak puasa penuh tahun ni, bah."

"Takpe. Babah bagi duit warna hijau sebab Amin tinggal satu hari," pujuk babah.

Huluran sampul hijau ku sambut. Ku buka perlahan-lahan. Menitis juga air mata ku untuk kali kedua. Di dalam sampul ku lihat dua keping wang kertas lima ringgit. Aku terus memeluk abah. Tidak putus-putus ucapan terima kasih dari bibir ku. Babah...Amin sayang sangat dengan babah!

Cerpen sebelumnya:
Berangan 2
Cerpen selanjutnya:
Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
6 Penilai

Info penulis

nightingale

i wish my life was a musical...i'm waiting for the people around me to break into a song anytime soon.oh yeah, and they can dance pretty well.
nightingale | Jadikan nightingale rakan anda | Hantar Mesej kepada nightingale

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nightingale
Hadiah ke syurga | 2651 bacaan
Adventures of the shy girl: I'm going mad I tell you! Mad I say! | 3919 bacaan
Joyah, oh Joyah! | 3422 bacaan
alphabet of love | 3432 bacaan
This is a Love Story not A Tragedy | 6916 bacaan
Death: Better Luck Next Time. | 3741 bacaan
The Girl, The Guy & The Happy Ending. | 5157 bacaan
Deepest Cut | 3932 bacaan
Intertwined | 3659 bacaan
Dessert & Cosplay | 3585 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

14 Komen dalam karya Babah
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik