Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor

Cerpen sebelumnya:
Panas Dalam
Cerpen selanjutnya:
Fillus Eden - Part I




Title : "Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Medium : x-ray result, photoshop
Technique : menghabiskan masa mc


Ini susulan kejadian yang tidak kelakar berlaku sekitar 1.00a.m di pangsapuri tempat tinggalku. Serius ada orang terjun dari tingkat 16, bukan kerana aksi stunt atau punya kuasa Peter Petrelli, tapi dia ingin tamatkan riwayat hidupnya dengan cara paling popular itu. Mungkin dia mahu bernisankan headline surat khabar tempatan.


Aku yang separa tidur dikejutkan oleh rakan-rakan rumah, bergegas ketempat kejadian. Memang tidak tipu, mayat dah ditutup plastik hitam. Kami masuk dalam crowd, cuba ambil video, sambil-sambil dengar penerangan seorang volunteer menceritakan kejadian yang berlaku. Gaya dia bercerita macam detektif, penuh andaian-andaian beliau berdasarkan keadaan dan lokasi kemalangan.

Jarak dengan mayat (approximately 5meter). Seorang pak polisi menyelak plastik hitam yang tadi menutupi mayat dengan tujuan memudahkan fotografer forensic menjalankan tugasnya. Ya! ambil gambar (twist skit je nak konfius). Aku cuba amati keadaan mayat secara teliti, kelihatan macam seorang lelaki yang berisi dan warganegaranya diragui. Aku tolak seorang rakan aku kehadapan, supaya dia boleh mengambil video keadaan mayat tadi dangan lebih jelas.

1................................................................................................2..............................................................................................Tumbang!

Keadaannya tak ubah seperti tumbangnya highland tower.Menyembah ke tanah. Bayangkan, sila ambil papan sepanjang 1.83 meter (ya,aku lampai orangnya), dirikan secara menegak dan lepaskan. Anda bakal dapat impak pelanggaran yang kuat bukan? Jika kamu rasa cukup kuat impaknya, cuba bayangkan ini pula. Dihujung papan bahagian atas sekali lekatkan pula batu-bata sebagai pemberat, dirikan dan lepaskan lagi. Pasti batu-bata itu pecah bukan? (kalau tak pecah, ulang lagi dan sila guna batu-bata yang murah).

Begitulah panorama terjunnya kepala aku ini (secara terus) menghentam lantai konkrit setebal 175mm yang dibantusokong oleh besi kerangka tetulang BRC7 (dua lapisan) itu. Ya! Tepat fikiran anda, Aku “blackout” tanpa sebarang amaran, dan tumbang tanpa sebarang sokongan. Dari elok berdiri aku tiba-tiba tumbang (tumbang bukan rebah, sila rujuk cerita papan diatas). Suasana menjadi lebih kecoh, tapi berkat aku mendapat rakan-rakan yang masih mahu mengaku aku sebagai member lagi, keadaan jadi terkawal. Aku direhatkan seketika dan beransur sedar. Seiring terbitnya kesedaran dalam diri aku bahawa, konkrit utuh dan permukaan muka memang bukan ramuan yang sesuai untuk ujian pelanggaran. Aku kemudian pulang dan terus tidur.

Keesokan hari aku ke klinik, berbekalkan muka calar dan bengkak di serata sisi kanan wajah pencair wanita ini, aku masuk berjumpa doktor. Dia tanya kenapa? Aku pun cerita kejadian sebenarnya, dia pulak ketawa. Damn! Katanya aku ni jenis lemah semangat, tak boleh tengok benda-benda macam itu, katanya lagi sambil lumur iodine kekulit mulus aku. Thank doctor! Sekarang saya baru sedar. Dia nasihatkan aku buat sinar-x, takut ada retak. Dia cakap “I takut struktur tengkorak Johnny depp you ni lari settingnya”. Aku memang tidak membantah…….sedikit pun tidak doctor.


Lihat gambar: keputusan sinar-x menunjukkan, struktur rangka Johnny depp aku masih kukuh (lihat ramai gadis turut melurut dada tanda bersyukur). Tempat plaster adalah bahagian paling kritikal sekali menerima impak secara terus dengan lantai konkrit. Imbasan otak menunjukkan terlalu banyak fantasi dan tanpa ada sedikitpun riak-riak otak. Hairan juga, mana pergi otak aku agaknya ya?

 

 

 

*kisah ini diulis berdasarkan kisah benar berlaku pada 2 April 1.00a.m, sila jangan ambil mudah.

 

 

Cerpen sebelumnya:
Panas Dalam
Cerpen selanjutnya:
Fillus Eden - Part I

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
6 Penilai

Info penulis

otak kapasiti rendah

pure
otak | Jadikan otak rakan anda | Hantar Mesej kepada otak

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya otak
Apa yang tangan buat semasa anda lena | 2688 bacaan
Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris? | 2485 bacaan
Lukis, puisi dan cerita (semua tiada kena-mengena) | 2857 bacaan
Sekeping otak yang berkapasiti rendah (baca: hensem) | 2523 bacaan
Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita | 3341 bacaan
Terhantuk | 2178 bacaan
“Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis” | 2109 bacaan
Tutup Lampu | 3005 bacaan
Kisah Empat Ekor Anjing | 2932 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya "Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik