Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 Next >> 

Rindu Belum Berbunga - Kuntum 07

Oleh: ridhrohzai | 28-12-2009 | 910 bacaan
Keliru   “KITA perlu berbincang,” pinta Fadiya sewaktu kuliah Bahasa Mandarin tamat pagi itu. Lukman mengerutkan dahi. Berbincang? Tentang apakah? “Maksud Fadiya?” tanya Lukman. Fadiya tersentak. Lukman memanggilnya dengan nama penuh? Selalunya lelaki itu akan memanggilnya Diya. Mengapa kali ini panggilan itu berubah? “Fadiya?” tegur Lukman. “Ah, maaf. Kita ke perpustakaan, boleh?” ujar Fadiya. “Awak pergi dulu. Kejap lagi saya datang,” jawab Lukman. Fadiya melangkah keluar dari kelas dengan hati yang rawan. Panggilan Lukman tadi sedikit-sebanyak membuatkan hatinya sebak. ... | Cerita penuh
Genre:

Rindu Belum Berbunga - Kuntum 06

Oleh: ridhrohzai | 23-12-2009 | 1045 bacaan
Rasa cinta   “SAYA tak dapat terima awak,” ujar Fadiya lalu menyerahkan kotak cincin itu pada Izhar. Izhar tersengih. Perlahan-lahan dia mengambil kotak biru itu dari tangan Fadiya. Dibelek-belek kotak itu sebentar. “Kenapa? Ada apa yang tak kena pada saya?” soal Izhar. Fadiya membuang pandang ke hadapan. Dia menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Kisah antara dia dan Izhar harus ditamatkan hari ini juga. Dia tidak mahu memberi harapan pada Izhar. Harapan yang pasti tidak ... | Cerita penuh
Genre:

6

Oleh: uculer | 13-12-2009 | 701 bacaan
Ain Penjenayah ini betul-betul licik. Semua orang sudah diperiksa dan tiada langsung kesan yang ditinggalkan oleh penjenayah. Tiada kesan langsung, betul-betul bersih dan teratur sekali perancangan penjenayah. Pening kepala dibuatnya apabila berdepan dengan isu sebegini. Suspek sangat berhati-hati, teratur, bijak dan teliti. Suspek seorang yang sabar dan nampaknya cukup obses dengan aturan.   Betul kata Imran, apa yang perlu diperhatikan sekarang adalah bagaimana suspek berjaya mengumpan penjaga pesakit untuk berbual ... | Cerita penuh
Genre:

Rindu Belum Berbunga - Kuntum 05

Oleh: ridhrohzai | 11-12-2009 | 899 bacaan
Dalam hati ada cinta   “I love you,” “Hah? Oh, Iz... buat terkejutkan saya je,” ujar Fadiya. “I love you,” ucap Izhar sekali lagi. “Apa yang awak cakap ni? Suka main-main,” hati Fadiya kurang senang. “I love you,” “Stop it Iz!” suara Fadiya melengking kuat menyebabkan beberapa pasang mata yang berada di perpustakaan itu memandang ke arah mereka. “Awak dah baca luahan hati saya tadi dan awak tersenyum. Bukankah itu bermakna awak menyukai saya?” telah Izhar. Luahan hati? Apakah ... | Cerita penuh
Genre:

5

Oleh: uculer | 29-11-2009 | 713 bacaan
Dr Azman kembali menyangkutkan stetoskop di lehernya. Pandangannya jatuh kepada beberapa orang lelaki yang berpakaian biasa. Namun dia sedar bahawa mereka bukanlah pelawat biasa kerana kasut mereka kelihatan sudah digilap dengan begitu teliti hingga permukaannya berkilat dengan begitu cantik sekali. Dr Azman berpura-pura meneliti fail di tangannya dan melangkah ke arah tempat letak kereta.   Doktor muda berusia 35 tahun itu melangkah dengan laju tetapi cermat ke arah keretanya kerana ... | Cerita penuh
Genre:

Ep07 - Aiskrim

Oleh: demityuh | 18-11-2009 | 770 bacaan
Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar di SASKL kerana waktu pembelajaran lebih singkat dan kerana menu tengah hari di dewan makan adalah nasi kandar ataupun nasi briyani dan kami juga akan diberikan satu unit aiskrim cawan sebagai pencuci mulut. Biasanya aku pasti akan mengunjungi dewan makan untuk menikmati keenakan nasi kandar atau briyani serta menge’paw’ dua aiskrim. Tetapi hari itu, aku terus naik ke bilik ... | Cerita penuh
Genre:

4

Oleh: uculer | 15-11-2009 | 661 bacaan
Ain menanti Halim dengan sabar di Medan Selera Pasar Budaya. Medan Selera itu kelihatan penuh dengan pengunjung yang rata-rata masih berpakaian kemeja bersama beg yang kelihatan penuh dengan dokumen penting. Ain terasa janggal kerana hanya dia yang berpakaian santai hari itu.   Buku nota di tangan dipegang kejap. Ain masih lagi mengihut tradisi mencoretkan pemikirannya ke dalam buku nota. Bukan mudah bagi Ain untuk menyerahkan segala-galanya pada teknologi. Sekalipun dia ... | Cerita penuh
Genre:

Kisah 10.1 (Dua Tahun)

Oleh: jemmy76 | 01-11-2009 | 955 bacaan
Dua tahun tanpa cinta. Kesan penolakan oleh AS memang sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidupku. Natijahnya, sehinggakan aku trauma untuk mendekati dan memilik cinta lagi. Walau sekuat mana aku cuba menolak perasaan dan keinginan itu semakin kuat ia memburuku dek kerana kesunyian yang sering menjadi peneman. Setiap hari-hari yang aku lalui adalah kesunyian. Sementelah lagi kini aku hanya tinggal bersendirian. Kawan serumahku telah selamat melangsungkan perkahwinan. Maka bermulah hidupku sendirian di ... | Cerita penuh
Genre:

3

Oleh: uculer | 25-10-2009 | 727 bacaan
Mujur sekarang bukan waktu puncak bagi industri pelancongan. Bolehlah Imran menggunakan waktu senggang ini untuk meneliti fail-fail yang telah diberikan oleh Halim dan Ain. Imran membuka fail yang pertama sambil menjenguk ke luar bilik untuk melihat Ain tetapi kelihatan tempat duduk gadis itu kosong. Sememangnya dia tidak akan berada di situ kerana hari ini syarikat menerima beberapa pekerja baru maka pastinya Ain sibuk melatih mereka. Imran terlupa.   Pandangan Imran ... | Cerita penuh
Genre:

2

Oleh: uculer | 11-10-2009 | 748 bacaan
‘ Jadi, maksud kau, penjenayah ini ada di hospital itu juga?’ Imran bertanya sambil membetulkan tali lehernya. Ain dipanggil ke dalam pejabat Imran dan dia diarahkan untuk membawa sama fail yang mengandungi data prestasi kumpulan mereka minggu ini. Imran sudah tahu semua yang perlu diketahui tentang prestasi kumpulan mereka, itu semua cubaan untuk memanjangkan perbincangan mereka tentang kes Hospital Bintang.   ‘ Tak salah lagi. Kalau tak, macam mana dia ... | Cerita penuh
Genre:

bab 3 - bahagian 2

Oleh: kangaq | 08-10-2009 | 769 bacaan
“Kau bertuah, Val.”             Valerie menoleh ke arah suara yang menyapanya. Marisa, rakan barunya yang entah bila ada di sebelahnya tersengih memandang sambil berjalan seiring dengannya. Di tangan mereka masing-masing memegang sebuah dulang kayu. “Sebab?” tanya Valerie dengan wajah terpinga-pinga sambil terus berjalan pantas melewati beberapa buah meja menuju ke dapur restoran. Marisa tiba-tiba memegang tangannya mengajak berhenti apabila mereka tiba di lorong yang menghala ke bahagian belakang. Dia menarik Valerie ... | Cerita penuh
Genre:

1

Oleh: uculer | 06-10-2009 | 862 bacaan
‘ Im!’ terdengar satu suara melaung nama Imran dari luar bilik. Serentak itu juga kedengaran bunyi pintu berkeriut.   ‘ Yo!’ jejaka itu meninggalkan pembacaannya sebentar dan menoleh ke arah pintu. Gadis manis dengan sanggul tinggi di kepala menjengahkan wajahnya di sebalik daun pintu.   ‘ Awak nak pergi makan jam berapa?’ si gadis bernama Ain melangkah masuk dengan penuh hati-hati. Bagaimana hati-hatinya dia melangkah ke dalam bilik ataupun boleh ... | Cerita penuh
Genre:

Kisah 9.7 (Inilah Kehidupan)

Oleh: jemmy76 | 02-10-2009 | 1146 bacaan
Menyusuri laluan percintaan yang tiada bernoktah. Merenangi kehidupan yang penuh rintangan hanya kerana untuk mencari secebis pulau cinta tempat untuk aku berlindung dari badai dan rebut penderitaan. Mungkinkah akan ku temui? Tuhan itu maha adil. Mungkin inilah balasan yang harus aku terima kerana telah banyak hati yang telah terluka kerana menjadi mangsa permainan cintaku. Barangkali beginilah perasaan kecewa yang telah dilalui awek-awekku terdahulu.         Tidak. Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Jauh ... | Cerita penuh
Genre:

bab 3 - bahagian 1

Oleh: kangaq | 24-09-2009 | 1333 bacaan
Hari ketiga segala-galanya kelihatan seperti biasa dan mudah. Debaran memulakan kerja baru tidak terlalu terasa seperti dua hari sebelumnya. Alah bisa tegal biasa, itu kata orang dulu-dulu. Kata orang sekarang, pejam mata pun boleh buat. Cuma memerlukan sedikit masa untuk mengingati apa yang pernah dipelajari. Dengan fon telinga tersumbat di sebelah telinganya, dia menekuni kerjanya bersama Amir. Sesekali tanpa diketahui Amir, dia menjeling pada kakak penjaga makmal, dipanggil Kak Jihan ... | Cerita penuh
Genre:

bab 2 - bahagian 2

Oleh: kangaq | 22-09-2009 | 715 bacaan
Hafizi membuka beg sandangnya dan mengeluarkan sebuah bingkai gambar plastik berwarna coklat. Dia menghembus permukaan cermin bingkai gambar itu seperti dirinya ahli arkeologi ternama, Howard Carter sewaktu pertama kali menjumpai keranda batu Tutankhamun yang tertanam beribu-ribu tahun di dalam piramid. Bingkai gambar itu diletakkan di sebelah skrin LCD. Dia tersenyum memandangnya. Gambar itu diambil beberapa bulan lalu, sebagai merasmikan kamera digital yang baru dibelinya. Dia dan Kak Sofia memeluk ayahnya ... | Cerita penuh
Genre:

RANTAI : PANGGILAN DEMI PANGGILAN

Oleh: putri_alya | 20-09-2009 | 878 bacaan
Sudah seminggu buluh kasap berada di rumah umi. Hujung minggu ini, kami sekeluarga akan pulang bersama buluh kasap ke kampung. Sudah seminggu si buluh kasap pulang ke tanah air,bermakna sudah seminggu juga Iman telah berada di tempat pengajiannya. Setiap hari dia tidak pernah lupa menghantar email padaku, dan sesekali dia menghubungi telefon bimbitku untuk berbual lewat tengah malam waktu Malaysia. Aku sedang melihat kerja-kerja pejabat yang aku bawa pulang ke rumah ... | Cerita penuh
Genre:

Kembara Seorang Pejuang Kecil - Prolog

Oleh: Upenyu | 09-09-2009 | 749 bacaan
Lubuk Aur, Sungai Paka, Dungun 27 Februari 1956,    Perahu jalur yang membawa dua belas orang anggota Jungle Squad menyusuri perlahan Sungai Paka. Keheningan dan kedamaian sekitar terganggu oleh bunyi deruan enjin berkuasa 1500 kuasa kuda itu berserta bunyi unggas yang bersahut-sahutan. Hujan renyai di penghujung musim tengkujuh tidak memperlihatkan tanda-tanda akan berhenti. Arus sungai agak deras akibat dari hujan lebat malam tadi membuatkan perahu jalur itu terumbang-ambing. Koperal Muda Awang yang ... | Cerita penuh
Genre:

bab 2 - bahagian 1

Oleh: kangaq | 07-09-2009 | 748 bacaan
Perjalanan jauh memang memenatkan, namun ia bukanlah sesuatu yang sia-sia bagi sesiapa yang tahu menghargainya. Dan Hafizi tahu dia sedang mensia-siakannya dengan mendengar lagu-lagu dalam pemain mp3-nya berulang-ulang kali. Dia ingin sahaja membaca buku ataupun apa-apa novel Haruki Murakami yang dibawanya, tetapi dia takut pening dan mungkin termuntah. Dia bukan jenis yang dapat meladeni sebarang bahan bacaan di dalam kenderaan yang bergerak. Dengan mata terpejam, dia mengkhayalkan dirinya mempersembahkan lagu-lagu yang ... | Cerita penuh
Genre:

Rantai :Terbang

Oleh: putri_alya | 06-09-2009 | 691 bacaan
Aku benar-benar buntu. Hati aku bercelaru. Entah kenapa, masa berlalu itu bagaikan menyeksa nafasku. Sakit! Aku lihat jam di pergelangan tangan. Kehadiran Iman di rumah aku telah menjadikan hubungan kami yang baru tercetus itu bagaikan separuh rasmi. Selepas kepulangan Iman sekeluarga, aku dihujani dengan pelbagai soalan dan pertanyaan dari along, umi dan babah. Tapi, aku rasa sedikit lega bila umi dan abah menyatakan rasa suka terhadap hubungan yang baru berputik ... | Cerita penuh
Genre:

-3-

Oleh: adra | 27-08-2009 | 728 bacaan
Aurora Polaris, 20 Jun 2003 Kediaman luas yang tersergam indah berkonsepkan senibina klasik kontemporari dengan hiasan gentian kristal dan ukiran kaca itu kelihatan sungguh indah dari luar. Aurora ungu dan hijau bagaikan suatu kombinasi cahaya berkilau yang melitupi persekitarannya. Desiran angin sesekali dapat dilihat meniupkan serbuk putih bersinar kemilau perak. Namun, suasana yang bergolak di dalamnya tak mungkin mampu ditebak oleh sesiapa. Hanya penghuninya merasakan sendiri konflik antara mereka. Antara sedar dan ... | Cerita penuh
Genre:

bab 1 - bahagian 2

Oleh: kangaq | 23-08-2009 | 894 bacaan
“Apa yang kakak kamu masak hari ni?” tanya ayahnya. Suaranya sedikit meleret dan kurang bermaya. Hafizi yang sedang mencedok air di dalam kolah dengan baldi kecil di tangan terhenti seketika. Dia mencebik bibirnya sedikit dengan matanya terarah ke atas dan dahi berkerut, cuba mengingati sesuatu. Kemudian dia mengangkat baldi kecil berwarna biru itu yang penuh air dan meletakkannya di atas bibir kolah. “Sayur bayam tawar, ikan rebus, air asam, ulam daun ... | Cerita penuh
Genre:

bab 1 - bahagian 1

Oleh: kangaq | 20-08-2009 | 824 bacaan
Bantal kekabu yang berat di sisinya ditarik malas sehingga menutupi kepalanya yang disembamkan ke sebuah bantal yang lain. Nafasnya terasa sesak tetapi ditahannya. Dia menyelam ke dalam fikirannya sendiri, mencari rasional yang dapat dijadikan alasan. Tetapi semakin lama mencari, dirinya terasa semakin terbelit dengan benang-benang perasaan peribadi dan ketakutannya sendiri. Dia menjadi lemas dan cepat-cepat memanggungkan kepalanya. Bantal kekabu berat di atas kepala terlontar dan jatuh di atas belakang pinggangnya. ... | Cerita penuh
Genre:

Pendeta Gua Khayalan - Bab 7

Oleh: jundak | 17-08-2009 | 710 bacaan
Sang Mentari telah pun condong ke barat tika dia melangkah masuk ke dalam kota. Terik sinarnya semakin lemah, ditambah dengan kesejukan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. Barisan pepohon mapel berdiri telanjang di bahu jalan, seperti tangan-tangan kontang yang tidak sabar menadah kedatangan salju dari langit. Hembusan bayu di hari-hari terakhir musim luruh turut membawa haruman salju sesegar bugar. Kota Indera Puspa terletak di utara Lapangan Puspa Seri, juga ... | Cerita penuh
Genre:

Air Mata Hati Bab 14

Oleh: LeaQistina | 16-08-2009 | 1727 bacaan
Salam buat semua yang mengikuti kisah Air Mata Hati ini.  Sebelum ini Lea ada memaklumkan bahawa kisah ini akan diterbitkan tidak lama lagi.  Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perlu di sini Lea umumkan bahawa penerbitan kisah ini terpaksa DITANGGUHKAN.  Sehubungan dengan itu, Lea telah mengambil keputusan untuk meletakkan sambungan Air Mata Hati ini di sini sehingga bab terakhir yang terdapat pada BLOG KALAM CORETAN (blog peribadi Lea). P/s: ... | Cerita penuh
Genre:

-2-

Oleh: adra | 13-08-2009 | 546 bacaan
Tetapi bagi Rayyan, soal profesional mahupun amatur tidak pernah timbul, kerana yang menentukan kualiti dandanan adalah kesungguhan dan ketelitian. Malah dirinya, sehingga sekarang masih belum bersedia untuk menawarkan perkhidmatan di luar salun walaupun hampir tujuh tahun bergelar pendandan rambut. Mungkin suatu hari nanti dia akan terbuka hati untuk mencuba. Namun entahkan bila, dia tak mampu memberi jawapan yang pasti. Sewaktu sedang menyudahkan sentuhan terakhir meluruskan rambut pelanggan, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. ... | Cerita penuh
Genre:

1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 Next >> 


Ikut kapasitor



admin blog