Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

Dania dan Danial

Cerpen sebelumnya:
Dunia Yang Semakin Lekit
Cerpen selanjutnya:
M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda
 

 

Si Gila

 

"Hoi perempuan? Meh sini kejap!" Dania terkedu. Siapa pula yang kurang ajar sangat ber hoi-hoi ni? Entah perempuan manalah yang malang dijerkah depan orang ramai ni? Tu lah pasal, pilih boyfriend kurang ajar macam tu lagi. Berang ikut dan je.

 

"Oi perempuan! Pandang aku la. Berlagak sombong pulak. Perempuan kampung berkebarung hijau. Oi!" Dania kerut kening. Berkebarung hijau? Dia pandang dirinya. Baju hijau, kebarung. Aku? Eh, melampau mamat ni. Nak kena gamaknya.

 

Dania toleh mencari suara sengal yang memanggilnya itu. Yang dapat dilihatnya, seorang lelaki berT-shirt sendat, berseluar Jeans, kasut kulit,bercermin mata hitam serta berambut pacak. Tak serupa orang langsung. Macam 0rang-orang adalah!

 

"Kau nak apa?" dingin sahaja soalan itu melantun keluar. Lelaki itu tersengeh.

 

"Aku nak nombor telefon kau!" ah?! Selamber betul mamat ni. Entah-entah orang gila tak? Baik jangan layan. Baik aku blah dulu, tak pasal-pasal je. Cari pasal. Huhuhu.

 

Dania terus blah. Tak ada apa yang boleh dia buat. Tak kan lah nak buat announcement nombor telefon dia pulak. Ingat public phone punya nombor ker?

 

Laju sahaja kakinya melangkah. Lelaki itu cepat-cepat menghalang, berlari-lari anak, menghadang si gadis dari menghilang.

 

Dania confuse. Eh, mamat ni nak apa lagi? Bahaya ni. Nak jerit ke tak ye? Ah, lantak lah. Siapa suruh kau cari pasal?

 

"Tolong! Tolong! Ada orang gila! Tolong..." tak pasal-pasal Dania menjerit. Beberapa orang yang melalui jalan yang sama Cuma berpandangan. Tidak ada sesiapa yang menolong. Mungkin juga ada yang menyangka Dania sendiri yang gila. Meracau tanpa sebab di tempat awam. Lelaki itu Cuma tersenyum.

 

"Tak payah jerit-jeritlah Dania. Bingit telinga aku dengar kau menjerit. Bukannya aku nak rogol kau pun, yang kau takut sangat tu kenapa?"

 

Dania kaget. Mana pulak dia tahu nama aku ni?

 

"Kau nak apa ha? Jangan kacau aku la. Aku tak berminat."

 

"Ok fine! jangan menyesal pulak tak layan aku. Lain hari sure kau sendiri yang minta nombor telefon aku. Believe me." Dia tersengeh sendiri. Dalam hati, Dania tak lepas-lepas menyumpah seranah lelaki itu. Entahkan siapa, dia tak tahu. Gila!

 

 

Kerja kosong

 

Dania pening memikirkan masalah pejabat yang tak sudah-sudah mengekor. Entah apa sebabnya, Encik Tan tak sudah-sudah menjerit memakinya setiap hari. Malah, ada sahaja yang tak kena di matanya. Nak kata saja cari trick nak mengorat, dah ada dua anak lagi. Pulak tu, dapat isteri queen control. Berani ke dia nak cari perempuan lain? So, tak munasabahlah. But, bila fikir-fikir balik takkan lah aku punya sebab kot. Aku buat salah apa?

 

Berjuta-juta soalan bergayut di mindanya. Dania mengeluh. Tiba-tiba telefon pejabat berbunyi.

 

"Dania, masuk bilik saya sekejap." Suara tegas Encik Tan memetir lagi. Apa lagi lah yang orang tua ni nak? Dania mengeluh. Beberapa fail dikaut sekali, sebatang pen dan sebuah buku nota telah sedia di pangkuannya. Dia mengetuk pintu bilik lalu masuk.

 

"Dania, I nak you buat advertisement untuk cari pekerja baru. And more, I nak you sendiri yang handle interview tu. Boleh?"

 

Dania senyap. Kenapa aku pulak? Bukan tu kerja department lain ke? Kenapa aku?

 

"Boleh ke tidak?" jerkahan Encik Tan mencekik tangkai hatinya. Dalam senafas, Dania bersetuju.

 

 

Interview

 

"Syira, let the next person in!"

 

Beberapa minit kemudian, pintu diketuk.

 

"Masuk!"

 

Seorang lelaki masuk. Berbaju kemeja biru muda, berseluar slack, rambut tersisir kemas juga bertali leher kemas. Perwartakannya segak.

 

Dania memandang jam di atas meja. Sudah jam 4.30 petang. Last man and lepas ni dia boleh balik rumah. Seharian suntuk incharge untuk interview buat dia rasa penat.

 

Tanpa memandang wajah yang akan ditemuduga, Dania mencapai lantas terus membuka fail, membaca profile lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu. Dania kerut kening. Ruang yang sepatutnya di isi dengan nombor untuk dihubungi kosong.

 

"Nombor telefon awak berapa?" Dania angkat muka. Rasa panas tiba-tiba menjengah ke muka. Dia terkaget.

 

"Kan saya dah cakap, awak mesti minta nombor telefon saya. 017-3432222. Ok lah, saya anggap saya dah pun diterima berkerja di sini. Expectation salary is RM3500. Anymore problems?" lalu, lelaki itu angkat kaki.

 

Dania terkelu. Lelaki ni memang sengal. Siapa nama dia eh? Gila!

 

Dania memandang profile lelaki itu sekali lagi. Mampos!

 

‘Danial Haikal Dato' Hussein.' Alamak! Anak boss besar ke? Mati aku. Dania gigit lidah sendiri.

 

 

Pekerja baru

 

Dania tak tentu arah. Danial asyik memandangnya semenjak tadi. Apahal pulak mamat ni? Tak nak buat kerja ke?

 

Dania hempas fail biru ke atas meja. Danial terkejut. Garangnya minah ni?

 

"Kau ingat kau anak boss, boleh hayun kaki senang-lenang? Kerja ni tengah banyak. Yang kau dok pandang-pandang tu apa? Kau nak apa ha?"

 

"Aku nak kahwin dengan kau. Boleh tak?" gila! Dania ketap gigi. Geramnya memuncak tiba-tiba. Dia menghadiahkan jelingan tajamnya kepada Danial.

 

"Oh, mati aku kena sakit jantung kalau hari-hari kena jeling macam ni. Oklah Dania, aku buat kerja okay sayang? Tapi sebagai hadiah, malam ni aku datang rumah kau jumpa Abah. Boleh?"

 

Dania buat tak tahu. Lantak kau lah!

 

 

Makan malam

 

"Dania, malam ni abah ada tetamu. Tolong masakkan lauk Ayam Panggang ye? Teringin pulak abah nak merasa ayam Panggang yang kamu masak tu. Dah lama rasanya tak makan, kamu sebok kan kerja tak berhenti."

 

Dania tersenyum. Serba salah dia mendengar cakap abahnya. Terkilan dia, tanpa sedar mengabaikan kebajikan untuk abahnya yang tercinta. Maafkan Dania abah!

 

Sudahnya, malam itu Dania masak Ayam Panggang resepi rahsia turun temurun yang diajar arwah mamanya.

 

Jam 8.30 malam, orang yang ditunggu masih belum tiba. Abah nampak gelisah.

 

"Abah, kawan abah tu nak datang pukul berapa? Kenapa tak datang lagi ni?"

 

Abah geleng kepala.

 

"Sekejap lagi lah tu agaknya." Pendek sahaja jawapan abah.

 

Dania kelaparan. Manalah tetamu ni, lambat sungguh. Aku dah lapar sangat dah ni.

 

Dania tiba-tiba teringat kata-kata Danial tengahari tadi.

 

"Oh, mati aku kena sakit jantung kalau hari-hari kena jeling macam ni. Oklah Dania, aku buat kerja okay sayang? Tapi sebagai hadiah, malam ni aku datang rumah kau jumpa Abah. Boleh?"

 

Dania kaget. Biar betul, tak kan lah dia betul-betul nak datang? Tapi tak kan lah Abah kawan dengan Danial tu. Dania tersenyum sendiri memikirkan kemungkinan 0 itu. hatinya lega kembali.

 

Tepat jam 9, sebuah kereta parker di halaman rumah. Tentu kawan abah dah sampai. Dania bersiap-siap apa yang perlu.

 

"Dania, mari sini tolong hidangkan air. Kawan abah dah sampai ni."

 

Dania mengangkat dulang air ke ruang tamu. Air di letakkan di atas meja.

 

"Dania, you tunggu I datang ye? Cepatnya siapkan air." Dania kerut kening. Danial sedang tersenyum senang hati memandangnya. Danial? Dia datang betul-betul? Dania kaget. Macammana...

 

"Dania dah lupakan Abang Danial ke? Boyfriend Dania masa 7-8 tahun dulu. Dah lupa ke?" suara abah menyakat Dania menambah serabut pelik yang dirasanya. Abah ni biar betul? tak kan lah aku ada boyfriend masa darjah satu, darjah dua kot? Uish, menggatal sangat ke aku dulu? Tanpa sedar, Dania garu kepala.

 

"Dania dah lupakan Danial lah Abah. Ye lah, orang cantik ramai pulak peminatnya. Danial ni apalah yang ada." Subal sahaja Danial bersuara.

 

"Sudahlah Danial, kamu ni menyakat tak sudah-sudah. Pak Rahmannya pun, melayan je lah si teruna tu. Kesian Si Dania tersipu-sipu." Dania tersenyum sumbing. Lelaki tua di hadapannya di pandang. Dato' Hussein ke?

 

Dania membelek wajah tua di hadapannya itu. Macam muka Ayah We. Lalu, mindanya terlaras memori dua kurun yang lalu.

 

"Dania, I lapar..." Danial buat muka sepuluhsennya. Dania bangun lalu terus menghidang masakan yang telah disediakannya tadi.

 

Memori lama

 

Dua puluh tahun yang lalu.

 

"Dania, abang kena ikut papa pergi luar Negara. Dania jangan lupakan abang ye? Nanti abang akan balik sini jumpa Dania. Janji ye?"

 

Dania angguk kepala. Kelopak matanya bergenang dengan air mata. Dia menahan sebak yang bertakung di hatinya, namun tak mampu mendinding air mata yang suam mengalir ke pipi. Beberapa jam sahaja lagi Abang Ekal akan pergi.

 

"Dania, ni Abang Ekal kasi loket. Dania simpan ye? Rantainya Abang bagi bila kita jumpa nanti. Dania tunggu abang ye?" Haikal cuba memujuk Dania agar tangisannya berhenti.

 

Dania keliru. Perasaannya bercelaru ketika itu. Kenapa Abang Haikal kena pergi juga? Betul ke dia akan datang lagi? Takkan lah cerita mereka sama dengan cerita-cerita drama di televisyen. Tak kanlah  dia sangat bertuah?

 

Dania dengkel memikirkan perhubungan akrabnya dengan Abang Ekal. Separuh hati membenarkan lelaki itu pergi, separuh lagi menjerit derita minta Abang Ekal tinggal sahaja di sini. Namun, apakan daya, tak terluah menjadi bicara.

 

Sudahnya, Haikal terbang juga bersama Ayah We. Dania menanggung sendu. Janji Haikal di jaga rapi. Dania tunggu abang, janjinya dalam hati.

 

Sebulan, dua bulan, setahun, dua tahun, Haikal tetap juga tidak muncul. Tiada khabar berita yang diterima. Abah juga telah di tugaskan ke Kuala Lumpur. Dania putus harap. Mungkin dia sendiri yang bodoh dan mendungu menanti kepulangan Haikal. Entah-entah, Haikal tak pernah teringatkan dirinya langsung. Akhirnya, Dania ikat hati dan perasaannya. Haikal bukannya sesiapa dan dia tak perlu menanti janji yang terpatri menjadi realiti.

 

Abang Ekal bodoh! Abang Ekal dah nyanyuk! Dania benci Abang Ekal. Dania tak nak simpan loket ni lagi. Dania nak bagi Abah, suruh Abah buang. Dania benci Abang Ekal! Dania menangis tersedu-sedan. Air matanya bagaikan membanjiri perasaannya.

 

 

Ku cuba redakan relung hati,

Bayangmu yang berlalu pergi,

Terlukis di dalam kenangan,

Bebas bermain di hatiku....

 

Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan,

Kau abadi di dalam hatiku....

 

 

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

 

Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan,

Kau abadi di dalam hatiku....

 

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

 

Aku cinta ooohhhhhh...

Aku cinta oooooooo...

 

Dania menghayati lagu dendangan Aizat, pelajar Akademi Fantasia 5. Hatinya bergayut memori lama. Lagu itu benar-benar membawa dia berlayar mengenangi kenangan dulu.

 

Abang Ekal jahat, Abang Ekal penipu, Abang Ekal nyanyuk! Dania benci Abang Ekal.

 

Danial Haikal, Hikmah Dania tidak akan sesekali menjadi bodoh sekali lagi seperti dulu. Abang Ekal bukan sesiapa lagi, dan Danial juga bukan sesiapa. Tidak sesekali aku akan bukakan hatiku untuknya sekali lagi!

 

 

Kata putus

 

Danial membaca mesej yang diterimanya berkali-kali. Rasa tidak percaya sahaja bila membaca mesej yang dihantar oleh Dania. Akhirnya, sudi juga dia berjumpa dengannya.

 

Danial, jumpa Dania di Food court, MidValley jam 5 petang esok.

 

Danial berdebar-debar. Apa baju yang perlu dia pakai? Rantai yang sekian lama disimpannya akan bertukar milik sebentar lagi. Rantai itu digenggam sungguh-sungguh.

 

Jam 5 telah berlalu beberapa minit, namun Dania masih belum muncul lagi. Minah ni melabun je ker? Danial sudah tidak sedap duduk. Dadanya berdebar-debar.

 

30 minit selepas itu, Dania tiba. Danial menghadiahi senyuman buat gadis yang lama ditunggunya.

 

Dania hanya berwajah tegang, sangat bersahaja.

 

Mereka duduk bertentangan. Danial ingin memesan makanan tapi cepat-cepat dihalang Dania.

 

"No Danial. I'm not coming to eat. We are not on a date." Langkah Danial mati tiba-tiba. Apahal pulak minah ni? Tak makan, tak kan minum pun tak nak? By the way, kalau tak nak tak pe, save duit aku. Danial duduk kembali.

 

"Ok little girl, apa kita nak bincang hari ni?"

 

"Ours was over. Saya harap Danial lupakan saya. Haikal yang saya kenal dah lama saya lupakan. Dan saya tak mahu mengenali Danial. Sorry."

 

Denial terkelu. Apahal pulak ni? Denial keliru sendiri.

 

"Wait Dania. What's up bebeh? I tak faham. Apa kes kenal mengenali ni? I don't think we need those stupid thing. Why should I?" Danial kerut kening. Sure ada salah faham ni.

 

Dania tarik nafas dalam-dalam. Stupid this Danial! But, what's up Dania, those by gone be by gone lah. Yang nak terbawa-bawa sangat tu kenapa? Nak menguji sejauh mana dia ingatkan kau? Stupid girl. Dah jelas dia tak pernah ingatkan kau. Tunggu apa lagi? Nak tempah malu sekilo lagi? Blah lah cepat!

 

Dania cepat-cepat angkat punggung. Mukanya sudah tebal seinci. Dania berlalu pergi tanpa dihalangi sedangkan Danial masih duduk sendiri di kerusi itu menggenggam rantai yang masih tidak dapat diberi.

 

Cerpen sebelumnya:
Dunia Yang Semakin Lekit
Cerpen selanjutnya:
M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Jadikan dayya rakan anda | Hantar Mesej kepada dayya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya dayya
PCB#7: Naga Kepala Tujuh | 2368 bacaan
Kanibal Malaya | 2838 bacaan
PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur. | 4041 bacaan
Cinta coklat Cadburry Black Forest | 9985 bacaan
Naskah | 2247 bacaan
PCB#4: Alahai, potong stim! | 3467 bacaan
pcb#2: Lecuran | 2778 bacaan
Tuhan itu cinta | 2760 bacaan
Demi Wawasan 2020 | 2823 bacaan
no title | bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya Dania dan Danial
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik