helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Kerana Kamu Lelaki

Previous Chapter Previous Chapter

4.0
6 Penilai
Kerana Kamu Lelaki - Episod 4
Dihantar: 1/07/2009 pukul 23:18:04 PM | 171 Bacaan
Share

Kerana Kamu Lelaki - Episod 4

“Jadi ke kau nak pindah”?

 

Senyap….

 

“Maya, aku tanya ni jadi ke kau nak ikut doktor tu?”.

 

Sunyi….Sepi…..

 

“Kau ni takkanla dah betul-betul gila sejak masuk wad nie”.

 

Hati dia geram. Bengang. Bukan main susah lagi dia nak melarikan diri semata-mata nak menjenguk Maya. Risaunya

bukan kepalang. Rindunya dah tak terlarat nak dipendam. Direnungnya wajah Maya dalam-dalam. Maya dah kurus,

 muka dia cengkung langsung tak berseri. Ahhh, Maya terlalu banyak berfikir. Maya sama sepertinya.

 

“Kau kata kau bencikan lelaki. Tapi sekarang kau nak ikut pulak doktor muda tu. Takkanla kau tak serik-serik  lagi.

Manala tahu dia pun sama saja dengan jantan-jantan lain. Kau tak takut ker”…….

 

“Diam!! Kau jangan memekak boleh tak. Kalau datang sini semata-mata nak buat aku serabut, aku rasa baik kau

berambus”.

 

Kamalia tersentak, lebih kepada terkejut. Seumur hidupnya tak pernah dia dijerkah Maya. Sebelum ini Maya sangat

sayangkannya. Maya menjaga perasaannya lebih dari perasaan sendiri. Atau mungkin dia sendiri sudah keterlaluan tadi.

 

“Ada aku tanya kenapa lepas 5 bulan baru kau nak datang jenguk aku. Ada aku tanya apa niat kau datang nak tengok

aku ni. Ada aku tanya mana kau lari lepas hari tu? Aku tak tanya bukannya sebab aku tak kisah macam kau. Tapi

aku percayakan kau. Aku faham kau”.

 

Kamalia diam. Dibetulkan tudungnya yang sedikit herot. Dia lega. Maya tidak marahkannya. Maya cuma serabut. Ataupun
mungkin Maya merajuk kerana dia terlewat menjenguknya di hospital.

 

“Aku rasa baik kau balik sebelum ada orang nampak kau”.

 

“Apa masalahnya? Biarlah diorang nampak aku pun”.

 

“Kau jangan degil boleh tak!!. Aku tak nak babitkan kau. Aku tak nak ada orang tahu yang aku ni ada saudara”.

 

“Kenapa? Kau pun nak jadi macam ibu, suka kalau kita terpisah? Selalu nak sorokkan aku dari kau?”

 

“Sudah!! Kau tak faham. Pergi balik sebelum aku mengamuk”.

 

“Maya”…

 

Senyap. Maya malas nak pandang Kamalia. Takut kalau Kamalia dapat lihat matanya yang berkaca.

 

“Maya”…lirih sekali bunyinya.

 

Suasana bungkam. Maya benci dengar Kamalia merayu. Hati dia sakit. Jiwa dia pedih.

 

“Okey fine, kalau kau tak suruh pun aku memang nak berambus.  Jangan harap aku nak jenguk kau lagi. Sampai hati

kau Maya layan aku macam ni. Kau memang dah berubah.

 

Maya berpaling. Melihat bayang tubuh Kamalia yang semakin sayup, seperti melihat semua harapan dan impiannya

yang punah.

 

Kamalia….Kau tak mungkin faham.

 

*************************************************************************************************

 

Kediaman itu tak layak digelar sebagai rumah. Ianya lebih tepat digelar Istana. Istana yang menggabungkan sentuhan

moden dan klasik. Ianya diperbuat dari kayu-kayu yang utuh dan berkilauan. Kayu jati barangkali. Walaupun ianya

dibina seratus peratus menggunakan kayu, rumah itu masih kelihatan moden dan elit. Halaman rumah dipenuhi dengan

 bunga-bunga Orkid dan pelbagai jenis Mawar. Ini adalah pertama kali Maya menjejakkan kaki ke rumah sebesar itu. 

Perjalanan dari hospital ke rumah doktor Hasif mengambil masa dua jam. Pada awalnya dia sudah berfikir yang bukan-

bukan. Kenapa doktor itu mesti melalui jalan-jalan hutan. Dia sudah nekad untuk terjun saja dari kereta kalau-kalau

 jejaka itu cuba bertindak di luar kawalan. Namun ternyata Maya sudah terlalu jauh menduga. Doktor itu sedikit pun tidak

mengusiknya. Malah memandangnya pun tidak.

 

Maya benar-benar pelik. Kenapa doktor Hasif mesti tinggal ditempat sejauh ini. Kenapa dia tidak menyewa saja di kondo-

kondo mewah yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Melihatkan keadaan rumahnya sekarang, Maya yakin yang

jejaka itu bukan orang-orang biasa. Mesti dia datang dari keluarga yang kaya raya. Kalau tidak masakan doktor semuda

itu sudah mampu memiliki rumah yang harus nilainya berjuta ringgit. Paling pelik, kenapa villa secantik itu dinamakan

 villa sepi. Sepikah doktor muda berkaca mata itu?

 

Sudah hampir tiga minggu Maya berpindah ke villa itu. Dia perhatikan setiap hujung minggu, Doktor Harlina pasti akan

berkunjung ke villa itu. Setiap kali datang, wanita ayu bertudung litup itu pasti membelikan sesuatu untuknya. Semuanya
yang berjenama dan mahal. Maya yakin yang Harlina dan doktor Hasif mempunyai ikatan yang istimewa. Kalau tidak

masakan Harlina sanggup memandu sejauh ini semata-mata untuk berjumpa dengan doktor Hasif. Bukannya dia tidak

boleh berjumpa dengan doktor itu di hospital. Dia tidak menganggap yang kedatangan Harlina adalah semata-mata

untuk menjenguknya. Tetapi tidak cemburukah wanita itu melihat dia tinggal sebumbung dengan kekasih hatinya?.

 

 

“Well doc, any improvement?”

 

Hasif tersenyum. “I think it still too early to make her talk”.

 

“Or, you don’t want her to talk. Yelah, kalau Maya dah sembuh nanti, you tak dapatlah nak pandang muka dia hari-hari”.

 

“What do you mean Dr. Harlina?”.

 

“I am not stupid doc, to accept all of this nonsense as a responsibility towards patient. You have many other patients.

But why you seem like too occupied with her”?

 

Because she reminds me to someone”.

 

Who?” hati Harlina mula bergetaran. Nampaknya dia telah tersilap langkah kali ini.

 

Someone with a bright smile

 

“Hasif.. Please don’t try to start it again”.

 

She reminds me to”…

 

“Stop it doc!!! She does not exist. It is just your imagination”. Sungguh Harlina tak menyangka, rupanya memori lalu Hasif

masih terlalu tebal..

 

“She is not my imagination. She is real. You saja yang tak pernah nak percaya”.

 

I rasa you dah terlalu banyak bercampur dengan orang sakit jiwa, sampai fikiran you pun dah tak berapa nak betul. I

think you should stop all of this rubbish or”…

 

“Or what”?

 

Or one day,It is not impossible yang you pulak  akan jadi patient I..Harlina terus berlalu meninggalkan Hasif yang terpinga-

pinga. Tekaknya terasa perit. Dia rasa ingin menangis saat itu juga.Nampaknya, Hasif masih belum mampu mengikis

kenangan lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Previous Chapter Previous Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.0
6 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
rain
Hantar Mesejrain

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Kerana Kamu Lelaki- Pengenalan
Kerana Kamu Lelaki- Episod 1
KERANA KAMU LELAKI-EPISOD 2
kerana kamu lelaki-episod 3
Kerana Kamu Lelaki - Episod 4
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari