Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Warkah Buat Mak

Cerpen sebelumnya:
cerita pendek saya.
Cerpen selanjutnya:
Terbang

Assalamualaikum w.b.t...

 

Mak,

    Along  nak mintak maaf. Along banyak buat salah kat mak.  Along bukan anak yang baik. Along selalu kecewakan mak. Along tau along banyak sakitkan hati mak.

 

Mak,

    Along penah tipu orang. Along penah tipu bos bila nak mintak cuti. Along penah tipu kawan kalau nak mengelat satu perkara. Along penah tipu bapak bila nak mintak izin kua rumah. Tapi along tak penah tipu mak. Along bukan tak mau tipu, tapi bila nak bukak mulut ja mesti tak sampai hati. Bila tengok muka mak, along tak terdaya pun nak cakap benda bohong.

 

Mak,

    Bapak tak anggap along anak bertuah dia. Apa yang along buat mesti tak kena langsung di mata bapak. Along tau, bapak selalu cakap benda buruk tentang along. Mesti bapak tak percayakan along. Tapi memang along banyak buat salah pun. 

 

Mak,

    Biarpun satu dunia benci along. Biarlah tak ada sorang pun yang percayakan along. Biar semua menentang along. Tapi along nak mak percaya pada along. Along nak mak di sisi along. Along nak mak jadi sokongan along. Cukuplah mak sorang. Along cuma nak mak. Kekuatan yang mak berikan pada along boleh mengalahkan apa jua rintangan yang akan along hadapi.

 

Mak,

    Di sini saja buat kali ini. Andai kita ada kesempatan dalam ruang waktu yang sementara ni, akan along titipkan lagi warkah buat mak.

 

Anakmu,

Along 

Cerpen sebelumnya:
cerita pendek saya.
Cerpen selanjutnya:
Terbang

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.7
3 Penilai

Info penulis

irnachan

kapasitor.NET roks!
irnachan | Jadikan irnachan rakan anda | Hantar Mesej kepada irnachan

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Warkah Buat Mak
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik