helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Rindu Belum Berbunga

Next Chapter Next Chapter

4.1
7 Penilai
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 01
Dihantar: 1/07/2009 pukul 10:08:55 AM | 309 Bacaan
Share

Rindu Belum Berbunga - Kuntum 01

Kenangan itu

 

FADIYA terpegun melihat keindahan bendang yang dipenuhi dengan sawah padi yang menghijau. Burung-burung pipit terbang berkawan meriuhkan suasana. Angin yang bertiup, membelai lembut wajahnya. Sesekali anak rambutnya menari-nari diterpa semilir petang itu. Fadiya berjalan kaki menikmati udara nyaman Kampung Teluk Permai. Sudah dua minggu dia di sini, menemani opah yang sudah lama tidak ketemu. Selebihnya, dia ingin merawat luka di hati. Luka kerana cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia ingin melupakan semuanya selepas tamat cuti semester ini. Menjelang semester baru, memori bersama-sama Lukman akan disimpan jauh di lubuk hati. Tidak akan dikenang, tidak akan diingat. Namun, sejauh mana dia cuba membenci lelaki itu, dia tidak akan mampu menyingkirkan perasaan sayang yang menjalar di segenap urat nadi.

Benci tapi rindu. Itulah yang dirasakan saat ini. Mengetahui yang lelaki idaman menyintai gadis lain, membuatkan jiwanya bagai disiat-siat kasar. Rupanya dia seorang yang perasan. Mengharap bintang di langit boleh digapai tapi sayang tangan tak sampai. Penat berjalan, dia duduk berehat di atas batu besar di tepi lorong bertanah merah itu.

Fadiya menekan butang hijau pada telefon bimbitnya. Mencari folder mesej lalu ditekan. Satu demi satu mesej dibaca.

 

“Kenapa awak nak jauhkan diri dari saya? Kenapa tak nak bercakap dengan saya? Adakah kerana luahan hati saya membebankan awak? Lukman, kalau awak tak suka, awak boleh beritahu saya. Saya tak kisah. Saya boleh terima. Cuma, bila awak diam, awak biarkan perasaan saya terapung-apung,” – 13/01/2003

 

“Awak, masih lagi diam. Saya seperti halimunan di depan mata awak. Setiap mesej yang saya hantar tak pernah berbalas. Awak tahu tak betapa saya perlu bercakap dengan awak? Saya perlu kepastian. Adakah awak menolak atau menerima saya? Tolonglah, saya perlu tahu...” 16/02/2003

 

“Beginilah, andai awak rasa hubungan kita masih ada peluang, tunjukkanlah key chain yang saya beri pada awak dulu. Saya akan tunggu sehingga 15 hb. Jika tak ada, saya faham. Saya akan belajar lupakan awak dan takkan ganggu awak lagi...” 30/04/2003

 

Fadiya dicengkam sebak. Masih teringat key-chain berbentuk hati yang dihadiahkan semasa hari Valentine sewaktu mereka menuntut di tahun pertama universiti dulu. Namun, sehingga lima belas haribulan, tiada jawapan dari Lukman. Fadiya terus membaca mesej-mesej yang pernah dikirim untuk lelaki itu.

 

“Entahlah, saya hanya ikut kata hati. Lukman, fikir saya, saya cuba beri peluang walau tempoh yang diberi dah tamat. Tapi, masih tak ada apa-apa. Jadi saya yakin dengan jawapan awak. Jangan risau, saya takkan menangis lagi. Saya dah boleh terima hakikat. Saya minta maaf atas segalanya dan saya takkan ganggu awak lagi. Terima kasih sebab pernah jadi kawan saya. Salam akhir...” – 17/05/2003

 

Sejak itu, dia dan Lukman benar-benar bagai orang asing. Walau belajar di dalam kelas yang sama, mereka tidak pernah bersapa. Sedetik pun, lelaki itu tidak pernah memalingkan wajah padanya. Hanya Fadiya, yang sesekali melirik pada wajah lelaki yang dirinduinya itu. Selepas peperiksaan akhir tamat, Fadiya terus pulang ke kampung bersama-sama satu tekad. Melupakan lelaki bernama Lukman Zafri. Adakah betul tindakannya untuk melepaskan perasaan hati pada lelaki itu?

 

*  *  *  *  *

 

LUKMAN membaca mesej-mesej yang pernah dihantar oleh Fadiya padanya. Seketika, dia teringat luahan hati gadis itu. Tidak dinafikan, dia gembira kerana dia juga berperasaan yang sama. Sudah lama dia menyimpan perasaan cinta pada Fadiya. Dia tahu, tidak patut dia biarkan Fadiya ternanti-nanti kata putus darinya. Fadiya perlu tahu, dirinya lebih menderita dari gadis itu. Rasa terseksa bila menyukai seseorang dan dia begitu dekat namun tidak mampu untuk dihampiri. Mengetahui yang sahabat baiknya, Izhar menyimpan rasa pada gadis pujaan hati, membuatkan dia serba-salah. Apabila melihat Fadiya tersenyum gembira di sisi kawannya, Lukman yakin, Izhar mampu membahagiakan gadis itu. Biarlah dia menderita asalkan Fadiya bahagia.

“Kau rasa Diya ada teman lelaki?” soal Izhar.

Pertanyaan Izhar membuatkan Lukman tersentak. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan balik ke kolej kediaman selepas selesai bermain bola sepak di padang berhampiran.

“Aku tak tahu. Kau tanyalah dia sendiri,” jawab Lukman.

“Tapi, aku tengok dia rapat dengan kau. Takkan kau tak tahu apa-apa?”

“Rapat apanya kalau jumpa je bertekak. Kau pun tahu kan yang kita orang ni macam anjing dengan kucing. Tak boleh berjumpa mesti nak gaduh,” ujar Lukman.

“Hmm... betul juga. Tapi, kalau diperhatikan, kaulah satu-satunya lelaki yang bercakap dengan dia masa dalam kelas. Kau tahulah Diya tu, dahlah cantik, pandai pula. Tegas dan berkarisma. Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar lagi. Lelaki mana yang berani dekat,” ujar Izhar.

Lukman tersengih. Ya tak ya, memang dia seorang sahaja lelaki yang bergaul rapat dengan Fadiya sewaktu di dalam kelas. Kebanyakan lelaki tidak berani mendekati gadis itu kerana ketegasannya namun jika mengenali gadis itu secara mendalam, ada kelembutan yang belum pernah dilihat dalam diri Fadiya.

“Kau ada hati pada dia ke?” tanya Lukman sekadar meneka.

“Ya, aku nak cuba tackle dialah. Kalau dapat, mahu tak bangga...”

Good lucklah ya,” ucap Lukman.

Bunyi mesej dari telefon bimbit milik Lukman menyentak lamunannya. Dia menekan butang berwarna hijau. Mesej dari Fadiya.

 

“Sudi temankan saya melihat bintang di langit?”

 

Lukman tersenyum. Ya, memang dia sudi, teramat sudi namun dia tahu itu mustahil. Gadis itu bukan miliknya. Dia sengaja menjarakkan diri dari gadis itu agar Fadiya membencinya namun gadis itu tidak pernah mengalah. Diya, maafkan Lukman...

 

*  *  *  *  *

 

TELEFON BIMBIT di tangan direnung sekali lagi. Menanti balasan dari Lukman. Hampir sepuluh minit menunggu, Fadiya mula hampa. Nampaknya Lukman benar-benar mahu memutuskan hubungan dengannya. Fadiya mengeluh berat. Puas dia berfikir, di mana silapnya sehingga lelaki itu tegar membuat dia menderita begini. Adakah kerana luahan perasaannya beberapa bulan yang lalu membuatkan lelaki itu terganggu? Dan jika benar Lukman tidak menyimpan perasaan yang sama, Lukman seharusnya memberitahu dia akan hakikat sebenar. Bukan biarkan dia ternanti-nanti begini. Jika tidak suka, katakan tidak suka. Dia boleh terima. Namun jangan jauhkan diri begini.

Fadiya bingung. Selebihnya dia resah. Baginya, tindakan Lukman menjauhkan diri adalah satu tindakan yang kejam. Lukman begitu tegar melihat dia berduka. Tambahan pula sebelum cuti semester lalu dia ada mendengar desas-desus tentang hubungan lelaki itu dengan rakan sekelas, Sharmila. Apatah lagi apabila melihat dengan mata sendiri, kedua-duanya kelihatan begitu mesra sekali menikmati makan malam di kafeteria. Lukman bagai sengaja ingin menambah perit di hati.





Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.1
7 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
ridhrohzai
Hantar Mesejridhrohzai

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 01
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 02
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 03
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 04
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 05
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 06
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 07
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 08
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 09
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 10
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 11
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 12
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 13
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 14
Rindu Belum Berbunga - Kuntum 15
Rindu Belum Berbunga - Kuntum Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari