Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

rajawali e2

 

sambungan kepada RAJAWALI


“Tiga mangkuk perak dari tiga gua berisi tiga jenis darah.”

Azil diam, dia tahu tiga gua yang dimaksudkan, memang ada gua terlarang sekitar hutan ini. Malah digelar dengan bilangan tertentu. Dekat bahagian bintang gelap, yang berjarak dua hari menunggang kerbau, ada Gua Tunggal, ini gua terpelihara rapi. Hanya bakal raja mampu bertandang ke gua ini. Diceritakan, ada makam pelanduk putih belaan Parameswara. Dek nama pelanduk putih itu Tunggal, maka diberikan nama Gua Tunggal. Mungkin juga kerana gua itu hanya ada satu pintu masuk. Mungkin kerana kedua-duanya.

Setentang arah dengannya, di bahagian Timur, ada Gua Batu Kembar. Asal namanya, Gua Batu Belah Batu Bertangkup. Duduknya, dekat benar dengan hilir sungai. Terkenal dengan lubuk ikan tembakul, tapi, sudah berketurunan tak pernah orang jejakkan kaki ke sana. Berpuaka, kata orang lama. Sampaikan untuk mengelak badi, ditukar sahaja namanya kepada Gua Batu Kembar.

Terakhir, Gua Daik. Betul-betul dekat gunung lagenda Gunung Daik. Tak seperti dua gua sebelum ini, gua ini tak berada di daratan. Harus menongkah ombak ke Pulau Pandan. Guanya juga, bukanlah gua daratan, tiga pintu masuk yang berada di setiap cabang Gunung Daik, berada di bawah aras pasang air. Gunung Daik sendiri, takkan terlihat kalau waktu air pasang.

Itulah yang disusahkan, itulah yang dipayahkan, kerana dara yang mempersenda, biar keranda jadi puaka, tetap dikejar, tetap dikejar.

Kalau kedudukan tiga gua, tidaklah membebankan, semuanya dipermudahkan hendaknya. Mana tidaknya, perjalanan mencari Mak Jah sendiri, memerlukan dia faham benar dengan selok belok tanah, air dan langit. Melangkah dengan rapi, berlari dengan sepi, kalau terlangkah silap sekaki, habis rosak sebadan nanti. Santap biar memilih, tidur biar berkalih, membuang air biar bersih, mengambil jangan lebih. Mulut jangan cabul, hati biar betul, baru macam pedang dengan cembul.

Itu semua pantang larang tersemat rapi dalam susur darahnya. Tapi, masakan dia tahu tentang tiga jenis darah yang dipinta. Matanya berkebil-kebil.

“Pelanduk putih, naga tasik chini, juga gajah batu si kelembai.” Suara Mak Jah bergema dalam gua kecil itu. Terkedu. Dicarinya usul gema tadi, tapi Mak Jah hilang sudah. Baru perasan. Gila.

***

Bunyi dari gelakan Ros terus memenuhi ruang kosong rumah ini. Tujuh bayangan lelaki dibelakangnya, terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan kemampuannya. Dia mampu lebih lagi, beratus mungkin. Tapi, tujuh itu terlalu ramai untuk Azil. Lemah, lemau, lembik. Tangan kanannya terus melekap di dada lelaki itu. Dia tahu, Azil, akan rasa jantungnya seakan diperah, atau digelitik, atau digenggam. Lawannya terus mencungap. Titis-titis darah yang keluar dari tepi bibirnya, cukup jadi bukti menunjukkan betapa jantan itu tak mampu bertahan lebih lama.

Malah, Pisau Perak Rajawali masih tertanam separuh pada bahu Azil. Silap gerak, boleh lumpuh jantan pondan ini.

Kepalanya berpaling. Tangannya kirinya digenggam, kecuali ibu jari dan jari kelingking yang dilunjur ke arah tujuh lembaga tadi. Serentak, semua pelita lain terpadam, yang kelihatan cuma balam-balam pelita dari dekat lembaga paling hujung. Ros tersenyum, ada rasuk-rasuk kegeraman pada kocak wajahnya, dua lembaga tadi turut senyum.

Dua dari tujuh

Tunjukkkan apa itu rapuh

Lepaskan api dalam semur kabur

Aku bebaskan

Kamu hancurkan

Tangan kirinya dihayun pantas ke arah Azil. Saat yang sama, tangan kanan yang tadi di dada Azil, diangkat. Senyum.

Azil turut senyum. Peluang. Jari telunjuk dari tangan kanan dan kirinya dicantumkan, serentak, tiga jari lain disilangkan sesama sendiri. Telapaknya bercantum, kecuali telunjuk yang mengarah ke jasad Ros.

Dua lembaga tadi terus bergerak ke arah Azil. Seakan melayang. Kuntuman di bibir Ros, menguncup dengan tindakan Azil. Buntu. Namun, dia yakin, Azil tak mampu lolos dalam situasi ini. Dia yakin benar, kerana lelaki di hadapannya itu…

“Aku bukan bodoh,” Azil bersuara kecil. Dalam anak matanya, ada wajah Ros terjegil. Seakannya terkejut. Lelaki itu menghela nafas, telapak tangannya yang bercantum tadi, dibuka dihadapan wajah Ros.

Dengan sumpah gajah batu

Pada kelembai aku sembahkan

Dengan saka seribu Satu

Dari kelembai aku sumpahkan

Pergerakannya lemah. Suaranya turut sama lelah, namun habis sahaja urut sumpahnya, ada sekian cahaya putih terang dari telapak tangan yang penuh sisa darah kering itu. Ros terdiam. Dua lembaga terus melayang ke arah Azil, tapi seakan-akan tersangkut dalam cahaya yang mula berubah bentuk itu.

Saat demi saat, garis-garis cahaya tersebut, mula menjadi wajah seakan manusia, mungkin lembaga. Bulu kening tebal, hidung kemik, telinga besar, malah seakan telinga gajah.

Terkejut. Mata Ros yang tadi kecil kerna senyum dan gelaknya, terjegil. Jarinya dilunjur lagi, dengan lebih keras hentakannya. Urat-urat dekat tangannya timbul. Lembaga nan dua itu, seakan makin berpayah untuk menembusi cahaya berwajah pelik itu.

Sekejap, dari wajah tadi, mula terserlah baris gigi yang jongos dan jarang. Buruk. Otot kaki Ros mengejang. Buat pertama kali malam ini, malam yang sepatutnya jadi medan pesta untuknya, Perempuan itu mula kaget. Wajah kabur dalam cahaya putih di hadapannya itu, jelas Si Kelembai. Yakin benar. Tak sangka Azil yang lembik ini mampu menyeru semangat Kelembai.

Bibir kelembai bergerak, mulutnya mula terbuka.

Geram. Mata Ros merenung tajam wajah Azil yang sedia senyum. [Panjang benar akalmu jantan.]. Kedua belah tangannya terus menutup telinga. Pergerakan dua lembaga tadi berhenti serta-merta.

Tangan Adil, yang tadi menghadap ke arah Ros, ditarik ke dadanya, lantas dihentak ke lantai sekuat mungkin. Entah kudrat mana yang datang singgah, sampai saja kulitnya ke kayu jati di bawahnya, berkecai terus kayu tersebut. Habis bergegar tiap penjuru rumah. Mayat ayahnya di dinding, turut bergegar dan jatuh, meninggalkan kepala dengan leher berpancut-pancut darah.

Si kelembai yang buruk itu mula mengeluarkan suara.

Azil jatuh ke bawah. Dari celah kecai-derai kayu tadi.

Kelopak mata Ros terkatup rapat. Tangannya menekap kuat telinga. Seboleh mungkin, agar tak kedengaran suara kelembai yang bersumpah batu. Sambil-sambil cuba diingatnya mana-mana sumpah, apa-apa seranah yang boleh mematahkan kelembai. Tapi, setakat ini, buntu.

Di bawah rumah, dengan lecak-lecak air hujan. Azil dengan badan ayahnya terbaring. Cepat Azil bingkas. Untung badan bahunya tidak singgah dahulu ke darat. Kalau tidak, habis Pisau Perak Rajawali ini menjamah lebih jauh ke dalam bahu. Cepat, dicabutnya pisau itu, sakitnya bukan kepalang. Habis semua kudrat dikerah. Sambil dicabut, sambil dia cuba berganjak dari situ.

Kakinya menggigil, badannya lebih lagi. Mungkin kerana menahan sakit dari bahu. Bisanya, sampai Azil meraung mengalahkan bunyi pertir. Pisau Perak Rajawali dicabut, terus di simpan dalam cembulnya dekat pinggang Azil. Darah yang mengalir tak dihirau. Tangan lebih cepat menutup rongga dekat cuping telinganya. Walaupun dia ada pendindingnya, tapi dengan keadaan badan yang sungguh lemah. Kemungkinan untuk terkena sumpah Si Kelembai tetap ada. Silap-silap jadi Tanggang daratan. Jadi batu sumpahan.

Petir sabung-menyabung. Hujan masih girang melompat-lompat atas nipah yang bocor melata. Bawah atap yang bocor itu, Si Kelembai mula menjerit, bahasa tak pernah kenal. Tak pernah tahu. Jelas, dari mulutnya yang berulat-ulat itu, seakan keluar pusaran angin, semacam ada gelombang, makin kuat suaranya, makin galak pula pusaran itu.

Saat itu Azil sudah lama lari. Jauh, sejauh mungkin telapaknya meredah. Sasarannya hanya satu. Sesuatu yang Kelembai takkan mampu lawan. Kelemahan perempuan berwajah hantu itu. Sekali-kali teringat tentang Mak Jah. Wajah Mak Jah saat pertama kali mereka berjumpa, juga buruk. Tapi tidaklah sehodoh Si kelembai.

Pusaran dari mulut Kelembai berputar keras. Sedaya-upaya, sepenuh tenaga Ros melawan. Kakinya berpasak kuat pada lantai yang urat retaknya makin mengular jauh. Dua lembaga yang diarahkan untuk menyerang Azil tadi, sudah mula menjadi batu. Lutut Ros direndahkan, otot kakinya mula menimbul.

Hadapannya, Si Kelembai makin menggila. Marah kerana Ros berjaya mengelak sumpahannya setakat ini. Geram. Jeritannya dikuatkan lagi. Sungguh kuat, sampaikan, semua daun pintu, tingkap terbuka. Sampaikan bergegar tiang seri rumah usang itu.

Badan Ros hampir terpusing dek hentakan kuat dari gelombang itu. Dia tahu, takkan lama dia mampu bertahan. Telapak kakinya, mula bergerak seinci-inci ke belakang. Tangannya, mula bergetar. Mungkin menggigil takut, mungkin kerna tak mampu lagi menekup telinga. Harus, mesti dia cari jalan keluar dari situasi sial ini. Takutkan, kalau-kalau tangannya tergerak, ataupun dia tercampak, habis jadi batu.

Mahu atau tidak, dipaksa kelopak matanya dibuka. Seakan ada besi atas matanya. Dipaksa juga. Saat matanya terbuka hampir luas, gelombang pusar seakan berkurang. Pelik. Tiba-tiba, kedengaran bunyi batu berkecai. Pantas matanya kesisi badan.

Salah satu lembaga suruhannya yang menjadi batu tadi hancur berkecai, dilibas dek belalai gajah. Belalai tadi terus ke arahnya. Kaget. Tapi sempat lagi dia menjeling ke arah Si Kelembai. Sial. Belalai itu dari mulutn Si Kelembai, sekarang, berada benar-benar dekat dengannya.

Hujan masih turun lebat.

Bercampur dengan darah di bahu Azil.

Juga bersama peluh di wajah Ros.


*sambungan sedang di tulis**

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) zing, apakata satu hari nnti kita buat crita Rajawali ni jd live action. mesti masyuk...
    Aku nak jd pengarahnya........
    hahahaha..........

  • (Penulis)
    2) jom. layan gak!
    aku rasa kan, cerita mesti jadi novel gak. macam panjang agi je. wakakaka
  • 3) huhuhuhu.... buat jer novel apun:p

  • (Penulis)
    4) haha, kamu mahu beli *wink*???
  • 5) zing,ble baca rase mcm baca pendekar laut! wakakka.. siap ade power lg tu..kagum~~

  • (Penulis)
    6) tenks syud. =)
    saya akan try wat agi byak aksi, dan byak persoalan di next episod.
  • 7) zingg best ar.... apsal tak ltak kat entry novel jer? sure meriah... =p
  • 8) saya tak paham bahagian ni:
    'Saat itu Azil sudah lama lari. Jauh, sejauh mungkin telapaknya meredah. Sasarannya hanya satu. Sesuatu yang Kelembai takkan mampu lawan. Kelemahan perempuan berwajah hantu itu. Sekali-kali teringat tentang Mak Jah.

    Pusaran dari mulut Mak Jah berputar keras. Sedaya-upaya, sepenuh tenaga Ros melawan. '

    sebenarnya ros tu lawan kelembai ke mak jah? ke mak jah ngan kelembai tu orang yang sama?

    hehe, sori la tak berapa paham

    tapi keseluruhannya
    aksi yang menarik dan segar
    ditokok tambah pulak dengan dongeng yang nyata dongeng

    wah wah apun
    nanti kalau cerita ni diadaptasi
    val nak jadik mak jah
    cop

  • (Penulis)
    9) aaa. TENKS A LOT VALIUM. ko telah terjumpa kesilapan besar aku. semalam time tgah mandi pun ada satu lagi kesilapan aku perasan. so kene edit balik / mengcover.

    TENKS A LOT.

  • (Penulis)
    10) ok telah diedit, hm aku terlupa letak tentang Pisau perak Rajawali yang jadi main topic dalam cerita ni. hahaha. :P

    dayya :: sebab ingatkan nak tulis cerita pendek je, kalau melepasi 8 episod, nanti akan mintak tolong admin alihkan ke novel.
  • 11) betul la dayya....buleh jd panjang mcm novel ni firasatnya...

    btw zingg...very good idea.....

    byk2 gua tu, yg teja tau gua batu belah batu bertangkup...ada kat Batu Belah, Klang...tp dek kerana pembangunan, dah diletupkan...batunya buat kuari....
  • 12) wei tak aci! hehehe aku tgk semalam lain. hari ni bertambah dua ayat dan berubah sket isi di dalam. haha. ko dah abis lum ni tulis chap ni? ke sambungan utk chap seterusnya.

    anywayy..
    AKU SANGAT SUKA cara kau memperihal tentang tiga-tiga gua tu, esp yg 2nd n third! HAHAHA. kool you knowh!

    dan .. penceritaan serta genre cerita kau memang segar. tiada yang menulis sebegini di sini. ah i like. kau boleh join R.A.M. hehe.

  • (Penulis)
    13) chap ni dah abes tuan caha.
    sory, aku dah publish baru aku teringat benda2 penting.

    teja dan caha :: gua tunggal juga wujud. kat kedah kot. huhu, tak ingat lah~

    aku teringat sumone penah tulis cerita lawan-lawan kat sini, adakah serunaifaqir?
  • 14) imaginasi tinggi tahap gaban. uhh i like! :D
  • 15) terlewat untuk membaca
    leh rasa aura nye

    best banget..!

  • (Penulis)
    16) therain :: gaban tinggi::: huhu

    seribijili :: thenks!
  • 17) cool!
    Azil turut senyum. Peluang. Jari telunjuk dari tangan kanan dan kirinya dicantumkan, serentak, tiga jari lain disilangkan sesama sendiri. Telapaknya bercantum, kecuali telunjuk yang mengarah ke jasad Ros. - macam naruto aaaa ... hehehe

    Bagus, bagus ... tulis lagi ...

Cerpen-cerpen lain nukilan zInggOf

Read all stories by zInggOf