Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta

 

Cinta

Semalam.. sedang enak aku mehayati puisi
Menhayati pada tiap bait dan rangkapnya
Mencari maksud yang ingin disampaikan
Aku disapa seseorang, memintaku mengarang puisi cinta.
Yang terlalu liat untuk aku bicara, bagai ada akar yang mebelit tubuh

Cinta…

Cinta adalah satu rasa yang terlalu indah
Tiada lagi perasaan yang lebih indah dari cinta
Setiap orang akan sanggup berkorban untuk cinta
Sebagaimana seorang ibu menjagai anaknya sehingga ke hujung nyawa
Walau dalam apa keadaan pun anak itu, ibu tak pernah sanggup untuk lupa
Tak pernah putus asa, walau terpaksa menjual muka,
Dan kadangkala anak semakin leka, dan hati ibu terus terseksa
Dan anak terus terlupa, akan sayang, kasih dan cintanya ibu kepada dia..
Namun ibu tak penah lupa akan saat indahnye menunggu kelahiran si anak

Cinta… adalah satu rasa yang terlalu asyik
Tiada lagi rasa yang lebih asyik dari cinta
Setiap orang akan terleka dalam cinta
Sebagaimana pasangan pasangan kekasih, yang terus hanyut dan terleka
Sehinga seribu janji ditabur, seribu harapan di pohon, agar dapat bersama ke akhir hayat
Lalu dua jiwa menjadi satu, walau masa sering cemburu. namun mereka terus hanyut
Dalam pelukan cinta. yang kadangkala penyudahnya terlalu pahit.. terlalu kelat untuk ditelan.
Namun mereka tak pernah lupa saat asyik percintaan itu..

Cinta…. adalah kebahagian dan ketenangan
Sebagaimana seoarang wali mencintai tuhannya
Sehingga tiap apa yang di ucap adalah kata kerana tuhan
Sehingga tiap apa yang di geraknya adalah kerana tuhan
Walau sekeping roti makananya, walau sehelai kain lapik tubuhnya
Namun di hati nya tetap tuhan, cintanye yang teragung
Sedang orang lain bermohon bahagia, yang dia mohon untuk berada disisi tuhan
Sedang orang lain ingat akan mati, yang dia ingat hanya tuhan
Sesunguhnya zahir dan batinya hanyalah untuk tuhan
Sehingga tiada senipis kulit bawang nafsu di ruang hatinya,
Kerana telah di isi dengan keangunan cintanya pada tuhan
Dan dia tenang dan bahagia dalam cintanya kepada tuhan.

 

 

 

sebenarnya ini dah lama. tapi saje rasa nak muat kat sini.

dengar komen ahli ahli.. nak edit n tambah.. tapi rasa malas pulak..

silalah mengomen ya..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) perghhhhhh....
    Sedang orang lain bermohon bahagia, yang dia mohon untuk berada disisi tuhan
    Sedang orang lain ingat akan mati, yang dia ingat hanya tuhan
    Sesunguhnya zahir dan batinya hanyalah untuk tuhan
    Sehingga tiada senipis kulit bawang nafsu di ruang hatinya,
    Kerana telah di isi dengan keangunan cintanya pada tuhan
    Dan dia tenang dan bahagia dalam cintanya kepada tuhan.

    saya suka paragraph yang akhir tu...
    ada lagi tak orang macam tu kat dunia ni....
    kalu ada...nak sangat jumpa...
  • 2) cinta?

    hmmm...

    itu universal!

    mungkin byk lagi ungkapan untuk cinta, tapi ini hanya sebahagiannya...good job btw.

    cheers!

  • (Penulis)
    3) seri_bijli

    tak tau la ada lagi tak manusia seperti itu.
    sebab kata kata tu merujuk pada 1 orang sufi di zaman rasulullah dan 1 orang lagi selepasnya.tapi saya dah tak berapa ingat.. kena buka buku balik nie.

  • (Penulis)
    4) otak

    ungkapan untuk cinta terlalu banyak dan luas..
    tapi saya suka dengan tulisan khalil gibran yang bertajuk cinta.
  • 5) errr..komen: mungkin Tuhan tu boleh dicapitalkan 'T' nya.. =) tq

    cinta? ada apa dgn cinta? bisa butakan mata? atau ranapkan hati? bisa benarkan rasa semakin menguasai? lantas pengakhirannya yg perit2 sekali..

  • (Penulis)
    6) Entah lah syud..
    tapi dalam tu saya hanya ingin meluahkan secara medatar..
    sebab ia tertulis untuk tatapan umun..
    bukan sekadar tertumpu padapnulis danpeminat sastera.
  • 7) ah, sesekali daddy dah bermadah. hehe.

    idea : pengertian cinta seorang yang lebih dewasa memang kelihatan lebih dewasa. kan :)

    penceritaan dan susunan kata : untuk saya mengomen, ah, rasa nak tekup muka dengan paperbag dulu sebelum menulis. haha.
  • 8) emm..cinta adalah suatu yang nyata,sedangkan kebahagiaan adalah perasaan yang menyenangkan dan juga seperti permainan yang tidak umum, di situ hanya ada dua menjadi pemenang atau pun tidak ada pemenang sama sekali....huhhhhh

Cerpen-cerpen lain nukilan alhaddads

Read all stories by alhaddads