Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mee Chintan....

 

          Walaupun mee cintan takde kena mengena dengan cinta, tp ros, coklat, teddy bear, n brng perhiasan berkait rapat ngan percintaan. Walaupun hanya sebiji gula2 5 sen, tp kalu ada unsur2 cinta maka ia akn jd gula2 yg mempunyai nilai sentimental yg bernilai 5 juta. Cinta berasal dari perkataan melayu kuno, CHENTA. Kalu diberi imbuhan ber, dia akn jadi BER-CHENTA dan kalu ditambah pulak imbuhan an, jadi la BER-CHENTAN. Tp sekarang org dah tak pakai lg dah perkataan tu. Walaupn dah berubah, ‘rasa’nya masih sama….mengasyikkan, membelai jiwa, membuai rindu, menghiris sembilu, mengkhayalkan, menderita, dan menghabiskan kedit tepon.      

          Sejak dahulu hingga kini cinta telah mengalami bnyk perubahan. Org dahulu lebih memendamkan cinta mereka. aku pernah tanya ayah (ayah aku org kg), mcmmana org dulu2 bercinta. Ayah aku jwb org dulu bercinta dalam hati. Dlm hati? Cinta mereka tak diluahkan melalui lisan apatah lagi secara amali, cuma ditunjukkan melalui body language, senyuman n kalu yg lg gatal tu main kenyit mata…..hahahaha. Ini semua sebab budaya dan takut ngan mak bapak. tp ada jgk orang dahulu curi-curi gi dating waktu malam, pilih tempat pn yang sunyi2 mcm bawah pokok buluh, pokok jambu dan pokok2 yg kategori sunyi. Tu la pasal kalu korang perasan , cerita2 cinta klasik mesti sebut pasal rembulan, bulan purnama, keheningan mlm, pohon bambu dan pohon jambu. Lagu diorang mcm tu jgk. Cinta pn mengalami evolusi, sekarang ni orng dah tak takut nak declare, bangga ada la. Jgnkan mak bapak, lautan api pn sanggup direnang. Sekarang, org yang takde pasangan plk takut nak mengaku single. Takut dikata tak laku. Bercakap pasal declare, masa declare pn penting jgk. Kalu boleh diframekan, tentu dah gantung dkt dinding. Semakin unik masa declare semakin istimewa la kononnya percintaan. 

          Bercakap pasal cinta ini tak lengkap rasanya kalu kita tak sentuh mengenai satu ‘makhluk’ istimewa. Ya…..Wanita! sbb tanpa wanita kita tak panggil bercinta, kita panggil berGAY. Ya…..Wanita! dialah ibuku, nenek, ex-girlfriend, kakak, dan tak lupa jgk merangkap makcik dewan makan dkt kolej. Kalu dulu nak dapat cinta perempuan mudah je, siapa yang mempunyai tahap ilmu persilatan yang tinggi maka senangla dapat cinta mereka. Lebih2 lg yang berbadan sasa, berdada bidang, kalu ada bulu lg ‘would be advantage’. Tapi sekarang, org pompuan dah tak heran dengan itu semua. Setelah beberapa kajian dilakukan akhirnya formula 4 c diperkenalkan untuk menarik cinta wanita. Cash, car, carier, credit card n condo. Kalu korang ada 5c ni, takde wanita yg takle dapat! Berbanding pompuan, lelaki kurang demand. lelaki hanya perlu 3 s. Seksi, sofistikated dan santik. Tp tak dinafikan jgk ada segelintir lelaki masih tercari2 pompuan melayu terakhir’, iaitu yang bersopan-santun, lemah-lembut, malu-jemalu, ayu-mayuni dan pandai guna lesung. Biasanye ‘pompuan melayu terakhir’ ni kalu jalan dpn lelaki mereka akan membongkokkan badan sambil menghulurkan tangan kanan, tangan kiri plk digunakan utk menutup muka guna selendang n mereka dengan senyum simpul pn berkata- “tumpang lalu”…….. Disamping keasyikan cinta, ada jugak mrk(lelaki)menolak cinta.

       50,000 tahun sblum dunia diciptakan, jodoh kita telah ditulis dlm loh mahfuz. Maksudnya, kita TELAH PUN dijodohkan dengan seseorg n sebenarnya dunia ini adalah tempat kita ‘jejak kasih’ dengan pasangan kita 2. tinggal lg bila, dimana n kenapa kita jumpe die. Kite bleh jumpe dkt tadika, fun fair, pejabat, tepi jln atau kenduri arwah skalipun, wiseman says : the sweetest thing in life might happen in unlogic situation n not in the right time. n bg pasangan yg bertuah mereka akan kekal bersama untuk slama2nya (dunia n sorga). Ada yg kata cinta itu buta. Sebenarnya cinta x buta, tp cinta mmbuatkn kita ‘buta’. Ada org jd koboi gara2 cinta (kawin koboi). Ada org bunuh diri sbb cinta. Ada org ‘korban’ bodi sbb cinta n mcm2 ada. cinta adalah anugerah, takde fakta khusus ttg bila, di mana n kenapa kita menyintaik ssorg. Cinta boleh hadir dr minat, ‘suka tgk’, kagum, simpati, meluat, bahkan perasaan benci sekalipun. Sebenarnye, kite pn tak tau apsal kite bleh suke ssorg. Kita pn akn cipta pelbgi alasan mengapa kita cinta ssorg. kita akan kata -‘dia baik’. Well, semua lelaki akn tunjukkn kebaikkn pd pompuan yg dia suka. Kita akn kata -‘dia cute’. Well, semua pompuan akn brlagak cute dkt llaki yg dia suka. Kita akn kata –‘dia anak dato’’..erm….errr…..emmm…alasan itu boleh diterima!. Wlpn dgn kecanggihan teknologi, saintis masih tak dpt explain kenapa kita boleh jatuh cinta. Ada jugak mereka yang percaya –‘love needs miracle’, korang percaya? tengah selak buku kat library tetiba tanpa diduga bertentang mata ngan sorang awek yg KEBETULAN jgk tgh selak buku yang sama pada rak yang sama, mula la cinta berputik….bla…dating.... bla….kawin….bla…dpt anak kembar……happily ever after- ini satu contoh, banyak lagi yg lebih extreme dr ni cam cite ‘meet joe black’, ‘sleepless in seatle’ ataupun ‘gone with the wind’. Tapi bagi aku, cinta adalah satu anugerah terulung bg menjamin kesinambungan manusia. Ia boleh terjadi sekali pandang je seperti adam pandang hawa pertama kali. ia boleh terjadi even berjuta kali pandang mcm prince charles n carmila…pendek kata walau apa pn alasan yg diberi, love comes from nowhere. Kita boleh mencari cinta, 30 hari, 100 hari, bahkan 100 tahun sekalipun tapi cinta bukan milik kita ia milik Maha Bijaksana...........dan yang pasti setiap yg berlaku ade hikmahnya! ^_^

“atas nama cinta…Terlahir aku melihat dunia…” - flop poppy

“love is miracle…It’s like falling stars…….” – jules verne

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yup, thats true..setiap yg berlaku ada hikmahnya...

    hai lan yang baik..rasanya ni elok letak kat blog..:)
  • 2) camana nak merajinkan diri untuk membaca cerita cerita panjang nie... tak cukuop masa la..
  • 3) cinta bukan jaminan untuk memiliki, tetapi adakalanya lintasan perasaan untuk memiliki sahaja
    :)
  • 4) tulisan yang baik, fani, dan padat dengan peringatan buat kita.

    i 2nd nurie. tulisan macam ni sepertinya lebih sesuai letak di blog :)

Cerpen-cerpen lain nukilan lanbaik

Read all stories by lanbaik
No stories.