Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Universiti Asmara~

  • 20
  • syud
  • 16 years ago
  • 7,107
  • FREE

 

Kali ini, tangga yang kotor dengan debu, sampah yang bertebaran dimerata-rata ceruk tak aku hiraukan. Asal kaki ini tidak jejak pada lif itu. Lif besi yang sudah terkopak butang-butangnya. Ada tulisan serta bahasa kesat terpampang pada dinding putih lesunya. Peluh yang merenik membasahi dahi, aku seka perlahan. Malas sebenarnya mahu menunggu lif yang entah bila akan sampai. Mungkin tersekat antara tingkat. Ah, sudah gila lif buruk itu. Dahlah buruk, busuk pula tu. Aku sepak sampah yang menghalang perjalanan dengan kaki kananku. Tin coke kosong jatuh berdenting ke bawah. Bunyi dentingan itu berulang-ulang lagi.Mungkin takkan berhenti hingga sampai ke tingkat paling bawah.

Aku abaikan tin coke itu. Tidak penting. Apa yang penting adalah agar aku segera sampai ke rumah. Penat yang menguasai diri ini harus aku rawat.Segera! Peluh semakin hangat merembes keluar. Bagai baru berlari pecut seratus meter, bagai baru sahaja mandi. Aku tolak anak rambut yang menutupi mata kananku. Basah, lencun. Baju kurung ungu bunga biru aku singkap kainnya hingga ke paras betis. Biar cepat langkahan. Aku tak peduli. Langkahku makin laju, aku jalan terus menonong tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Jarang sekali aku merajinkan diri menapak tangga ini satu persatu tapi hari ini, aku terpaksa. Penat ini terlalu ketara.

Entah bila, aku terlanggar sesuatu dan jatuh terduduk. Mungkin sahaja waktu mataku sudah hampir terpejam. Wajahku basah dengan peluh dan aku hampir-hampir sahaja pitam. Aku tak terdaya mahu berdiri lagi.

"Err..cik tak apa-apa?." Ada suara garau menampar cuping telinga.

Aku mengangkat muka. Mulanya agak kabur. Bebola mataku mengecil. Mula memfokus. Seorang lelaki tegak berdiri dihadapanku. Lelaki?. Aku terdiam. Dia menghampiriku dan cuba membantu. Aku tepis tangan kasar itu. Cuba untuk bangun tapi gagal. Aku memang sudah tak berdaya berdiri. Perlahan-lahan, aku meraup wajah yang mula memerah. Nafasku tersekat. Dia memandang sunyi. Kami sama-sama berdiam diri.

 

2minit....

 

5 minit....

 

10minit....

 

"Saya tolong papahkan supaya awak boleh bangun. Kalau tak..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku sudah menggelengkan kepalaku berulang-ulang kali. Kakiku terasa kejat. Semuanya gara-gara terlalu sibuk berkejar ke sana ke mari untuk Inter Varsity Competition yang akan datang. Air mataku mengalir lesu dikelopak mata. Lelaki tadi menggaru-garukan kepalanya. Buntu. Nak membantu, tak dihiraukan. Mahu ditinggalkan, kesian.

"Tolong saya..." Dengan susah payah. Mulutku lambat-lambat menuturkan kata. Bukan mudah untuk aku berinteraksi dengan lelaki. Sementelah, lahir dan dibesarkan dengan adik-beradik yang semuanya perempuan. Umi tak pernah membenarkan aku berkawan dengan lelaki. Hari berganti dan aku menganjak dewasa, Umi dan Walid menghantar aku ke sekolah perempuan di Pantai Timur. Hidupku hanya dengan mereka yang bergelar lelaki. Bukan mudah untuk aku didekati.Pantang ada yang cuba menghulurkan salam perkenalan, segera aku berundur dan berlari cepat-cepat.

Kali ini, pertama kali dalam hidup. Dalam keterpaksaan, aku terpaksa akur. Meminta bantuan dari jejaka yang langsung tidak aku kenali. Dia menghampiri. Memberikan sebuah huluran lalu memapahku. Aku berjalan terhincut-hincut. Entah bila terseliuh. Aku tak pasti. Malu pula rasanya di papah begitu. Wajahku merona merah. Dia memandang ke arahku. Tersenyum.

"Saya Rizky. Tinggal dekat E-032. Awak?." Agaknya dek kerana perasan akan wajahku yang memerah. Dia mengusik.

"Segan eh? Sorry. Saya bukan sengaja nak ambil kesempatan. Dah terpaksa kan?." Aku mengangguk perlahan. Malu ditegur begitu.

"Saya Leen. Azleen Syakirin..." Suaraku mati disitu. Tak tahu ke mana lagi hendakku panjangkan perbualan. Seakan faham. Dia turut membisu. Sampai di tingkat empat, aku memberhentikan langkah.

"Err..dah sampai dah tingkat saya." Rizky berhenti memapah. Aku bergerak perlahan.

"Careful..Jalan hati-hati. Take care Leen.Bye."

---

Mungkin ini jodoh. Getus hatiku dan aku tersenyum sendirian. Menatap wajahnya tak pernah buat aku jemu. Sejak insiden perlanggaran itu, kami selalu terserempak. Lalu, hati ini meronta-ronta. Pinta lebih banyak pertemuan. Aku gilakan senyumannya. Nampak gatal tapi itu hakikat yang nyata. Bagai ada sesuatu yang mengetuk pintu hati. Setiap kali terpandangkan dia, ada sesuatu bergetar hebat. Dalam dan begitu larat. Adakah ini cinta?

Aku tak pernah kenal apa itu cinta.Kata Umi cinta itu sakit. Cinta itu bahaya. Maka aku pernah bertanya, apakah Umi tak cintakan Walid?. Umi senyum. Diam. Aku pernah melihat rakan-rakan sekolahku berpacaran. Tersengih sendirian. Kadangkala berguling-guling dengan handphone ditangan. Mulut sentiasa bernyanyi-nyanyi riang. Waktu masih dibangku sekolah dulu, setiap kali pulang dari outing, pasti ada yang akan bersiulan. Siulan yang datang dari pagar seberang. Dari sekolah lelaki bersebelahan.

Petang itu, hujan turun renyai-renyai. Aku duduk di bus stand. Tidak ada kelibat manusia kelihatan. Jalan raya sungguh sunyi. Lain benar rasanya dengan hari-hari biasa. Sekejap-sekejap mataku menelek jam. 3.00 petang. Hujan mula lebat. Aku meninjau-ninjau kelibat Rapid KL. Bas ke Pantai Dalam harus segera aku dapatkan. Masih ada terlalu banyak kerja harus segera diselesaikan. Aku pandang ke kanan. Hanya ada sebuah gerai yang kebiasaannya menjual air tebu tertutup rapi. Tidak berniaga. Pandangan aku kalihkan ke kiri. Kelihatan seseorang berlari-lari ke arahku. Makin dekat. Makin rapat. Rizky!

"Leen..tunggu bas?." Aku senyum. Menganggukkan kepala. Hatiku berdegup hebat.

"Balik sama nak?." Rizky unjurkan tangannya pada Satria hitam yang diparkir kurang sepuluh meter jaraknya dari tempat kami sama-sama berdiri. Aku serba salah. Nak mengikut, rasanya kurang manis tapi nak ditolak, entah bila agaknya Rapid akan tiba. Aku mendongak memandang langit kelam. Guruh berdentum. Tangan kanan aku hulurkan ke jalan. Terasa titis-titis hujan menyapa lembut ke telapak tangan. Rizky tersenyum lagi. Memandang diriku.

Aku turut tersenyum. Rizky melentokkan kepalanya, ibu jarinya dihalakan belakang. Bagaikan berbisik dan bertanya. "Shall we?."  

Aku mengangguk dan kami beriringan menuju ke keretanya. Rizky mendekatiku. Tangannya menghadang langit. Cuba menepis hujan dari membasahiku dengan jaket coklatnya.Haruman cologne Issey Miyake yang dipakainya membuatkan aku terpegun seketika. Rizky memandang ke arahku. Mata kami bertentang. Kaku. Segera aku larikan anak mataku dari memandang matanya. Kalau terusan begini, boleh jadi gila. Rizky kelihatan seperti anak orang berada. Ditambah pula dengan wajahnya yang tampan ala-ala Lee Dong Wook.

Sepanjang perjalanan, terlalu banyak yang kami bicarakan. Aku rasa terlalu senang dengannya. Rizky, orangnya penuh dengan sense of humour, intelektual dan matang. Tak banyak merapu dan lebih menjurus kepada perbualan serius. Terasa matang bersamanya dan aku banyak ketawa senang. Buat pertama kali, hati ini berdetik dan berkata. "Dialah orangnya."

Sampai sahaja di rumah flat kami, hujan masih menggila. Jalan masih lagi basah. Ada lopak-lopak yang sudah penuh dibanjiri hujan. Air kecoklatan di longkang mengalir deras. Kelihatan kanak-kanak seronok bermain air di longkang. Ada juga bermain bola sepak dipadang. Dalam hujan, dalam remang petang.

Tanganku mula membuka pintu kereta tetapi dihalang Rizky.

"Hujanlah awak. Tunggu sekejap."

"Tapi..." Belum sempat aku berkata apa-apa Rizky terlebih dahulu meletakkan jarinya ke bibirku.

"Saya sukakan awak.Dari pertama kali kita bertemu. I think I've fallen in love with you..."

Rizky menghampiriku. Dekat.Begitu rapat. Perlahan-lahan dia mengucup pipiku dan aku terdiam. Mataku tertutup rapat.

 

---

 

Hidup di Kuala Lumpur bukannya mudah. Setiap hari terpaksa berasak-asak di di dalam Rapid KL. Terpaksa menahan debu kota. Asap hitam pekat dan bau yang kurang enak dari longkang-longkang di kaki lima. Itu tak termasuk lagi dengan pencemaran bunyi dari kenderaan pacuan empat roda, tiga roda, dua roda yang berasak-asak mahu menuju ke destinasi masing-masing. Tak termasuk lagi jerit pekik mereka bergaduh. Memaki hamun sesama sendiri atas kesesakkan jalan raya. Atas sikap yang langsung tiada timbang rasa. Kalau kamu menaiki jejantas, panorama ini pasti kelihatan. Yang cacat, tiada penglihatan, anak-anak selekeh duduk meminta-minta simpati. Dengan tangannya memegang erat plastik lutsinar, didalamnya kelihatan syiling dua tiga keping.

Selalunya aku lebih gemar menunggu Rizky habis dari kuliahnya. Takpun tumpang sahaja kereta kancil milik Misha. Rumah flat yang kami duduki agak jauh dari kolej. Ada lapan orang penyewa semuanya. Taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur memaksa kami untuk berjimat cermat. Aku ingat lagi waktu aku memberitahu orang tuaku bahawa aku mendapat tawaran sebuah universiti di sini. Umi menggeleng.

"Kenapa Leen pilih KL?." Soal Umi bertalu-talu. Telingaku terasa bingit namun aku harus bebas.Aku ingin merasa angin kota. Cuba hidup di atas kaki sendiri.

Siapa sangka, disini juga aku mengenal dunia.Disini juga aku bertemu Rizky. Dari gadis kampung berbaju kurung, Rizky kenalkan aku pada dunia realiti. Spagetti tight dan tube singkat dengan skirt atau jeans ketat kini jadi pilihan. Kalau ke kuliah, Rizky pastikan aku memakai blaus dan skirt potongan kemas.

"Dear, don't wear kurung. They aren't nice on you."

Nak tak nak, aku terpaksa. Rentak Rizky aku ikut. Mula-mula terasa kekok. Belanja bulanan tak pernah cukup. Pada Walid, aku berbohong. Banyak yuran dan tugasan perlu diselesaikan. Rizky tidak lokek. Kerapkali ada sahaja hadiah darinya. Kadangkala, bila malam menjelma. Sengaja dia menunggu didepan pintu rumah dengan sejambak ros merah ditangan. Tersenyum seperti selalu.

Petang ini, aku melongo sendirian. Rizky sibuk jadi aku terpaksa pulang sendirian. Rapid yang aku tunggu sejak dari tadi tidak juga menjengahkan diri. Penat menunggu. Penat menjadi pemerhati. Kakiku terayun-ayun diudara. Mataku yang mengantuk aku tahan dari tertutup. Aku menguap kecil. Nasib baik, mungkin. Sebentar kemudian Rapid tiba. Perutku terasa sakit. Tanganku menggenggam besi di pintu bas dan dengan sedikit daya, aku tolak badanku ke depan. Berjaya! Aku menghela nafas lega. Kepalaku berdenyut perlahan. Pandanganku berpinar-pinar. Tiba-tiba, aku rebah ke lantai bas.

 

---

 

"Azleen Syakirin. Sekejap lagi parents angkat anak awak akan datang." Ada anggukkan kecil disitu. Aku seka butir-butir jernih yang hangat mengalir dipipi. Sesal bersarang dihati. Wajah bayi yang tak berdosa itu aku tatap dalam-dalam. Inilah hasil buah cinta aku dan Rizky. Anak yang tak berdosa itu senyap, lena dibuai mimpi. Aku dakap kemas si comel itu buat kali terakhir. Entah bila aku berpeluang bertemu lagi dengannya.

Insiden setahun yang lalu berputar-putar diingatan. Saat aku dihantar ke HUKL dan sesuatu yang tidak ku duga berlaku, aku disahkan mengandung! Aku terpempam. Kaku. Sarafku beku. Aku usap perlahan perutku. Masih tiada tanda membulat. Mungkin kerana masih terlalu awal. Apa yang bakal aku khabarkan pada orang tuaku? Bagaimana dengan Rizky?. Saat itu, ketakutan memenuhi segenap ruang. Rasa kecewa datang bertimpa-timpa. Hilang segala belaian manja Rizky. Hilang segala sayang padanya. Aku takut!

Umi dan Walid terkilan bila mendapat berita itu. Anak yang diharapkan mereka ini dibuang IPT. Atas nasihat, aku dihantar ke Kem Bina Insan (Kewaja). Umi dan Walid akur dengan ketentuan takdir. Rizky? Entah. Aku tak pasti. Ketika aku di masukkan ke hospital, aku menghubungi Rizky. Rizky seakan kecewa dan mengatakan bahawa anak yang dikandung olehku bukan miliknya. Alasannya? Dia mandul dan katanya aku perempuan murahan.

Relevenkah alasannya itu? Padahal aku masih dara saat dia menghirup secangkir madu di taman larangan.Air mata kecewa tak dapat kubendung dari merembes keluar. Rizky begitu mudah meragut maruahku dan melemparkan tohmahan keji. Bagai kata pepatah. Habis madu sepah dibuang. Ingin meraung hiba. Ingin menjerit memaki hamunnya namun aku tahu. Mengalir air mata darah sekalipun, hakikat ini takkan berubah.

Universiti Asmara. Tempat ini, jalannya berliku sekali. Dibawah tangga, di dalam lif. Tak kira dimana, bilamana nafsu menguasai. Hasil pergaulan bebas yang akhirnya menjerat diri. Terbabas dalam gejala sosial. Moral ranap begitu sahaja. Disini, buah asmara mekar mengembang. Kuncup, terkulai layu bila sampai musim kemarau. Bunga, ditinggalkan saat benih baru ditanam. Kata kumbang, itu bukan miliknya.

 

'Cinta itu..lantainya bukan nafsu, dindingnya bukan kehendak. Cinta itu.. tiangnya pegangan, langitnya kehidupan dan cinta itu tidak memaksa..tidak menurut membuta tuli..tapi apakan daya..bila bercinta..mata pun buta, kan? Hehe =)'

*Nota kaki: Cerpen digarap dari sumber Berita Harian. Fenomena 'Universiti Asmara' berlaku di pangsapuri dan kondominium khasnya di Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi. Amnya dimana-mana sahaja lokasi (asal maksiat boleh terjadi).

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) SYUD!
  • 2) SYUD2!
  • 3) awak emosi lagi time menulis????
  • 4) sindrom kronik yang menimpa students Uni. mereka rasa Uni sebagai platform mencari jodoh. bila nafsu memandu akal, pincang tingkah, sumbang akidah..moga tidak terjadi pada kita semua..Amin.

  • (Penulis)
    5) aaa..this cerpen is crap! hahhahaa..jgn bacalah kengkawan...sedey~~
  • 6) crap? kemon syud.
    kalau tak silap memori caha, this is the finest from you. lately, semua tulisan sudah matang. uwaa. cara penulisan sudah mirip valium!

    mengambil berita akhbar lalu garapkan sebagai cerpen. ah marvelous! maaf kerana lambat membaca.
  • 7) syud,
    this is fine
    val rasa macam tgh tgk kisah benar
    kepada semua uni
    dicadangkan buat hostel dalam kampus
    and letak pak/mak guard
    walaupun tak berapa menjamin
    tapi mungkin boleh kontrol sikit

    tapi syud,
    val suka endingnya,
    dia bagi baby tu kat parents angkat
    at least tak gugurkan/buang kat tong sampah
    atau lagi kejam
    baling dari tingkat atas flat yang dia duduk tu
    sekarang fenomena dosa borong
    buat dosa secara pukal
    hee

    oh,
    syud punya flow cerita dah meningkat!
    dulu ada macam terabur sikit
    eh
    val dah merepek sangat ni
    :P
  • 8) syud mengambil iktibar cerita juno kut. haha. memberi kandungan pada jennifer gardner.
  • 9) good story syud!
    penuh dgn pengajaran & tauladan..
    at first, i thought she will happily ever after with that guy....ala...macam cite2 cinta tu..;P
    then, i have to read till the end..baru tau cite macam mana...
    p/s: really enjoying to read all the stories...i'm impressed with the creativity and passion in the stories...wonder when can i post my first story..hmmmmm

  • (Penulis)
    10) caha: makaseh kerna memberikan balik semangat!! =) (uh,sayang kamu caha)

    val:=) yepp..ape val cakap mmg btol..my housemate said d same thing.. 'syud,cerpen ko dulu2 cam berterabur..aku pon kdg2 xphm'..btol3 (ala2 upin ipin) xbaek buang2 baby..they are innocent~

    asro: hehe..no more cite chenta2..xde mood nak wat pon..haha.. tq~~ hopefully pasni ley wat lagi byk cite2 yg ada moral value~~
  • 11) val :: sekarang fenomena dosa borong
    buat dosa secara pukal

    sebab dorang rasa, buat pukal leh dfapat diskaun dosa
  • 12) mm nak komen ape eh syud
    syud mmg banyak idea lah..k gnee suka cara syud mengolah ayat...bagus...mm overall nice..

  • (Penulis)
    13) gnee: hehe..tak berapa bagus lagi..I'll try to improve it to be better~
  • 14) 1. tajuk geli sikit. hehe
    2. tapi ceritanya best so kaver yg no 1
    3. makin mature dlm penulisan. ye saya setuju.
    go syud....u can do better!
  • 15) syud!!!! best...... sory lambat baca.... =p

  • (Penulis)
    16) blur12: haha..geli kan? syud pon geli gak time baca tajuk ni dlm paper..pastu layan jela..dh kasi idea free..serap2~

    dayya: huhuu..tq~
  • 17) gud story syud..keep it up! =)
  • 18) Mintak dijuahkan...!
    suke care syud bercerita... mmg terasa gak la...

    nway, kalo lelaki tu cam dong wook, cairnye!
  • 19) >beS aH ceTa:)
    >maDah kaT endiNg lasT tU..SUKA SANGAT!!!!!! LuV iT:)
  • 20) wah! lee dong wook..tapi fiil ampeh huhu.

    nasib baik dia beranak...tak buang baby tu.

    hei..last2 akibat seme perempuan yg tanggung. culture shock pun salah satu faktor. bahaye2.

    satria mengingatkan daku pd seseorang.

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud