BAB 2
TERJEBAK EMOSI
Ketika mengira bintang dilangit
Bumi dipijak tampak kelam
Ketika merenung kepulan awan berarak
Tanganku terkapai-kapai mencari laluan
Ketika aku ingin terbang membelah awan
Kakiku seakan menjadi kaku
Ketika tubuhku menghempas bumi
Roh dan jasadku seakan kelihangan punca
Sejak aku mengetahui sedikit sebanyak cerita disebalik kedukaan Harris, emosiku seakan bergelora. Aku mula mengenang semula detik-detik kehancuranku. Aku mula terbayang kali terakhir aku melihat senyuman kedua ibu bapaku. Tidur malamku mula tak lena. Selera makanku mula berkurangan. Mengapa aku harus kembali membalut diriku dengan duka? Bukan aku sudah berjanji untuk melepaskan kesemua bebanan itu? Mengapa ia kembali menghantui aku. Setelah melihat tangisan sayu Harris taktala mengenang pemergian isterinya emosiku makin berkecamuk. Aku benar-benar terganggu. Mengapa tangisan lelaki yang baru ku kenal tak sampai satu minggu mampu menggoncang luka lamaku?
“Ya Allah , Adakah Kau ingin berbicara denganku. Bicara apa yang Kau cuba sampaikan padaku. Mengapa rasa bersalah ini makin berat menghambat aku. Aku pohon kepadaMu Ya Rahman Ya Rahim, selamatkan aku dari lara ini. Aku tak sanggup menangis lagi. Hanya ketika aku mengabdikan diri padaMu aku bisa meluahkan semuanya. Selamatkan lelaki itu YA Allah. Jangan kau biarkan dia hanyut terlalu lama bersama lara yang tak berkesudahan”
Noktah doaku ketika ini setiap kali selesai solat. Hanya ketika solat aku bisa berbicara dgn Tuhan sepuasnya. Kuakhiri solatku dgn bacaan ayat suci Al Quran. Moga hatiku bisa tenang kembali.
Kulalui hari-hari seterusnya dengan emosi bercampur baur. Senyumanku seakan-akan tawar, lagak bicaraku hambar. Aku cuba sembunyikan gelodak hati ini. Aku khuatir Pak Hamid dan Mak Na dihambat kerisauan taktala melihat perubahan keatas diriku. Mereka sudah cukup terbeban dek kehilangan Harris secara tiba-tiba.
"Aku perlu kuat. Hatiku perlu cekal. Aku tak boleh begini" bisikku sendirian
Persoalan misteri pemergian Harris akhirnya terjawab. Kemunculannya secara tiba-tiba diwarung makan Pak Hamid seolah-olah merungkai kerisauan yang melanda keduanya. Kelihatan Harris lebih tenang dari sebelumnya. Wajahnya kelihatan segar senyumannya lebih telus. Secara tiba-tiba aku berasa seolah-olah ringan dari bebanan. Kehadiran dia turut sama memberi kelegaan keatas diriku. Siapa lelaki ini pada aku? Mengapa dia mampu memberi kesan pada gelodak emosiku? Persoalan yang sama bermain-main di fikiranku. Aku masih tidak mengerti, adakah dia mampu membantu aku menghangatkan hatiku yang selama ini dingin. Aku tidak mahu mengharapkan apa-apa. Aku tidak mahu meminta lebih dari sepatutnya.
“Harris kemana kau pergi nak. Mak Ngah risau betul. Harris sehat? Dah makan ke ni? Mak Na tgk muke Harris ni mcm cengkung jek” Mak Na meluahkan kerisauannya.
“Harris ok Mak Ngah. Alhamdullilah kini Harris dah boleh terima takdir seadanya”
Alhamdullilah, akhirnya Harris berjaya merawat sedikit sebanyak lara hatinya. Walaupun aku tahu masih ada lagi luka yang terpalit dilubuk hatinya, namun dia telah memulakan sesuatu yang baik untuk melepaskan dirinya dari belenggu kedukaan. Aku Cuma memerhatikan dari jauh pertemuan 3 beranak itu. Cukuplah sekadar aku tahu keadaannya yang nyata lebih ceria. Aku tidak mahu ikut campur lebih dalam urusan mereka. Mungkin aku takut aku terheret lebih dalam melayan kerenah emosi yang bakal menyesakkan nafasku. Aku akhiri tugas di warung agak awal hari ini. Entah mengapa aku rasa ingin melampiaskan emosi ku melalui karya lukisanku.
Petang itu aku menuju ke pantai bersama-sama alatan melukis. Suasana damai di pantai seakan memberi ilham untuk aku luahkan diatas kanvas lukisan. Aku memulakan karyaku dengan penuh ketelitian. Ketika aku kusyuk melukis, tiba-tiba konsentrasi aku diganggu dgn satu suara.
“Tak sangka awak pandai melukis ya. Cantik dan unik sesuai dgn pelukis yg melukisnya” Harris menegurku dengan nada lembut
Tidak kusangka aku bisa ketemu Harris buat kali kedua disini. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku meneruskan lukisan ku seolah-olah dia tidak wujud disitu.
“Maafkan saya, jika kata-kata saya tempohari buat awak terasa. Saya tidak berniat berkelakuan sebegitu rupa. Cumanya ketika itu emosi menghantui saya sehinggakan saya tidak nampak buruk baiknya. Apapun saya nak ucapkan terima kasih atas kata-kata awak. Berkat kata-kata itu saya bisa nampak pokok pangkalnya” jelas Harris dengan nada yang tenang.
“Tidak mengapa. Saya cuma bercakap melalui pengalaman. Satu ketika dahulu saya juga berkeadaan begitu”
Harris cuba menyambung perbualan walaupun dia nampak percakapanku seolah-olah dingin.
“Saya harap kita leh jadik kawan. Kawan berkongsi suka duka. Lagipun saya tak kenal sesiapa disini. Saya berniat nak tinggal disini buat seketika. Hidup terlalu lama di New York benar-benar melemaskan saya.”
“Saya menerima pelawaan sahabat dgn hati terbuka. Moga selepas ini kita boleh saling bantu membantu” kuterima pelawaannya utk bersahabat.
Jauh disudut hatiku agak keberatan menerima pelawaannya. Entah mengapa aku tidak mampu menolak permintaannya. Adakah aku membuat keputusan yang munasabah kali ini. Aku gentar rahsia hatiku bakal terluah didepan lelaki ini. Aku tidak tahu mengapa aku mudah berasa dekat dgn dia. Adakah disebabkan kami sama-sama merasa dan mengalami duka yang benar-benar memberi impak besar dalam kehidupan.
“Apapun saya kagum dengan kekuatan yang ada pada awak. Walaupun saya tak tahu pokok pangkal cerita kesedihan awak tapi saya seolah boleh merasa aura kekuatan ketika berasa dekat dengan awak. Sepanjang saya bersendirian di pulau itu, kata-kata awak seolah-olah menyedarkan saya tentang banyak perkara” Harris cuba memanjangkan perbualan.
Aku hanya mampu tersenyum. Aku tidak bisa berkata apa lagi. Aku benar-benar takut. Dia seolah-olah cuba memperlihatkan sebahagian lagi dari diriku yang selama ini aku simpan dari pandangan umum. Aku merasa benar-benar lemah. Adakah kesunyian ini sudah sampai ke kemuncaknya sehinggakan dihadapan lelaki ini aku berasa lemah sekali. Aku seolah-olah mula merasakan kehadiran seorang lelaki yang bakal mengisi kekosongan hatiku. Aku tidak boleh begini. Disebabkan lelaki aku hancur. Disebabkan lelaki hidupku musnah. Aku harus pergi dari pandangannya. Aku tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan lelaki ini. Aku masih tidak mengerti mengapa kehadirannya seolah-olah menggoncang pintu hati ku.
“Maafkan saya. Saya nak balik”kataku ringkas
Kulihat wajah Harris sedikit berubah. Mungkin dia tertanya-tanya mengapa aku berkelakuan begitu. Seolah-olah aku cuba lari dari berhadapan dengannya. Aku tidak boleh mempamerkan kelemahannku dihadapannya. Aku perlu segera pergi.
Ya Allah, mengapa aku jadi begini? Mengapa aku perlu rasa gentar? Ku tinggal Harris tanpa menoleh kebelakang. Langkah ku tegas, gerak tubuhku bergetar, degupan jantungku pantas, gelora hatiku menggoncang seluruh emosiku.
|