Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Fillus Eden - Part I

Cerpen sebelumnya:
"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Cerpen selanjutnya:
Mee Chintan....

Silinder-silinder perang itu hangit terbakar. Entah berapa kilogram bahan hasil petroleum itu menghuni ruang pertukaran udaranya, dia sendiri tidak pasti. Kekabut putih perang itu mengisi ruang dadanya. Panas. Selesa. Si panjang menunjukkan ke angka 5 dan si pendek senyap kelu diantara angka 8 dan 9. Malam ini masih panjang dan urusannya masih banyak yang perlu diusaikan. Malam ini akan jadi saksi, karya agungnya bakal menghantui setiap mereka. Malam ini bakal menjadi sejarah, dia akan menjadi terbaik. Dan karya agungnya akan membuktikan kenapa mereka perlu berikan perhatian kepada dia. Persedian selama berbulan-bulan bakal menyaksikan segala yang diusahakan menjadi lorongan dia ke puncak atau kemerosotannya sekiranya karya agungnya gagal memberikan impak positif terhadap deria rasa para penilainya malam ini.

Dia percaya masterpiece nya tidak akan mengecewakan dia. Dedaun pintu ditolak. Masa untuk bertempur!!

=====================================================


“Mencari calon isteri. Kelayakan sekurang-kurangnya sarjana muda dari universiti yang dikenali. Kebolehan mengendalikan rumahtangga. Berat: 55 - 65 kg. Tinggi: 170 – 180 cm. Berminat dengan muzik, filem dan makanan memberikan kelebihan. Hubungi: Roney – 012 – 390 7745”.

Ivana membaca iklan terpampang di tabloid The Crimson. Bagai tidak percaya masih terdapat lelaki zaman ini yang mencari pasangan melalui ruangan Classified. Ini bukan Dunia Ketiga dimana penduduknya ramai yang tidak mempunyai akses Internet. Ini Dunia Pertama, bekas negara koloni yang tidak mahu mengakui bahawa mereka adalah bekas negara koloni kepada penjajah kepulauan. Negara ini  telah menghidangkan teh paling sedap buat tetuannya dek kerana hal-hal pengutipan duit. Ini adalah negara kuasa besar dunia. Ah…persetankan. Mungkin sahaja lelaki ini masih anak teruna yang belum merasa daging dicelah itu. Kelakuan naïf seperti ini mendatangkan keradangan di hati Ivana. Lelaki bodoh!

The Crimson menjadi makanan pertama tong sampah Encik Robinson. Ivana lantas menahan teksi untuk pergi ke tempat kerjanya.

====================================================
“Ivana, kau ni memang pandai bergaya dan memang elegen.” Getus Raj sambil matanya meliar meratahi tubuh badan Ivana yang montok. Ivana cuma tersenyum memandang Raj. Nak gula-gulakan aku la tu.

Gadis cantik ini bersusur galur dari Oslo, Norway dari keturunan sebelah ibunya dan bersusur galur dari Kyrenia, Cyprus dari sebelah bapanya, dia memiliki kualiti wanita Scandinavia dan Mediterranean eksotik mengalir di dalam darahnya. Sepasang mata membiru bak lautan Pasifik dipadankan rona kulit cerah Scandinavia dan rambut eksotik coklat merah Mediterranean. Sesiapa yang melihat pertama kali pasti memandang buat kali kedua. Ramai rakan sekerja yang cuba mengejar Ivana tetapi gadis ini agak lokek memberikan perhatian kepada rakan sekerjanya. Biarpun Ivana agak sosial tetapi dia sangat memilih lelaki yang boleh memiliki dirinya. Tambahan, Ivana selesa hidup sendiri, membina kerjayanya sebagai juruaudit kanan di PricewaterhouseCoopers. Kerjayanya sebagai juruaudit kanan tidak pernah meletakkan Ivana sebagai wanita yang tidak berketrampilan biarpun dia berkelulusan berkembar sarjana muda Perakaunan & Pengurusan dan sarjana muda Kewangan dari Harvard Business School disamping Persijilan Profesional Akaun juga dari Harvard Business School. Ivana adalah wanita yang bebas terbang kesana-kemari mengikut kata hatinya. Hampir tiga per empat isi dunia ini telah dia jelajahi. Begitulah profil Ivana, wanita yang bergaya, berkerjaya dan eksotik.

=========================================================== 

FILLUS EDEN

 
Dia mencapai bilah tajam berkilat dan menghiris keping daging itu. Medium rare. Separa masak. Kegemarannya untuk menyediakan kepingan daging. Sos demiglace warisan turun temurun keluarganya bakal menjadi pasangan secocok bersama daging separa masak itu. Lada sulah, sedikit garam, daun basil yang direnyuk, minyak zaitun diadunkan dan disapu keatas kepingan daging. Masa untuk membakar! Pelanggan yang bakal menilai karya agungnya perlu dipuaskan. Karya agung bersama kasih sayangnya.

Harum daging dibakar dicampur haruman basil menerpa mengisi ruang dapur yang semakin sibuk. Sos demiglace direnihkan, menghasilkan efek seakan-akan lahar gunung berapi. Pekat dan berempah, seperti mana yang disukai oleh dia.   

Cerpen sebelumnya:
"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Cerpen selanjutnya:
Mee Chintan....

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.6
7 Penilai

Info penulis

mangifera

An IT practitioner by education, a planner by profession, a dreamer by nature. Im a contradiction of myself. Dont ask me to explain that. Savvy?
mangifera | Jadikan mangifera rakan anda | Hantar Mesej kepada mangifera

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mangifera
Perang Tetikus | 2407 bacaan
Fillus Eden - Part III | 2066 bacaan
Kisah Rika | 2919 bacaan
Adik | 5190 bacaan
Serenity: For The Love of Peace | 3299 bacaan
Spesimen Alfa | 2090 bacaan
Kopi & Sianida | 2940 bacaan
Dua Garis | 3155 bacaan
Fillus Eden - Part II | 2273 bacaan
Tragedi V-Day | 2148 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Fillus Eden - Part I
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik