Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Bilik 3004

Cerpen sebelumnya:
Kembali
Cerpen selanjutnya:
Insaf

22 Julai 2006 merupakan hari aku pertama masuk ke universiti.

Emm… mak, abah baru je pulang tadi. Walaupun ini first time aku tinggal kat hostel, nampaknya semua berjalan lancar. Aku sikit pun tak rasa bosan sebab kat sini ada internet connection.

Roomate aku belum sampai lagi. Tapi aku dah kenal masa register and book dulu.
Selesai makan malam, aku terus solat then apa lagi, surf internet la. Sedar tak sedar dah pukul 10.30 malam. Hahaha! Dah 40 mp3 dah aku download malam ni! Ahhh... relax jap la, nanti chatting kat YM pulak, tengok ada sape yang online malam ni.

Baru je aku nak letak kepala, tiba – tiba ada orang BUZZ!!! YM aku. Hai sape pulak la nak kaco aku ni?

Aku pun terus duduk balik kat meja dan nampak PemBUZZ tu tulis,

airul_dchatter: Hi! Welcome to Sierra Hostel!

Emm... sape la pulak airul_dchatter ni. Layan jap dia ni, kalo ada masalah hostel boleh aku contact dia.

fazzy87:Oh, yes. Thanks sir. But who are you and how you get my YM ID?
airul_dchatter:      I’m important person in this hostel. I’m Airul. Well guess you are malay right? If so we can chat in Bahasa.
fazzy87: Ok aku takde masalah.
airul_dchatter:So bila datang sini?
fazzy87:Petang tadi. Ko ni sape pulak senior eh?
airul_dchatter: Hehe... pandai ko eh. Aku senior kat hostel ni. Well ada apa – apa masalah contact la aku, aku boleh tolong.
fazzy87: Hoho... bagus la tu. Thanks. Bosan pulak malam ni, roomate tak datang lagi. Ingatkan nak datang tadi. Message pun tak jawab.
airul_dchatter: Emm... mungkin diorang dah tau kot.
fazzy87: Tau apa?
airul_dchatter: Xde apa2 la. So esok ada orientation?
fazzy87:Aha... malas betul nak pg. Dah la awal pulak tu. Pkl 8 dah kena ada kat sana.
airul_dchatter: Hehe... biasa la junior. Aku dulu pun macam tu jugak. Sekarang ni dah masuk tahun ke 6 dah aku kat sini.
fazzy87:Bapak! Lama seh. Ko amek ape?
airul_dchatter: IT
fazzy87: Ooo... apesal lama sgt?
airul_dchatter: Emm... ada hal la sikit. Tu pasal aku still kat sini. Walaupun sepatutnya aku lama dah pergi.
fazzy87: 6 tahun ko kat hostel ni. Camne ko duduk lama kat sini, ko appeal ke? airul_dchatter: Tak appeal la, diorang buat tak tau je. Aku pun stay je la.
fazzy87: Ooo untung la ko. Ko buat apa malam2 ni?
airul_dchatter: Entah bosan giler. Duk je dalam bilik ni sorang2 Nasib baik ada ko tak la bosan sangat hari ni. Tidak tiap2 hari bosan. Haha!
fazzy87: Ko tak main game, aku teringin main counter strike ni. Lama dah tak main.
airul_dchatter: Aku ok je. Lagi pun bebudak sini, kalo dah balik memang duk main CS la jawabnya.
fazzy87: Haha! Tak sabar aku nak main ni. Nanti semua dah masuk mesti best perang ni!fazzy87: ko ada cd, installer?
airul_dchatter: Ada. Ko nak pinjam ke?
fazzy87: Ye la. Bilik ko no berapa, aku nak amek.
airul_dchatter: Ko nak amek sekarang ke, aku busy skit la skrg ni.
fazzy87: Ooo... takpe – takpe. Bila ko free?
airul_dchatter: dalam pkl 12 ke atas aku free la. Lagi pun menang aku selalu jalan2 masa tu. 
fazzy87: ok nanti aku amek. Bilik ko no berape?
airul_dchatter: 3004, bilik ko? 
fazzy87:                1008
airul_dchatter: la... setentang dgn aku je. Ko tgk tingkat 3, langsir color putih tu la bilik aku. f
azzy87: Ooo... apesal gelap je?
airul_dchatter:      Saje la, aku ni romantic orangnya suka duk dalam gelap2.
fazzy87: Ok, nanti aku dtg. K la, nak lepak jap.airul_dchatter:      ok. 

Lepas habis je conversation tu, aku terus lepak kat katil then terlelap sekejap. Jaga – jaga je, tepat – tepat pukul 12 pagi. Aku pun terus ke meja komputer dan buzz Airul beberapa kali.
 
fazzy87: Airul, aku nak gi amek cd ni.
airul_dchatter: Ok amek la. Aku duk lepak je dalam bilik ni..
fazzy87: Ok aku gi sekarang.  

Argh, letih jugak aku naik tangga sampai tingkat 3 ni. Game punya pasal, sanggup buat apa.

Sampai je aku kat atas, aku terus pergi ke bilik Airul, 3004. Aku ketuk dan bagi beberapa kali salam. Tapi tak jawab pulak dia ni. Rasa nak marah pun ada jugak. Letih – letih aku nak tangga, dia takde kat bilik pulak.

Takpe la, dia gi toilet kot. Aku pun lepak la kat depan pintu dia tu.

Tiba – tiba terdengar bunyi tapak kasut jauh dari sebelah kiri aku. Dan ternampak satu lembaga, ingatkan Airul, rupanya pak guard.
 

Pak guard: Kamu buat apa malam – malam kat sini?
Fazzy: Nak amek cd game dari kawan.
Pak guard: Ooo... kawan kamu tinggal bilik mana?
Fazzy: ni la bilik dia, 3004. Dari tadi saya tunggu takde pun.
Pak guard: Emm... pak cik dah agak dah. Mesti Airul suruh amek ni.
Fazzy:  Aha.
Pak guard: Kamu mari jap ikut pak cik, biar pak cik ceritakan semuanya

Aku terpinga – pinga ape benda la pulak pak guard ni nak cerita kat aku. Apa boleh buat dengar je la. Dia bawak aku turun sampai tingkat 1.
 

Pak guard: Kamu ni mesti tinggal kat bilik 1008 kan?
Fazzy: Aha.
Pak guard: macam ni la, pak cik cerita terus terang, Airul yang kamu chat tu dah lama meninggal. Tak salah pak cik tahun ni tahun ke enam kot dia pergi. Dia ni kuat main game, kira sampai tahap ketagih la tu. Apa yang pak cik tahu, masa hari pertama dia masuk sini, dia suka sangat main game sampai tak tidur beberapa hari. Mungkin letih sangat, dia mati kat bilik 3004 tu. On the spot. Dulu kawan baik dia tinggal kat bilik kamu sekarang ni, 1008 tu. Dia pun dah takde dah kat dunia ni. Dia bunuh diri sebab kawan – kawan lain tuduh dia yang letak racun dalam air Airul. Dia terjun dari tingkap bilik Airul tu. Semenjak itu la, ramai student yang kena usik. Kamu pun tak terkecuali.  Pak cik dah suruh pihak asrama kosongkan bilik 1008 tu, tapi diorang buat tak tahu je. Pak cik pun bukan la besar nak halang diorang.                 

Aku tak dapat cakap apa – apa. Jantung tak tau la berapa laju gerak, bulu roma tak pernah turun. Dan duk rasa ada macam mata tengah perhatikan aku sekarang. Kadang – kadang sambil tersenyum, kadang – kadang sambil menangis, kadang – kadang sambil ketawa. Rasa macam nak pengsan. Aku rasa kalo pengsan lagi bagus, sekurang – kurangnya aku tak rasa or nampak apa – apa.
 

Pak guard:  pak cik tau, kamu mesti tak selesa sekarang kan. Kamu boleh la tidur kat rumah pak cik. Lagi pun beberapa hari ni. Nanti kamu appeal la tukar bilik baru. Cepat kemas barang yang kamu nak pakai esok. Pak cik tunggu kat luar ni.                

Aku pun masuk ke bilik. Jantung memang laju la. Mata pun tak pandang ke mana. Lantai je aku tengok. Aku ambil beberapa pakaian yang aku rasa penting. Notebook aku pun nak bawak.

Bila aku tengok screen dia, aku nampak Airul balas message kat YM aku. Aku sehabis mungkin tak mau baca, tapi terbaca jugak.
 

airul_dchatter: Fazzy, aku bukan tak nak bukak pintu masa ko ketuk tadi. Ye la nanti ko terkejut pulak. Aku bukan nak kacau, Cuma nak main je. Macam ni la aku tiap – tiap tahun. Asyik tunggukan kawan dari bilik 1008 yang nak main CS. Rindu aku nak main. Nanti sebelum ko blah tgk la tingkap bilik aku. Bye... 

Argh! Gelabah giler aku lepas baca tu, aku pandang belakang, nasib baik pak cik guard masih ada. Dah siap packing, aku pun nak langkah keluar, walaupun tak nak tengok tergerak jugak hati nak tengok tingkap bilik 3004. Aku beranikan diri. Aku beliakkan mata, fufh! Selamat takde apa, tiba – tiba keluar tangan dari celah langsir melambai – lambai kat aku. Argh aku pejam mata sekuat – kuatnya. Sampai la aku keluar bilik. 

Malam selepas kejadian aku tak lena tidur, bila pejam je mata ternampak tangan yang melambai – lambai tu. Then 2 hari lepas tu, appeal aku untuk tukar bilik dah approve. Aku sekarang tinggal kat block lain, bilik no 2117. Alhamdullilah semua kat sini ok. Semenjak kejadian tu, aku buat account YM baru and tak pernah main CS lagi.

Cerpen sebelumnya:
Kembali
Cerpen selanjutnya:
Insaf

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
9 Penilai

Info penulis

The Detective

No one perfect...
khictvak | Jadikan khictvak rakan anda | Hantar Mesej kepada khictvak

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya khictvak
Dear Diary | 3718 bacaan
Perjalanan Faril | 1795 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Bilik 3004
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik