Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor

  • 17
  • otak
  • 16 years ago
  • 3,531
  • FREE

 




Title : "Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Medium : x-ray result, photoshop
Technique : menghabiskan masa mc


Ini susulan kejadian yang tidak kelakar berlaku sekitar 1.00a.m di pangsapuri tempat tinggalku. Serius ada orang terjun dari tingkat 16, bukan kerana aksi stunt atau punya kuasa Peter Petrelli, tapi dia ingin tamatkan riwayat hidupnya dengan cara paling popular itu. Mungkin dia mahu bernisankan headline surat khabar tempatan.


Aku yang separa tidur dikejutkan oleh rakan-rakan rumah, bergegas ketempat kejadian. Memang tidak tipu, mayat dah ditutup plastik hitam. Kami masuk dalam crowd, cuba ambil video, sambil-sambil dengar penerangan seorang volunteer menceritakan kejadian yang berlaku. Gaya dia bercerita macam detektif, penuh andaian-andaian beliau berdasarkan keadaan dan lokasi kemalangan.

Jarak dengan mayat (approximately 5meter). Seorang pak polisi menyelak plastik hitam yang tadi menutupi mayat dengan tujuan memudahkan fotografer forensic menjalankan tugasnya. Ya! ambil gambar (twist skit je nak konfius). Aku cuba amati keadaan mayat secara teliti, kelihatan macam seorang lelaki yang berisi dan warganegaranya diragui. Aku tolak seorang rakan aku kehadapan, supaya dia boleh mengambil video keadaan mayat tadi dangan lebih jelas.

1................................................................................................2..............................................................................................Tumbang!

Keadaannya tak ubah seperti tumbangnya highland tower.Menyembah ke tanah. Bayangkan, sila ambil papan sepanjang 1.83 meter (ya,aku lampai orangnya), dirikan secara menegak dan lepaskan. Anda bakal dapat impak pelanggaran yang kuat bukan? Jika kamu rasa cukup kuat impaknya, cuba bayangkan ini pula. Dihujung papan bahagian atas sekali lekatkan pula batu-bata sebagai pemberat, dirikan dan lepaskan lagi. Pasti batu-bata itu pecah bukan? (kalau tak pecah, ulang lagi dan sila guna batu-bata yang murah).

Begitulah panorama terjunnya kepala aku ini (secara terus) menghentam lantai konkrit setebal 175mm yang dibantusokong oleh besi kerangka tetulang BRC7 (dua lapisan) itu. Ya! Tepat fikiran anda, Aku “blackout” tanpa sebarang amaran, dan tumbang tanpa sebarang sokongan. Dari elok berdiri aku tiba-tiba tumbang (tumbang bukan rebah, sila rujuk cerita papan diatas). Suasana menjadi lebih kecoh, tapi berkat aku mendapat rakan-rakan yang masih mahu mengaku aku sebagai member lagi, keadaan jadi terkawal. Aku direhatkan seketika dan beransur sedar. Seiring terbitnya kesedaran dalam diri aku bahawa, konkrit utuh dan permukaan muka memang bukan ramuan yang sesuai untuk ujian pelanggaran. Aku kemudian pulang dan terus tidur.

Keesokan hari aku ke klinik, berbekalkan muka calar dan bengkak di serata sisi kanan wajah pencair wanita ini, aku masuk berjumpa doktor. Dia tanya kenapa? Aku pun cerita kejadian sebenarnya, dia pulak ketawa. Damn! Katanya aku ni jenis lemah semangat, tak boleh tengok benda-benda macam itu, katanya lagi sambil lumur iodine kekulit mulus aku. Thank doctor! Sekarang saya baru sedar. Dia nasihatkan aku buat sinar-x, takut ada retak. Dia cakap “I takut struktur tengkorak Johnny depp you ni lari settingnya”. Aku memang tidak membantah…….sedikit pun tidak doctor.


Lihat gambar: keputusan sinar-x menunjukkan, struktur rangka Johnny depp aku masih kukuh (lihat ramai gadis turut melurut dada tanda bersyukur). Tempat plaster adalah bahagian paling kritikal sekali menerima impak secara terus dengan lantai konkrit. Imbasan otak menunjukkan terlalu banyak fantasi dan tanpa ada sedikitpun riak-riak otak. Hairan juga, mana pergi otak aku agaknya ya?

 

 

 

*kisah ini diulis berdasarkan kisah benar berlaku pada 2 April 1.00a.m, sila jangan ambil mudah.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kalau doktor dh cakap cm tu, aku percaya otak..
  • 2) sory otak... memang cari awk jatuh sgt tragis....dan juga klakar... tak tahan nak gelak gak, cam doktor tuh gelak... tapi kalo doc ckp awk ni johny depp... huih... err... hi... *kaver malu-malu kucing*
    by the way, since ni kisah benar, patut letak kat blog lah...
  • 3) owh..teringat kenangan saat jatuh tangga di hadapan pelajar2 lelaki form 5..kne gelak! *malu*
    dan juga saat jatuh longkang sehingga dikejarkan ke ICU..hahaha..
    doktor itu gelakkan sy juge! ;p
  • 4) 1. heh? apsal otak ko tu mcm pelik semacam? mcm lukisan zaman paleolitik @ mesolitik aje.

    2. Johnny Depp la sangat, wek!

    3. Semoga cepat sembuh dan jgn sekali2 menjadi manusia nnormal. Aku mahukan ko yg mmg senantiasa sebegitu. nyehehe
  • 5) kenapa dengan otak otak, otak?
    =p
    (macam ada tangan je dekat otak otak)
    selamat sembuh!
  • 6) Cyberia ker apa?

  • (Penulis)
    7) fairuzar: aku mmg tak paksa dia ckp pun, dari riak matanya aku nampak dia jujur melepaskan kata2 tu.hehe!

    shazmiey: mmg sgt tragis, saya sendiri pun nak gelak bila ingat balik..johnny depp baru anto sms tadi "dia ckp dia single lagi" hehe!..nak saya kenalkan ke?

    paper_cat: huh! pengalaman kamu lagi memalukan dari saya, sekurang-kurangnya saya lelaki...perempuan mmg bakal ter"super" malu. ex-gf saya penah jatuh lonhkang gak, sbb tu gak saya trpikat kat dia dulu. hehe! itu hanya sejarah..

    jojo: otak aku mmg begitu..biarkan lah dia.. ko jgn cuba membantah kata2 jujur doktor tu. bagi aku ko yang tak normal..bukan aku? huhu

    valium: val, otak saya telah dibikin otak otak berperisa otak si otak...baca sampai botak.

    cyberkop: kat Mentari Court sunway la..dah dekat dah tu, lagi 30km lagi nak sampai.

    sape2 yang doakan aku cepat sembuh tadi, thank byk2! kerna doa anda telah termakbul, aku telah pun sembuh.
  • 8) pecaya ke doc ckp otak cam johnny depp?? mungkin itu hanya dialog monolog otak sndri~~ ;P

    apepon..kesian kamu..byk2 berehat ek en.pencair wanita~
  • 9) en pencair wanita? wow. fai sure rasa tercabar ni. ape lagi fai.
    aku harap tiada skru2 yang longgar akibat impak kejatuhan tersebut. cukup lah yg sudah sedia longgar.
    semoga kau cepat sembuh.
    semoga gadis-gadis tetap terkulai di tangan kau pada kadar normal.
    semoga kau lebih berdaya saing bila melihat mayat selepas ini!
  • 10) tak pe caha. dunia ini luas, cukup rezeki yang tuhan bagi untuk masing2 :D
  • 11) johnny depp? tak bleh jadi ni! apa2 pun, selamat sembuh..

    fai, cukup rezeki nak pasang ikut kuota ke?
  • 12) dah sembuh blum?
    you the best

  • (Penulis)
    13) cahatomic: walaupun aku mcm johnny depp tetapi abg caha ttp artis pujaan atiku...heheh! gadis2 terkulai aku taknak, aku mahu yg aktif.huhu!

    fairuzar: kau mmg positif, caha mmg paling batu api, dasar artis!

    nurie: ape yg takleh jadinya nurie? trima kasih, saya sudahpun sembuh

    alhaddads: sudah sembuh ayah alhad (alhaddads)! trima kasih, kamu juga the best!

    peringatan, kata2 doktor itu juga dirakam menggunakan telefon bimbit canggihku ini. maka, ianya boleh dibuktikan, sila jangan pertikai lagi. huhu!

    cheers all!
  • 14) hahahhaha bongok!
  • 15) pembetulan komen yg ke3: bkn msk icu tetapi unit kecemasan shj..;p
  • 16) haha~ aku tergelak serg2 membygkan ko jatuh otak...

    tapi bess!! seb bek forensic nye photographer tu tk amek gmbr ko sekali..
    kalo tak mesti ko kuar paper gak soknye~~ weee~

  • 17) hehehhe... nak kata best ke sedih ni? owh.. 'otakku' sudah jatuh... kesian dia lu! hohohohoh... tapi memang best.. otak memang ada otak yang superpower berotak tapi tak botak melainkan berambut ombak-ombak perisa otak-otak.... hehhehe

Cerpen-cerpen lain nukilan otak

Read all stories by otak