Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

M01S02 - Menyusuri Sungai Nil

Cerpen sebelumnya:
KISAH IBUKU
Cerpen selanjutnya:
teleNovela Cinta

 Surat yang kedua dari enam belas surat yang ditaja oleh Paduka Apun ini ditemui dibawah tangga istana dimana surat yang pertama dijumpai. Ia dikarang pada tahun 176 Masehi oleh Sultan Fathreas ibnu Sultan Ahrahman ibnu 'Ufairah ibnu Daeng Thauri ibnu Daeng Qa'id ibnu Daeng Fathol dan adindanya Dayang Emilily Aliesya binti Haji Al-Ehsan bin Haji Isa bin Panglima Muda Harun bin Pengiran Hassan bin Pengiran Raja Mirza Ali Akhtar, setahun setelah surat pertama dipena. Bahagian pertama surat ini ditulis oleh Sultan dan dibantu oleh berberapa tuan guru yang handal-handal belaka, manakala bahagian kedua surat ini ditulis oleh adindanya Puteri Emelily. Terselit didalam surat tersebut bahwasanya surat yang pertama adalah amat diragui kesahihannya kandungannya! Adalah sedia maklum oleh sekalian hamba rakyat negara ini bahwasanya Daeng Sentol tidaklah mempunyai anak dan keturunan. Beliau telah dikembiri oleh Firaun Remeses II kerana cemburu buta Firaun tersebut. Adalah disyaki oleh Sultan dan adindanya, iaitu penulis bersama surat ini, bahawa penulis surat yg pertama iaitu Jauhari Albert adalah seorang pembawa propaganda Roman Empayar.

Setelah disiasat dan dikaji dengan teliti, walaupun jalan ceritanya seiringan dengan fakta-fakta buku teks sejarah tingkatan empat, bertimbunlah maklumat yg telah diubah dan diautakan oleh Saudara Jauhari Albert ini. Adalah diketahui Tok selampit hanya berpendidikan sekolah asuhan kanak-kanak sahaja, maka tidaklah benar apabila saudara Jauhari Albert apabila mengatakan Tok Selampit mampu membaca heroglif yang diseludup oleh pedangang Eropah itu.

Malah watikah perjalanan beliau terdapat mohor negara Eropah yg bernama Italia. Negara dimana Empayar ROMAN bertapak pesta. Dan pemeriksaan yang lebih lanjut oleh khadam-khadam diraja yang berpangkat C.S.I, mendapati bahawa saudara Jauhari Albert ini pernah menetap di Kepulauan Venice selama 5 hari 4 malam. Perwatakan beliau adalah amat diragui kerana kepelikannya. Maka dapat disimpulkan bahawa Jauhari Albert ini adalah seorang pembawa propaganda Roman yang keji. Oleh yang demikian, jikalau hamba rakyat sekalian menjumpai beliau, sila pasung beliau serta merta tanpa soal bicara. Ini adalah titah perintah Sultan, dan adalah dikhabarkan masih berkuat kuasa sehingga kini.

 

Bahagian I

Adalah diriwayatkan oleh kedua-dua penulis bersaudara yang tidak mempunyai hubungan darah itu bahawa cerita hikayat ini, telah disampaikan oleh seekor murai kayangan dan seekor kucing parsi yg telah tersesat di bumi mesir. Cerita ini telah disampaikan secara lisan kepada Tok Dalang Istana, Tok Merempik anak saudara kepada Tok Selampit yang telah dihukum sula kerana bersubahat bersama saudara Jauhari Albert cuba mengubah sejarah negara. Adalah dikisahkan juga bahawa burung cenderawasih yang telah menceritakan cerita tersebut kepada Tok Selampit telah pun dipanggang dan dijadikan makanan keramaian negara.

Juga telah diura-urakan bahawa ini adalah kerana saiz badannya yang berlebihan, hanya seekor sahaja cukup untuk kenduri kendara rakyat jelata selama dua hari tiga malam. Dan juga disebabkan kemalasan burung Cenderawasih yang terlebih lemak ini, banyak fakta-fakta tidak diceritakan kepada Tok Selampit si pembelot negara. Maka selamatlah fakta-fakta penting dari diputar belitkan oleh Jauhari Albert, si penyepak kucing yang keji.

Telah dikirankan oleh surat kedua ini, kisah yang dihikayatkan oleh sang kucing parsi yang berbulu gebu dan comel, bermula setelah kelima-lima adik beradik itu bersama Utusan Firaun meninggalkan kampung halaman mereka menuju ke istana Firaun yang durjana kerana mengikut titah.

Hatta mereka berlima serta Si Utusan bersepatu biru memudiki sungai Nil untuk ke muara sungai Nil dimana terletaknya istana. Disebabkan Firaun Ramases II adalah seorang yang amat bakhil dan kedekut orangnya, mereka terpaksa menuju ke istana dengan berjalan kaki.

Perjalanan mereka ke hujung muara Nil memakan masa sepurnama lamanya. Jika diukur menggunakan kaedah trigonometri dan pengetahuan mengenai sudut kemiringan matahari saat tengah hari di Alexandria dan Syene (Aswan, Mesir) anggaran jarak dari kampung halaman Daeng berlima dan istana Firaun Rameses II itu adalah 150 batu sahaja. Meskipun tidaklah sejauh mana jarak perjalanan ke istana negara, akan tetapi disebabkan saiz badan Daeng Sentul yang agak berisi, mereka terpaksa berhenti sesekali-sekala untuk melepaskan lelah.

Setelah tiga hari perjalanan tanpa sebarang patah bicara di tutur kerana takut akan disepak oleh Utusan Raja yang sememangnya terkenal dengan hobi beliau menyepak muka orang yang lebih kacak daripadanya tanpa usul periksa, Daeng Sentol pun memberanikan diri membuka mulut menutur kata;

"Wahai utusan raja yang kacak belaka, bolehkan patik melihat sepatu tuan hamba? Telah tercarik kiranya"

Beranglah keempat-empat Daeng yang lain kerana sikap mengipas yang ditunjukkan Daeng Sentul itu. Adapun begitu tidaklah mereka berani menyuarakan pendapat dan bantahan kerana takut sepatu biru terbang ke muka.

Mendengar kata bicara Si Daeng Sentul, si Utusan Raja bersepatu biru itu pun berhenti lalu memandang ke kakinya yang kotor dan menggerutu itu. Setelah seketika beliau mendongak semula kepala, lalu berkata;

Wahai kamu si Daeng kelima,
Sungguhlah kamu gemuk tak terkata,
Mengapakah pula sibuk bertanya,
Mahukah kakiku singgah ke muka?

Mendengar kata-kata Utusan Firaun itu, terkedulah si Daeng Sentol, tunduk kelu memandang ke tanah sambil menanti layangan sepatu biru terbang ke muka. Kesian melihat keadaan adik bongsu mereka itu, si Angah iaitu Daeng Fauzol segera berperi;

Sepatumu biru cantik terserlah,
Tampak segak dipakaikan dikakimu,
Janganlah berang dan mudah marah,
Bijak sepatu itulah gerangan siadindaku.

Merah padam lah muka Utusan Firaun mendengar penerangan Daeng Fauzol itu. Dengan tersipu-sipu, beliau menyerahkan sepatu carik beliau kepada Daeng Sentol. Dengan segera Daeng Sentol yang obsess dengan sepatu itu meragut sepatu tersebut  dari tangan Utusan Firaun.

Maka bertanyalah Daeng Khairol kepada Utusan Firaun itu;

"Wahai Tuan Hamba, tidaklah elok kiranya jika patik berlima adik beradik memanggil tuan hamba hanya sebagai Utusan Firaun. Bolehkan patik-patik sekalian mengetahui nama tuan hamba?"

Tersenyum Utusan Firaun tersebut mendengarkan pertanyaan Daeng Khairol tersebut seraya berkata;

Sayang isteriku pada sang sepatu,
Berlebih dari kasih untuk diriku,
Akanku jawab soalanmu itu,
Otaku Durjana bin Lahbudin namaku

Terdiamlah Daeng berlima kasihan memdengarkan kata Otaku itu.

Adalah dihikayatkan pula oleh si burung merak kayangan bahawa si Otaku Durjana ini mempunyai perwatakan yang di klon supaya kelihatan kacak seperti Jonny Depp. Walaupun hakikat sebenarnya dia hanyalah 1%  mirip Johnny Depp. Itupun seperti Johnny Depp yang telah termasuk kedalam kuali masakan Istana sehingga menyebabkan kulitnya hangus di goreng bahang api dapur. Juga dimaklumkan beliau sangat takut akan isterinya, dan akan melepaskan kemarahan itu dengan menyepak muka orang yang lebih kacak daripadanya.

Selang beberapa ketika kemudian, Daeng Sentol menyerahkan kembali sepatu biru tersebut. Telah terjahit kemas dan rapi carikan yang terdapat disepatu itu. Malah ia kelihatan seperti baru. Terpegun Utusan Firaun tersebut melihat kebolehan Deang Sentol itu, setelah sekian lama mengamati akan sepatu itu, disarungkannya ke kaki. Rasa puas jelas terpancar dimuka Utusan Firaun tersebut. Lalu dipercepatkan langkahnya seraya berkata;

"Ini sungguh bagus, sungguh selesa! Jika tidak biniku akan berang kerana aku telah mencarikkan sapatu kesayangannya ini...HAHAHAHA!"

Melihat Utusan Firaun telah jauh berlari kehadapan, maka berbisiklah Daeng Mentol kepada Daeng Khairol;

Ayun tajak sungguhlah suka,
Tajak terang di sana sini,
Dihayun kaki pecahlah muka,
Mukanya garang takutkan bini.

Pakai sepatu kulitnya jarang,
Bila senang jauh berlari,
Tanya aku kepada abang,
Mengapa pula dia tak berperi?

Daeng Khairol tersenyum melihat Daeng Mentol yang giginya rongak kerana ditendang tempoh hari, menyindir Utusan Firaun tersebut. Dia tersengih lalu dia menjawab; 

Sampan biru muatan sarat,
Terlangar batu dimuara sungai,
Cuba sekali terasa kelat.
Mahukah kanda mencuba lagi?

Ketawalah berbahak-bahak kelima-lima Daeng tersebut. Takut akan ketawa mereka disedari oleh Utusan Firaun yang sedang asyik membelek sepatu biru yang baru dibaiki itu, mereka menarik nafas sambil menahan ketawa. Adapun berapa ketika selepas itu Daeng Fauzol pun berkata;

Bolehkah kanda menahan bubu,
Dapat seekor ikan selangat,
Mengapakah kanda-kanda ikut selalu,
Sampai ke istana pasti jadi mayat.

Terdiamlah Daeng-daeng yang lain, bukanlah mereka tidak memikirkan akibat yang bakal menimpa mereka sesampainya di istana nanti, mereka sudah masak dengan sikap Firaun Ramases II yang suka memenggal kepala tanpa usul periksa itu.

Tiba-tiba Daeng Mentol berkata dengan perasaan amat marah, mukanya kelihatan seperti mentol merah yang menyala terang;

"Apa kata kita bunuh sahaja si Utusan lahanat itu disini, habis gigi kanda bertaburan dibuatnya! Kita bunuh si lahanat itu dan sembunyikan diri ke Semenanjung Arab sana!"

Dengan segera Daeng Fauzol membentak keras;

Buah salak di dalam cawan,
Buah Rambutan atas kepala,
Kalau jalak yang kita lawan,
Pasti bangkit si Firaun menuntut bela.

Setuju dengan pendapat Daeng Fauzol, si along Daeng Fathol yang setelah sekian lama memdiamkan diri, membuka kata;

"Apakah pendapat kandaku berempat, jika kita membunuh sahaja si Utusan Firaun yang biadap itu di negeri Karun bersemayam. Tidaklah jauh kiranya, anggaran kanda hanya lima hari perjalanan dari sini. Kanda ada dengar ura-ura seorang puteri terbuang cantik jelita dari negara Cina yang suka membuat kacau disana. Bolehlah kita meletak salah pada dirinya."

Terangguk-anguk ketiga-tiga Daeng yang lain tanda setuju dengan cadangan Along mereka kecuali Daeng Khairol yang tidak suka akan keganasan itu. Seraya berkatalah Daeng Mentol yang sememangnya diketahui mempunyai mulut yang becok;

"Sungguh bernas idea Along itu, tidaklah perlu kita berlari dan menyembunyikan diri jika rancangan Along berjalan lancar."

Membantahlah Daeng Khairol, seraya berkata;

"Alang tak suka berbunuh-bunuhan nih, maybe si Otaku Durjana hanyalah durjana pada nama. Mungkin hatinya suci? Mungkin kita patut memintanya agar melepaskan kita sahaja?"

Membentak pula Daeng Fauzol, lalu berperi;

Letak asap ditiup jangan,
Buluh muda sedang berterbangan,

....*bedebuk!! Debu-debu berterbangan diudara....

Belum sempat dihabiskan rangkap pantun tersebut Daeng Fauzol telah ditendang kejam di kepala dari belakang lalu tersungkur  memakan tanah. Kelibat Utusan Firaun si Durjana megah berdiri dengan rambut afronya melindung matahari dari menembusi, bayangnya bak raksasa biru mahu membelah awan.

Beranglah Daeng-daeng berempat yang lain kerana Si Otaku Durjana yang tidak mahu mengenang budi itu. Mereka menjeling sesama sendiri dengan niat mahu meneruskan rancangan awal yang dicadangkan oleh si Daeng sulung, sambil menolong Daeng Fauzol bangun dari tanah. Daeng khairol yang pada mulanya enggan bersetuju,

Hatta bersetujulah Daeng-daeng berlima sebulat suara untuk membunuh Otaku si Utusan Firaun yang lahanat serta takut bini itu di negeri jajahan si Karun yang tamak dan keji. Perjalanan mereka diteruskan tanpa sebarang kata bicara diucap, didalam fikiran masing-masing ligat merancang bagaimanakah kiranya mereka mahu membunuh si Utusan Durjana itu tanpa sebarang bukti dan kesan.

 

**************************************************************************

Bahagian kedua

 

 Setelah penat berjalan, hampir hari kelima, waktu dinihari, maka mereka pun sampailah di sebuah pekan dimana puteri jelita dari negara Cina yang terbuang itu dikatakan tinggal dan gemar membuat kacau. Mengikut tafsiran ahli arkeologi, bandar mewah yang dinamakan Hierakonpolis. Ini kerana papan tanda pekan itu yang diperbuat daripada batu kapur tujuh lautan bertatahkan intan lima penjuru masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini. Hatta, amat gembira lah kelima-lima saudara itu taktala sampai ke destinasi yang dituju. Tujuan mereka hanyalah satu, yakni mahu membunuh Utusan Firaun yang durjana itu.

Tiba di satu gerai menjual barangan cenderahati, maka Daeng Fathol pun mengenyitkan mata sebagai isyarat rancangan bermula. Si Otaku Durjana yang berjalan di hadapan masih berjalan dengan megahnya sambil menayang sepatu birunya yang kelihatan baru biarpun hakikat sebenar ia dibaiki oleh Daeng Sentol.

"Wahai Utusan Firaun, Otaku Durjana yang kacak lagi bijaksana ibarat Johnny Depp yang mana kekacakanmu tiada tolok bandingan di seluruh alam ini. Bolehkah hamba yang hina ini bertanya?" Si Daeng Fauzol pun bersuara dari belakang.

Langkah Si Otaku Durjana tiba-tiba terhenti. Sungguh bernasib baik kelima-lima saudara itu kerana mereka sempat menarik  brek kecemasan. Jika dilanggar Si Utusan Firaun, pasti buruk padah yang akan diterima. Melihatkan si Utusan Firaun yang masih terpaku, maka kecut perutlah mereka berlima. Disangkakan bahawa langkah pertama mereka menemui jalan kegagalan. Pasar pagi yang riuh dirasakan sebegitu sunyi dek kerana kakunya si Utusan Firaun itu berdiri.

Tiba-tiba, pecahlah derai tawa si Otaku Durjana. Kekuatan volume suara Si Utusan Firaun itu amatlah kuat sehinggakan pekan seterusnya dapat merasai getaran hilai tawanya seolah-olah terjadinya gempa bumi. Maka, lebih terpakulah mereka berlima yang sudah sedia tercengang dengan reaksi Si Utusan Firaun.

"Apa kau panggil aku tadi?" Soal Si Otaku Durjana kepada Daeng Fauzoll.

Tergagap-gagap lah si Daeng Fauzol menjawab soalan itu.

"Err..u..u..uu..utusan Firaun yang kacak lagi bijaksana?"

"Bukan itu bahlol! Kau mahu makan penyepakku kah?" Soal si Utusan Firaun itu bengis.

Melihatkan keadaan Daeng Fauzol yang pucat lesi, Si Daeng Fathol segera mencelah.

"Kami menggelarmu Otaku Durjana yang kacak lagi bijaksana ibarat Johnny Depp yang mana kekacakanmu itu tiada tolok bandingan di seluruh alam ini." Daeng Fathol menjawab tenang walaupun hatinya sudah tidak keruan.

"HAHAHAHA...." Si Utusan Firaun itu ketawa lagi.

"Sungguh kamu pandai menilai kekacakanku ini! Sememangnya aku amat bangga dengan aset yang aku ada ini," Ujaurnya lagi sambil tersenyum bangga.

Mendengarkan penerangan Si Utusan Firaun itu, berlega hatilah kelima beradik itu. Umpan mereka menjadi! Kelemahan Si Otaku Durjana sungguh jelas sekali. Tanpa membuang masa, Daeng Fauzol segera berlagu.

Wahai tuan yang segak dan tampan,
Seperti Johnny Deep wajahmu kelihatan,
Sungguh terpegun kami melihatmu,
Bolehkah kau bagi autographmu untukku?

"Hahaha..oleh kerana aku amat gembira, maka aku akan belanja kamu semua makan pagi di sini. Mari!" ujar si Otaku Durjana sambil bersiul riang menuju ke sebuah gerai makan.

Sebaik sahaja makanan yang dipesan sampai, dengan lahapnya mereka makan. Ini bertujuan untuk mengumpul tenaga bagi menjalankan misi mereka selepas ini. Sebaik sahaja selesai makan, maka sandiwara untuk memerangkap Si Utusan Firaun pun bersambung semula. Seperti biasa, Daeng Fathol mengenyitkan mata sebagai isyarat kepada saudara-saudaranya untuk bersedia.

Dengan sepantas kilat, Daeng Fathol segera memukul kepala Si Otaku Durjana dengan kerusi kayu. Oleh kerana kekenyalan rambut afronya itu, maka pukulan itu tidak memberikan kesan yang sepatutnya. Dalam keadaan Si Otaku Durjana yang hanya pening-pening lalat itu, Daeng Fathol segera mengheretnya ke lorong belakang kedai makan itu diikuti oleh empat Daeng yang lain.

Setibanya mereka dilorong belakang kedai makan itu, segera di campakkan Si Utusan Firaun itu ke atas timbunan sampah sarap.Dan tanpa berlengah-lengah, maka si Daeng Fathol segera menyerang. Mula2 di tendang Si Otaku Durjana di tempat yang tidak boleh disebut namanya. Maka, amat senaklah si Otaku Durjana menahan kesakitan yg teramat sangat. Mengikut Tok Dalang Istana, kesan daripada sepakan itu memungkinkan si mangsa untuk tidak lagi berkeupayaan untuk mendapatkan zuriat di masa hadapan. Selepas bahagian kesayangannya itu ditendang, Si  Daeng Sentul pula  menghempap badannya yang seberat 120 kilogram itu ke atas Si Utusan Firaun. Maka terkincitlah segala sisa-sisa makanan yang ditelan oleh Si Otaku Durjana sebelumnya. Amat busuklah bau yang menular di udara saat itu. Tulang rusuk si Utusan Firaun juga dikatakan patah. Lalu tanpa membuang masa, si Daeng Mentol menikam dgn bertubi-tubi kerana ingin membalas dendam terhadap Si Otaku Durjana yang  telah merongakkan gigi nya sekaligus menjejaskan ketampanan beliau.

Setelah mereka berpuas hati bahawa Si Otaku Durjana sudah tidak lagi bernyawa, dengan tergesa-gesa mereka meninggalkan lorong belakang kedai makan itu. Sebelum itu, si Daeng Mentol telah mengukir sebuah penanda kayu yg terukir nama puteri Cina yang dikatakan gemar membuat onar dan diletakkan di tangan Si Utusan Firaun yang telah mati itu. Sebelum berlalu, mereka sempat mengambil semua wang emas yang dimiliki oleh si Utusan Firaun. Wang emas itu dikatakan cukup untuk membeli bekal makanan untuk perjalanan mereka  dan tiga ekor kuda sebagai tunggangan. Dan bermulalah perjalanan mereka memulakan hidup baru dibumi sendiri.

***************************************************************************

Cerpen sebelumnya:
KISAH IBUKU
Cerpen selanjutnya:
teleNovela Cinta

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
13 Penilai

Info penulis

Nurreffa Aliesya

kucing yg suke memessykan kertas utk dijadikan karya (kwn sy ckp) tp sy rase kucing yg suke melipat kertas ntok dibuat origami..hihi..oleh krn identiti dh terbongkar, ye..nme sy bukan nurreffa aliesya..;p love frogs..ong..ong..oink..uiks?like knitting.. sleeping..zzzz..love watching korean dramas + movie n daydreaming.. ^^,love horror movies as well... weeee.... >.<happy doopy woopy hups! lalalalalala.... =D 
paper_cat | Jadikan paper_cat rakan anda | Hantar Mesej kepada paper_cat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paper_cat
Twilight Princess | 3583 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

19 Komen dalam karya M01S02 - Menyusuri Sungai Nil
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik