helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Coklat Untuk Ezzy

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.3
7 Penilai
Coklat Untuk Ezzy - Kisah Akhir
Dihantar: 25/06/2009 pukul 11:46:25 AM | 315 Bacaan
Share

Coklat Untuk Ezzy - Kisah Akhir

Lima tahun kemudian

 

PANTAI yang putih bersih itu sekali lagi menggamit kunjungannya ke sini. Laut yang membiru tenang beralun. Sesekali bayu laut berhembus menampar wajahnya. Dia duduk di salah sebuah deretan bangku kayu yang disediakan di situ. Matanya memerhati sekeliling. Hampir lima tahun berlalu, pantai ini telah banyak berubah. Kerja-kerja penambakan dan naik-taraf giat dijalankan. Landskap juga turut diperindah. Jauh berbeza jika dibanding dengan dahulu. Tampak lebih cantik dan bersih. Lima tahun. Suatu jangka masa yang boleh dikira agak lama. Banyak perkara telah berlaku sepanjang lima tahun ini. Sebiji bola tiba-tiba bergolek lalu berhenti di kakinya.

“Kak, tolong balingkan bola tu!” teriak seorang kanak-kanak lelaki yang dikira dalam sepuluh atau sebelas tahun umurnya.

Nawwar mengambil bola berbelang hitam putih itu lalu melontar pada kanak-kanak tadi.

“Terima kasih kak,” ucap kanak-kanak itu.

Nawwar membalasnya dengan senyuman. Kemudian, dia duduk semula di bangku kayu tadi. Perlahan-lahan, dia mula membuka kotak memorinya, mengimbau semula apa yang berlaku lima tahun dahulu.

Ketika sedar, Nawwar berada di Hospital Seremban. Ummi dan abah ada bersama ketika itu. Kata ummi, dia terlibat dengan kemalangan. Sebuah motosikal telah merempuh kereta yang dipandu. Mujur penunggang motosikal itu tidak mengalami cedera parah. Hanya keretakan pada tulang kaki kiri. Nawwar pula hanya cedera ringan. Nawwar memandang wajah abahnya yang kelat. Dia tahu abahnya pasti sangat marah. Nawwar akui, dia telah membuat keputusan secara terburu-buru.  Seminggu juga abah terasa hati dengannya. Tidak bercakap atau menegurnya langsung. Setiap hari Nawwar memohon maaf. Dia akhirnya menerangkan satu persatu tentang apa yang berlaku sebelum kemalangan itu berlaku. Akhirnya abah memahami dan memaafkannya. Kemudian Nawwar kembali meneruskan pengajian sehingga tamat tingkatan enam.

Dia kemudian mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di USM dalam bidang farmasi. Nawwar bersyukur. Amat bersyukur. Sekurang-kurangnya dia telah buat ummi dan abahnya bangga. Kini dia masih sedang belajar dalam semester keempat. Tinggal setahun lagi untuk dia menamatkan pengajian. Setahun selepas dia menamatkan persekolahan, abang sulungnya telah selamat diijabkabulkan dengan Kak Ashikin. Sekarang, Kak Ashikin sudah berbadan dua, bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Sementara itu, kakaknya, Naila, sudah selamat bertunang setahun yang lalu dengan jejaka pilihan hatinya, Firdaus. Mulanya ummi menentang habis-habisan tetapi apabila diterangkan yang tunang Firdaus sudah melarikan diri mengikut lelaki lain, ummi akhirnya mengalah. Kak Naila akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun hadapan, jika tiada aral melintang.

Dan dirinya... masih seperti dulu. Walau lima tahun berlalu, dia tetap menunggu kepulangan lelaki itu. Walau sehingga kini tiada langsung khabar dari lelaki itu, dia tetap setia menanti. Tentang Afzar, dia sudah jelaskan segalanya. Ternyata, lelaki itu bukanlah ditakdirkan untuknya. Mujur Afzar menerima dengan rela. Risau juga mulanya jika lelaki itu tidak dapat menerima keputusan yang dibuat. Iyalah, perasaan hati, tidak boleh dipaksa-paksa.

“Kak!” tegur seorang kanak-kanak perempuan sekaligus menerbangkan segala khayalan Nawwar tadi entah ke mana.

“Ada apa dik?” tanya Nawwar, mesra.

“Ada abang bagi kakak ni,” ujar kanak-kanak perempuan berbaju t-shirt lengan pendek dengan seluar track bottom itu.

Nawwar menyambut huluran kanak-kanak itu. Sebuah bungkusan. Perlahan-lahan Nawwar membukanya dan jantungnya seakan mahu luruh melihat isi kandungan bungkusan itu. Coklat berbentuk hati sama seperti yang diterima lima tahun yang lalu. Nawwar mengangkat wajahnya lalu matanya meliar mencari kelibat lelaki yang dirindui saban waktu. Akhirnya pandangan matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan menghampirinya.

“Assalammualaikum,” ucap lelaki berambut pendek yang memakai t-shirt putih dan kemeja kotak rona biru sebagai jaket.

Nawwar masih tergamam. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah matanya tidak menipu atau dia hanya berhalusinasi?

“Tak jawab salam berdosa,” ujar lelaki itu lagi lalu melabuhkan punggungnya di sebelah gadis bertudung hijau muda dengan blaus juga rona serupa.

“Wa... waalaikummussalam,” jawab Nawwar, gemuruh.

“Awak sihat?”

Nawwar menganggukan kepalanya perlahan. Lidahnya jadi kelu. Sungguh dia benar-benar terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

“Maafkan saya,” ucap lelaki itu lagi.

Nawwar hanya diam. Dia menatap wajah di sebelahnya sepuas hati. Sudah terlalu lama dia bergelumang dengan rindu yang sarat ini.

“Saya dah dengar segalanya dari Julina. Sejak awak kemalangan sehinggalah tentang Afzar,” ujar Ezzy.

Julina? Ah, kawan baiknya itu kini sudah bergelar isteri orang. Dari angan-angan ingin jadi penyanyi popular, sudahnya dia yang menjalani kehidupan rumah tangga lebih awal. Tambahan pula, dia sedang sarat mengandung anak pertama. Suaminya? Tentu semua dapat meneka. Tak tahu? Em, Fared. Lelaki itu kini seorang usahawan yang membuka syarikat pencetakan kecil-kecilan tetapi semakin dikenali.

“Kenapa diam?” soal Ezzy.

Nawwar tidak tahu mengapa. Yang pasti dia amat terkilan sebenarnya. Lelaki itu pergi tanpa berita dan muncul mendadak begini. Apakah lelaki itu tidak punya perasaan? Terlalu pentingkan diri, fikir Nawwar.

“Saya minta maaf. Untuk segalanya. Saya tahu saya banyak buat salah. Saya dah banyak sakitkan hati awak. Awak nak buat apa buatlah. Nak hukum saya pun, hukumlah. Saya terima. Tapi tolong jangan senyap begini,” rayu Ezzy.

Nawwar melentokkan kepalanya di bahu Ezzy membuatkan lelaki itu sedikit terpana namun segera menguntum senyum. Nawwar sudah tidak mahu fikir apa-apa lagi. Asalkan dapat berada di sisi lelaki yang dicintai, itu sudah cukup bermakna baginya.

“Saya dah lama maafkan awak,” akhirnya, Nawwar meluahkan bicara juga.

“Kita, bermula semula?” pinta Ezzy.

Nawwar mengangkat jari kelingkingnya tiba-tiba.

“Janji, yang awak tak jauh dari saya lagi,” ujar Nawwar.

“Saya janji,” balas lelaki itu lalu jari kelingking mereka bertaut.

Bersaksikan laut yang membiru, langit yang cerah, dan pantai yang memutih, sebuah ikatan cinta termeterai di sini. Semoga bahagia sentiasa menyelubungi hingga ke akhirnya. Cinta adalah sesuatu yang indah dan manis. Sama seperti coklat...

 

TAMAT





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.3
7 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
ridhrohzai
Hantar Mesejridhrohzai

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 01
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 02
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 03
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 04
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 05
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 06
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 07
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 08
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 09
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 10
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 11
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 12
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 13
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 14
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 15
Coklat Untuk Ezzy - Kisah 16
Coklat Untuk Ezzy - Kisah Akhir
Semanis Coklat
Semanis Coklat II
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari