Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita

Cerpen sebelumnya:
Babah
Cerpen selanjutnya:
Panas Dalam

 

 

 

 

Title : Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita "Aku sebiji dompet"

Medium : Office rough paper, pen and photoshop

Technique : draw + scan + edit + brush + colour + cut + photoshop

 


 
~Aku sebiji dompet~

 



Aku sebiji dompet, aku mempunyai tubuh yang gebu diperbuat dari 100% kulit lembu yang begitu asli dan terpilih. Tarikh lahirku tidak pernah aku ketahui, kerana ibuku sebuah mesin yang sangat gigih dan sibuk melahirkan anak-anaknya, hingga mendorong ibu kurang berbicara (biarlah, ibu memang begitu). Kami seiras semuanya, dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari keturunan yang terkenal. Terpana nama keturunan terkenal kami disudut kiri badan, terukir indah diatas plat aluminium. SEED keturunannya.

(cerita seterusnya; Mereka semua dibawa menaiki lori, dan terserempak dengan ultraman sedang bergaduh dengan raksaksa berbibir besar semasa di dalam perjalanan. Kemudian mereka diagih-agihkan dan dipamerkan dalam rak kaca. Tapi terlalu panjang, lalu cikgu suruh potong)

“Wow! Lawanye…” bisik gadis yang sangat manis sendirian. “Lawa? Aku kacak tau tak!” Bentak hati dompetku. Tiba-tiba, gadis manis itu bingkas beredar…”baru nak usha…dah bla….” Belum pun sempat habis bicaraku, tubuh gebuku diangkat, dan dalam sekelip mata aku telah terperosok didalam ruang sempit yang gelap. seketika kemudian, Terkontang-kanting aku terlambung didalam ruang gelap dan sempit itu. Aku tidak sedarkan diri.


“SURPRISE SAYANG!”


Itu kata-kata si gadis manis tadi sesaat sebelum aku terjaga dari pengsan, aku bingung!

“Apakah?”

Dalam pada kebingungan tadi, aku curi dengar perbualan antara sepasang kekasih itu. dari cakap-cakap mereka, aku mulai faham. Aku adalah hadiah hari jadi dari gadis yang sangat manis tadi kepada teman lelakinya. “wah! Beruntung benar teman lelakinya kerana dapat aku, percuma pulak tu” hati kecil dompet ini berkata lagi. Dalam samar aku nampak sosok tuan baru aku itu, “kacak juga, seswai dengan aku..” aku tersengih.

Bermulalah hidupku, sebiji dompet yang bertuankan si kacak!

Setahun berlalu. Aku semakin lunyai, pipi semakin kembung….kulit kusam, dan paling dasyat, terdedah dengan risiko jangkitan kulit. Tuan aku sangat sayangkan aku, itulah juga sebab kenapa dia menyimpan semua benda peribadinya padaku. aku juga tidak pernah lekang di bawa kemana-mana. Kurang mesra kata kamu? Aku hanya di pisahkan ½ inci sahaja dari punggung beliau, tak mesra lagi ke?


(Perenggan seterusnya juga terpaksa dipotong kerana dianggap lucah oleh cikgu. Terlalu banyak tulis “punggung” katanya. Cerita di lajukedepankan sehinggalah dompet itu telah di copet oleh penyeluk saku)

Di bawah sebuah jambatan, di tengah kotaraya. Terlihat sesusuk tubuh sedang mencangkung, dan tangannya sedang sibuk menyelongkar sesuatu.

“Hmm..RM500, Wow!” makan besarlah dia, kata hatinya gembira. Seronok benar lelaki bawah jejambat kotaraya tadi, tersengih hingga ke umbun-umbun kepala. Tidak sia-sia dia memilih mangsa yang kacak. Benar tela’ah beliau “Lelaki kacak dan perempuan cantik = banyak duit”. Sengihnya makin panjang.

Aku masih lagi buntu. Pening kepala terhayun kedepan dan belakang dengan laju tadi membuat aku pusing, perit badan 100% kulit lembu asliku. “kuat betul dia genggam, mesti berbekas teruk ni” rengus hatiku. Badan aku diraba-raba lagi, baru tadi dia ambil duit tuan aku dari ruang utama, “Apa yang dia nak lagi?” tanyaku seorang diri. Setahu aku, tiada benda lain lagi yang berharga di dalam ruang-runag diriku ini lagi?. Melainkan gambar tuanku (yang kacak) dan gambar kekasihnya si gadis yang sangat manis itu. Itulah ruang kegemaran beliau.Bingung.

Lelaki bawah jejambat tadi masih lagi dalam posisi mencangkung, sibuk benar dia membuat otopsi isi kandungan hasil buruannya tadi (AKU). Lagaknya tidak ubah seperti detektif cerita CSI yang selalu ku tonton bersama tuan kacakku. Di kakinya bertaburan 3 keping kad hutang yang masih lagi bertopok darah segar. Di lontarnya pula beberapa keping resit bertulisan jepun, kad bisnes dan sekeping kad tertera “passport entrance-Tokyo Disneyland”. “Sampah!” tempiak lelaki tadi, berterbangan pula kad keluarduit untuk 2 buah bank berbeza. Marah benar dia, kerana tidak disertakan nombor katakuncinya sekali. Dia selongkar lagi.

Aku lemah, habis setiap genap suduk empat segiku di raba. Rakus benar dia, terburai bermacam barang purba khazanah tuanku. Tuan aku itu memang “Antique keeper” yang bagus. lelaki bawah jejambat ini tak ubah seperti Indiana Jones yang mengkajigali khazanah, tapi kali ini khazanah tidak berharga. Aku sudah hampir kontang di kerjakan, yang tinggal hanya kad warganegara Malaya, kad insurans nyawa, gambar dan kad tertera kuasa mata kiri dan kanan tuan aku itu sahaja.(sangat kacak bila dia berkacamata).

“Takde benda dah lagi ni, buang je (Pak) lah!” Lelaki bawah jejambat membentak, sambil tangannya diangkat tinggi dan berhenti pada posisi sedia melontar. Aku memejamkan mata, “Kesungailah Aku….!”. saat ini, otak dompetku ligat memaparkan satu persatu perjalanan hidup dari awal hingga saat ini, dan dari yang paling indah hinggalah yang paling menyampah, sungguh mengerikan. Inilah dia pengakhiran kisah “aku sebiji dompet”….tangannya kurasa mula menghayun kedepan. Riwayatku hampir tamat, selamat tinggal semua……………


Bila hati terasa gundah,
Aku pejamkan mata,
Aku leka,aku lupa,dan,
Aku redha……


BUAK!..........................................................................................................................Adoi!


Aku mendarat keras, pendaratanku tidak terasa basah air. Sakit. Fikirku, aku mendarat diatas batu-batu sungai. Sebaliknya bila aku buka mata…….”Tuan Kacak!” sepontan aku bertempiak. Aku lihat dia sedang menghampiri aku, dibelakangnya lelaki bawah jejambat kelihatan longlai dan lunyai. “Padan muka!, Syabas Heroku!” itu teriakku 5,4,3,2,1 saat sebelum kami saling berpelukan. Sangat mesra penuh sentuhan kasih kami curahkan, da…


(juga terpaksa dipotong. bukan kerana lucah dan dimarah guru, tapi penulis yang semakin malas mengarang)

Dari satu sudut bawah jejambat kotaraya itu, terlihat seorang kacak berambut menggerutu berpegangan sambil berpusing-pusing (dengan gembiranya) bersama sebiji dompet. Mereka seperti meraikan sesuatu. Sangat indah panoramanya. mesranya mereka, alangkah bagus jika dunia sentiasa segembira mereka.

“Tak ape, naik je..” aku membenarkan permintaan tuan aku yang tersipu-sipu malu mahu menunggang di belakangku. Dia memang begitu jika gembira pasti aku ditunggangnya (ketika ini mata haruslah memandang lukisan). Aku dipacu dalam keadaan penuh enjoy dan ceria. Kami meraikannya, saat bersatu semula setelah terpisah seketika. Walau sejenak terpisah kami sama-sama merasa deritanya. “Lompat lagi…ah! Happynya!” kami terkinja-kinja kegembiraan. Aku dipacu kesana dan kemari, dia tunggang belakangku dan dia tunggang lagi. Hingga hendak balik rumah pun aku ditunggangnya.


Inilah dia kisah aku sebiji dompet. Owh! Dan tidak lupa, aku juga berkawan baik dengan sebiji tong sampah.



(tong sampah sengaja disebut untuk ambil hati cikgu, yang katanya ending haruslah “watak” itu dibuang kedalam tong sampah kerana tuannya sudah dapat pengganti yang baru dan metilah ber’mood’ sedih. Aku benci attitude habis madu sepah dibuang ini, tidak elok dijadikan rujukan. maka aku ingkar)



Cikgu : kenapa kamu tak buat ending sedih macam saya suruh? Mana tong sampah? Saya tak Nampak pun? (sambil memiat lemak perutku)

Aku : Saya PUNK cikgu, tong sampah ni sensitive sikit. (ini 2 saat sebelum aku terjerumus kebawah meja sekolah akibat di lempang pipi kanan).







 

Cerpen sebelumnya:
Babah
Cerpen selanjutnya:
Panas Dalam

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
12 Penilai

Info penulis

otak kapasiti rendah

pure
otak | Jadikan otak rakan anda | Hantar Mesej kepada otak

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya otak
Apa yang tangan buat semasa anda lena | 2638 bacaan
Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris? | 2441 bacaan
Lukis, puisi dan cerita (semua tiada kena-mengena) | 2810 bacaan
Sekeping otak yang berkapasiti rendah (baca: hensem) | 2475 bacaan
"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor | 2335 bacaan
Terhantuk | 2146 bacaan
“Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis” | 2026 bacaan
Tutup Lampu | 2964 bacaan
Kisah Empat Ekor Anjing | 2874 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

23 Komen dalam karya Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik