Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita

  • 23
  • otak
  • 16 years ago
  • 4,469
  • FREE

 

 

 

 

 

Title : Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita "Aku sebiji dompet"

Medium : Office rough paper, pen and photoshop

Technique : draw + scan + edit + brush + colour + cut + photoshop

 


 
~Aku sebiji dompet~

 



Aku sebiji dompet, aku mempunyai tubuh yang gebu diperbuat dari 100% kulit lembu yang begitu asli dan terpilih. Tarikh lahirku tidak pernah aku ketahui, kerana ibuku sebuah mesin yang sangat gigih dan sibuk melahirkan anak-anaknya, hingga mendorong ibu kurang berbicara (biarlah, ibu memang begitu). Kami seiras semuanya, dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari keturunan yang terkenal. Terpana nama keturunan terkenal kami disudut kiri badan, terukir indah diatas plat aluminium. SEED keturunannya.

(cerita seterusnya; Mereka semua dibawa menaiki lori, dan terserempak dengan ultraman sedang bergaduh dengan raksaksa berbibir besar semasa di dalam perjalanan. Kemudian mereka diagih-agihkan dan dipamerkan dalam rak kaca. Tapi terlalu panjang, lalu cikgu suruh potong)

“Wow! Lawanye…” bisik gadis yang sangat manis sendirian. “Lawa? Aku kacak tau tak!” Bentak hati dompetku. Tiba-tiba, gadis manis itu bingkas beredar…”baru nak usha…dah bla….” Belum pun sempat habis bicaraku, tubuh gebuku diangkat, dan dalam sekelip mata aku telah terperosok didalam ruang sempit yang gelap. seketika kemudian, Terkontang-kanting aku terlambung didalam ruang gelap dan sempit itu. Aku tidak sedarkan diri.


“SURPRISE SAYANG!”


Itu kata-kata si gadis manis tadi sesaat sebelum aku terjaga dari pengsan, aku bingung!

“Apakah?”

Dalam pada kebingungan tadi, aku curi dengar perbualan antara sepasang kekasih itu. dari cakap-cakap mereka, aku mulai faham. Aku adalah hadiah hari jadi dari gadis yang sangat manis tadi kepada teman lelakinya. “wah! Beruntung benar teman lelakinya kerana dapat aku, percuma pulak tu” hati kecil dompet ini berkata lagi. Dalam samar aku nampak sosok tuan baru aku itu, “kacak juga, seswai dengan aku..” aku tersengih.

Bermulalah hidupku, sebiji dompet yang bertuankan si kacak!

Setahun berlalu. Aku semakin lunyai, pipi semakin kembung….kulit kusam, dan paling dasyat, terdedah dengan risiko jangkitan kulit. Tuan aku sangat sayangkan aku, itulah juga sebab kenapa dia menyimpan semua benda peribadinya padaku. aku juga tidak pernah lekang di bawa kemana-mana. Kurang mesra kata kamu? Aku hanya di pisahkan ½ inci sahaja dari punggung beliau, tak mesra lagi ke?


(Perenggan seterusnya juga terpaksa dipotong kerana dianggap lucah oleh cikgu. Terlalu banyak tulis “punggung” katanya. Cerita di lajukedepankan sehinggalah dompet itu telah di copet oleh penyeluk saku)

Di bawah sebuah jambatan, di tengah kotaraya. Terlihat sesusuk tubuh sedang mencangkung, dan tangannya sedang sibuk menyelongkar sesuatu.

“Hmm..RM500, Wow!” makan besarlah dia, kata hatinya gembira. Seronok benar lelaki bawah jejambat kotaraya tadi, tersengih hingga ke umbun-umbun kepala. Tidak sia-sia dia memilih mangsa yang kacak. Benar tela’ah beliau “Lelaki kacak dan perempuan cantik = banyak duit”. Sengihnya makin panjang.

Aku masih lagi buntu. Pening kepala terhayun kedepan dan belakang dengan laju tadi membuat aku pusing, perit badan 100% kulit lembu asliku. “kuat betul dia genggam, mesti berbekas teruk ni” rengus hatiku. Badan aku diraba-raba lagi, baru tadi dia ambil duit tuan aku dari ruang utama, “Apa yang dia nak lagi?” tanyaku seorang diri. Setahu aku, tiada benda lain lagi yang berharga di dalam ruang-runag diriku ini lagi?. Melainkan gambar tuanku (yang kacak) dan gambar kekasihnya si gadis yang sangat manis itu. Itulah ruang kegemaran beliau.Bingung.

Lelaki bawah jejambat tadi masih lagi dalam posisi mencangkung, sibuk benar dia membuat otopsi isi kandungan hasil buruannya tadi (AKU). Lagaknya tidak ubah seperti detektif cerita CSI yang selalu ku tonton bersama tuan kacakku. Di kakinya bertaburan 3 keping kad hutang yang masih lagi bertopok darah segar. Di lontarnya pula beberapa keping resit bertulisan jepun, kad bisnes dan sekeping kad tertera “passport entrance-Tokyo Disneyland”. “Sampah!” tempiak lelaki tadi, berterbangan pula kad keluarduit untuk 2 buah bank berbeza. Marah benar dia, kerana tidak disertakan nombor katakuncinya sekali. Dia selongkar lagi.

Aku lemah, habis setiap genap suduk empat segiku di raba. Rakus benar dia, terburai bermacam barang purba khazanah tuanku. Tuan aku itu memang “Antique keeper” yang bagus. lelaki bawah jejambat ini tak ubah seperti Indiana Jones yang mengkajigali khazanah, tapi kali ini khazanah tidak berharga. Aku sudah hampir kontang di kerjakan, yang tinggal hanya kad warganegara Malaya, kad insurans nyawa, gambar dan kad tertera kuasa mata kiri dan kanan tuan aku itu sahaja.(sangat kacak bila dia berkacamata).

“Takde benda dah lagi ni, buang je (Pak) lah!” Lelaki bawah jejambat membentak, sambil tangannya diangkat tinggi dan berhenti pada posisi sedia melontar. Aku memejamkan mata, “Kesungailah Aku….!”. saat ini, otak dompetku ligat memaparkan satu persatu perjalanan hidup dari awal hingga saat ini, dan dari yang paling indah hinggalah yang paling menyampah, sungguh mengerikan. Inilah dia pengakhiran kisah “aku sebiji dompet”….tangannya kurasa mula menghayun kedepan. Riwayatku hampir tamat, selamat tinggal semua……………


Bila hati terasa gundah,
Aku pejamkan mata,
Aku leka,aku lupa,dan,
Aku redha……


BUAK!..........................................................................................................................Adoi!


Aku mendarat keras, pendaratanku tidak terasa basah air. Sakit. Fikirku, aku mendarat diatas batu-batu sungai. Sebaliknya bila aku buka mata…….”Tuan Kacak!” sepontan aku bertempiak. Aku lihat dia sedang menghampiri aku, dibelakangnya lelaki bawah jejambat kelihatan longlai dan lunyai. “Padan muka!, Syabas Heroku!” itu teriakku 5,4,3,2,1 saat sebelum kami saling berpelukan. Sangat mesra penuh sentuhan kasih kami curahkan, da…


(juga terpaksa dipotong. bukan kerana lucah dan dimarah guru, tapi penulis yang semakin malas mengarang)

Dari satu sudut bawah jejambat kotaraya itu, terlihat seorang kacak berambut menggerutu berpegangan sambil berpusing-pusing (dengan gembiranya) bersama sebiji dompet. Mereka seperti meraikan sesuatu. Sangat indah panoramanya. mesranya mereka, alangkah bagus jika dunia sentiasa segembira mereka.

“Tak ape, naik je..” aku membenarkan permintaan tuan aku yang tersipu-sipu malu mahu menunggang di belakangku. Dia memang begitu jika gembira pasti aku ditunggangnya (ketika ini mata haruslah memandang lukisan). Aku dipacu dalam keadaan penuh enjoy dan ceria. Kami meraikannya, saat bersatu semula setelah terpisah seketika. Walau sejenak terpisah kami sama-sama merasa deritanya. “Lompat lagi…ah! Happynya!” kami terkinja-kinja kegembiraan. Aku dipacu kesana dan kemari, dia tunggang belakangku dan dia tunggang lagi. Hingga hendak balik rumah pun aku ditunggangnya.


Inilah dia kisah aku sebiji dompet. Owh! Dan tidak lupa, aku juga berkawan baik dengan sebiji tong sampah.



(tong sampah sengaja disebut untuk ambil hati cikgu, yang katanya ending haruslah “watak” itu dibuang kedalam tong sampah kerana tuannya sudah dapat pengganti yang baru dan metilah ber’mood’ sedih. Aku benci attitude habis madu sepah dibuang ini, tidak elok dijadikan rujukan. maka aku ingkar)



Cikgu : kenapa kamu tak buat ending sedih macam saya suruh? Mana tong sampah? Saya tak Nampak pun? (sambil memiat lemak perutku)

Aku : Saya PUNK cikgu, tong sampah ni sensitive sikit. (ini 2 saat sebelum aku terjerumus kebawah meja sekolah akibat di lempang pipi kanan).







 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) besar mane ko ni dompet? sampai tuan ko boleh tunggang ko? LOL

    good work otak! bole masuk genre fantasi sebenarnye. haha
  • 2) plz ajar sy macam mane nk buat lukisan tu?guna s/w ape?
  • 3) kan otak ade sertakan gambar tuan yang kacak berambut 'Afro' di atas~~ *jadi gambaran betapa besarnya dompet itu dapat dilihat dgn begitu jelas! ;P

    tapi...otak sains terfikir sesuatu..apekah dompet itu sudah menjalani evolusi seperti teori Darwin? hehehe..

    Patut tambah ini: 'setelah diselamatkan tuannya.aku berevolusi menjadi lebih besar.cuma cummil sedikit dari raksasa yang selalu berlawan dengan ultraman'

    p/s: suke! kelakar btul cite ni~~ huhuuu..ilang stress dipetang hr sementara mnunggu maghrib

  • (Penulis)
    4) Fairuzar: dompet itu sebesar kuda, asyik kita bawak dia, skali-skala dia kene bwk kita plak. kalau ada genre mengarut lagi kena kot? heheh

    nightingale: lukisan tu wat guna kertas A4 biasa ngan pen artline 4.0. (untuk gambar dompet dan si kacak), kemudian di scan dan edit di photoshop. background dan colour di photoshop.

    syud: dompet tu besar sebab tuan dia bagi makan ibu roti. hehe!
  • 5) heheheh.. very nice.. da baca lama tapi baru je sempat nak komen.. best la.. dah la sebesar kuda, beterbangan di udara siap! heheheh... like it as usual =p
  • 6) alamak bro. lu memang jaguh eksperimental lah. tabik spring gua sama lu!

    idea : lu ada bela jin ke untuk idea?
    penceritaan : fani dalam serius. ah. aku baru teringin nak buat cerita jenis autobiografi berbentuk bukan manusia begini. baru ingat nak belajar-belajar. lu dah realisasikan. ahh tak tahan! gua amik lu jadi sifu gua ah cani.
    susunan kata : dalam bereksperimen, susunan kata masih lu jaga. lu ni macam jojo dan abang melayu minimalis la!

    cuma kan bro.. orang lain seme lu reply 2 baris. syud yg bersemangat waja kasi lu komen lu reply 1 line. kemon bro. save the best kat pm ke. kemon brooo ;))
  • 7) amboih2 caha..syud xbising..dia plak bising..pastu siap wat gosip panas plak tu --->save the best kat pm ke. kemon brooo ;))

    kecoh2..caha kecoh~~~ ;P

    p/s: tp..err..syud stuju gak en.otak..nape sket sgt ngomen back kat syud yg bersemangat waja?? hahahaa
  • 8) ahahahhaha.. otak! ko bengos! best2. ^:)^

  • (Penulis)
    9) dayya: inilah dompet mutasi...heheh! kalau malam kene tambt kat tiang, nnt esok pagi takut hilang.

    cahatomic: idea: karangan silybus darjah 6
    penceritaan:mengarut tahap dewa bulan (kalau nak belajar kene bagi pengeras bulan2)
    susunan kata: tahap darjah tiga.
    kemon bro...kau, jojo ngan the rest lagi power. gua baru jalan jengket-jengket je..

    syud: gosippp? panas!! awh...rasa mcm astis plak..saya bukan mawi. eheh! syud..ini komen semula. thank byk2 suka. saya pun suka kalau syud suka..
    seperti yang disebut awal2 lagi. dompet itu membesar kerana ibu roti, bukan kerana ilmu mistik yang lain. saya lebih percaya sains dari mistik. heheh! tapi sebenarnya raksaksa "yale-yale~" (raksaksa khas untuk membesarkan rasaksa lain kebentuk gergasi dalam cerita flashman) pun boleh menghasilkan efek yang sama. syud an caha, saya harap reply ini sudah sgt panjang dan sangat membosankan anda untuk membacanya.

    jojo: aku mmg best, tapi ko yang bengos! hehe! ko tak jawab lagi teka-teki..peralatan makmal apa yang paling hip-hop?
  • 10) eh raksasa yaleyale tu maskman aa otak. kan? atau nama panjang dia energy beast okelampa. aku faham kau tersalah. sbb dulu flashman kol 430. maskman kol 5. seblah2 je. masa kita darjah 5. haha.
  • 11) wah wah... bagus! bagus!
    nafas baru untuk kisah autobiografi sekolah rendah
    tapi kan otak,
    val mengharapkan lebih penceritaan kepada kamu yang bercerita kamu menulis cerita
  • 12) mula2 baca series teingat balik masa cikgu suruh wat karangan autobiografi... saya sebatang pen,saya sebuah basikal...blablabla...
    nice storyla otak...
    (baca citer kt kapasitor nih, asik teringat zaman dulu2 je)
  • 13) re:~Aku sebiji dompet~
    Dgn segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    Nak tanya ni, penjodoh bilangan bg dompet sebiji ker? ketua bahasa tlg cek.

    suka cerita ni..gambar tu pun..semangat je wajah si tuan tu tunggang ye..erm, teruja gak dgn kisah kasih sayang si dompet itu dgn tuannya..menyayat hati.

    dompet tu yg berevolusi membesar ker tuannya yg mengecil? dan syok ke tunggang dompet?

    atasi desu,
    ~nurie~

  • (Penulis)
    14) cahatomic: betul la bro..maskman! aku betul keliru, mana nak letak gaban ngan suria perkasa hitam lagi..argh!!

    valium: pembetulan ayat, kisah autobiografi sekolah yang sgt rendah. hehe! mcm cerita buak tak cukup umur pun best...thank! nnt saya cuba buat derita yang lebih menceritakan sebuah cerita ya val.

    shazmiey: hehe! mmg sgt teringat sekolah la, aku amat merindui saat-saat itu.

    nurie: aku semak kamus, depa kata "sepasang" dompet. hehe! "segenggam" atau "seumpama" dompet pun bisa...hehe!
    tuannya yang kacak itu memang sgt menyayangi dompetnya yang seekor itu, hehe! kalau mengecil pun mcm logik gak la...tapi mungkin kene melibatkan ilmu sihir gak baru leh jadi. tak suka la...heheh!
  • 15) otak, flashman dan maskman adalah darjah 4. juga 430 dan 5. kerana pukul 4 ada akantare. tendangan padu maut dan menukar baju dalam masa 0.1 saat memang mengkagumkan.
  • 16) ade sorg hero maskman tu..awek dia adik org jahat..kakak dia marah diorg bercinta..pastu kakak dia bekukan adik dia dlm ais~~ hehe..

    yale2 tu yg kluar dr tanah pastu sembur api2..pastu raksasa pon jd beso~~ sekian~~ =)
  • 17) bes2..n lawak..buat lagi cerpen mcm ni...bace benda ni dapat ilang stress..good job...
  • 18) dude, this piece sgt kelakar ok! aku gelak guling2 sambil membayangkan kamu menunggang sang dompet
    • sha
    • 16 years ago
  • 19) hahaha mantap la kau punya otak, otak...

    sempoiii
  • 20) ahahahaahh... bess..
  • 21) maafkan aku otak..aku sangat sibuk dan tak sempat nak baca semua karya di kapa. tapi setelah aku baca beberapa karya kau, dengan rasminya aku isytiharkan yang aku amat meminati karya kau! syabbas! bete!
  • 22) wow, entri dua tahun lepas, saya baru bace setelah pak kuru rekomen. huhuhu
  • 23) sangat semat ini cerita..

Cerpen-cerpen lain nukilan otak

Read all stories by otak