Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

KISAH IBUKU

Cerpen sebelumnya:
HAMZAH
Cerpen selanjutnya:
M01S02 - Menyusuri Sungai Nil

 

Inilah Ibuku…

 

“Ibu..result periksa dah keluar” suara sebak kutahan dalam-dalam.

“Macam mana?” soal Ibu yang membuatkan aku diam seribu bahasa.

“Teruk, ada fail..” lemah suara ku kedengaran. Tangis yang ku tahan sedari tadi berderai memecah sunyi.

“Kakak jangan macam ni. Jangan nangis..” pujuk Ibu sayup di hujung talian.

“Kakak sedih..” perlahan ku luahkan kata. Berjujuran air mataku membasahi pipi.

“Kakak cuba lagi yer.” Esak tangis ku semakin menggila. Aku tahu dia kecewa. Ada rasa hampa dalam pujukan nya itu.

“Maafkan aku Ibu!”

 

Inilah Ibuku…

 

“Ibu sihat?” soalku bila ku hubungi ibu malam itu.

“Sihat. Kakak sihat?” jawabnya menyoal ku semula.

“Baik jer. Ibu buat apa?” soalan yang biasa ku tanya mesra.

“Tak buat apa.Bila kakak nak balik?” Ada nada kerinduan dalam nafas suaranya.

Aku berkira-kira sendiri. Aku tahu dia rindu. Lalu aku terus kata ,“Minggu depan kakak balik!”

 

Inilah Ibuku..

 

“Ibu mana?” Ku tanyakan pada adik bongsuku bila kepulangan ku tiada Ibu yang menunggu seperti selalu. Panjang muncungku merajuk.

“Ibu takda, kat hospital. Jaga Opah sakit.” Aku mencebik masam. Kulihat meja makan kosong. Baru ingat nak makan masakan Ibu. Aku terdiam sendiri. Lantas aku terus menelefon Ibu.

“Teruk ke sakit Opah tu.” soal ku seraya suara Ibu kedengaran. Rasa tak puas ati mula menjelma. Bagiku, entah kali yang ke berapa Ibu terpaksa menjaga Opah di hospital. Mana adik beradik Ibu yang lain aku sendiri tak pernah tahu. Tapi yang pasti hanya Ibu yang setia menunggu.

“Opah tak boleh bangun. Bila kakak sampai?” soalnya gembira bila tahu aku sudah sampai di rumah. “Kakak bosan la duduk rumah macam ni. Ingatkan balik boleh jumpa Ibu.” Bentak ku bengang. Entah kali ini hatiku cepat benar terusik. Aku merajuk sendiri. Merengek bagaikan anak kecil. Ku biarkan soalan Ibu berlalu sepi.

“Kakak, jangan macam ni. Nanti Ibu balik yer. Kakak nak makan apa, nanti Ibu masak.” pujuknya untuk membuatkan aku kembali senyum. Aku tahu Ibu memang begitu, “Terima Kasih Ibu!”

 

Inilah Ibuku…

 

Sudah seminggu Opah terlantar sakit. Seminggu jugala ibu cuti kerja menjaga opah di rumah. Pagi tadi kulihat Opah hanya seperti biasa. Cuma lewat tengahari ini, ku lihat opah termenung jauh ditempat baringannya. Tiba-tiba dia megomel sendiri, mengenang nasib hari tuanya. Aku yang duduk di ruang tamu cuma sekadar mendengar. Sayup suara tuanya kedengaran. Mengeluh berat akan perangai anak-anaknya. Ibu hanya menggeleng kepala. “Dah tu mak. Jangan di fikir-fikirkan lagi. Karang makin teruk sakit tu.” ujar Ibu memujuk lembut Ibunya. Tiba-tiba ku lihat dada Opah turun naik. Seluruh keluarga ku panik dan cemas. Semua duduk megerumuni opah. Ku urut-urut tapak kakinya. Satu persatu nama setiap yang ada di situ disebut perlahan, walau dengan payah yang amat. Ku lihat tegang urat muka nya menahan kesakitan. "Ya Allah, inikah yang kau katakan ajal kan datang bila-bila?"

Ibu pantas memangku Opah erat dalam dakapan nya. Luluh hatiku. Ku lihat Ibu tenang sahaja. “Mak, bawa mengucap. La..ila..ha ilallah…muhammadarasullullah..” Perlahan ibu membisikkan kalimah syahadah ke telinga Opah. Suasana semakin pilu. Makin kuat kedengaran tangis aku adik beradik memecah sunyi. Bergema memenuhi ruang tamu rumahku.

Opah tercungap-cungap mengikut setiap bibir ucapan Ibuku. Dalam keadaan diri yang sakit, lemah, dan longlai kalimah syahadah ditutur perlahan oleh Opah. Opahku sudah terdiam kaku. Dia rebah dalam pangkuan Ibuku. Ku lihat Ibu hanya membisu. Dia lantas bangun. Mencari cerpihan kain untuk diikat hujung Ibu jari kaki Opahku. Begitu juga dibahagian muka. Selembar kain batik lepas ditarik dalam almari. Ibu mencium lembut muka Opahku. Penuh kasih dan sayang. Lantas kain tersebut dikibar untuk menutup lembut sekujur tubuh yang terbaring kaku. Aku lihat Ibu sibuk-sibuk mengemas apa yang patut. Dan aku masih terdiam disitu. Kaku dengan apa sebenarnya yang berlaku. Dalam sedar aku tahu Opah dah tiada. “Kakak baca yasin yer.” Senyum Ibu menghulurkan surah Yasin kepadaku. Ku pandang Ibu. Aku kagum melihat wajah Ibu tenang bersahaja. Tiada sedikit pun air mata yang menitis, “ Ibu jangan sedih yer!”

 

Inilah Ibuku…

 

Suasana perkuburan masih sunyi sepi. Masing-masing agaknya kusyuk mendengar talkin dibaca atau hanya melayan perasaan sedih yang melanda. Aku memandang anak-anak buahku. Baik mereka hari ini. Tidak seperti selalu. Mereka pun sibuk menadah tangan. Walhal tak memahami pun butiran doa yang dibaca.

“Onyang mana?” Tanya sekecil Husna, anak buahku yang baru berumur dua tahun. Mata nya penuh pengharapan, agar ada seseorang yang boleh menjawab segala kehendak perasaannya ketika itu.

“Onyang dah takde.” Ibu lantas menjawab lembut. Didakap erat anak kecil itu erat dalam pelukannya. Sayu hatiku. Tambah pilu hatiku. “Ibu, macam mana kau boleh jadi setabah itu”

Setelah semua sudah selesai. Masing-masing beredar pulang. Aku terfikir panjang. Teringat kata Ibu suatu ketika dulu. Dan bila tujuh langkah kita meninggalkan tanah kubur itu, maka akan datanglah Malaikat Mungkar dan Nangkir menyoal si mati.

“Opah, kakak tak nak balik. Kakak nak teman opah kat sini!” jerit hatiku. Pilu semakin menggigit tangkai hati. Baru kini ku rasa erti kehilangan. Ya Allah, peritnya . Berilah aku sejuta kekuatan!"

Ku lihat ibu menghampiri kubur Opah. Kayu yang dijadikan batu nisan, diusap-usap lembut. “Mak, Nab balik dulu yer” luah Ibu tertunduk sayu. Menitis air mataku menahan sebak. Ibu lemah longlai berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu. Aku nampak langkah Ibu berat tika itu. Tak dapat aku bayangkan perasaannya ketika itu. “ Ibu, kuatkan hatimu!”

 

Inilah Ibuku…

 

Malam tu majlis tahlil diadakan. Lewat malam itu, Ibu masuk ke bilik ku. Dia sembahyang disitu. Mungkin bilik yang lain sudah penuh dek sedara mara yang datang. Aku terbaring di sudut katil. Mataku menunggu lelap. Mungkin badanku terlalu penat seharian. Atau yang lebih tepat, hatiku sebenarnya yang ku rasakan terlalu letih. Aku mengelamun sendiri. Jauh di sudut hatiku masih tak dapat menerima suratan takdir.

Dengan mata yang kuyu, ku pandang Ibu. Ku lihat sujudnya lama dari selalu. Dia bertelegu seketika di situ. Di atas tikah sejadah, ada mutiara yang mulai gugur di pipinya itu. Tiada teriak tangis yang kudengar. Tapi ku lihat bahu Ibu terhejut-henjut menahan sedu. Aku tahu Ibu sedih. Ibu rasa kehilangan. “Ibu, jangan nangis. Aku tak sangup melihat air matamu itu”

 

Dia Ibuku…

 

Ibu..Kakak rindu Ibu..Walaupun Ibu dah takda Ibu. Kakak nak ibu tahu, Kakak sayang Ibu. Kakak takkan lagi kecewakan Ibu. Kakak akan belajar sungguh-sungguh. Kakak takkan merengek bila Ibu sibuk dengan urusan harian hidupmu. Terlalu besar pergorbanan Ibu. Kakak nak jadi anak yang baik. Ibu, Kakak mahu jadi setabah Ibu. Sekuat semangat Ibu. “Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu, bahagiakanlah Ibuku kerna dia sentiasa membahagiakan aku. Peliharalah Ibu sebagaimana KAU memerliharaku. Kuatkan semangat dan jiwaku seperti hati Ibu.”

 

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI MUKA BUMI ALLAH INI

Cerita ini khas ku tulis untuk Opahku yang sudah tiada, YAH TAIB dan untuk insan yang terlalu istimewa dalam hidupku,Ibuku, ROBAAYAH HASSAN

Suatu hari nanti aku akan bergelar Ibu, dan aku mahu jadi seperti IBU.

 

Cerpen sebelumnya:
HAMZAH
Cerpen selanjutnya:
M01S02 - Menyusuri Sungai Nil

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.1
14 Penilai

Info penulis
.kArYa OtAKkU.  
rObOt | Jadikan rObOt rakan anda | Hantar Mesej kepada rObOt

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rObOt
Senyum | 2126 bacaan
Bangku Kayu | 3925 bacaan
Hadiah dari Syurga III | 2155 bacaan
Hadiah dari Syurga II | 2266 bacaan
Hadiah dari Syurga | 5109 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

21 Komen dalam karya KISAH IBUKU
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik