Busuk, gua tahu lu bengang. Lu memang ada sebab untuk mencarut. Dan gua pun sedar salah gua sebab terlupa semalam hari jadi lu. Tapi gua bukan buat-buat lupa macam yang lu dakwa. Gua betul-betul lupa. Lu sendiri pun tahu, kebelakangan ini gua semak dengan kerja dekat ofis yang menggunung macam Kilimajaro. Bos gua pun satu fiil, jenis suka taichi kerja dekat orang. Macai macam gualah yang jadi mangsa. Menyesal pulak dulu gua tak belajar rajin-rajin.
Semalam lepas kena basuh dengan lu, gua tak dapat lelap. Caci maki lu meratib dekat telinga gua yang capang macam piring astro ini. Ada pedih dan nyeri bermutasi dekat dada. Betul kata orang, lidah lagi tajam dari pedang. Kalbu gua terasa melecet macam kena tembak dengan peluru getah.Sakit gila. Tapi mungkin tak seberapa kalau hendak dibandingkan dengan lu. Gua yakin sakit lu lagi parah. Sebab kemarahan adalah manifestasi dari himpunan rasa kecewa yang lama terpendam. Sekarang baru gua sedar, selama ini lu selalu sentap dengan gua.
Setelah gua analisa semua kekecewaan yang lu hamburkan semalam, gua ekstak beberapa klaim yang gua hitung relevan dari seluruh luapan perasaan lu yang bersalut emosi itu. Poin-poinnya adalah seperti berikut:
Selfish
Tak romantik
Keras kepala
Tak peka
Busuk, dikesempatan ini izinkan gua menjawab semua tuduhan itu sejujur mungkin. Harap lu dapat berlapang dada mengadaptasi kebenaran. Pertama, lu tuduh gua selfish sebab pentingkan kerja gua lebih dari lu. Baik. Sekarang lu tunjuk dekat gua satu bank yang boleh tukar cinta jadi duit untuk bayar loan studi, kereta dan skim rumah pertama. Ada? Dan sanggup ke lu sponsor semua duit hantaran dan kenduri yang ala-ala Inggeris itu nanti pakai duit poket lu sendiri? Kalau tak, gua harap lu faham kenapa gua utamakan kerja lebih dari lu.
Kedua, lu tuduh gua tak romantik. Betul, gua tak pernah belikan lu bunga sepanjang tempoh kita couple. Sebab gua rasa itu kerja sia-sia. Bukan boleh dimakan pun. Membazir. Bila tengok pokok bunga gering depan rumah lu, gua tahu lu tak ada bakat bercucuk tanam. Habis paling tidak, lu letak dekat dalam satu bekas air tunggu layu sebelum lu humban masuk tong sampah. Suka juga gua ingatkan di sini bahawa manusia yang lu vonis tak romantik inilah yang berjerih payah membayar bunga kad plastik yang lu leret bagai tak ingat waktu YES tempohari.
Ketiga, gua bukan rigid. Takkan sebab gua tak nak teman lu layan Twilight gua dilabel macam tu. Gua tahu lu cinta mati sama Robert Pattinson. Tapi tak semestinya gua pun kena ikut suka. You are the person who has to decide. Whether you'll do it or toss it aside. Itu kata Edgar Guest. Lagipun gua bukan gay. Gua lagi rela tengok Suzanna dalam Sundel Bolong dari pandang muka stim Edward Cullen. Sementelah gua sedar filem klise itu akan bagi dampak negetif dekat lu. Sebab gua tahu lu jenis cepat terpengaruh. Dan yang paling  gua takut kalau lu terinfluence dengan si Bella yang kinky dan necrophilia itu.
Keempat, dakwaan yang mengatakan gua tak peka itu kurang tepat. Gua bukan tak peka tapi gua pelupa. Mungkin lu juga lupa yang gua ini pelupa. Jangankan harijadi lu, harijadi gua sendiri pun gua selalu tak ingat. Dan gua rasa ini penyakit umum dihidapi oleh kebanyakkan lelaki. Kalau lu tanya Edward Cullen pun dia mesti tak ingat berapa umur dia sekarang. Gua manusia biasa macam lu juga. Kalau malaikat pun boleh buat silap, apatah lagi gua pacar lu yang kacak luar dan kacak dalam ini. Tapi itu bukan bermaksud gua tak peka atau abaikan perasaan lu. Itu bukan maksud gua.
Gua tahu gua mahluk yang serba kurang. Gua tak boleh jadi macam yang lu mahu. Dan lu pun tak boleh jadi macam yang gua mahu. Kalau boleh gua mahu lu jadi hot dan seksi macam Megan Fox. Tapi gua tahu itu nonsense. Kalau pun lu boleh tiru karektor Mikaela Banes lu tetap tak akan dipanggil jadi chikaro Sam Witwicky yang pro autobots itu. Lu tahu sebab apa? Sebab lu bukan dia. Ya, lu bukan Megan Denise Fox.
Busuk, semua manusia terlahir berbeza. Lu dengan cara lu. Gua dengan cara gua. As for the right way, the correct way, and the only way, it does not exist. Dan kerana kita berbeza maka kita saling melengkapi. Kalau gua ini pesawat tambang murah, lu ibarat angin dekat bawah sayap gua. Tanpa lu gua tak mungkin seimbang. Gua perlukan lu lebih daripada Amerika perlukan Israel.
Mungkin cara gua merai perhubungan ini tak serupa dengan yang lu damba. Tapi ini cara gua. Pergi neraka dengan perspektif orang. Kita bukan robot yang diprogram untuk taat dengan segala arahan yang mengada-ngada. Memang betul gua suka lu. Tapi jangan rayu gua jadi sesuatu yang bukan gua. Kerana itu serupa macam lu suruh gua minum klorox. Gua sedar gua kekurangan, tapi kekurangan itu yang telah mendekatkan gua dengan lu hingga bertahan sampai ke momen ini.
Busuk, kenyatan hidup bukan macam filem hindustan.  Yang bila mana lu start menyanyi semua orang pun ikut menari sekali. Dalam realiti, kehidupan takkan berhenti untuk sesiapa. Get busy living or get busy dying!  Makanya cuma ada dua cara pandang dalam mendepani hidup. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle. Itu terserah lu.
Buat kesekian kalinya gua pohon maaf atas segala kekhilafan gua dan berharap lu dapat menerima kelemahan dan kekurangan ini sebagai sesuatu yang indah kerana pelangi itu tidak akan sempurna hanya dengan satu kaler. Percayalah.
Sebelum habis waktu duha. Seperti biasa saya hanya perlu menahan telinga kepada bunyi sepasang terompah seorang manusia kayu bernama kuali. Dengan gaya jalan lompat gagaknya. Kuali berdendang kegembiraan disepanjang kejiranan kami. Sebagai patung yang dikurniakan kehidupan manusia oleh pari-pari. Kuali diterima jiran tetangga dengan sifat pemurah dan simpati. Saya terpaksa menutup kejujuran saya dengan kepura-puraan. Saya menipu diri sendiri dan menyembunyikan suara kebencian yang mendap. Saya menyimpan keinginan untuk mengetam tubuhnya sehingga menjadi lidi. Itulah kemahuan saya usai menguak lebar daun tingkap. Supaya tidak ditohmah jiran tetangga sebagai katak tidak rela berdunia papa maklumat semasa. Saya mengikut rentak mereka dengan membuka tingkap setiap hari dan menyuakan senyuman yang artifisial sesama sendiri.
Pertukangan adalah tulang belakang kami. Kejiranan kami adalah daerah kiub rubik dengan variasi petak warna tidak disusun pada satu muka sahaja. Oleh kerana wawasan yang bersifat progresif. Petak rumah halaman kami selalunya berubah letak mengikut dasar polisi yang berganjak gerak. Hari ini tidak sama dengan besok atau dua kali lima sahaja ditanggang-terbalikkan. Tetapi saya tidak bimbang. Biar beralih selama beberapa dekat. Saya masih dibersebelahkan kepada jiran yang sama lebih seratus  kali berselang beberapa minggu. Jadi saya sangat masak itu dan ini. Hidup ini tidak perlu slogan, pahat saya di dalam hati.
Sementara habuk kayu masuk melalui tingkap segiempat yang melekat didinding rumah. Tidak perlu keluhan. Kegiatan pertukangan adalah panorama asas yang akan saya heret ke dalam mata saya yang berbentuk segiempat. Kepandaian saya memasang skru semata-mata. Kejiranan kami berpaksikan seni geometri yang bernama segiempat. Pancaindera kami telah bermutasi terhadap rupa yang sama. Tetapi ditengah-tengah letupan besar segiempat ini. Di dalam tubuh kami yang tidak dapat disentuh mana-mana tukul, paku, pahat atau gergaji. Ada jirim yang bentuknya tidak dapat dikelaskan geometri melainkan namanya sendiri. Hati.
Untuk menjaga hati saya. Saya selalu berjaga-jaga sebelum membuka tingkap. Saya takut partikel asing masuk ke kamar segiempat saya. Namun saya tidak punya pilihan. Tingkap saya seperti tingkap jiran-jiran saya juga, ditukangi oleh para tukang yang bekerja kuat di daerah kami. Bagi saya kebebasan tidak pernah ada. Jika ada, adakah dimensinya bulat?
Bila menyebut tukang bertukang. Saya sesekali tidak akan dapat melupakan Kuali. Namanya sahaja banyak ditulis dihamparan seluas akhbar yang membungkus otak saya. Span yang berat lagi berair ini secara anatominya adalah otak semata-mata. Fungsi fikiran hanya berlaku di pembungkusannya. Siapa mahu menafikan, Si Tukang yang baik hati lagi kesepian itu diberikan hadiah cabutan bertuah oleh pari-pari berupa seperangkat kehidupan manusia. Dengan memilih sekujur patung kayu untuk diberi jiwa manusia. Si Tukang mencurahkan ilmu dan kemanusiaannya supaya Kuali menjadi manusia ideal. Namun bersama sedikit kegelapan hati dan pemberontakan barangkali. Kuali menguasai ilmu pertukangan tersebut untuk mencapai cita-cita nafsunya.
Jangan tersihir oleh rupa paras dan populariti. Jangan cepat puas dengan kebenaran, pesan manusia tanpa nama. Kuali cuma barang kayu. Saya tidak layak menghukum jiran tetangga. Pada satu masa melalui tingkap saya di setengah malam dan setengah siang. Di waktu paling angker. Saya melihat Kuali memanjat tembok rumahnya. Tidak menggunakan cara kebiasaan itu mencuri prasangka saya. Saya tidak fikir tingkap saya menipu saya. Tidak mungkin mata saya diterobosi halusinasi. Hati saya masih ada! Tidak tertinggal di unit kecemasan. Saya sangsi mengapa jiran saya yang tinggal sebelah menyebelah punya tingkap yang sama tidak menyedari kejadian berkenaan.  Kata orang-orang dahulu, kita ada mata tetapi kita tidak melihat.
Ada kalanya tingkap rumah saya akan dihalangi asap dan kabut. Sisa kayu yang dibakar secara terbuka membuatkan paru-paru saya berdarah. Saya hampir membunuh diri dengan pistol air kerana menderita. Melalui lubang yang saya hasilkan dengan jari yang dibasahkan air liur. Saya dapat mengintip skandal pencemaran semesta yang dilakukan oleh Kuali. Saya cuba bercakap benar dengan jiran-jiran. Tetapi kebaikan saya dibalas dengan melipat saya ke dalam peti aduan bersama plastic gula-gula, duit satu sen dan kertas nombor giliran.
Selepas kematian Si Tukang yang dianggapnya seperti ayah kandung. Kuali mewarisi tukul, pahat, gergaji, paku oleh ayahnya yang berjiwa besar itu. Tidak dapat disangkal yang Kuali mempunyai kebolehan besar dengan alat tukang tersebut. Sebagai manusia yang dikurniakan perut, lutut dan kepala otak. Saya menginterprestasikan hidung kayu Kuali yang kian memanjang bukan berlaku atas hukum biologi. Kuali bukan pokok kayu lagi. Kuali adalah sekayu tubuh manusia sebenar-benarnya. Tubuh sendiri mengkhianati tuannya, kata ahli jiwa.
Ketika kuali menerawang di alam pertukangannya. Jiran tetangga saya akan membalas khidmatnya dengan terima kasih. Kuali dengan gergaji yang tajam, pahat yang keras dan tukul yang kuat mengerjakan tukangannya. Saya merenung pekerjaaannya dengan rasa bersalah. Saya cuba menutup pandangan saya dengan penafian berbentuk dongengan. Ketika saya mendengar ketuk bising tukang di luar rumah saya. Sengal paronia singgah merayap di kepala. Saya disuntik dengan racun berlabel prejudis, skeptical. Saya mula berhalusinasi bahawa Kuali dengan gergajinya sedang memotong kepala orang tua saya. Saya dihantui bayangan berupa Kuali bertukar Frankenstein lalu dating menghayunkan tukulnya kepada saya sehingga berkecai tubuh badan. Begitulah sebahagian aksi seram dan sadis yang saya hadapi. Saya menutup tingkap, menyumbat telinga. Saya dilelapkan oleh kebimbangan sendiri.
Sebaik sahaja saya membuka mata. Saya sendiri tahu hari berganti sudah. Saya dengan nyawa longlai membuka tingkap selepas mencuci muka. Cahaya dari mentari pekat menembus ke dalam kamar. Ruang tamu saya bertukar menjadi padang pasir. Keluarga saya menjadi unta dan pokok kurma. Saya diperintah oleh ayah untuk menyapa Kuali yang muncul secara tiba-tiba di tingkap rumah. Saya lebih suka menegur orang gila. Sudah berapa kali kaca tingkap saya pecah akibat ditusuk hidung panjang Kuali. Saya mengutip serpihan kaca untuk dibuang lalu mendapat luka dengan percuma. Darah yang menitis di atas lantai ditumbuhi pohon popi.
Saya terpaksa akur yang kejiranan kami penduduknya serba petak umpama petak hitam putih catur. Akibat tiada kemanusiaan. Saya kembali masuk ke dalam rumah segiempat saya demi kebaikan sendiri. Saya menjadi lara puteri yang akan diberi pertolongan orang keramat. Dari bawah katil, seekor tikus menggigit apa sahaja yang ada termasuk peti besi waja yang menyimpan salinan kedua semua memori dan nurani saya supaya tidak luput oleh kenyanyukan. Saya menjerit ketakutan sehingga terjatuh ke dalam lukisan minyak Edvard Munch.
Pada satu pagi sebelum membuka tingkap. Saya menyedari bahawa kotak mancis saya telah hilang. Saya teringat yang saya pernah meminta pertolongan Kulai supaya membaiki katil segiempat saya yang saya gunakan sebagai pesawat imaginasi saya ketika membelah semua awanan magis. Sebuah pertolongan harus dibayar dengan pengorbanan. Saya melepaskan mancis itu dengan berat hati sebagai balasan kepada perkhidmatan Kuali. Kuali menyukai kepatuhan saya. Mancis simpanan saya itu merupakan hadiah saguhati acara menampar kepala singa hidup. Kata nenek saya seorang pawing yang sudah dihalau ke permukaan lain kerana menyatakan dunia bakal kiamat, mancis itu adalah alat menuai hajat dengan sekali nyala. Saya mengeluh di dalam hati sambil melepaskan kekecewaan keluar tingkap. Menyesal. Saya mempersoalkan mengapa pari-pari tidak memilih bangku, meja, almari sahaja daripada memeilih Si Kuali itu!
“mak! Dah bulat!”
Mak Gajali agak terkejut dengan kata-kata spontan anaknya itu. Nyaris-nyaris dia tertelan ‘singgam’ yang sedang dikunyahnya. Lantas soalan dilontarkan bersama aroma manis,
“apa yang bulat? Perut kau memang la bulat, err..sebenarnya hampir bulat…macam buah labu gergasi afrika je mak tengok,”
“Tekad saya mak! Tekad saya yang dah bulat. Perut saya jangan dirisaukan”
“semenjak bila pulak kau pandai membulat-bulatkan tekad ni Gajali?”
“semenjak saya tengok Pak Effenti dah bernikah lagi satu la mak!!”
Tiba-tiba saja gajali menangis. Macam bayi yang terkena sengatan semut api di bahagian anu.
Mak  Gajali tergelak secara tidak sengaja.
“he he..baiklah anakku…he he..jangan menangis, ceritakan kat mak..apa tekad kauuuuu ituuu!!!”
Gajali mengesat air matanya dengan lengan kiri baju t-shirtnya. Dia sedikit teresak-esak.
“mak, Gajali nak apply keje kat sekolah la..”
Sekali lagi mak Gajali hampir tertelan ‘singgam’. Tetapi melihatkan telatah anaknya yang satu itu, dia terus membuatkan isyarat ‘teruskan!’.
“Gajali nak mintak keje Tukang cuci jamban!”
Singgam di dalam mulut mak Gajali tersembur dan melekat tepat di jambul rambut Gajali.
“Alhamdulillah!!! Syukur!!! Tahniah Gajali!!”
Mak gajali terus melompat bangun dan segera berlari keluar rumah. Dia terpekik-pekik macam seorang suami yang nak dapat anak sulung!!,
“woi orang kampong!! Anak aku Gajali nak jadi tukang cuci jamban! Bukan jamban biasa-biasa tau! Jamban sekolah!!”
Seterusnya mak Gajali berlari ke seluruh kampong bagi mencanangkan berita yang menggembirakan hatinya itu. Itulah hati seorang ibu.
Esoknya, hari Isnin 20 Mei 2013, jam 8 pagi, Gajali dah terpacak kat depan bilik guru besar sekolah Kebangsaan Lenguh Sebadan. Gemuruh di dalam dadanya hanya Tuhan yang tahu. Dalam perut Gajali sudah ada bukan saja rama-rama, malah turut muncul lipan bara, kala jengking dan chiton juga! Tiba-tiba pintu bilik guru besar terbuka.
“Encik Gajali bin Sukati, sila masuk!”
Gajali bingkas bangun dan bergerak takut melangkah ke dalam bilik guru besar sekolah yang bernama Encik Kecut bin Kemunchup itu.  Selepas dipersilakan duduk, Gajali pun bersedia menghadapi sesi temuduga. Tiada orang lain di dalam bilik itu sekarang melainkan Gajali dan guru besar Kecut sahaja.
“Encik Gajali,  nak minum apa-apa? Jin and tonik? Atau setan and tonik atau kopi?”
Gajali  menjawab,
“air cincau soya tambah laici satu..”
Guru besar mengangkat telefon dan memesan air yang dipinta Gajali kepada setiausahanya.
“baiklah Gajali,..emm…kenapa awak nak jadi tukang cuci jamban sekolah kami?”
Gajali menarik nafas sekali banyak dan berkata,
“saya dah bosan duduk di rumah tuan..jadi saya nak bekerja mencari rezeki yang halal..”
“ya..betul..tapi kenapa tukang cuci jamban?!”
Gajali tersentak dengan nada suara guru besar yang tiba-tiba meninggi.
“sebab..kalau dirumah, saya lah yang mencuci jamban. Bukan sekadar najis mak dan saya, kadang-kadang kucing, biawak, dan jiran-jiran mak yang datang bergosip juga membuang najis, jadi, saya akan membersihkan jamban di rumah sehingga berkilau”.
Guru besar Kecut ternganga dengan penjelasan Gajali.
“baiklah..awak diterima, selamat bekerja..”
“terima kasih tuan! Bila boleh mula tuan?”
“hari ini jugak!!”
Maka, bermulalah kerjaya Gajali sebagai seorang tukang cuci jamban sepenuh masa. Mula-mula Gajali membaca senarai dan inventori alatan jamban dan bilik air. Seterusnya beliau mengira jumlah jamban di dalam semua bilik air yang ada di sekolah itu. Selepas itu beliau memahamkan jadual cucian jamban dan akhirnya Gajali mencuci jamban.
Hari kedua, ketiga dan seminggu yang pertama, Gajali dibuli. Pelajar sekolah yang nakal sengaja berak ‘sipi’ dan menjatuhkan ‘bom’ jauh daripada lubang jamban. Ada  beberapa kali, Gajali tergelincir dan tersembam di atas ‘bom’ pelajar. Tapi Gajali tetap tabah. Selepas seminggu, Gajali dah expert. Beliau sudah tahu di mana jamban yang ada berak ‘sipi’ yang mana tak. Gajali sudah pandai berjalan di jamban agar tidak terpijak ‘bom’ jangka yang sengaja diletak di depan pintu jamban.
Satu perkara yang sering dilakukan oleh Gajali semasa mencuci jamban ialah menyanyi. Gajali akan menyanyi berbagai jenis lagu daripada pelbagai genre. Pagi mungkin lagu dangdut, tengahari mungkin lagu jazz, petang pulak mungkin lagu irama Malaysia.
Pada suatu hari yang berbau masam kepam di dalam jamban di tingkat dua atas blok guru, Gajali sedang mencuci sebuah jamban yang memiliki berak ‘sipi’. Waktu itu baru pukul 9.30 pagi. Seperti biasa, Gajali akan menyanyi sambil menyental kotoran. Kali ini beliau memilih lagu Meggi Z yang berbunyi,
“anggur merah, yang selalu memabukkan diriku..tidak seberapa!!! Dahsatnya!!...”
Tiba-tiba ada satu suara menyampuk,
“dahsatnya!!!”
Gajali yang sedang terbongkok-bongkok tersentak dan terus keluar dari jamban tersebut. Rupa-rupanya orang yang menyampuk itu ialah seorang yang Gajali minati sekali. Beliau ialah seorang composer dan pencari bakat nyanyian program PENYANYI YANG KITA TAK SANGKA BOLEH MENYANYI WALHAL MUKA HUDUH itu. Gajali tergamam dan berus jamban ditangannya jatuh ke lantai dan menghentam ‘bom’ sipi yang masih degil. Percikan ‘bom’ dan air kotor terkena pipi sang composer.
Esoknya, Gajali sedang merakamkan single pertamanya yang berjudul “BERAK SIPI HATI LUKA” di studio milik si composer. Minggu depan jangan lupa buka radio dan nikmatilah nyanyian Gajali si pencuci jamban bersuara emas.
Nama aku ramli. Aku cuma budak kampung. Nama aku pun nama kampung. Aku pun tak suka nama ni sebab nampak kolot dan tak urban. Tak elegan. Aku malu dengan nama aku. Sekarang aku darjah enam.
Pagi  tadi ada perlawanan bola sepak final antara sekolah aku dengan sekolah lain. Aku jadi wakil sekolah untuk team sekolah aku. Aku main posisi penyerang. Posisi paling glemer sekali.
Team kami menang 2-0 sebab aku sumbat dua gol. Aku bangga. Semua orang dekat sekolah puji aku -- kawan-kawan aku, cikgu-cikgu aku. Kecuali girlfriend aku sebab aku tak ada girlfriend lagi. Mungkin sebab nama aku ramli agaknya budak-budak perempuan malu nak ada boyfriend nama ramli.
Aku ingat lagi gol pertama tu macam mana aku score. Aku bawa bola sorang-sorang dari gol team aku naik ke atas ke gol team lawan. Aku tak hantar bola tu dekat sapa-sapa pun sebab diorang tu macam haram tak reti langsung main bola tapi aku hairan pasal apa cikgu ambil diorang jadi wakil sekolah. Mungkin mak bapak diorang dah bagi rasuah dekat cikgu untuk naikkan nama anak diorang.
Aku gelecek sorang-sorang pemain lawan. Rasa senang sangat. Aku rasa aku tak layak main peringkat sekolah rendah. Mungkin aku dah layak main peringkat piala dunia. Pele pemain brazil tu pun dulu main dekat piala dunia masa umur dia 16 tahun. Aku yang umur 12 tahun ni tak mustahil boleh main piala dunia cuma masalahnya Malaysia tak pernah layak dan bilalah entahnya nak layak masuk piala dunia. Itulah isu paling besar yang aku fikir setiap kali aku jaga dari tidur.
Oh ya, lepas aku gelecek sorang-sorang dari bawah sampai atas padang tu, aku sekarang dalam situasi satu lawan satu dengan keeper team lawan. Selamber je aku kuis bola dengan hujung kaki aku, kemudian bola tu bergolek perlahan masuk celah kelangkang keeper sebelum masuk dalam gol. Keeper tu pula terkapai-kapai macam orang lemas sebelum dia bergolek-golek jatuh masa cuba save bola padahal bola tu cuma bergerak perlahan macam kura-kura.
Gol kedua pula tak payahlah aku cerita sebab aku malas nak cerita. Takut-takut nanti bertambah riak aku.
Lepas habis perlawanan tersebut, kami pun terima pingat, terima piala, julang piala dan tangkap-tangkap gambar. Aku dapat piala special sebab aku dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan merangkap penjaring terbanyak.
Aku pun balik ke rumah dengan piala tu. Aku tunjuk dekat mak aku piala tu siap baeritahu dia aku sumbat 2 biji gol. Tapi mak aku tak puji aku sebab dia tak boleh bercakap. Sebab dia demam panas, mengakibatkan dia sakit tekak, bibir mengelupas dan ada ulser yang banyak dekat bibir dan lidah dia. Jadi kalau dia bercakap juga dia akan sakit dan menggelupur.
Aku tunggu bapak aku balik. Akhirnya bapak aku balik petang tu. Belum sempat dia masuk rumah aku dah meluru keluar bawa piala tunjuk dekat dia seraya berkata dengan eksaited dan gembira alang kepalang: “Bapak! Bapak! Tadi ramli score 2 bijik gol!”.
Entah apa bahana yang menimpa bapak aku mungkin dia datang haid dan kena segugut kot dia pun tengking aku: “Anak jiran sebelah tu score 8A tau!!”.
Lepas tu bapak aku tak tengok muka aku dia terus masuk dalam rumah. Aku sedih dan marah yang teramat-amat sebab bapak aku tak puji aku apatah lagi menghargai aku. Yang kena tengking tu paling aku tak tahan tu.
Dalam pada tu aku turut menyimpan dendam dekat Amin anak jiran sebelah tu sebab dia score 8A. Mananya dia tak score 8A sebab dia tu anak guru besar sekolah menengah. Kompem-kompem bapak dia bagi dia soalan bocor masa PMR tu.
Aku pulak macam mana aku nak score 8A sebab aku baru darjah 6. Paling tinggi aku boleh score 5A je sebab UPSR maksimum ada 5 subjek. Lagi pun aku tak ambik UPSR lagi pun macam mana pulak bapak aku nak presume aku ni bodoh.
Dipendekkan cerita bila dah besar panjang aku jadi seorang pemain bola sepak professional yang hebat. Pengurus Manchester United alex ferguson beli aku untuk main dekat liga inggeris. Tahun itu dan malam itu team Manchester United dapat masuk final champions league lawan team Barcelona.
Aku macam biasa jadi penyerang utama dan skripnya macam biasa aku score 2 biji gol untuk team Manchester united. Waktu tu dah minit-minit terakhir sebelum perlawanan berakhir dalam masa tambahan. Kedudukan gol waktu tu ialah Manchester united 2 -- Barcelona 1.
Semua orang dah anggap Manchester united kompem menang match tu. Tiba-tiba seminit sebelum match habis aku tersumbat gol sendiri.
“Haram jadah betul!!” Aku jerit maki hamun dalam hati. Aku rasa macam dunia nak kiamat dowh! Kedudukan berubah jadi Manchester united 2 – Barcelona 2.
Dipendekkan cerita yang dah jadi panjang ni, perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti. Takdir tuhan mengatasi segala-galanya. Aku gagal score penalty menyebabkan team Manchester united kalah tertonggeng tahun tu.
Lepas perlawanan alex furgeson marah yang amat dekat aku. Dia dirasuk iblis sampai dia tergamak baling kasut boot terkena dahi aku sampai berdarah masa dalam bilik persalinan.
Sebab aku marah yang teramat dekat alex babi haram jadah tu aku pun berhijrah main bola sepak di sepanyol dalam team real Madrid. Kemudian aku berhijrah pula ke amerika syarikat bermain untuk team LA galaxcy.
Aku tak pernah balik ke Malaysia sejak pindah ke sepanyol dan amerika syarikat. Yang aku tahu dari adik aku melalui facebook, bapak aku menangis 2 kali kat rumah masa tengok live final match Manchester United lawan Barcelona.
Pertama bapak menangis kegembiraan sebab aku score gol yang dianggap “winning gol” oleh seluruh dunia. Kedua bapak menangis kesedihan sebab aku jadi symbol kebodohan iaitu penyebab tumbangnya Manchester united dek sepak bola tak masuk gol masa penalty.
Dalam iklan TM dekat Malaysia tu diorang tunjuk bapak aku menangis sekali je iaitu masa aku score “winging goal” tu. Iklan tu pun aku tengok dekat youtube je.
Di sebuah kampung yang namanya kampung tidak bernama tinggallah gerombolan penduduknya yang lemah lagi hina yang rata-ratanya bekerja sebagai petani, penternak dan nelayan.
Adapun asal usul dan sebab musabab mengapa hendaknya kampung tersebut dinamakan kampung tidak bernama tidaklah diketahui oleh seorang pun di atas muka bumi ini dan tidaklah pernah diperdebatkan di mana-mana ceruk dunia ini.
Kampung tidak bernama seperti kampung-kampung yang lain di negeri itu sekali sekala akan dilawati oleh samseng Samsuddin dan konco-konconya yang mala’un lagi bedebah itu. Cuma hari dan pukul berapa gerombolan samseng samsuddin akan datang tidaklah diberitakan kepada orang kampung terlebih dahulu memandangkan samsuddin bukanlah pembesar negeri yang lazimnya akan memberi notis akan kehadirannya supaya disambut dengan penuh gilang gemilang dan takzim.
Adapun pekerjaan samsuddin dan orang-orangnya yang pak turut itu tak lain tak bukan ialah membuat onar dan durjana di ceruk-ceruk kampung. Di mana ada orang di situlah ada mereka hendak berbuat durjana.
Arakian samsuddin ini adalah hebat benar orangnya lebih hebat dari puaka ataupun keramat. Samsuddin dan orang-orangnya akan datang menyerang kampung-kampung dengan menunggang naga dari atas gunung memandangkan ibu pejabat mereka di atas gunung. Sebab itulah “samsuddin and the gang” tidak boleh diserang hendap kerana orang kampung tidak mempunyai teknologi untuk memanjat gunung tinggi dan sampai kepada mereka.
Setiap kali gerombolan samsuddin melanda kampung tidak bernama, seperti kampung-kampung yang lain juga, akan dirompak ayam, kambing, lembu, ikan masin dan beras untuk mengenyangkan perut mereka sendiri. Kemudian anak gadis atau mak orang yang masih rupawan akan dibawa lari juga untuk tuntutan serakah mereka. Ada pun golongan mak nyah adalah golongan yang berkecuali.
Sebab itulah gadis-gadis di negeri itu lebih rela berwajah buruk seperti kera atau babi asalkan kesucian mereka tidak ternoda. Ada juga anak gadis yang rela menjadi lelaki dengan membuat pembedahan menukar jantina secara tradisional.
Arakian pada suatu hari penduduk-penduduk kampung tidak bernama dapat merasakan satu aura kehebatan sedang melanda kampung mereka. Angin tiba-tiba berpusar-pusar di atas tanah dan daun-daun kering galak berguguran dari reranting. Air sungai yang tenang tiba-tiba berkocak-kocak dan ikan-ikan melompat-lompat di gigi air.
Semua orang ketakjuban dan memandang sesama mereka melihat pertistiwa tersebut. Dan ketika kebanyakan mereka berkumpul di tanah lapang tempat berkumpul orang-orang kampung untuk keramaian kerana peristiwa itu, terlihatlah sebatang kelibat tegap seorang pemuda entah siapa memasuki kampung tersebut menghampiri mereka. Dan tidaklah terlihat wajahnya oleh orang ramai memandangkan wajahnya terlindung oleh rambutnya yang panjang mengurai menutupi wajahnya persis seorang perwira handalan gittew.
Setiap langkahnya di atas tanah akan mengesampingkan daun-daun kering dan puing-puing angin akan melingkar-lingkar di sekeliling tubuhnya. Pemuda tersebut perlahan-lahan menghampiri kumpulan orang-orang kampung. Serentak itu dengan perlahan-lahan hilanglah special effect entah kejadah apa yang macam angin-angin tadi tu.
Sekonyong-konyong beliau pun berhenti dan memperkenalkan dirinya sebagai “pemuda tidak bernama”, seorang gelandangan yang berkelana dari satu tempat ke suatu tempat lagi tidak berumah, kais pagi makan pagi, kais petang haram tak jumpa suatu makanan pun hendak dijamah.
Maka atas belas ihsan penduduk kampung maka dibenarkanlah beliau itu untuk menumpangi tidur atau berbuat apa-apapun di kampung itu selagi mana perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mencopet, merogol dan mengendap anak dara.
Di waktu kelapangan kelihatanlah pemuda tersebut bermain-main test power dengan auranya. Daun-daun pun berterbangan dan air di sungai berkocak-kocak disebabkan “power” tersebut. Oleh yang demikian maklumlah orang-orang kampung bahawa beliau bukanlah calang-calang insan.
Secara senyap-senyap maka sepakatlah ketua kampung dan ahli jawatankuasanya yang bijak pandai dipanggil untuk bermusyawarah poyo-poyo gittew. Ketua kampung meluahkan hasrat supaya pemuda tidak bernama dapat menjadi pelindung kepada orang-orang kampung bila masa samseng samsuddin dan konco-konco bedebahnya datang menyerang kerana kependekarannya.
Setelah genap sepurnama sejak kehadiran pemuda tidak bernama maka pada suatu siang hari terdengarlah ngauman naga-naga samsuddin dan orang-orangnya dari atas langit datang menyerang kampung tidak bernama.
Orang-orang kampung pun lari ke sana kesini menyelamatkan diri. Orang-orang muda pantas mencapai busur dan tombak hendak mempertahankan diri sambil menyanyikan lagu “tom tom bak” iaitu lagu rasmi kampung mereka buat membakar semangat.
Manakala ketua kampung pula berlari mencari pemuda tidak bernama merayu kepadanya supaya mempertahankan kampung tidak bernama dengan kuasa sakti yang dimilikinya.
Lantaran itu berlarilah pemuda tidak bernama ke gelanggang perang dengan gagah perkasa lagi macho kelihatannya. Lalu dia berhenti di tengah-tengah medan pertempuran yang maha sengit gila babi dan mengangkat penumbuk tangan kanannya ke langit. Seraya itu dia menjerit suatu jampi serapah yang perkataannya yang tidak pernah termaktub di dalam kamus dewan bahasa pun.
Sekonyong-konyong itu tubuhnya pun menjadi besi pada penglihatan sekalian manusia di situ. Kemudian dia mengacungkan senjatanya yang memancutkan sinar-sinar seumpama kilat yang membakar tubuh musuh-musuhnya sehingga sekaliannya mampus masuk neraka.
Kemudian dia berteriak memanggil sesuatu di langit. Maka menerpalah seekor haiwan besar dari langit membaham kesemua naga milik konco-konco samsuddin hatta naga samsuddin sendiri pun semuanya mampus jua gamaknya.
Lantaran itu pemuda tidak bernama pun kelelahan akibat bertarung gedebak gedebuk bermati-matian. Lalu tubuhnya pun bertukar menjadi seperti manusia biasa semula.
Orang-orang kampung pula riang melihat peristiwa pada hari itu. Riang tentu sekali kerana samsuddin dan konco-konconya yang jahat itu telah mampus ke neraka dan dalam masa yang sama kaget kerana perihal pemuda tidak bernama itu.
Sementelaah itu ketua kampung yang nama sebenarnya ialah Tan Kim Swee menghampiri pemuda tidak bernama lalu bertanya: “siapakah gerangan tuan sebenarnya sehingga menjadi besi sebentar tadi?” lalu pemuda tidak bernama menjawab dalam suara serak-serak basah: “you can call me gaban”.
Mendengar gaban speaking Tan Kim Swee pun terus speaking juga sebab nak tunjuk terer: “gaban?? And what was your weapon just now you killed them with?”
Lalu dijawab gaban dengan riak: “Owh, this is my lazer pistol I used to shoot their ass just now”. Tan Kim Swee bertanya lagi: “And your beast from sky just know?”. Gaban menjawab: “Owh.. that was my robotic naga gaban”.
Waktu lapan orang pekerja majlis perbandaran datang dengan jentera nak robohkan gerai makcik peah, gerai belum buka lagi. Waktu itu baru jam 2.00 petang. Biasanya makcik peah buka gerai jam 6.00 petang sampai tengah malam.
Gerai makcik peah harus ditolak dengan jentera sebab binaannya dari simen. Walaupun ia sebenarnya gerai tapi lama kelamaan jadi macam kedai sebab renovation sedikit demi sedikit. Tak ada polis yang eskot sebab yang nak dirobohkan tu cuma gerai picisan sahaja. Kerja enteng bagi mereka.
Bila injin jentera berdegar-degar bersedia hendak langgar gerai, makcik peah pun sampai dengan motorsikal buruknya terkocoh-kacah, lalu menyalak macam orang gila kepada orang-orang majlis perbandaran:
“hoi!, yang kau nak robohkan gerai aku kenapa?!” urat-urat di leher makcik peah kelihatan.
Semua terdiam. Hassan misai yang berpeluh sebab cuaca panas mula membuka topi. Kemudian dikesatnya peluh masam masin di mukanya dengan sapu tangan. Hassan misai adalah ketua di situ.
Makcik peah nampak Hassan misai yang berbadan gemuk di situ. Makcik peah menyalak lagi sambil menuding jari kepada Hassan misai seperti pendekar menghunus keris:
“Kau kan selalu makan dekat gerai aku! Kau tak kenang budi ke?! Anak bini kau pun makan nasik lemak aku jugak kan selama ni?!”
Hassan misai menjawab dengan tutur lembut kepada makcik peah:
“betul tu peah, tapi aku makan aku bayar kan... Notis roboh pun dah 2 bulan bagi. Aku ikut arahan aje”.
Mendengar tutur lembut yang keluar dari halkum Hassan misai, makcik peah berubah nada minta simpati:
“Kau tahu, bini kau yang telefon aku tadi beritahu kau nak roboh gerai pukul 2 ni. Bini kau kesian kat aku… Kau tak kesian kat aku ke? Anak-anak aku sekolah lagi. Laki aku dah tak ade...”.
Hassan misai mengesat peluh lagi di mukanya lalu memerah sapu tangannya sehingga titis-titis peluh menitis di atas tanah. Sapu tangan itu kemudian dikibas-kibas beberapa kali. Dia kemudian berjalan dekat kepada makcik peah dengan langkah terkedek-kedek disebabkan kegemukannya, lalu dia bertutur:
“Peah, aku memang kesian dekat kau... Dari mula laki kau mati lagi aku kesian dekat kau. Lama-lama aku jadi suka dekat kau. Tapi aku dah ada romlah sekarang. Dia bini aku”.
Nadanya yakin seperti berbisik, mudah-mudahan supaya makcik peah berlembut dan supaya orang-orang lain tak dengar.
Mendengar confession Hassan misai itu makcik peah segera terkedu. Dia tergamam. Kemudian menjawab dengan perlahan takut didengar orang lain: “Kau kawinlah dengan aku. Kalau kau nak robohkan gerai aku sekarang aku tak kisah”.
“Romlah macam mana?” Tanya hassan misai antara hendak dan tak hendak.
“Kau robohkan gerai aku sekarang, cakap dekat romlah kemudian. Aku tunggu kau.” Makcik peah jawab perlahan.
Kemudian sekelip mata makcik peah pun terus berada di atas motorsikalnya dan meluncur pulang ke rumah.
Babak 1:
Hassan masuk ke dalam kapal angkasa mini dengan bagasinya. Semalam dia telah book kapal angkasa mini semi-auto dari syarikat sewa kapal angkasa Suzy Moew Sdn Bhd. Oleh kerana Hassan kekurangan bajet maka dia hanya mampu menyewa kapal angkasa yang semi-auto sahaja. Itu pun sudah memadai dan selesa baginya kerana dia hanya berpergian seorang.
Hassan menghidupkan injin kapal angkasan. Sambil itu matanya menoleh ke arah Suzy Meow melalui cermin tingkap kokpit pemandu. Suzy meow melambai tanda selamat tinggal dan Hassan pun melambai kembali. Waktu itu Suzy Meow sedang mengiringi Hassan berlepas dengan kapal angkasa di premis syarikat Suzy Meow Sdn Bhd.
Suzy meow dan Hassan adalah kenalan rapat memandangkan mereka telah lama berkenalan sejak mula-mula masuk universiti dulu. Habis sahaja belajar suzy meow mewarisi perniagaan bapanya Robert Tiger, dikenali sebagai seorang businessman terkenal tetapi sebenarnya juga secara senyap-senyap seorang ketua kumpulan kongsi gelap Black Tiger yang mashur itu. Sejak itu nama syarikat Robert Tan Sdn Bhd telah bertukar kepada Suzy Meow Sdn Bhd.
Babak 2:
Hassan mendaratkan kapal angkasa di atas bumbung sebuah rumah di planet marikh, planet yang paling hampir dengan bumi, lalu turun dari kapal angkasa bersama bagasinya.
Jalal yang menunggu Hassan mendarat di atas bumbung tersebut menyambutnya dengan pelukan rindu lama tak jumpa. Kedatangan Hassan ke rumah jalal di marikh adalah atas jemputan jalal supaya mereka dapat melepak bersama melakukan aktiviti karaoke, mengisap shisha, mengurat gadis, bermain pool, menonton perlawanan EPL lewat malam di kedai mamak (di marikh pun ada kedai mamak pada zaman ni), dan apa-apa saja aktiviti yang menjadi tabiat orang-orang berjiwa muda.
“Oit, jangan peluk lama-lama. Ketiak kau busuk la!”, beritahu Hassan kepada jalal sambil mengipas-ngipas hidung kemeknya.
Jalal merenggangkan badan dan mencium ketiak kanan dan kirinya sambil mengangkatkan sedikit tangannya.
“Ak ah la! Sorry la beb deodoran aku dah habis semalam tak sempat beli lagi. Tesco tutup semalam sebab staff dia mogok”, ujar jalal dengan tersipu-sipu sebab ketiaknya bau busuk sama tahap dengan kambing.
Pada masa itu sebahagian manusia telah meneroka dan menduduki planet marikh disebabkan telah bosan duduk di bumi. Saintis-saintis yang bijak pandai telah mencipta teknologi canggih yang dapat setkan cuaca dan udara di marikh sama atau seakan-akan di bumi supaya manusia, binatang dan tumbuhan dapat hidup sama seperti di bumi. Teknologi tersebut menjadikan manusia hidup seperti di dalam balang kaca.
Senang cerita, satu balang kaca gergasi telah dibina di atas permukaan marikh dan dimasukkan ke dalamnya oksigen. Kaca lutsinar balang tersebut membenarkan cahaya matahari dapat menembusinya demi kemaslahatan kehidupan di dalamnya. Bahagian lantainya pula ditambun dengan lapisan tanah yang diangkut dari bumi setebal 5 kilometer minimum.
Sumber makanan kebanyakannya diimport dari bumi. Maka setiap hari banyaklah kapal angkasa dagang yang bagak-bagak membawa kontena berulang-alik dari bumi ke marikh membawa beras, ubi keledek, ikan masin, daging babi dan sebagainya.
Babak 3:
Rogayah menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghidangkan kepada Hassan. Rogayah adalah sebuah robot humanoid ataupun robot berbentuk manusia kepunyaan jalal yang telah berkhidmat dengannya selama dua tahun.
Dua tahun dahulu jalal telah membeli sebuah robot humanoid yang rosak di sebuah pasar yang menjual barang-barang lama daripada Encik Muthukari untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, muna sempena hari lahirnya yang ke-15. Setelah dibaiki apa yang patut robot tersebut boleh berfungsi semula. Kemudian ia dinamakan Rihanna oleh muna.
Setelah muna meninggal setahun yang lepas disebabkan kemalangan kapal angkasa ketika lawatan sambil belajar di sebuah gurun di marikh dengan cikgu saleha, jalal telah memberi nama yang lebih bermakna kepada robot tersebut iaitu rogayah sebagai kenang-kenangan kepada isterinya yang telah lama meninggal dunia akibat penyakit keputihan tahap tertinggi dahulu.
Setelah kopi dituangkan oleh rogayah, Hassan pun menghirup kopi. Lalu terjadilah perbualan seperti berikut:-
Hassan:
Kopi apa ni jalal? Sedap pulak rasanya.. aku dah lama tak minum kopi sebenarnya…
Jalal:
Ala, kopi luwak mak aku kat kampong poskan dekat aku semalam.
Hassan:
Ooo.. patut la sedap. Mak kau kat bumi sihat?
Jalal:
Mak aku ok. Baru dua minggu lepas dia kawin lain dengan jiran aku, pak ilyas…
Hassan:
Oooo.. apesal aku tak tau pun? Kau tak jemput aku pun?
Jalal:
Ala kawin buat kecik-kecik je… orang tua la kan.. segan la aku nak jemput kau…
Hassan:
Okey ke pak ilyas tu jadi bapak tiri kau?
Jalal:
Boring la aku. Dia tu old school… Arghhh, boringlah borak pasal aku!! Ko plak banyak gile duit ko sewa kapal angkasa. Apasal tak naik public spaceship (public transport) je?
Hassan:
Alaa... aku sewa dengan kawan aku suzy meow, dia kira murah je…
“Wolf!! Wolf!! Wolf!!”, Tiba-tiba kedengaran dino menyalak garang di luar rumah.
Babak 4:
“Wolf!! Wolf!! Wolf!!”
Kelihatan dino sedang menyalak ke arah atas bumbung rumah. Dino adalah sebuah robot anjing kepunyaan jalal yang tidak haram disentuh oleh orang islam.
Hassan dan jalal pun berlari keluar rumah untuk melihat ke atas bumbung. Kelihatan kapal angkasa mini suzy meow terapung-apung di atas bumbung dan memejut laju hilang dari pandangan bersama sebuah lagi kapal angkasa mini yang mengiringi.
“Spaceship suzi kena curi!!”, jerit Hassan.
“Wolf! Wolf! Wolf!”, dino si anjing robotic menyalak lagi.
Rogayah yang turut sama berlari keluar bersama Hassan dan jalal tadi dengan tak semena-mena terbang ke langit mengejar pencuri tersebut sama seperti iron man terbang.
Babak 5:
Selepas 15 minit rogayah pun pulang ke rumah. Dia memberitahu Hassan dan jalal yang dia tidak mampu mengejar pencuri tersebut kerana kuasanya tidak setanding dengan kelajuan kapal angkasa yang dicuri tersebut. Oleh kerana menggunakan power-nya melebihi had, rogayah mengalami kerosakan mengakibatkannya menjadi weng dan bercakap bukan-bukan tentang skandal jalal dengan anak dara jiran sebelah.
Selepas Hassan dan jalal membuat repot polis, sarjan midon dan orang-orangnya pun datang membuat siasatan di rumah jalal. Mengikut siasatan, pencuri naik ke bumbung dengan sebuah kapal angkasa mini yang dipandu oleh seorang lagi, iaitu kapal angkasa pengiring yang dilihat ketika kapal angkasa suzy meow dilarikan sebentar tadi.
Tiada kesan cap jari boleh dijumpai kerana pencuri datang dari atas langit, bukannya masuk ke dalam rumah melalui pintu seterusnya ke atas bumbung.
Berita fasal kehilangan kapal angkasa telah diberitahu kepada suzy meow di bumi melalui mesej facebook kerana Hassan tak berani hendak bercakap direct melalui telefon takut kena marah.
Babak 6:
Selepas dua hari, sarjan midon dan konco-konconya masih gagal mengesan pencuri dan kapal angkasa suzy meow.
Pada hari ketiga sebuah bank di marikh di bandar di mana jalal tinggal telah dirompak oleh 3 orang perompak. Mereka telah melarikan 5 juta ringgit Malaysia. Rakaman CCTV menunjukkan mereka datang dan melarikan diri dengan sebuah kapal angkasa mini.
Menurut sarjan midon kepada jalal dan Hassan, perompak telah menggunakan kapal angkasa suzy meow yang hilang 3 hari lepas dan kapal angkasa tersebut telah dijumpai semula ditinggalkan bersama kunci di sebuah gurun di marikh dalam keadaan elok. Polis gagal menjumpai cap jari perompak di dalam kapal angkasa dipercayai kerana perompak memakai glove.
Kapal angkasa tersebut kemudian diserahkan semula kepada Hassan. Sarjan midon dan orang-orangnya kini giat menyiasat kes rompakan bank pula. Siasatan adalah sukar kerana para perompak memakai topeng, menggunakan kenderaan orang lain dan dan tiada cap cari dapat dikesan.
Babak 7:
Bini aku tengah sarat mengandung oleh itu dia asyik tak sihat. Malam tu dekat rumah, bini aku khabarkan kepada aku yang dia mengidam anggur. Dalam penuh tersirat dia minta aku tolong carikan anggur.
Katanya kepada aku secara ringkasnya begini: alangkah baiknya kalau dapat makan anggur sekarang ni. Dari segi saintifik anggur tu buah banyak vitamin baik untuk perempuan mengandung. Juga berkhasiat untuk bayi dalam perut. Dan entah apa-apa lagi dia berbasa basi dengan aku hakikatnya nak suruh aku pergi cari anggur momen itu juga.
Pada firasat aku dia tengah mengidam. Kalau tak takkanlah tiba-tiba saja dia kempunan anggur tengah-tengah malam buta pukul 12 tengah malam masa burung-burung hantu tengah bersenggama ni.
Pada hemat aku perempuan yang mengidam tengah mengandung ni super sensitive macam kertas litmus. Khabarnya perempuan tu boleh jadi sampai ke tahap meroyan atau gila  kalau tak dapat benda yang diidamkan.
Maka aku pun kenalah pergi cari anggur tengah malam tu. Bukan sebab aku takut bini tapi sebab aku sayang bini aku. Aku tanya bini aku dia nak anggur kaler merah atau hijau. Dengan biji mata yang bersinar-sinar lagi bercahaya dia cakap dia berkehendakkan anggur hijau yang tak ada biji supaya mudah dikunyah, ditelan, dihadam dan diberak.
Lepas tu dia tanya aku dekat mana aku nak pergi cari anggur hijau tak ada biji masa burung-burung hantu tengah bersenggama ni. Aku cakap aku nak pergi rumah nyonya lucy tokey kedai buah dekat pekan tu. Nak beli anggur dekat dia.
Cerita jadi pendek, aku pun sampai dekat rumah nyonya lucy. Aku nampak rumah dia cerah lagi maksudnya orang dalam rumah tu masih tegar berjaga. Aku dengan penuh keyakinan diri mengetuk pintu rumah. Uncle Tat laki nyonya lucy bukak pintu. Aku tengok dia pakai baju pagoda tanpa pakai seluar menampakkan anu dia. Mungkin tadi dia tengah bersenggama dengan nyonya lucy tak sempat atau malas pakai seluar masa nak bukak pintu.
Dia tanya aku apa hal kacau dia tengah-tengah malam buta ni. Aku beritahu dia bini aku mengidam berkehendakkan anggur-hijau-tak ada-biji sekarang juga. Tegas aku kalau dia tak dapat bagi anggur-hijau-tak ada-biji tu aku akan tembak dia dengan bini dia sekali. Aku pun tak tau dari mana aku dapat keberanian tu padahal aku tak bawak pistol pun malam tu.
Uncle Tat yang ketakutan tu pun jemput aku masuk rumah sambil dia terkocoh-kacah pergi mengambil anggur dalam peti sejuk tempat simpan stok buah di dapur dan memberikan kepada aku. Aku menarik nafas lega di atas pemberiaan tersebut yang ku anggap sebagai anugerah tidak terhingga. Sebagai tanda terima kasih tidak terhingga, aku pun mengucup kepala botak uncle tat sebelum beredar.
Aku pun balik rumah gembira alang kepalang seumpama aku baru menang loteri 1 juta. Aku sampai rumah. Lepas park kereta aku lari terkocoh-kacah tak sabar hendak mempersembahkan anggur-hijau-tak ada-biji dekat bini aku. Aku buka pintu sambil panggil nama bini aku. Tapi bini aku tak jawab. Aku rasa dia tertidur.
Aku masuk rumah cari bini aku. Lepas tu aku nampak lampu bilik air terbuka. Aku tengok dalam bilik air. Aku nampak bini aku terbaring atas lantai. Bini aku tak sedar. Darah pekat menyimbah atas lantai. Aku tekan butang panik!
Aku nak telefon ambulans tapi aku tak tau nombor. Aku panggil jiran aku minta tolong angkat bini aku masuk dalam kereta nak hantar pergi hospital. Jiran aku komplen kata bini aku berat. Katanya bini dia lagi ringan. Tak apalah, yang penting nasib baik jiran aku tak tidur lagi sebab dia kata dia baru balik jirat cina pergi puja mintak nombor ekor dekat hantu cina takde kepala.
Babak 1
Brader joe sedang duduk seorang diri di sebuah meja di sebuah restoran mamak.
Brader joe menyalakan sebatang rokok lalu menghirup perlahan sirap panas. Kemudian dia mendail untuk bercakap dengan ah peng melalui nokia cokia-nya.
“hello brader, lu bila nak sampai? Kata pukul 5?”, tanya brader joe dengan kerek.
“Wa sudah on the way ma! Sikit jam lagi ada sampai!”, balas ah chong ringkas dan terus mematikan talian sebelum sempat brader joe menyambung dengan kerek lagi.
“Assalamualaikum bang, minta derma ikhlas bang…”, tiba-tiba datang perempuan selekeh tadah tangan dekat brader joe minta sedekah.
“Eh, blah la kau! Sapa abang kau suka hati kau je panggil aku abang!,  tengking brader joe sampai perempuan itu pun blah.
Babak 2
“Halo, halo joe! Tengok wa sudah sampai! Eh, wa pau lu rokok sebatang boleh?”. Ah peng tiba-tiba datang buat-buat ceria seraya menge-pau rokok dari brader joe.
“Babi lu peng! Lu datang lambat lagi lu mau pau gua!”, marah brader joe sambil menyebut perkataan babi.
“Apa kisah lu panggil wa babi… Tiap-tiap hari pun wa makan babi ma…! hahahaha...!”, balas ah peng dengan gembira tak bersebab.
“Ah peng, cepatlah mana itu barang??” Tanya brader joe yang meluat tengok ah peng gelak kuat-kuat sampai nampak giginya yang kuning dan jarang-jarang tu.
“Ada maa… dalam kereta wa parking sana”, ujar ah peng gigi kuning jarang-jarang sambil menunjuk ke arah keretanya yang diparkir tak jauh dari situ.
Babak 3
Ah peng pun membawa brader joe ke keretanya lalu membuka boot belakang keretanya. Kelihatan sebuah beg berada di dalam. Zip beg dibuka lalu kelihatan beberapa peket lutsinar mengandungi serbuk putih di dalamnya. Brader joe pun memeriksa peket-peket tersebut.
“Lu sudah tengok barang. Sekarang lu bayar gua then lu boleh angkat barang sekali dengan beg ma.. wa kira free gift la.. hahahaa…..”, ujar ah peng perlahan sambil ketawa seolah-olah takut orang lain terdengar urus niaga “barang” mereka.
Abang joe mengeluarkan sampul dari dalam jaketnya lalu menyerahkannya kepada ah peng. Ah peng pun melihat ke dalam sampul untuk menge-check duit.
“okey lah, lu boleh angkat barang cepat”, arah ah peng setelah berpuas hati,  sambil mengorek-ngorek celah gigi kuningnya dengan pencungkil gigi yang diambil di restoran mamak tadi.
Babak 4
Ketika brader joe hendak mengambil beg dari boot kereta ah peng tiba-tiba sekumpulan manusia datang menyerbu.
“Jangan bergelak (bergerak)!! Kami polis!!” jerit salah seorang dari mereka yang bernama chief inspector ah goh dengan pelat cinanya sambil mengacukan pistol ke arah brader joe dan ah peng. Polis-polis yang lain pun sama-sama mengacukan pistol dengan skema-nya seolah-olah dalam drama polis “gerak khas”.
Brader joe dan ah peng serta-merta serentak terkejut monyet dan terkentut tetapi tidak dapat melarikan diri atau melawan kerana telah dikepung dan diacu pistol.
Semua polis berpakaian biasa kerana menyamar sebagai orang awam di tempat tersebut. Brader joe mula sedar yang kebanyakan orang awam yang mundar-mandir di situ tadi sebenarnya adalah polis yang menyamar untuk memerhatikan mereka.
“Cilaka lu ah peng!! Takkan lu pun polis jugak sebenarnya?!”, marah brader joe kepada ah peng yang bermuka nerd.
“Lu la cilaka joe!! Wa bukan polis la!!” Marah ah peng kembali kepada brader joe sampai air liurnya terpercik merata-rata.
“Gali (gari) diolang (diorang) !! Peliksa (periska) badan dan keleta (kereta)!!”, arah chief inspector ah goh.
Seorang perempuan pengemis pun datang menggari brader joe dan ah peng.
“Eh! Hang ni perempuan mintak sedekah tadi kan?”, tengking brader joe dalam loghat utara pekat.
Babak 5
“Tuan kita jumpa peket serbuk putih dalam beg dalam boot kereta”, beritahu seorang polis kepada chief inspector ah goh.
Chief inspector ah goh pun dengan suspicious-nya mengeluarkan kesemua peket tersebut. Dia mengoyak satu peket dan merasa sedikit serbuk di dalamnya dengan lidahnya.
Chief inspector ah goh terdiam seketika. Mukanya suspicious bercampur konfius. Kemudian dia mengoyak dan merasa kesemua peket tersebut.
“Aiyah!! Kita dapat maklumat salah! Ini bukan lalah (dadah)! Semua tepung saja!”, marah chief inspector ah goh.
Babak 6
“Encik joe, encik ah peng, apa pasal you mau beli tepung talak (tarak) pegi kedai ah peng saja? Apa pasal mau suluh (suruh) dia hantar satu beg letak dalam kereta serupa jual dadah juga?”, soal chief inspector ah goh dengan curious.
“Itu macam salah ka???”, tengking brader joe dan ah peng serentak.
Babak 1
Pagi itu adalah pagi hari raya aidilfitri yang mulia. Mak Endon sedang sedang bertungkus-lumus di dapur menyediakan juadah yang enak-enak untuk dijamu kepada orang ramai. Manakala Pak Awie laki Mak Endon pula sedang berhempas pulas di dalam jamban kerana sakit perut terlebih makan ketupat pada malam tadi. Mungkin juga Pak Awie akan terlepas sesi sembahyang hari raya pada pagi itu kerana sakit perutnya.
Mak Endon dan Pak Awie terkenal di kalangan penduduk kampong sebagai pasangan secocok bak pinang dibelah dua dan gilang gemilang adanya.
Ada pun kampong yang diduduki oleh Mak Endon dan Pak Awie ini namanya “kampong angan tak sudah”. Letaknya di pingir banjaran titiwangsa di negeri Pahang. Maka selayaknya kampong tersebut di kelilingi hutan hatta kadang-kadang babi hutan pun datang menyondol orang-orang kampong dengan tidak semena-mena.
Babak 2
Jali botak adalah budak jahat kampong angan tak sudah. Pada pagi yang sama itu Jali botak sedang masygul duduk seorang diri di bawah pokok di dalam hutan. Dari kejauhan sayup-sayup dia mendengar suara takbir dari corong masjid. Dua hari lepas Jali botak pergi melarikan diri bersembunyi di ceruk hutan.
Sejak dua hari lepas orang-orang kampong mencari jali botak sebab rapeah anak pak mat menon ketua kampong kata jali botak panjat bumbung bilik air menghendap dia mandi telanjang.
Lepas rapeah jerit kuat-kuat jali botak pun terkejut beruk sampai terjatuh gedebuk atas tanah dan lari lintang pukang. Masa jali botak lari lintang pukang tu bapak rafeah pak mat menon sempat nampak jali botak lari dalam semak dekat ladang getah tepi rumah.
Cerita jali botak panjat bumbung bilik air skodeng rafeah mandi telanjang cepat tersebar seluruh kampong. Orang-orang kampong sumpah seranah jali botak tak sudah-sudah sampai hari raya.
Kawan-kawan jali botak yang sama jahat macam dia kata jali botak untung sebab dapat tengok rafeah telanjang. Tapi kawan-kawannya tak pula berani nak beri perlindungan kepada jali botak sebab takut kena hentam dengan orang-orang kampong kerana bersubahat.
Maka sejak dua hari lepas jali botak tak balik-balik rumahnya sebab bersembunyi di hutan macam komunis. Bapak jali botak pun dah tak mengaku jali botak sebagai anak sejak dulu kala lagi sebab perangai hantunya. Mak jali botak pula tak boleh nak kisah atau tak kisah sebab dia dah meninggal dunia lama dulu sebab kena sondol babi hutan masa tarik ubi kayu dekat kebun.
Jali botak bertambah-tambah masygul bila mengenangkan kisahnya dua hari yang lepas. Pada masa yang sama perutnya berasa lapar berkehendakkan makanan kerana sejak lari ke dalam hutan dia hanya minum air dari takungan dan makan pucuk-pucuk daun. Jali botak mengusap-usap perutnya sedang hatinya teringin benar hendak makan lemang dan ketupat dengan rendang di hari raya ini.
Babak 3
Mak endon sedang membasuh pinggan di dapur. Pak awie baru habis berak kini sedang mandi sunat pagi aidilfitri. Apit budak darjah lima anak pasangan Mak Endon dan Pak Awie sedang lahap menjamah ketupat dan rendang di dapur sambil menjilat-jilat jari.
Tiba-tiba pintu dapur dimasuki sesuatu! Besar dan berbulu.!
“GGGGRRROARRR!!”. Benda besar dan berbulu tersebut mengaum!
“Maaakkk!!! Gorila masuk dapur!!” jerit apit terperanjat.
Serentak dengan itu mak endon pun turut terkejut dan menjerit memanggil pak awie yang sedang mandi. Pak awie pun keluar dari bilik air berdekatan dapur dengan hanya bertuala. Badannya masih basah kerana tidak sempat dilap.
“Ya allah, bigfoot!!!” jerit pak awie terperanjat.
“GGRRROOAAARRR!!!!”, bigfoot mengaum dengan lebih kuat dengan niat hendak menakutkan pak awie yang muncul separa telanjang tersebut.
Bigfoot menghampiri apit yang sedang tercengang di meja makan lalu menolaknya hingga jatuh. Pak awie naik berang lalu menerkam ke arah bigfoot.
“Celaka punya bigfoot!!” Maki pak awie.
Untuk beberapa ketika pak awie kelihatan sedang bergusti dengan bigfoot seumpama aksi gusti di televisyen. Pak awie menumbuk perut bigfoot bertubi-tubi. Bigfoot tak jadi apa. Bigfoot pun membalas dengan melempang pak awie sampai pak awie pun tercampak ke dinding dan tualanya pun tercabut.
Melihat bigfoot mencabul kehormatan suaminya sebegitu rupa, Mak endon mencapai pisau hendak menyerang bigfoot. Mak endon meluru ke arah bigfoot dengan pisau menghunus sambil bertakbir dua kali
“allahu akbar! Allahu akbar!”, suara takbir mak endon berselang seli dengan suara takbir hari raya dari corong masjid.
Bigfoot menepis tangan mak endon yang menghunus pisau. Bigfoot mencekik mak endon lalu dicampakannya kuat-kuat ke arah sinki. Mak endon melayang dan terperosok masuk ke bawah sinki.
Apit sedar bigfoot terlalu kuat untuk dikalahkan oleh gandingan “tag team” mak bapaknya yang telah dimamah usia. Apit pun cepat-cepat lari  ke rumah pak meon jiran sebelah meminta pertolongan.
Sementara itu kepala pak awie rasa berpinar selepas kepalanya terhantuk ke dinding. Dalam keadaan bogel kerana tualanya telah terlucut, pak awie mendapatkan mak endon yang terperosok di bawah sinki.
Melihat keadaan pak awie dan mak endon yang sudah lemah, bigfoot pun berhenti menyerang. Bigfoot cepat-cepat menggagau ketupat dan rendang yang terhidang di dalam pinggan lalu berlari keluar masuk ke hutan.
Sejurus itu pak meon pun sampai dengan lagak heroic macho memakai cermin mata hitam bersama senapang patahnya seperti Arnold dalam filem terminator. Pak meon mendapati bigfoot telah tiada. Yang ada cuma pak awie yang sedang bertelanjang, mak endon di bawah sinki, dan ketupat rendang yang tumpah di atas lantai.
Babak 4
Bigfoot berlari sampai ke tengah hutan lalu berhenti di bawah sebatang pohon yang besar. Segala ketupat rendang diletakkan di atas seketul batu yang besar seumpama meja hidangan baginya.
Kemudian bigfoot menggagau-gagau tangan ke belakang badannya hendak mencapai sesuatu. Diraba-raba belakang badannya sehingga jari-jarinya menyentuh zip. Bigfoot menarik zip di belakangnya untuk membukanya.
Awang adalah seorang dispatch. Awang memberhentikan motor kapcai-nya di bawah KLCC yang menikam langit. Niatnya hendak menghantar surat ke pejabat petronas tingkat 60. Selepas mengambil visitor tag dekat kaunter awang pun menunggu lif hendak ke tingkat 60.
“Tingg….!”.
Bunyi lif menandakan lif telah sampai sampai. Pintu terbuka dan seorang perempuan gemuk keluar dari lif. Tiada orang lain di dalam lif pada masa itu. Awang pandang slack pada perempuan tersebut.
“Gemuk gila awek tu”, getus hati awang.
Selesai menghantar surat awang pun turun lalu ke kaunter hendak memulangkan visitor tag dia. Waktu itu dia ternampak perempuan gemuk tadi. Perempuan gemuk itu pun nampak awang.
“Apekejadah pompuan gemuk ni buat kat sini!”, getus awang dalam hati. Lalu awang pun terus blah dari situ.
Semasa awang ke motor kapcai-nya awang perasan perempuan gemuk tadi sedang berjalan di belakangnya. Awang buat tak heran. Awang terus berjalan lagi sampai dia perasan sebenarnya perempuan gemuk itu sedang mengekorinya.
Awang tak puas hati lalu dia pun menoleh ke belakang dengan sepantas kilat dengan harapan perempuan gemuk itu terkejut badak. Sekonyong-konyong itu perempuan gemuk itu pun terkejut macam badak sebab awang dah kantoi-kannya
Excuse me lady, are you following me?, tanya awang.
Perempuan gemuk itu pun menjawab: “ak ah, memang aku follow kau pun!”
Pantang ditengking awang pun jadi gila babi dan menjawab dengan marah: “da f**k you following me?”.
Lalu terjadilah perbualan seperti berikut:-
Perempuan gemuk:Hoi bangsat! Kau ingat aku tak tahu kau panggil aku gemuk dekat lif tadi??
Awang:Hoi! mana ada aku cakap dengan kau dekat lif tadi?
Perempuan gemuk:Memang la takde, tapi aku dengar la apa yang kau fikir dalam kepala hotak kau bodoh!!
Awang:Eh, kau ni biar betul! Mana ada orang boleh baca fikiran orang lain!
Perempuan gemuk:Ada la bodoh! Sebab aku boleh dengar kau kata aku gemuk masa dekat lif tadi!
Awang:Biar betul, takkan kau betul-betul boleh dengar kot?
Perempuan gemuk:Ye la!!
Awang: Okeeyy! Kalau betul kau cuba teka aku tengah fikir apa sekarang?
Perempuan gemuk:Kau tu lapar tengah fikir nak makan mek D!!
Awang:Weeeeiii, biar betul kau boleh tau!
(Awang tersenyap sebentar sebab tergamam manakala perempuan gemuk tengah pandang slack dekat awang)
Awang:Habis tu yang kau ikut aku ni kenapa??
Perempuan gemuk:Sebab aku nak bagitau kau jangan ingat aku tak tau kau keji aku gemuk masa dekat lif tadi!!
Awang:Ok! Ok! aku mintak maaf aku tak sengaja tadi!
Perempuan gemuk:Eleh tak sengaja konon, kalau mulut kau dah memang jenis suka mengutuk orang memang la kau dah    terbiasa nak kutuk orang dekat mana-mana pun kau jumpa!
Awang:Ala orang lain bukan boleh tau pun aku ngutuk diorang!
Perempuan gemuk:Tuhan tahu!!
IBU SUSU
Saya tidak dibenarkan berkahwin dengan anak lembu yang dimiliki oleh bapa saya, sebab ibu lembu itu merupakan  ibu susu kepada saya.      2.IBU BAPA
Jamdol tidak pernah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ibunya, walaupun secara  sembunyi-sembunyi.       3.IBU ROTI
Semenjak melahirkan beliau, ibu Roti sering demam-demam dan mabuk-mabuk. Roti ialah seorang anak yang baik  kerana sering menjaga ibunya di rumah.      4.IBU AYAM
Saya sering menangis mengenangkan ibu ayam peliharaan saya yang mati digilis keretapi setahun yang lalu.      5.IBU TUNGGAL
Pendekar Harimau Petir akhirnya ditewaskan oleh Pendekar Sayur Kerabu dengan Jurus Ibu Tunggal Petir peringkat  18.
Zakaria meneliti senarai nama Ahli Jawatan Kuasa yang menjadi tunjang ukhwah fillah dalam kalangan kariah surau. Dari atas ke bawah. Renungannya masuk kali ke enam, namun namanya tidak ditemui. Jari telunjuknya menekan-nekan pada nama Parjo Bin Karto. Cukup panas hatinya apabila melihat namanya tiada di situ.
‘Dasar orang tua sesat, apa yang kau bomohkan AJK surau kita ni’ Zakaria mengurut-ngurutkan dadanya lalu berjalan pantas ke belakang hingga terlanggar seorang lelaki yang hendak membaca papan kenyataan di luar surau.
Lelaki tua yang sudah berjanggut putih yang lalu disebelah Zakaria ditenung bagai hendak dimakan. Imran yang melihat gelagat ayahnya dari dalam serambi surau sekadar mampu menggeleng-geleng. Lelaki tua berjanggut putih itu kemudiannya masuk ke dalam surau setelah selesai mengambil wuduk dan bersalaman dengan Imran.
“Mengapa dengan ayah kau tu Imran?” Wak Parjo bersalaman dan menunjuk ke arah luar biarpun bayangan Zakaria telah pun hilang di sebalik bahu jalan.
“Entahlah, Wak. Perasaannya macam ada yang tak kena sekarang ni.” Imran memikirkan perkara yang ingin diucapkan kepada Wak Parjo.
Rahimah isteri Imran sering meracau-racau dalam tidurnya. Malahan jaganya juga tak menentu. Bila tiba hendak menjerit, terus saja menjerit. Petang-petang Rahimah akan berjalan di sekitar kampung malahan hingga ke sawah padi di hujung kampung. Bukan kepalang risau dibuatnya Imran. Cuba diubat pada doktor langsung tak jalan. Kini dia terfikirkan Wak Parjo sebagai tempat dia bertanya kalau-kalau boleh dirawat penyakit Rahimah.
“Saya ingat Rahimah sedang nanarlah Tuk?” Imran lebih kepada menginginkan kepastian berbanding bertanya.
“Engkau datang sajalah rumah Wak lepas Isyak nanti.” Wak Parjo mengangguk dan berjalan pergi meninggalkan Imran yang masih terfikir-fikir mengenai perasaan ayahnya yang tiba-tiba berubah apabila melihat Wak Parjo.
‘Apa pula yang berlaku?’ fikirannya menolak agar tiada perang dingin terjadi antara mereka berdua. Wak Parjo dan ayahnya sama-sama golongan tua yang dihormati dalam kalangan kariah surau kerana itu jika berlaku perbalahan, tentu akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk kampung.
Wak Parjo memipis ibu kunyit yang kekuningan, jintan hitam berat sepaha, dan kasturi berat dua emas, dan air bermalam sehingga lumat-lumat dan dibiarkan dalam mangkuk yang sentiasa digunakannya untuk berubat. Masuk saja, waktu azan pasti Wak Parjo akan meninggalkan rumah dan berjalan untuk ke surau yang terletak hampir 5 ratus meter dari rumahnya.
Hiasan di rumahnya cukup sederhana. Tak banyak hiasan-hiasan kaligrafi Islam bergantungan seperti di sesetengah rumah orang kaya, sofanya juga sudah lama tak bertukar. Bila dilihat sekeliling, langsung tak ada peti televisyen diletakkan di mana-mana ruang. Di atas raknya terdapat sirih pinang dan junjung yang dihias cantik. Beberapa herba-herba tertentu diletakkan di atas meja juga tidak terusik lagi. Biasanya Wak Parjo mengutip daun-daun herba pada subuh hari sebelum disimpan dahulu.
Fikirannya pada petang itu menerawang jauh apabila menerawang jauh apabila mengingatkan arwah ayahnya dulu yang kerap memaksanya ikut ke hutan. Mencari tumbuh-tumbuhan untuk rawatan penduduk kampung. Dia bukan tak ingat bagaimana dia meraung-raung apabila perutnya memulas sewaktu masih kecil. “Tak dengar kata orang tua, main juga di hutan sampai tengah malam’ itulah kata ayahnya apabila dia kerap lambat pulang ke rumah.
Sepuluh biji lengkuas diambil dan ditumbuk sehingga lumat dan mengeluarkan cecairnya. Sesudah itu garam pula diletakkan dalam air lengkuas itu. Terus disuruh minum. Bayangkanlah seorang kanak-kanak manakan sanggup minum sesuatu yang pahit tambah masin. Kembang tekak dibuatnya walaupun Parjo ketika itu sudah berjinak-jinak dengan ilmu perubatan tradisional.
Ayahnya pula sentiasa membantah apabila dia mengatakan cita-citanya ingin menjadi doktor. Pengaruh barat betul menyakitkan telinga ayahnya. Doktor pada takrifan ayahnya tak ubah seperti ahli sihir yang kononnya mengetahui segala benda pada asas perubatan dan menolak ilmu-ilmu yang dimilikinya.
Parjo dipaksa ke hutan tak kira masa. Bila orang yang sakit batu karang terjerit-jerit di rumahnya. Ketika itulah Parjo membentak hingga dipiat telinganya kemudian dihalau keluar. Ke hutan mencari pucuk pohon kendula, meminta buah delima dari penduduk kampung dan tiga biji daun petola. Setelah umurnya mencapai tingkatan tiga, dia perlu menguruskan sendiri pencarian bahan-bahan untuk dibuat ubat.
Pernah sekali pasakit itu marah-marah kepada Wak Parjo apabila dia meminta periuk baru untuk memasak ubat untuk diminum pesakit batu karang tadi. Ubat-ubat itu perlu dimasak dalam periuk baru sebagai syarat kerana khasiat bahan-bahan tadi boleh hilang jika menggunakan periuk lama yang berbaur masakan di dalamnya.
Air rebusan yang tinggal sepertiga periuk itu perlu diminum setiap pagi dan petang mengikut arahan Wak Sarju. Ayahnya ketika itu cukup tegas dalam memberikan arahan. Pernah sekali Parjo bosan dengan pekerjaannya terus memberikan deskripsi berbeza lalu pesakit disuruh minum sebanyak lima kali sehari. Pesakit itu cirit-birit dan menyalahkan Wak Sarju. Ingatannya yang menerawang tadi tertinjau-tinjau di muka pintu setelah dia mendengar suara orang memanggilnya dari luar rumah.
Imran memimpin isterinya duduk di hadapan Wak Parjo. Di tangan Imran terkendong seorang bayi yang masih kecil. Wak Parjo baru mengerti masalah sebenar yang terjadi dalam diri Imran.
“Bila kau pulang Imran?” Wak Parjo baru teringat kepada Imran yang sering mengikut rombongan-rombongan memberi ceramah di daerah-daerah lain termasuklah negeri-negeri luar. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah termasuklah sebagai Al-Fadhil yang dihormati di surau-surau di luar kawasan kampung.
“Alhamdulillah, baru lagi Wak. Kali ni ikut rombongan tabligh 6 bulan” Imran mengira-ngira di jarinya kemudian terangguk sekali.
Dalam fikiran Wak Parjo menjadi kasihan kepada isteri Imran yang lama ditinggalkan sedangkan mereka baru mendapat anak sulung, terus ditinggalkan.
“Kenapa Wak tanya begitu?” Imran menjadi syak sesuatu yang bukan-bukan.
“Tak ada apa-apa yang kau perlu risau. Aku cuma bertanya sebab isteri kau ni lama ditinggalkan. Bukan ke tak elok?” Wak Parjo menasihati Imran dengan lembut sambil tangannya pantas menyusun atur bahan-bahan untuk diberikan kepada Imran.
“Minum air ni empat kali sehari. Pagi sahaja engkau mesti ambil tiga bahagian, dan malam sekali” Wak Parjo mengingatkan Imran kemudian duduk semula menghadap Rogayah.
Ruqyah yang paling baik sebenarnya merupakan penyerahan diri secara sepenuhnya kepada Allah S.W.T dengan membaca zikir pendinding sebanyaknya. Wak Parjo sentiasa mengakuinya dan tidak akan meninggi diri biarpun memiliki ilmu tertentu. Setiap sesi perubatan dia akan mengingatkan pesakitnya kepada asas pokok dalam penyembuhan.
“ Engkau kena ingat Imran, isteri kau ni akan sembuh bila engkau beri sokongan sewajarnya. Banyakkan berdoa dan sentiasa dampinginya” Wak Parjo memberikan secawan madu kepada Rogayah setelah dibacakan doa mengikut ajaran Islam.
Rogayah yang mendengar butir bicara Wak Parjo mengakuinya dan memandang kepada suaminya yang tertunduk malu. Sepatutnya suaminya lama tersedar akan kesilapannya. Bukannya terus mengharap kepada orang lain tapi lupa kepada kekhilafan sendiri. Mungkin perkara yang sudah berlaku itu patut dibiarkan sahaja berlalu. Rogayah teringat pula kepada ayahnya Zakaria yang tentu marah apabila mengetahui mereka suami isteri berubat kepada Wak Parjo. Suaminya akan dimarahi teruk pastinya.
Bukan mereka tak kenal perangai Zakaria. Bengis memanjang tak kira masa. Bila difikirkan semula, bukannya silap Wak Parjo bila jawatan sebagai AJK Surau  terisi. Mereka-mereka di surau itu bukannya anak-anak kecil mahu diperbudakkan, tetapi Zakaria tak bersetuju. Katanya, seseorang pemimpin itu tak boleh sesat, jangan mengamalkan ilmu-ilmu syirik. Semua itu dosa belaka kalau diamalkan. Itulah katanya bila dia duduk-duduk di serambi surau ataupun sekadar melepak di warung sambil menunggu masuk waktu solat.
Wak Parjo pula menghabiskan keseluruhan masanya di surau. Menyental daki-daki air di tab wuduk. Menyapu daun-daun kering di laman surau malahan banyak idea-ideanya untuk membangunkan surau disampaikan kepada kariah-kariah surau tetapi dicemburui Zakaria. Kebenciannya terlampau berakar umbi hinggalah malam itu mereka sekeluarga bergasak menegakkan pendirian masing-masing.
“Engkau tak boleh ke sana lagi Imran!” Zakaria enggan melihat wajah anaknya sewaktu bercakap. Marahnya tak reda-reda apabila Imran masih lagi berjumpa dengan Wak Parjo meminta nasihat.
“Mengapa pula tak boleh. Perubatan tradisional ni mujarab” Imran bosan melayan angin ayahnya yang tak menentu.
“Itu ajaran sesat. Engkau pun dah diguna-gunakan olehnya” Zakaria enggan mengalah dengan pendapat anaknya itu.
Imran kemudiannya bangkit dari ruang tamu rumahnya dan melangkah masuk ke dalam biliknya sambil memapah Rogayah.
“Kalau isteri kau ni dah tak betul, kau ceraikan saja” Zakaria membentak marah dengan perilaku anaknya.
“Ayah jangan nak memandai, saya tak akan ceraikan dia. Baik saya buang ayah dari ceraikan dia semata-mata untuk ayah!” Marah itu menjadi api dalam percakapannya yang dibakar oleh peranan syaitan. Imran terlepas perkataan kerana jiwa mudanya yang panas menggelegak menghalalkan perkataannya.
“Engkau memang biadap Imran. Lebih baik kau keluar dan jangan masuk rumah ni lagi!” Zakaria mengheret dan menolak Imran keluar dari rumahnya. Kemarahannya berombak di dada. Apatah lagi dendam yang membara itu dibasahi dengan minyak yang membakar gelora jiwanya. Dendamnya akan dimeterai tak lama lagi.
Selesai semua kariah surau berdoa dan bersalaman, Zakaria menolak tangan Wak Parjo dengan alasan Wak Parjo tak sepatutnya berjemaah di surau. Seluruh jemaah memerhati tindak-tanduk Wak Parjo hinggalah dia merasa malu dengan tindakannya. Wak Parjo kemudiannya melangkah keluar sambil diekori Zakaria.
“Engkau dah melampau Parjo. Seluruh keluarga aku kau dah beli!” Zakaria menggeleng-geleng dan mukanya menjadi merah menahan amuk.
“Aku tak buat apa-apa Zakaria. Engkau ni terlalu banyak berfikir” Wak Parjo masih cuba berdiplomasi.
“Aku akan bunuh kau Parjo!” Zakaria menyimpan hasrat itu dalam-dalam dan berjanji akan melaksanakannya malam itu juga. Seolah-olah wajah Wak Parjo itu merupakan makanan yang mampu ditelan-telan. Dia pasti akan menelannya tanpa perlu mengunyahnya.
Zakaria memegang badik tajam sepanjang sejengkal di tangannya. Sesekali dia menghayun ke hadapan. Meninggalkan langkah menerusi batas-batas tanaman yang dikerjakan Wak Parjo, dia meminjak-mijak sahaja dengan penuh rasa dendam. Jubahnya yang putih itu tak bermakna apa-apa biarpun luarannya putih segala inci seketul hati itu lebih bermakna jika direnung fikir oleh orang ramai.
Hujan mencurah sebentar tadi membawa kelembapan pada kampungnya. Seolah-olah pandangan Zakaria turut berkabut dibuatnya. Sesekali dia tergelincir ketika memijak tanah berlumpur. Dia menyumpah serenah sendirian.
Langkah demi langkah diatur membelah kegelapan malam. Rumah Wak Parjo gelap tanpa sebarang tanda berpenghuni. Kakinya menapak menaiki satu anak tangga ke satu anak tangga. Nota-nota ingatannya memuntahkan maklumat penuh penipuan. Naluri dendamnya terlampau amuk meronta hingga tak sedar langkahnya diatur salah. Dia tersembam dan terjatuh ke tanah. Kakinya terseliuh dan gagal untuk digerakkan.
Matahari yang mencanak naik mencengkam ke ubun batin Haji Mihad. Dia berjalan tak tentu hala mengelilingi ruang tamu rumahnya. Sesekali tangannya menyelak langsir rumah kayunya dan melihat banyak lori-lori hantu melepasi kawasan rumahnya. Sekali lagi dia menoleh ke kanan, ramai penduduk kampung mengarah ke balai raya kampung. Dia sudah tak betah menunggu di dalam rumah.
Suasana di kawasan perkampungannya benar-benar berbeza. Bagai satu perayaan besar yang bakal disambut meriah oleh penduduk kampung. Bukan biasa-biasa kali ini. Sepanduk, kain rentang, poster-poster dan bendera-bendera parti politik tergantung-gantung berwarna-warni memenuhi sekitar kampung. Anak-anak kampung juga tak kurang yang menunggang motosikal tanpa bertopi keledar membawa bendera parti-parti kesukaan ibu bapa menerawang di sekitar kampung.
Beberapa hari lagi, hari pembuangan undi akan dijalankan. Begitulah kesibukan penduduk-penduduk kampung berkumpul sambil merancang kaedah-kaedah menaikkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap parti-parti politik yang menjadi paksi kepercayaan masing-masing. Anak-anak juga ada yang bergaduh di dalam masjid. Salah bapa di parti A, Bapa dia di parti B, cukuplah diketahui habis dibelasahnya.
“Ke mana abang tu?” Rogayah melihat Haji Mihad sudah siap berpakaian kemas dengan jubah putih. Nampak tergesa-gesa sedangkan tadinya cuma memakai kain sarong berbelang-belang. Perut boroinya juga habis terlindung.
“Abang mesti hendak jumpa YB Abu sekarang ni” Haji Mihad berkata.
“ Apa yang tak kena?”
“ Tanah orang kampung nak kena jual ni!” Haji Mihad terangguk-angguk lagi sambil mencebikkan bibir menguntum rasa benci dalam dirinya.
“ Dia tu bukannya rapat dengan kita bang, tanah kita dulu tu pun dia dah tipu.” Rogayah mengingatkan kembali Haji Mihad tentang tanahnya yang telah terjual dengan harga yang rendah. Ketika itu, YB Abu menjadi broker tanah, sepupu katanya. Tentulah dipercayai penuh.
“Abang ingat, kena pergi juga jumpa dia. Dia dah makin gemuk sekarang ni. Macam lembu-lembu di kandang dia juga”. Rogayah dan Haji Mihad sama-sama membayangkan rupa YB Abu yang bertubuh gempal pendek, buncit perutnya, kepalanya habis botak di hadapan, hidungnya kembang dan berkopiah biru laut.
Haji Mihad tahu afal YB Abu yang selalu memberi makan lembu-lembu di kandangnya sendirian. Lembu-lembu yang begitu pelahap. Air-air yang digunakannya bukanlah perlu dibayar. Ambil dari air sungai yang disalurkan melalui batang paip. Bukannya perlu diminta kebenaran penduduk kampung. tidak cukup dengan itu mereka sendiri yang meminta untuk menyiapkan kandang lembu dan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh lembu-lembu di kandang. Penduduk kampung memang setia apatah lagi YB Abu itu banyak jasanya termasuklah lembu-lembu dikandang itu.
Haji Mihad teringat mengenai lembu-lembu yang pernah terlepas dari kandang itu, habis tanaman rakyat kampung dipagut. Bukan seekor dua, tetapi terlalu banyak. Boleh dikatakan sikap-sikap lembu itu juga pelbagai kerenah. Bukan hendak memberi kesenangan kepada penduduk kampung, tetapi menyebarkan kerosakan.
Ada seekor dua yang menghidap penyakit lembu seperti kancing gigi dan virus kecil, semuanya dibunuh oleh YB Abu kerana  penyakit itu berjangkit. Takut banyak lembu yang mengikut. Lembu-lembu yang gemuk dan berisi itulah paling dijaga rapi oleh YB Abu kerana perhatian pembeli tersasar kepada jenis lembu yang ini. Manakala, lembu-lembu yang kurus akan terus tunduk dan memberi laluan kepada lembu gemuk untuk melahap menambah isi perut yang sudah sedia gemuk.
Haji Mihad kenal setiap seekor dari lembu itu, dia melangkah masuk ke dalam kandang dan menghidu bau busuk dari setiap ekor. Masing-masing ada bau yang tersendiri. Masam, tengik, bau najis juga melantung baunya mengembang-kempis hidungnya. Haji Mihad mengangkat-angkat jubahnya hingga terlihat lututnya takut tersentuh najis habis kotor jubah putihnya.
“ Aku datang ni Abu, sibuk sampai tak nampak aku” Haji Mihad berbasi-basi sambil memegang seekor lembu kurus yang tertunduk-tunduk.
“ Sibuk sedikit sekarang ni. Aku seorang mana nak terjaga lembu-lembu ni” YB Abu mengira-ngira lembu-lembunya yang makin bertambah.
Banyak kenangan Abu dengan lembu-lembunya. Ada yang menjilat punggungnya tanda mahu makan. Menguak-nguak apabila tak puas hati dan membuang najis jika perlu. Tompok-tompok di tubuh lembu itu semuanya bertanda. Ada jurai-jurai bangsanya dan tentulah ada yang dihormati dan disayangi.
“Ada yang aku nak adukan ni?” Haji Mihad masih lagi berjengket-jengket dan mahu keluar dari kandang lembu YB Abu. YB Abu mengekor dari belakang terkedek-kedek mengendung perutnya yang membuncit.
“Kau nak cakap soal tanah?” YB sudah boleh meneka tampuk persoalan yang ingin dibicarakan oleh Haji Mihad.
Haji Mihad memandang ke arah kandang lembu itu yang sudah mula membingit. Entah apa lagi yang dimahukan oleh  lembu-lembu itu pada saat tuan mereka keluar sebentar. Takkan sudah bercakaran? Haji Mihad memandang serius wajah YB Abu meminta penjelasan darinya.
“ Tanah engkau tu takkan berusik, aku ni sepupu kau” YB Abu meminta Haji Mihad mempercayai YB Abu tanpa mempersoalkan pendiriannya sebagai bakal Ahli Dewan Undangan Negeri, kawasan Kuak. Mata mereka bertembung lagi dan YB Abu  mengharapkan sepenuh kepercayaan dari Haji Mihad.
“ Aku pasti akan tolong kau Mihad. Sekarang pun aku nak tolong lagi.” YB Abu menepuk bahu Haji Mihad hingga terjongket sebelah kanan.
YB Abu menggamit Haji Mihad masuk ke kandang lembu miliknya. Bertambah bising sekalian lembu dan kebanyakan dari mereka kemudiannya tertunduk-tunduk memakan produk-produk kenetik yang diberikan oleh YB Abu.
“ Aku janjikan kau bekerja untuk aku. Jaga lembu-lembu ni untuk aku.” Haji Mihad meletakkan tangannya di atas kayu yang menjadi pagar diantara lembu dengan ruang ditengah-tengah kandang yang mensisakan sedikit kotoran pada lengan jubah putihnya.
“In shaa Allah, tak ada masalah asalkan kau janji yang tanah rumah aku tu tak terjual”. Bagaimana Haji Mihad tidak menjadi takut, rumahnya terjual. Letaknya saja di tepi jalan raya besar. Pembangunan yang terlampau pesat boleh saja meragut haknya kelak.
“ Mari sini Mihad, aku tunjukkan seekor lembu yang aku nak serahkan pada kau sekarang ni juga” Haji Mihad tertinjau-tinjau hingga terlupa persoalan tanah yang cuba dibangkitkan tadi. Seekor lembu berharga 2 Ribu Ringgit Malaysia hingga ke 3 Ribu Ringgit Malaysia, fikirannya terbawa-bawa melihat lembu yang dijanjikan YB Abu.
Seekor lembu yang sedang tidur malas dan gemuk ditunjukkan oleh YB Abu. Lembu itu kalau dijual tentu saja tinggi nilainya. Bukan sengaja hendak membesar-besarkan cerita tetapi Haji Mihad boleh terus bersetuju tanpa syarat. Pekerjaan pun dapat, lembu seekor sudah pasti menjadi miliknya. Apa lagi yang tak mengenyangkan?
Lembu yang dijanjikan YB Abu warnanya hitam legam tetapi cukup gemuk dan sihat. Kerjanya cuma tahu tidur. Masih muda tapi badannya gemuk, tidak bertanduk lagi. YB Abu mengatakan lembu itu lembu bertuah. Tak akan dijualnya sampai bila-bila. Mujurlah Haji Mihad itu sepupunya kerana itu dia memberikan kepada Haji Mihad.
Malam itu, bukan main panjang leter isterinya. Tak usah dikira panjang bibir isterinya yang mencemuh suaminya sendiri. Anak-anak di rumah semuanya berkurung ketakutan.
“Mengapa sampai tak dapat hasil bang?” Rogayah mencekak pinggang kemudian menghidang minuman sambil terketar-ketar tangannya.
“ YB Abu tu kan sepupu abang, abang percayakan dia seratus peratus” Haji Mihad menggunakan kedua-dua tangannya sambil menunjukkan bulatan dua di hadapan isterinya.
“Itu dua kosong, bukannya seratus!” Rogayah risau kalau-kalau suaminya mampu diumpan YB Abu dengan wang ringgit. Rogayah sudah lama mengetahui perangai YB Abu yang banyak menerima berbanding memberi.
“ Abang dapat pekerjaan darinya” Haji Mihad merasakan dia tidaklah gagal sepenuhnya. Ada juga sedikit pencerahan yang dirasakan akan memutik kegembiraan pada jiwa isterinya yang sedari tadi meletuskan amarah bagai bertih jagung.
“Jaga lembu saja bang?” Rogayah sempat membayangkan bagaimana rupa Haji Mihad yang selalu minta yang bukan-bukan. Padahal dia bukanlah golongan miskin. Hidup mereka sudah cukup serba-serbi. Hendak dikatakan duit pencen, sepatutnya memadai untuk hidup mereka berdua.
“Bukan setakat jaga lembu, kita pun dapat lembu seekor” Haji Mihad bangun dan mendepakan tangannya menunjukkan saiz lembu yang diberikan.
Rogayah kemudiannya membayangkan berapa banyak pula lembu yang akan diperoleh jika YB Abu menang pilihan-raya akan datang. Tentu hasilnya akan jatuh ke tangan suaminya juga. Rogayah menggeleng-geleng kepala dan masuk ke dalam biliknya. Haji Mihad pula menyilang kaki dan melihat telefon bimbitnya yang diletakkan gambar lembu yang diberikan kepadanya.
Matahari yang mencanak 90 darjah mengasah ubun-ubun kepala Haji Mihad yang tidak berkopiah atau berjubah. Haji Mihad sekadar memakai baju kemeja T kusam dan seluar lama yang disaluti lumpur. Duduk di tengah-tengah kandang lembu sambil menunggu kedatangan YB Abu.
Petang itu, YB Abu datang berdua dengan Taukeh Lim untuk melihat lembu-lembu untuk dijual. Haji Mihad kemudiannya terbangun apabila melihat kedatangan YB Abu. Sebagai majikannya, tentu YB Abu tidak senang hati jika melihat Haji Mihad mencuri tulang dan memudahkan pekerjaan.
Taukeh Lim berkeliling memerhati lembu-lembu yang terdapat di kandang itu. Menepuk-nepuk setiap seekor melihat lembu mana yang paling patuh, pasti lembu itu yang dibelinya. Mata Taukeh Lim terus memerhati lembu hitam yang tidur saja di dalam kandang. Pada makrifatnya, lembu yang kerjanya hanya tidur dan meragut rumputlah paling mudah dijaga. Terbeliak mata Haji Mihad apabila Taukeh Lim ingin membeli lembu yang dijanjikan kepada Haji Mihad.
“Kau nak beli lembu ni ke Lim?” YB Abu menunduk dan menggosok-gosok lembu itu kemudian mengerling ke arah Taukeh Lim.
“Mestilah, lembu jantan baka Bali Brahman ni bagus” Taukeh Lim memegang lembu hitam itu dan mengerling ke arah Haji Mihad untuk memberikan sebarang pendapat.
\"Ya, lembu itu lembu bagus” Haji Mihad teragak-agak untuk menjawab. Dia merasakan dirinya teraniaya oleh YB Abu. Lembu itu sepatutnya menjadi kepunyaannya. Entah apa bakanya pun dia tak tahu. Baginya lembu semuanya sama, Bezanya cuma gemuk dan kurus.
“ Aku bagi kau Rm 13 ribu, untuk lembu ni” YB Abu kemudiannya mengira-ngira di jarinya.
‘Lembu begini dijual empat kali ganda harga lembu biasa’ YB Abu memikirkannya dengan mendalam apabila mendapati duit itu terlalu lumayan dan terlupa terus janjinya terhadap Haji Mihad lantas bersetuju dengan Taukeh Lim.
Beberapa orang suruhan berkulit sawo matang kemudiannya masuk ke dalam kandang dan membawa lembu hitam itu naik ke atas lori. Taukeh Lim dan YB Abu berpelukan dan bersalam-salaman sejurus urus niaga itu berjalan dengan baik. Berbeza sekali dengan Haji Mihad yang terkutil-kutil mengizinkannya biarpun sebenarnya dia telah tertipu dan tidak mendapat keuntungan sebenarnya. Selesai sahaja urus niaga barulah YB Abu menemui Haji Mihad.
Bukan main lebar senyuman YB Abu kali ini. Dia merasakan keuntungan betul-betul mencurah,Tak sempat hendak difikirkan lagi tentang muka Haji Mihad yang masam mencuka. Bila dilihat muka Haji Mihad yang sudah merona merah, barulah dia meminta maaf kepada Haji Mihad tentang lembu tersebut.
“Lembu tu lembu biasa Mihad, lepas aku menang pilihan raya akan ada yang luar biasa untuk kau!” YB Abu menabur janji tak ubah seperti manifesto yang manis semanis gula. Haji Mihad yang mendengarnya terpegun sekali lagi. Karisma, dan keyakinan yang didirikan YB Abu tidak dapat dilenturkan lagi. YB Abu terlalu yakin dengan kreadibilitnya sebagai seorang pemimpin dan penghibur janji-janji.
Serentak dalam pilihan raya berlangsung, semua lembu di kandang YB Abu semuanya berkelakuan baik. Tak ada yang meragam meminta yang bukan-bukan. Biarpun disembelih pada hari pilihan raya, mereka tidak pula membantah. YB Abu kemudiannya diumumkan menang dengan majoriti yang besar. Habis satu kampung mengaraknya bagai satu perayaan besar.
Dua ekor lembu kurus ditumbangkan untuk memberi makan penduduk kampung. YB Abu tak risau kerana itu semua memang menjadi kemestian di awal musim kemenangan. Haji Mihad sendiri yang melapah lembu-lembu itu dan memasaknya dengan perencah-perencah yang membisu-butakan penduduk kampung dari melihat kotoran-kotoran lembu yang mengalir menerusi alur sungai terenang.
Haji Mihad sendiri meneliti sungai itu semakin lama makin tercemar malah membusuk dengan kehadiran lembu-lembu yang bertambah. Haji Mihad makin bosan dengan telatah lembu-lembu YB Abu. Entah lembu mana yang dijanjikan pun tak diketahui. Bahagian-bahagian itu semuanya diambil, seperti tanah penduduk kampung yang tergadai satu lot hinggalah kini menghampiri lot rumahnya.
“Engkau tak nak jual lot tanah kau tu Mihad?” YB Abu menepuk bahu Haji Mihad apabila melihat Haji Mihad termenung meneliti sungai yang lesu berkelodakkan najis lembu.
“Mengapa pula nak jual? itukan tanah saya” Haji Mihad tercengang dengan pertanyaan sebegitu.
“ Tapi harganya mahal tahu. Tak lama lagi jalan besar akan dibina. Tanah tu tetap akan dibeli kerajaan” YB Abu menerangkannya dengan cara yang sangat lembut takut kalau-kalau disalah tafsir oleh YB Abu.
“Lembu-lembu kau pun makin lama makin bertambah” Haji Mihad memerhati lembu-lembu yang membuang najis, makan, tidur, dan menguak sepanjang masa di kandang itu dengan penuh rasa bosan.
“Engkau jualkan saja pada aku Mihad.” YB Abu mulai mendesak dengan menjanjikan wang ringgit serta lembu-lembu yang makin banyak setelah dihantar oleh Taukeh Lim selepas selesai pilihan raya.
Haji Mihad meninggalkan YB Abu tercengang-cengang sendirian. Bukan lembu dan gembala lembu yang diinginkannya. Haji Mihad cuma mahukan tanahnya terjaga. Dia perlu mempertuankan tanahnya sendiri. Mengapa itu sukar difahami YB Abu?
Pak Hurairah memang sudah jelas ketuaannya malah gayut serba-serbi. Ku perhati tulang belulangnya tak sekuat dulu, Garis-garis berceranggah jelas berada di belakang tubuhnya. Aku mencelah di sebalik keriuhan orang ramai dan meninjau-ninjau ke dalam pondok yang sudah hangus. Kebun itu dulunya begitu terjaga kerana bantuan orang ramai. Orang ramai senang membantunya membersihkan kebun buah-buahannya. Aku mengenalinya sebagai lelaki yang cukup pemurah, segala macam hasil buah-buahan seperti buah Rambutan, Mempelam Harum Manis malahan manggis juga turut diberikan kepadaku sepanjang hayatnya. Aku yang berada disitu tersagat segala kuntum rasa. Mengapa dia yang dijemput pergi?
Ada musimnya dia akan menghadiahkan segala isi kebun kepada orang kampung. Datanglah dan petik sendiri. Ada yang berniaga demi melihat peluang yang tersedia, tapi tak semua yang mengenali Hurairah. Anak-anak kampung kebanyakannya akan menziarahi kebun Hurairah dan bermain-main. Dia dihargai kerana apa yang dicurahkan. Disayangi oleh penduduk kampung sebagai khazanah yang tak terhingga nilainya, mungkin juga sebagai tua nyanyuk yang dicemuh.
Sudah menjadi afal bagi Hurairah untuk berjalan-jalan ke segenap pelosok kampung untuk mencari kertas-kertas kering yang bertaburan. Segala jenis kertas menjadi idamannya. Dia akan berlagak seperti menurunkan tanda-tangan lalu mengangkat kening dan cermin mata tebalnya lalu terangguk-angguk sambil ketawa berdekah-dekah. Orang kampung kemudian menganggap  gelagatnya sebagai lelucon. Ada juga yang mengenakannya dengan memberikan wang kertas seringgit yang kemudian dikoyakkan oleh Hurairah, katanya ‘wang tidak bererti, kerana wang kita mati’. Bukan main laju langkah pemuda itu apabila dikejar oleh Hurairah.
“Mengapa ayah kejar budak tu?”  seorang wanita bertubuh gempal menyanggah perbuatan Hurairah kemudian cuba menarik tangan Hurairah.
“Tengok, dia sudah pergi!” jawab Hurairah.
“Bila ayah mahu pulang?” wanita itu bertanya ;lagi.
“Kenapa aku perlu pulang?” Hurairah menempel satu persoalan.
“Rumah itu dah lama kosong.”
“Kosong,alangkah bagusnya.” Hurairah ketawa kecil dan menggaru-garu hujung telinganya. ‘ Betulkah apa yang aku dengar ni?, mesti kekosongan itu terbit setelah hilangnya aku.’. Hurairah kemudian berjalan dan mengutip lagi kertas-kertas kering dan kotor  yang sudah bertimbun banyaknya lalu dimasukkan ke dalam karung guni Cap Bulan Dacing yang sudah terkoyak.
Ada masa-masanya aku akan menemaninya mengutip kertas-kertas itu. Sebagai kanak-kanak yang tidak tahu menahu. Aku ikutkan saja, biar dari pagi hinggalah ke petang. Aku akui kudratnya tidak selemah usianya tapi sayang dia sudah terlalu tua untuk bekerja. Biarlah dia berbaring tenang dan menghabiskan sisa umurnya.
“Mengapa pak cik tak berehat?” Aku tidak mampu menyimpan perasaan.
“Kau fikir aku gila?” terus dia mencekak pinggang.
“ Saya tak kata macam tu.” Aku makin takut.
“Takkan nak bersara selagi kampung ni tak bersih?”
‘Apa lagi yang nak dibersihkan? atau aku yang dah melampaui batas’ fikiran Hurairah menerawang menapis-napis maklumat benar mahupun kesalahan yang telah dilakukan. Hurairah melihat-lihat ke jam tangan yang dihadiahkan isterinya dulu. Sudah lama tidak bertukar baterinya. Jam yang telah uzur dan mati. Azan maghrib berkumandang, sudah melepasi takwim-takwim yang tidak diendahkan.
Aku juga melihat ke arah datangnya azan melalui pembesar suara. Panggilan suci itu tak dapat kukatakan tidak. Tuntutan Allah Azza Wa Jalla ke atasku sebagai hambanya. Ibuku tentu memarahiku jika tak tentu jalan pulang. Maghrib-maghrib masih menempel di luar, kata orang mahu dikejar hantu. Di surau, kariah-kariahnya semua aku kenal. Tok Imam Rahman, Bilal Akub, Siak Hussein, dan beberapa lagi orang-orang tua yang sudah terbiasa berjemaah di surau.
Pagi itu, belum masuk waktu subuh kecong-kecoh seluruh isi surau apabila kebun buah Pak Hurairah terbakar. Gempar semua penduduk mendengarnya. Aku seorang yang masih dianggap remaja ketika itu memerhati timbuni buah-buahan yang selalu disedekahkan Pak Hurairah. Bisik-bisik penduduk kampung terdengar seperti lebah yang berdesing menyakitkan gegendang telingaku. Ada yang suka kerana orang gila itu sudah rentung terbakar, ada pula yang berduka kerana memikirkan banyak amal yang dilakukan oleh Hurairah sepanjang hayatnya. Kariah surau terus berarak keluar menuruni tangga surau. Aku pula tinggal dahulu dalam surau dan menggapai cetakan Yasin dan duduk sebentar memulakan bacaan.
Bara api yang bertebaran menelan susuk gelap belantara kebun yang dimiliki Hurairah. Berculang-caling baranya bertebaran melawati mata penduduk kampung. Bukan sebarang api, sinarnya membahang hingga diri mereka terjebak sama dalam ingatan yang tidak terlupakan. Kebun buah yang menjadi syurga penduduk di kampung itu telah terbakar, hangus, sekaligus rebah dijilat api.
Ada antara mereka yang terkontang-kanting melarikan diri tak mahu dekat, biarpun merekalah pelahap yang menggonyoh hasil buah di dusun Hurairah. Imam Rahman yang mengetuai kariah surau juga susah untuk mengumpulkan penduduk kampung. Ramai di antara mereka enggan. Katanya itu semua takdir, lambat laun api itu akan terpadam. Sayangnya, api itu masih juga marak dan makin angkuh menongkat langit.
Aku melihat Pak Rahman mula mengagih-agih kerja. Ada yang disuruh mengalirkan air dari parit untuk memadamkan kebakaran, ada juga pak pacak, tukang rakam sejarah pun ramai, Mereka semua sepakat dalam kerumunan yang ramai. Pak Rahman bertanya kepada semua penduduk bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi. Aku sahajakah saksinya?
“Ada sesiapa yang tahu?”  Pak Rahman bertanya.
“Saya ada ingat sedikit.” Aku mengangguk sekali.
“Tentang apa tu Abu?”
“Malam tadi saya bersamanya” Aku berlegar-legar sekeliling kebun yang sudah terpadam apinya. Cuba menghangatkan lagi ingatan tentang apa yang terjadi pada malam itu selepas usai bersolat Isyak. Habis aku berfikir, barulah aku bersuara sekali dan menjemput segenap pandangan menujah mukaku.
Hurairah menggapai guni berisi kertas lalu membuang pandang ke arah timbunan debu bersebelahan sebuah kubur lama sebelum melangkah masuk ke dalam pondok usangnya. Lampu pelita di setiap penjuru pondok dinyalakan hingga terbias gambaran wajah isterinya Zainab. Setiap potretnya jelas menampakkan kejernihan wajah isterinya hinggalah tangis tuanya meronta-ronta melepaskan diri melalui kotak suaranya. Dia sudah terlalu tua. Lampu pelita itu kemudiannya terpadam apabila bayu kencang merembes kasar ke mukanya. Begitulah juga sorot wajah Zainab yang meniti pandangannya. Semua terpadam dalam sedetik.
Tangisannya berderai dari dalam pondok. Aku yang bersamanya bukan main kecut perut. Kalau diikutkan hati, pasti aku lari tak ubah seperti “lipas kudung” tapi dia bukan sesiapa untuk kutakuti. Lelaki tua yang keseorangan tanpa ihsan dari seorang anak. Aku masuk terus ke dalam pondok usang miliknya dengan seribu tanda tanya. Pondoknya kemas teratur biarpun tanpa bercahaya. Langkahku teratur ke dalam pondok dengan menghampiri sebuah pelita yang tinggal menyala. Gambar potret keluarganya cubaku gapai. Tanganku ditarik tiba-tiba. Pak Hurairah benar-benar menakutkan.
“Kau nak curi potret tu?” Pak Hurairah menyergahku dari arah belakang.
“Tidak, saya cuma risaukan Pak Hurairah.” Aku semakin melangkah ke belakang apabila disergah sedemikian rupa.
Warna api yang kemerah-merahan tegak menyala dan menghembuskan asap hitam menyelimuti udara hingga menggaris ke awan. Maraknya api, marak lagi wajah Pak Hurairah dengan kebengisannya.Dia memegang sebentuk cincin. Aku tahu dia menggenggamnya dengan kuat. Suara jeritan kedengaran di luar pondok apabila aku sudah berkemungkinan hampir diratah Pak Hurairah yang tak siuman itu.
“Apa yang ayah buat tu?” Kalsom menjergah ayahnya dengan nada lantang hingga menyebabkan Hurairah terdiam.
Langkahku terus berceceran pantas meninggalkan pondok usang yang penuh kegilaan. Hinggalah aku merasa selamat, aku menyorok di belakang sebatang pokok Nangka dan memerhati. Nafasku tercungap-cungap, badanku tidak lagi seselesa sebelumnya. Pak Hurairah itu pendendam, atau juga menyimpan sesuatu rahsia yang tak dijelaskan sebelum ini. Biar malam ini semuanya terungkai.
“Ayah sudahlah tu, lepaskanlah perasaan bersalah ayah tu.” Kalsom merayu kepada ayahnya sambil meletakkan makanan di atas tikar mengkuang sejurus menyalakan semula pelita di setiap penjuru rumah Pak Hurairah. Hati Kalsom tenggelam dengan segala penderitaan. Ramai penduduk kampung mencemuhnya sebagai anak tak mengenang budi dan derhaka. Bukankah itu sudah cukup menyagat perasaannya sedangkan orang ramai tidak mengetahui apa-apa. Sekadar mulut tempayan yang terbuka luas.
“Bukan ayah tak tahu kau benci ayah!” Hurairah meningkah.
“Bukan begitu maksud Som” Kalsom bertambah sebak.
“Macam mak kau halau aku dulu!”
“Mungkin kerana ayah sendiri yang bersalah sebab tipu emak.” Kalsom kemudian keluar meninggalkan Hurairah bersendirian di dalam pondok usang itu. Bunyi berkeriut kedengaran apabila Kalsom melangkah menuruni pondok. Bayangannya berbalam-balam meninggalkan kawasan kebun. Nyalaan api di sebelah kubur itu mulai terpadam dan semakin kecil.
Orang-orang kampung yang memandangku semuanya ternganga. Mungkin juga kerana merasakan ceritaku tak ubah seperti kisah dongeng rekaanku tetapi itulah yang terjadi. Tiada yang aku tokok tambah. Entah mengapa mereka membiarkan saja mayat Pak Hurairah bersendirian dan mahu mendengar ceritaku.
“Jadi Pak Hurairah gila?” tanya salah seorang dari mereka.
“Habis kau tak luka?” Ada juga yang meneliti tubuhku.
“ Mujur Pak Hurairah dah mati” Sempat pula budak kecil itu mengurut dada.
“ Dia tak gila dan dia menganiaya dirinya sendiri” fikiranku menerawang menyusun semula blok-blok ingatan peristiwa malam semalam. Bacaan Yasin yang dialunkan Pak Hurairah jelas menunjukkan dia bukannya gila. Cuma terseksa.
Aku sendiri yang menyoroti langkah longlai Pak Hurairah ke kubur di tengah pondok. Dia membawa cetakan Yasin dan duduk di hadapan kubur. Usai saja bacaan Yasin, dia meratib tak henti-henti. Sejuk dingin malam itu kutebat dengan mengepah beberapa batang rokok. Mulutku tak habis-habis menyedut asap durjana.
“Ampunkan abang, Nab” tangannya memegang ketul-ketul tanah yang sudah kekerasan. Kemudian memeluk batu nesan lalu menciumnya. Penyesalan yang tidak ada pengakhirannya menjadikannya nanar tidak keruan. Dia merasakan malam itu tidak seperti kebiasaan malam. Semilir yang memecah kesepian itu membawa kunang-kunang yang jarang ditemui. Hurairah kemudiannya berjalan masuk ke dalam pondok dan menggapai sekeping gambar milik isterinya serta sebentuk cincin.
“Di sini, bumi tak pernah kurang mentari, teriknya membenih buah-buahan beranak pinak,  tapi di desa inilah luka rohani tidak mampu dirawat” Aku menggeleng-geleng dari luar pondok apabila memikirkan kedukaan yang dialami Pak Hurairah yang kian membarah. Pak Hurairah sudah terbaring lesu di atas tikar mengkuang.  Aku terpaksa juga meninggalkan Pak Hurairah. Rokok yang tinggal setengah ibu jari itu kubuang di bawah pondok Pak Hurairah. Tak ada apa yang mampu kulakukan selain mendoakannya menjadi lebih baik.
Dalam tidurnya, mimpinya menerawang membiaskan kenangan di rumah sewaktu bersama keluarganya. Peluh berjejeran di dahinya malah di belakang badannya. Dada pejal berombak melihat Zainab yang membentak-bentak kepadanya dengan kasar. Tak dapat tidak ego lelakinya serta-merta tercabar.
“Aku bukan sengaja jual tanah tu, untuk keluarga kita juga” Hurairah membela perbuatannya sendiri. Dalam fikirannya, pendidikan anak-anak patut diutamakan. Kalsom juga sudah membesar dan perlukan wang untuk ke universiti. Orang kampung kalau ada anak ke menara gading sudah tentu menjadi halwa telinga kepada ibu bapa. Bukan semua orang mampu ke universiti.
“Tanah sawah beberapa relung tu saja peninggalan arwah ayah. Abang tak fikir ke?” Zainab sentiasa melempiaskan rasa marah dalam dirinya. Pelbagai cerita buruk didengarnya. mengenai suaminya. Kerjanya cuma melangut di kedai kopi dan berjudi. Takkanlah pula nak mengutamakan pendidikan anak-anak.
“ Abang cuma nak dibanggakan oleh Kalsom, Biarlah abang bodoh tetapi anak abang biar jadi pandai.” Hurairah mencekak pinggang lalu naik ke tangga rumah dan hilang di balik pintu. Seketika kemudian Hurairah keluar dengan membawa pakaian yang diisi dalam kain besar dan memegang sebentuk cincin.
“Ini cincin kahwin yang kau jual dulu Nab. Aku tebus balik agar kau sedar mana yang sebenarnya hak” Hurairah menyerahkan cincin belah rotan yang menjadu mahar sewaktu pernikahannya dulu. Sayangnya cincin itu digadai diluar pengetahuan Hurairah.
Menggeletar tangan Zainab menyambut cincin yang diserahkan Hurairah. Pandangan mereka bertembung dan saling berkaca. Tangisan Zainab bercucuran namun dia terkaku tak mampu berdiri lagi. Dia terduduk melihat Hurairah pergi meninggalkan rumah dan keluar entah ke mana. Lambat-laun ayah akan pulang. Begitulah fikiran Kalsom ketika itu yang tidak mengambil kisah tentang ayahnya yang selalu mencemar nama baik keluarga mereka.
Bahang dan asap menerobos masuk ke dalam lubang-lubang pondok di kawasan kebun buah. Begitu juga dengan api yang makin marak membakar pokok-pokok di sekitarnya. Habis semua rezeki penduduk kampung dijilat api. Hurairah kemudiannya tersedar namun terbatuk-batuk cuba mengawal pernafasan malahan pandangannya terlalu berbalam untuk mencari cermin matanya. Dia bukannya nampak tanpa bantuan. Begitulah dia tergapai-gapai tercari-cari dalam kehangatan yang mulai membakar kulitnya. Dia terasa dirinya makin terbakar namun desut-desut telinganya menangkap panggilan suara wanita yang sudah lama ditunggunya.
“Abang, marilah sahut salam kerinduan ini.” Zainab kelihatan terlalu anggun dengan kain songket bunga tabur yang menjadi hiasan di kepalanya. Bajunya cuma baju kurung kain cita namun kelihatan sungguh ayu dengan wajah mulus lagi bersih menghulurkan tangan menyambut Hurairah pulang.
“Tanam padi di celah batu,
tanam bunga di atas kota,
jikalau tuan berhati satu,
boleh kujunjung sebagai mahkota.”
Hurairah tidak lagi merasa kehangatan terbakar. Dia terlalu dingin dan berterbangan melewati impiannya yang lalu. Segalanya terlalu indah hinggalah dia terlupa kepada segala kedukaan yang terlalu lama membelenggu dirinya.
Aku ceritakan segala yang terjadi ini sesungguhnya. Biarpun ada yang ingin mempercayai, ada juga yang mengatakan aku pembohong, tetapi yang pasti orang kampung telah menjadi saksi kematian lelaki gila yang mengenyangkan isi perut setiap kepala-kepala kampung yang pernah mengatakan Hurairah itu gila.
Belon sahabat baik saya. Tiada panggilan bos secara formal daripada saya. Wajah mudanya bagai menyindir ketuaan saya. Dia tidak mengambil sebarang bahan kosmetik atau makanan tambahan. Aktiviti hariannya adalah mengisi perut. Tujuh hari seminggu seperti dalam jadual selama sepuluh tahun. Dia tiada kepayahan atau masalah. Saya mengakui sahabat saya ini boleh tahan kacaknya. Aaron Aziz pun cuma setengah kuku sahaja. Soal saya, mengapa tidak jadi artis? Rimas katanya. Demikianlah kekaguman saya kepadanya. Dia tidak menyukai kuku besi. Saya juga bukan komunis atau Zionis. Ketika saya membayangkan makanan tengah hari. Dia dengan sabar terpacak seperti tiang di bawah terik mentari memberi saya sedikit wang dan meminta saya mengisi perut dengan makanan yang saya suka.
Belon mengetahui impian saya melalui diari yang saya tulis pada kayu aiskrim yang dikumpul semenjak berumur lima tahun yang dijadikan gulungan skrol sebesar batang balak demi tidak mensia-siakan pengorbanan hutan rimba. Habis terbongkar semua rahsia saya yang disembunyikan daripada Belon. Dengan muka sekupang lima duit. Saya meratap dengan hiba lalu menulis surat letak jawatan. Saya bukan bersandiwara. Benar maksud saya. Selepas mengiklankan jawatan setiausaha baru bagi menggantikan saya. Saya menyerahkan surat saya dengan rasa berat hati walaupun rahsia korup saya terdedah. Belon menahan perbuatan saya. Kau mahu ke Perancis? soalnya. Saya mati sebentar sepuluh minit dan hidup semula. Belon menantikan jawapan saya. Kau mana layak, balas saya bagi menafikan kemampuannya merealisasikan mimpi saya. Aku tidak pernah guna wang haram, tegasnya. Saya terdiam. Pegang erat-erat, arah Belon menerbangkan kemahuan saya. Melalui seratus rintangan saya dikabulkan cita-cita belajar membuat makaron dengan chef pastri terkenal di Paris seperti yang saya catatkan dalam diari. Saya berterima kasih kepada Belon. Buatlah apa yang kau suka tapi jangan menjamu aku dengan makaron dan cukuplah memberi semangat kau yang ada itu, pesan sahabat baik saya dengan senyuman fajar menyinsing. Kau tidak menghidap kencing manis, balas saya kembali.
Pada pagi ahad sewaktu membaca akhbar perdana negara. Belon menyatakan hasrat untuk masuk universiti. Kepala otak terlalu kosong, katanya. Saya tidak bersetuju dengan meraih sokongan dua pertiga fakulti mentaliti saya terhadap andaian itu. selama ini sayalah yang mendidiknya. Dengan berbekalkan ijazah sarjana muda kelas pertama disamping berkelebihan dikecualikan bayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak satu juta. Saya tidak terdesak mencari pekerjaan. Saya mendapat pekerjaan ini secara tidak sengaja melalui sahabat Belon yang melepaskan jawatannya supaya dapat mengembangkan sayap dalam dunia demokrasi tanah air demi kesejahteraan masa depan. Percuma atau secara bidan terjun., tanpa melalui tapisan birokrasi atau selirat kabel rakan taulan. Saya dicampakkan kepada Belon pada hari perasmian pusat pemerintahan yang dilangsungkan pada hari lahir saya. Pada waktu itu Belon cuma sebesar ibu jari.
Siapa akan menerima kau, dan kau akan hanya ditertawakan, luah saya sebagai membantah. Saya tegaskan tidak perlu kuliah universiti dan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan. Saya telah menghabiskan masa muda saya dengan memerah semua pengetahuan saya buat Belon. Sedangkan dia hanya menghargainya dengan membuat perkiraan yang kepandaiannya serendah sifar. Belon menjauhkan diri seperti kanak-kanak.
Pegang kuat-kuat, perintah sahabat baik saya pada pesta bulan mei. Saya memelihara jarak kami umpama seorang pengawal peribadi berbadan raksasa yang menjaga keselamatan tuannya. Saya merengus terhadap sifat kepura-puraan, egois manusia yang mengasak-asak dari depan, belakang, kiri dan kanan. Rendah sungguh budi bahasa murni pencapaian diutamakan, sindir saya. Dalam cuaca baik yang bersimbahan cahaya lampu LED. Saya dijemput masa untuk memandang sekilas idola artifisial bergelar gadis tempatan bercitarasa globalisasi. Hati saya merusuh bak bunyi jentera mesin. Saya mengalami kekacauan naluri. Dengan membiarkan tubuh meletus seperti bunga api dan melayangkan jiwa ke seratus ruang. Saya merubah diri sendiri kepada humanoid wirawan dunia.
Saya melupakan diri sendiri dengan menjadi sesumpah manusia buatan. Humanoid. Harus. Dengan gagah saya telah memenangkan hadiah teddy bear sebesar bas sekolah dengan menumpaskan sasaran berupa itik yang menjadi hamba keuntungan. Pada hakikatnya mengangkat pistol air pun saya tidak mampu. Sembunyikan sahaja, bisik saya. Gadis modenisasi yang terpesona dengan kekuatan saya menepis ganjaran yang saya perolehi walau belum pernah dimenangi oleh mana-mana makhluk di Bimasakti ini. Dia meminta saya mendapatkan belon udara panas yang boleh mengangkat mana-mana bandar di Eropah, Amerika ke halaman rumahnya yang seluas tapak tangan. Belon? Seminit saya meninggal dan hidup kembali. Tangan saya ringan dan entah mana Belon menghilangkan diri. Saya terbaring di atas tanah dipijak gadis penuh kemahuan dicelah orang ramai yang mengejar bahagia. Saya telah diperhambakan graviti bumi selama-lamanya. Sahabat baik yang menampung beban saya telah hanyut ke hujung ozon atmosfera akibat pengkhianatan saya sendiri.
Saya terpesona dengan segala bangunan batu, monorel dan papan iklan. Melalui jendela lutsinar. Saya dijemput dengan pandangan berwarna syurga. Siapakah mereka yang berjari cantik itu? saya tertanya-tanya. Alangkah bertuahnya saya. Saya tidak mengerti mengapa mereka terlalu sibuk. Apa yang mereka cari? Saya membatu di suatu sudut dengan pandangan yang tidak terkatub biar setengah saat. Walau dicemuh rakan-rakan. Saya tetap merayu, datanglah kepada saya. Bagai doa dikabulkan. Saya didatangi bidadari bertangan lembut seperti jeli. Wajahnya umpama bulan terbit siang. Pudar sungguh perasaannya. Apakah dia telah kehilangan sayap?
Ini tidak adil, tidak adil, sindir saya meniru Yuna. Saya tidak tahu apa kekurangan saya. Belum cukup kacakkah saya? Berani mereka menyingkirkan saya sesudah menyentuh saya dengan penuh tumpuan. Berilah kasih sayang biar sedikit, pinta saya. Mereka tidak simpati walau senafas. Saya hanya akan diburu ketuaan. Saya tidak tahu apa yang mereka mahu. Di sudut dingin berbau segar itu, saya mendengar gelak ketawa di hujung dunia. Apakah ada syurga yang lebih baik? soal saya kepada teman di kiri dan kanan. Tiada siapa yang peduli kepada saya. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Betapa menyesal saya meninggalkan kampung halaman. Di sana tentu saya didelusikan sebagai artis sensasi semasa didalam komersial berkaca. Malunya saya. Saya mahu disorokkan di dalam awan kumulonimbus. Supaya tiada satu makhluk pun peduli kewujudan saya.
Selama seratus tahun atau sepuluh minit. Saya berhibernasi didalam kedinginan. Dengan keistimewaan mulut sinis. Saya diterima umum dengan kepura-puraan. Memang sejak azali begitu. Ketika saya mengepal angan-angan. Saya didatangi bidadari berwajah besi. Tangannya kasar. Tidak seperti tangan bidadari jelita yang lain. Namun keharumannya tidak akan membezakan mereka. Saya dijulang ke arah cahaya.
Perasaan bangga atau keriangan tidak boleh disamakan dengan kudup bunga yang mula mekar. Dengan seratus tapak kehadapan. Kehidupan baru saya langsung bermula. Barulah saya sedar betapa kecilnya saya. Mujurlah saya disorokkan. Malu benar saya. Setelah menyembunyikan muka dengan tangan. Saya ditembusi satu pandangan magis. Terasa seperti angin pantai. Saya berselisih dengan cinta pandang pertama. Rupanya bersinar bak berlian. Tiada lelaki di dunia yang tidak mahu mengucupnya. Namanya Gincu. Rupa-rupanya saya dan Gincu dipisahkan oleh beberapa dimensi kehidupan. Biar jauh bezanya dengan saya, hati saya layak untuknya, yakini saya.
Tiada persamaan serba-serbi antara kami kecuali satu. Merah. Yang lain semuanya kontra. Saya tidak seberapa. Dia mewah. Saya merensakan. Dia menyenangkan. Saya biasa-biasa. Dia elegan. Saya terpinggir. Dia popular. Kadang saya dibenci. Dia selalu digilai. Dunia akan memisahkan kami. Begitulah kenyataannya. Saya tersipu-sipu saat kami melewati pohon bunga kertas yang bermacam warna. Seisi dunia adalah musim bunga. Saya melupakan siapa diri saya.
Rasa cinta itu bagaimana? Soal saya. Adakah ini dikatakan cinta? Saya membiarkan pertanyaan itu bebas pergi. Saya membenarkan tsunami perasaan menghanyutkan diri. Saya memohon kepada bidadari yang memungut saya, izinkan saya mencipta syurga saya sendiri. Reaksinya kosong. Saya mengerti yang saya tidak berhak meminta-minta. Saya malu kepada Gincu. Moga dia tidak mendengar isi permohonan gopoh saya. Saya bersabar.
Saya menjadi berdebar-debar sebelum masuk ke dalam syurga baru. Apakah sapaan pertama saat saya disatukan di dalam kamar, fikir saya berkali-kali. Saya kembali malu dan senyum sendiri. Ketika kami berdua ditinggalkan sambil menonton drama romantik satu episod diwaktu tengah hari. Beginilah cinta, luah saya tiba-tiba sehingga mengejutkan Gincu. Hanya satu jam membolehkan saya menulis definisi cinta setebal seribu muka surat. Demikianlah cinta kami nanti, bisik saya. Namun apa yang saya impikan itu tidak berlaku. Bidadari yang baik hati itu mengheret saya lalu dikurung di dalam sebuah peti besi. Apakah dia tidak menyukai perasaan saya terhadap Gincu.
Selama seratus tahun atau sepuluh minit. Saya dipenjara kekeliruan. Saya diterjah cahaya ditengah kegelapan. Hidup kau tidak akan lama, pesan doktor gigi didalam mimpi. Bagaimanakah saya dapat membahagiakan Gincu andai saya pergi dahulu. Tolong! Lepaskan saya, jerit saya. Untuk hidup yang singkat ini. Izinkan saya meluahkan isi hati kepada Gincu, rayu saya lagi. Bidadari yang bermuka besi tidak bersimpati. Dia menangis tetapi bukan meratapi keadaan saya. Dia diganggu jiwanya dengan siaran drama Korea pukul tiga petang. Alangkah kejamnya hidup ini. Saya merintih agar dipertemukan dengan Gincu buat terakhir kali. Biarlah hidup saya bermakna dan tidak sia-sia. Ketika saya hampir menjadi lembik akibat banyak menangis. Bidadari berwajah besi melepaskan saya dengan rupanya yang bercahaya. Cinta, cinta, alunnya sambil mengerat saya tanpa belas! Di atas meja yang disinari lilin. Saya yang mati dengan mata terbuka melihat bidadari berwajah besi dengan senyum Gincunya sedang menggoda pasangan makan malamnya. Kejahanaman saya ditamatkan oleh pengkebumian dengan garpu dan sudu.
Ali  seorang remaja berusia 15tahun. Budak kampung yg mempunyai hati yg  kering dan panas baran yg melampau. Ali mmpunyai sikap yg sangat tidak  baik iaitu suka menyiksa binatang hingga mati. Sikap itu telah lama  sebati dgn ali sejak sekolah rendah lg. Pernah satu hari, ali telah  melastik seekor burung pipt. Burung itu jatuh ke tanah bila kepak  sebelah kirinya terkena batu. Meronta2 burung itu kesakitan. Ali berlari  gembira mendapat burung itu...
\"Ohhh tak mati kau lagi\" kata ali pd burung yg dlm genggamannya.
\"Tak pe aku tahu nak buat macam mana\" kata ali sendiri. Ali telah mengikat tali pd kaki burung itu pd dahan  pokok. Dilepaskan burung itu, burung itu terkapai2 tergantung kemudian  dlm jarak 5 kaki ali melastik burung itu berkali2, terburai pecah dan  terputus kepala burung itu. Ali seronok bila melihat burung itu mati.
Ali  pernah membaling anak ayam ke dlm unggun api, rentung anak ayam itu.  Ali juga pernah mengantung leher seekor ibu ayam, dlm keadaan tergantung  itu ali menyucuk2 tubuh ayam itu dgn skru driver. Meronta2, menjerit  kesakitan ayam itu. Berlubang2, berjuntai tali perut ayam itu dan darah  penuh berlumuran badan ayam itu. Ali suka bila melihat binatang itu  kesakitan dan puas bila binatang itu mati.
\"Ali nak pergi mana tu?\" kata kawannya pada satu petang.
\"Aku nak kencing, tu pun nak tanya\" jawap ali terus memasuki kawasan semak.
\"Hati2 ali sebelah kau tu busut jantan\" kata kawannya.
\"Ohh busut jantan ya, nak ambil kau!!!\" kata ali tergelak sambil kencing atas busut itu.
\"Aliii, kau gila ke!!!\" jerit kawannya.
\"Hahaha...\" besar ali tergelak. Itulah ali yg mempunyai hati kering tak takut pd apa2.
Kini  ali telah habis alam persekolahan, perangai dan sikapnya terus  mengikutinya. Ali tidak dpt menyambung pelajaran lebih tinggi, akhirnya  ali berkerja kilang dikawasan perkilangan. Disini baru mula point cerita  ini. Jom baca lg cerita botak ini. Oleh kerana jarak tempat kerja jauh  dari rumah. Maka ali telah menyewa sebuah rumah. 5 org duduk dirumah itu  termasuk ali
Satu petang, didepan pintu rumah...
\"Ali termenung je\" kata kawannya bernama azmi bertubuh sedikit berisi.
\"Aku kena marah dgn supervise tadi\" jawap tanpa memandang ke arah kawannya.
\"Kenapa ali?\"
\"Entah?, tiba2 je dia marah aku\"
\"Kau mesti buat salah ni\" kata azmi.
\"Tak de aku tak buat salah pun, fedup btl aku\" kata ali mengeluh.
Itulah  perbualan ali dgn kawannya dan keesokkan harinya ali mengambil cuti  sakit yg dibeli. Ali duduk seorang didlm rumah, perasaannya begitu marah
\"Tak patut supervisenya marah aku, bukan yg salah\" bicara ali keseorangan.
Sebelah  petangnya ali duduk ditaman permainan yg berada dihujung kawasan  perumahan kos rendah itu. Ditaman pd petang itu tidak ramai org. Ali  duduk dikerusi paling hujung, duduk melayan perasaan marahnya yg masih  membara. Sedang asyik itu, tiba2 seekor anak kucing bermanja dikaki  kanannya.
\"Celaka kau tepi la\" jerkah ali pd anak kucing yg tak sampai umur setahun itu.
\"Ohh degil ya\" kata ali bila melihat anak kucing itu tak lari. Ali lihat keliling,  bila pasti tiada orang. Ali bangun dan terus dihayun kaki kanannya  menyepak ke badan anak kucing itu.
\"DEBUKKK\" bunyi kaki ali terkena ke badan anak kucing itu. Melambung dan menjerit  anak kucing itu. Ada jarak 20kaki anak kucing itu tercampak. Ali tak  puas hati terus melangkah laju ke arah anak kucing yg terbaring   kesakitan. Bila lihat ali yg sedang menuju ke arahnya. Anak kucing itu  cuba bangun utk melarikan diri tetapi ali lebih pantas. Kaki kiri telah  berada diperut anak kucing itu, ditekan kuat kakinya...
\"Meowww!!!\" menjerit dan meronta2 anak kucing dlm ketakutan dan kesakitan. Ali tak  hirau diwajahnya menjelma senyuman, ditekan lagi kuat2 perut kucing itu.  Anak kucing itu tak tahan kesakitan cuba melawan, dengan kaki depannya  cuba mencakar2 kearah kaki ali.
\"Ohhh melawan ya\" jerkah ali.. Pantas kaki kanannya merembat ke kepala anak kucing.  Berulang kali ali menyepak dan menghentak kaki ke kepala anak kucing  itu. Tersenbam kepala anak kucing itu ditanah. Anak kucing itu menjerit  kesakitan tak tertahan lagi.
\"Nak ambil kau\" jerit ali dengan satu hendakkan sepenuh tenaga dilakukan keatas kepala anak kucing itu.
Tak  bermaya anak kucing itu, tiada lg kedengaran suara jeritan kesakitan.  Senyap sesenyapnya tapi anak kucing itu belum mati. Tubuhnya kelihatan  mengelentik2 kesakitan. Nafasnya tersekat2 bagaikan separuh mati. Ali  lepaskan kakinya pelahan2. Anak kucing itu, kekal disitu tidak bermaya.  Ali tersenyum puas... Ohhh belum puas rupanya matanya ali liar melihat  keliling mencari sesuatu. Sekali lagi ali tersenyum bila matanya  terpandang sesuatu.. Ali melangkah laju kearah itu. Rupanya seketul batu  dlm berat 5kilo diambil ali. Diangkat penuh semangat kemudian menuju  semula ke anak kucing yg tak bermaya itu. Didepan anak kucing itu ali  ajukan batu itu betul2 dikepalanya.
\"HisSSh tak boleh, aku tak akan biar kau mati cepat\" kata ali yg masih kelihatan senyuman dibibirnya. Ali mengaju di batu  itu dibahagian belakang badan kucing itu. Diletak batu itu, tepat batu  itu jatuh dibahagian belakang. Menjerit anak kucing itu sekuat2 hati  dipadang permainan, tapi malangnya tiada sesiapa2 pun mendengarnya. Anak  kucing itu gagahkan dirinya melarikan diri, lari dari kesakitan. Anak  kucing itu mengangkat badan dengan amat payah. Kaki depan melangkah  dengan tidak bertenaga, mana kala dari pinggan hingga ke kaki belakang  terkulai tidak bertenaga. Rupanya dari pinggang hingga ke kaki anak  kucing itu telah hancur terkena hentakkan batu. Dengan mengheret kaki  belakang yg hancur itu anak kucing itu cuba melarikan diri, cuba  selamatkan diri. Walaupun anak kucing itu tidak tahu kemana arahnya.
\"Hahaha!!!! kelakar la kau berjalan\" kata ali bersorak gembira. Kemudian ali mengambil batu yg sama terus dihentak ke kepala anak kucing itu.
\"Dukkkk!!!!\" kedengaran batu itu terbenam dikepalanya. Ali tersenyum puas, sambil  menyapu kedua2 tapak tangan ali melangkah pergi.Tinggal tubuh anak  kucing itu disitu. Selang berapa hari bangkai anak kucing itu  dibersihkan.. Tidak ada pun heboh2 sebab yg mati kucing bukannya orang.
Kini tiga minggu berlalu, sudah 3kali jumaat. Hari sabtu petang... selepas habis kerja.
Ali berniat utk pulang ke kampungnya malam ini kerana keesokkan hari ali cuti. Kali ini ali meminjam motor kawannya utk pulang.
\"Ali jap lagi aku bagi motor aku kuar jap\" kata kawannya dimuka pintu.
\"Set...\" jawap ali diruang tamu. Sementara menunggu kawannya pulang, ali duduk  di sofa menonton tv. Ali dapat rasa badanya seram sejuk dan sesekali  kedua2 kakinya mengigil.
\"Apa yg tak kenal dengan badan aku ni?\" bisik hati ali.
\"Mungkin letih kot, minggu ni kan aku banyak buat ot\" sekali lagi ali bercakap sendiri utk sedapkan hati. Selang 10minit menunggu kawannya pulang.
Dalam pukul 9mlm ali bergerak, semasa hendak keluar dari kawasan perumahan.
\"Piiinnnnn!!!\" ali membunyikan hon motornya.
\"Celaka punya kucing\" carut ali lagi. Kelihatan seekor kucing berwarna hitam lari lintang  pukang kerana terkejut. Ali menerus perjalannya, lebuhraya utara kini  dimasuki. Ali mengikut lorong paling kiri, sesekali ada juga dia  merempit. Sedang asyik membawa motor dlm kelajuan sederhana, tiba2 entah  macam mana seekor lagi kucing juga berwarna hitam muncul dari tepi  jalan.
\"Hoi!!!\" jerit ali. Kucing itu sempat mengelak. Ali perlahankan motor melihat  kebelakang tetapi kucing telah hilang. Ali terus perjalanan, kejadian  tadi tidak ambil kisah. Kali ini ali merempit, dipulas minyak selagi  boleh. Menjerit motor itu dalam kelajuan maksima. Dalam 30minit merempit  itu, sekali lagi kejadian yg sama berlaku. Seekor kucing yg masih  berwarna hitam tiba2 keluar ke jalanraya. Ali tidak dapat mengelak,  tiang besi penunjuk arah dirempuh. Motornya melekat disitu tetapi ali  melambung ke jalan, terjatuh dilorong tengah. Ali cuba merangkak ketepi.  Tapi terlambat sebuah kereta dengan laju melanggarnya.
\"Ahhhhhh\" menjerit ali kesakitan......
\"Aaaahhhhhh\" jeritan kedua ali kedengaran. Akhirnya ali kaku disitu.
Setahun ali terlantar dihospital. Pada awal tahun ke 2 ali dibenarkan pulang.
Satu hari...
Diruang  tamu kelihatan seseorang sedang berbaring kemudian mengesot2 badannya  tak tahu hendak kemana. Kelihatan kedua2 kakinya terkulai2. Kedua2  tangan kini ibarat kakinya. Dimana kedua2 tangannya akan diletak  kelantai utk menolak tubuhnya ke depan. Itulah cara orang itu berjalan  sekarang.
Kenapa orang itu berjalan begitu? Orang itu ialah ali. Akibat kemalangan dari pinggang hingga ke kaki ali telah HANCUR. Jika berdepan dengan ali kelihatan kepala sebelah kanannya kemek kerana tempurung kepalanya juga hancur dan diganti besi.
\"Apakah ini dugaan atau balasan?\".. Tamat
\"DS ITU NYATA\"
*JOM ADD BOTAK DI FB....Zambri Atan
KEPALA OTAK-BOTAK
DITULIS-DIN TWIN
\"So?\"
\"So, what?\"
Aku pandang dia balik, sambil membetulkan singlet aku. Baju hitam berlengan panjang yang labuhnya sampai menjadikan tubuh aku bak papan sudah aku baling ke dalam bakul laundry sebaik balik kerja. Sambil menunggu air dalam heater masak balik - sebab aku baru pasang suisnya - aku berdiri bersandar kat kabinet sambil memegang elok gelas kuning berisi gula dan uncang teh Lipton kegemaran aku.
Turutan cerita ini adalah songsang. Penceritaanya set waktu sekarang, dan babak berikutnya berlaku setahun sebelum, dan berikutnya lagi beberapa bulan sebelum. Aku tulis setiap babak dekat-dekat dengan tarikh yang tercatat, dan tiba masanya aku gabungkan ketiga-tiga.Walaubagaimanapun, pembacaan cerita haruslah seperti biasa - dari pangkal sampai hujung, dan bukan dari hujung sampai pangkal.Nenek aku baru meninggal sekitar tiga jam yang lepas, aku berniat nak upload cerpen ni awal pagi tadi dan sebaiknya aku tunaikan hajat kecil aku ni sebelum aku berangkat ke kampung.~ ~ ~ ~ ~ ~April 26, 2013
\"So?\"
\"So, what?\"
Aku pandang dia balik, sambil membetulkan singlet aku. Baju hitam berlengan panjang yang labuhnya sampai menjadikan tubuh aku bak papan sudah aku baling ke dalam bakul laundry sebaik balik kerja. Sambil menunggu air dalam heater masak balik - sebab aku baru pasang suisnya - aku berdiri bersandar kat kabinet sambil memegang elok gelas kuning berisi gula dan uncang teh Lipton kegemaran aku.
Dan dia pulak, masih tak berubah - muncul tak bagi warning tak bagi salam pun. Senyumannya yang senget masih terlekat kat muka. Lengannya padat, taklah bermuscle sangat tapi nampak la yang dia jaga badan, kan? Rambutnya masih berserabut, macam biasa. Tepi rambut dipotong rapat manakala rambut depan dibiarkan jatuh mengiring. Dia masih memakai singlet hijau lumut kegemarannya dengan seluar jeans skinny yang warnanya sangatlah seasoned. Macam biasa. Munculnya dia di ruangan dapur aku sebab aku banyak mengeluh sampai dia malas nak dengar, kot?
Mungkin sampai masanya dia ketuk kepala aku sampai aku berhenti merungut!
\"Lama tak jumpa kau. Kau datang ada apehal ni?\" Aku masih berpura-pura nak tanya lagi.
\"Takkan nak lawat kau pun aku kena ada alasan. Kau sunyi kan?\" Dia balas balik.
Tiba-tiba aku semacam nak nangis. Ya, jejaka itu memang muncul bila aku sunyi. Bila aku dikelilingi ramai kawan, dia menghilang. Hampeh. \"So kau nak gelakkan aku yang sunyi, ke, kau nak temankan aku je?\"
\"Temankan kau la, bongok.\"
Aku tersenyum, sekali-sekala mengacau barang kering dalam cawan. Kemudiannya tanpa sedar aku mengeluh lagi. \"So...\"
Dia semacam menunggu aku meneruskan ayat aku. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Aku sedia maklum apa motif kehadiran dia. Kalau dia nak legakan hati limpa dengan otak aku daripada semua problem, cepatlah! Aku pulak yang menunggu dia menyambung ayat aku.
And he did so. \"Apa kau nak buat lepas ni?\"
\"Aku rasa nak lari jauh-jauh, boleh tak?\" Aku cakap dengan jujur. Aku memang tukang mengeluh malam ni gamaknya! Sambil mengerutkan dahi, aku berjalan ke heater yang dah berbunyik menandakan isinya yang sudah mendidih. Dengan takda rasa terburu-buru aku dengan tenang mengisi air panas ke dalam gelas teh. \"Kalau boleh restart, memang aku nak restart fresh.\"
Dia gelak, tapi dalam gelak aku ada dengar simpati. Jadi aku tak boleh marahkan dia atau tersinggung oleh dia. \"Life\'s shit, Sammie, but you\'re pretty strong, you know that?\"
\"I don\'t even care if I\'m strong. I\'m seriously clueless of what to do next.\" Memang aku keliru. Aku tarik kerusi meja makan kecil dan duduk, cawan panas dalam genggaman aku. Hari hujan macam ni memang terasa nyaman kalau nak menikmati air panas. Lagi-lagi dengan rumah yang sunyi, isi rumah belum pulang lagi dari kerja atau kelas, melainkan aku sorang.
Sebab itulah si senget ni boleh muncul tiba-tiba!
\"You\'re clueless of what to do next?\" Dia senyum, tapi dalam senyuman tu macam tak ada kerisauan! Itulah bakat dia. Tak pandai nak risau walaupun bencana melanda. Selalu bersedia menghadapi dugaan. Berbeza sangat dengan aku yang selalu risau dan banyak \'tapi\' nya sebelum mengambil keputusan.
Yang aku paling suka tentang dia, aku tak payah nak jelaskan apa-apa. Aku cuma bercakap dengannya kalau perlu, meminta kalau perlu. Kalau aku ada ragu-ragu nak cakap, aku tak perlu risau, dia akan baca otak aku dengan sendirinya. Nak test? Jom test. I feel like a freaking mess.
\"You\'re not a mess, Sammie,\" ucapnya tenang. See, what did I tell you?
\"Are you kidding me? I\'m a huge mess, apparently. Look at me.\" Okay, dah tiba masanya aku melandingkan dagu ke atas lengan aku yang tengah rehat di atas meja, depan gelas teh. \"Barang-barang aku banyak yang rosak. Laptop tu, kalau tak ada power adapter, mana boleh hidup? Gelang kesayangan aku ni, berapa kali aku nak balut dengan electrical ductape? Sweater favourite aku kena makan ngan lipas. Hati aku ni pulak tengah parah sebab kena tinggal my other half tanpa bagi apa-apa warning pun that he\'ll disappear. Tambah lagi ngan segala konflik gila dalam rumah ni, rumah yang memang tak sesuai for a spontaneous, messy, artistic and crazy person like me. Kalau tak ikut rule, kena caci maki, kena pandang rendah. And now...\" Aku tak nak habiskan ayat aku. Dia tau. Aku angkat dagu dan menarik hujung seluar sambil aku bersila atas kerusi, jari-jemari aku asyik menekan-nekan dan menggosok-gosok lebam-lebam besar di kaki aku yang kebiru-biruan.
\"You\'re still in one piece, isn\'t that great?\" Katanya, optimis. Tak perlu aku nak beritahu, dia sedia tahu bahawa aku ni baru terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari lepas. Syukur takda serious injury, cuma lebam-lebam dek terhempas dalam kereta yang terbalik. Dan sekarang, nak bayar baiki kereta, sakit! Sebab bukan kereta akulah, aku perlu pulangkan balik kereta itu dengan duit gaji aku yang tak seberapa, dan aku dah nekad nak beli kereta sendiri. Tuan punya kereta lebih pentingkan nilai sentimental kereta itu berbanding nyawa aku, walaupun kami ada ikatan keluarga di situ.  Hah, hidup. Kalau tak mencabar camni, bukanlah hidup namanya, ye dak?
\"Whoever cares, except my parents?\"
\"A couple of friends. And me. I\'m glad you\'re okay.\"
Aku senyum, rambutku yang hanya panjang di sebelah belahan kiri aku menutupi mata aku kedua-duanya. Tak tau macam mana aku dapat idea untuk memotong rambut sebelah pendek, sebelah panjang. Yang pasti, aku dah minat rambut pendek sekarang! Aku gosok belakang leher. Rambut dah sampai separuh leher. Nak kena potong ni.
\"Yeah, right.\" Aku akhirnya menjawab dia, tapi dengan tersengih tersipu malu.
\"Betul la. Jangan compare aku ngan orang yang kau kenal sekarang.\"
Aku tergelak. \"Aku manada compare kau ngan sesape. I love unconditionally, you know.\"
Dia melontarkan senyuman sengetnya balik dan tangannya tiba-tiba membelai rambut aku. \"Kalau boleh, aku nak teman kau sampai bila-bila. Kalau boleh, aku nak jaga kau dan temankan kau bila kau sunyi.\"
\"So, be my guardian angel!\" Aku kata immediately semacam menawarkan offer kerja. Macamlah guardian angel tu satu pekerjaan yang boleh masuk resume, boleh daftar EPF bagai, kan!
\"You can call me that,\" katanya, bergurau.
Aku senyap seketika. \"Aku sedih. Dia tak call. Dia langsung tak ada tanda-tanda nak muncul even to give me sympathy. Aku rasa macam tak berguna kat dia. Mungkin dia betul-betul nak chow dari hidup aku.\"
\"Hah, ada \'mungkin\' kat situ.\"
\"Well, I asked for a confirmation and he still didn\'t respond to that. Kalau nak chow, aku silakan tapi dia kena verify dia nak chow. Kalau tak, maknanya dia tengah prepare skrip Season 2 untuk kisah hidup kami berdua la.\"
\"So now your life is a sitcom? Like How I Met Your Mother?\"
\"I\'m trying to be dramatic. Play along.\"
\"Sammie?\"
Dia cuma memanggil. Tunggu aku menyahut. Maka aku sahut dengan \'hmmph\' pendek, sambil bermain dengan sudu dalam gelas teh.
\"Get back up one more time. You\'ll survive.\"
Dan aku senyum balik. Sayang betul. Kalau dia benar, memang aku tak mahu lepaskan dia ni.
Oktober 15, 2012
Jejaka berambut ala Korea, berkulit kuning langsat, bersinglet hijau lumut dan berseluar jeans skinny seasoned muncul, elok duduk atas dua kerusi lembut yang satunya disusun di atas satu lagi, di dalam dewan yang besar, malapnya tidak seberapa dan bisingnya dikuasai sang PA system yang mendendangkan lagu gembira nyanyian tetamu kehormat.
Dari jauh aku melihat sahabat aku Hector segak dengan tuksedonya di hujung dewan, melayan kawan-kawan yang lain - yang aku tidak berapa kenal - yang bertandang ke majlis perkahwinan kakaknya itu. Aku datang dengan mama aku, dan mama aku sedang asyik berborak dengan rakannya yang berkongsi semeja - ayah pengantin lelaki tu jiran kitorang! - dan aku pula terasa keseorangan.
Bukan aku menyalahkan Hector.
Aku keseorangan, aku terasa keseorangan dan aku berpura-pura menikmati lampu malap berwarna-warni dan musik Elvis yang bingit di majlis perkahwinan tu, sambil ber-WhatsApp dengan adik aku yang tengah di perantauan.
Jejaka berambut ala Korea, berkulit kuning langsat, bersinglet hijau lumut dan berseluar jeans skinny seasoned itu gelak, dan mungkin sedang gelakkan aku.
\"Kau gelak apahal!\" Aku tiaw dia.
Dia cuma kenyit mata. Dia tahu aku sunyi.
Wanita bergaun coklat, yang duduk di meja sebelah, memandang aku dengan penuh hairan, dan waktu tu lah aku sedar bahawa aku tengah bercakap dengan angin!
April 4, 2012
Di tengah-tengah bulan Oktober, 2011, aku mengelap air mata dengan hingus aku kat baju sambil tercangguk di atas kerusi di dalam bilik hostel single aku di tengah hari - dan aku lupa apahal - apabila dia muncul kat hujung katil aku, bersandar elok kat dinding aku yang kekuningan yang karya-karya kurang jelas peninggalan penghuni sebelumnya berzaman. Rambut dia dipotong rapat di tepi dan dibiar jatuh di mengiring menutup dahi dan setengah inci bulu kening. Kulit dia kuning langsat, kulit Asia. Dia memakai baju singlet hijau lumut dan seluar jeans skinny seasoned.
Dia pandang aku dan tanya, \"what\'s wrong?\"
Sejak itu, dia muncul beberapa kali, terutamanya waktu aku sepatutnya tidur nyenyak dah walhal sebenarnya aku sedang membasahkan bantal dengan air laut yang tak habis-habis keluar dari mataku. Ayat lazim yang dia pakai, \"don\'t worry. Tidur la. I\'ll look after you.\"
Dan aku sememangnya boleh tidur nyenyak apabila dia ada di sisi. Aku tak tahu apa dia. Bila aku waras aku cuba untuk hasilkan macam-macam teori - adakah dia mainan otak aku yang sering keletihan emosi, atau kawan imaginari, atau teddy bear aku yang saja memunculkan diri dalam bentuk manusia holograpik, atau malaikat pelindung yang aku tak tahu, ataupun utusan Tuhan - tapi aku yakin dia bukan sesuatu yang paranormal, dan aku yakin sangat aku tak gila!
Kini, dah lama aku tak jumpa dia. Kebelakangan ni otak aku berserabut seolah budak-budak tadika dah masuk minda aku dan attack every thought I have dengan attack anime yang diorang pelajari dari TV. Mungkin sebab aku dah lama tak bermedetasi dan menenangkan pikiran, aku pun tak tau!
Tapi malam tadi, ketika aku menyorokkan diri di dalam selimut, dalam gelap, mengelap air laut gila yang jatuh dari mata aku yang derasnya mengalahkan Niagara Falls, aku rasa ada tangan membelai rambut aku dan suara yang lantas menyuruh aku menenangkan diri. Saat itu, aku memang teruja - aku rindu dia!
Malam itu aku tak sengaja teriak dalam bilik hostel single aku, sebab dia menghilang waktu aku sepatutnya tidur, tapi dia cuma muncul balik dan gelak!
\"Okay, okay. Here, give me your hand.\"
Dia baring sebelah aku di atas katil keras aku, kami berdua mengadap siling, dan berborak - sesi luahan hati, mungkin! Aku cuma mengeluh mengadu dan tugasnya cuma gelak dan buat aku rasa hidup ni tak lah seteruk mana. Dia genggam tangan aku sampai aku tertidur balik.
Dan pagi tu bila aku bangun, dia tak ada.