helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
3 Penilai
Bab 2 (b)
Dihantar: 24/01/2010 pukul 10:10:15 AM | 104 Bacaan
Share

Bab 2 (b)

            Malam itu tidurku tidak lena. Mengenang situasi di pantai petang tadi, benar-benar membuatkan aku keliru. Tidak semena-semena aku menangis. Segala sejarah silamku bermain dipandangan umpama memerhatikan wayang gambar yang sedang beputar.

Mengimbas semula peristiwa 5 tahun sebelumnya sesuatu yang agak berat untuk aku lakukan. Mengapa setelah sekian lama ia terkunci didalam jasadku, kini ia mula tampil satu persatu. Setiap babak, mula bermain dipandangan. Dari mula sampai akhir. Dari ketika saat aku merasa bahagia sehingga saat yang benar-benar mencampakkan aku kehujung dunia. Aku tidak mengerti gelora emosiku. Aku sedar, aku masih tidak mampu melepaskan semuanya. Apa yang harus aku lakukan? Adakah aku perlu lari dari semua persoalan ini? Kemana harus aku pergi? Kuhabiskan malam itu dengan keluh resah yang tidak berkesudahan. Azan subuh yang berkumandang menyedarkan aku dari lamunan. Setelah selesai mengerjakan solat subuh barulah aku dapat melelapkan mata. Terasa jiwa dan hatiku tenang, tiada lagi gelora yang cuba menyesakkan nafasku. Alhamdullilah berkat solat aku dikurniakan ketenangan jiwa.

            Keesokkan harinya, aku agak lewat pergi kewarung. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata hanya sesudah subuh baru aku mampu tidur. Terasa lemah seluruh anggota badanku. Aku tidak punya tenaga untuk berbuat apa-apa hari ini. Memikirkan keadaan Mak Na yang perlu melakukan tugas diwarung sendirian aku tidak sampai hati. Kugagahkan jua walaupun berat kaki ini melangkah. Ketika sampai diwarung, aku lihat suasana agak tidak terkawal. Kulihat kelibat Harris yang turut sama membantu.

 

“Liya, tak berapa sehat ke? Lewat Liya ke warung hari ini. Kalau tak sehat kembali sahaja kerumah. Wajah Liya  nampak kusam dan tak bermaya” tegur Pak Hamid

“Tidak mengapa Pak Hamid. Liya ok. Cuma rasa letih sedikit. Maafkan Lia sebab lewat hari ini. Kesian Mak Na perlu uruskan urusan dapur sendirian” jawabku ringkas seolah-olah tidak mahu berbicara lebih lanjut.

 

Aku segera menuju kedapur. Kulihat Harris memerhatikan gerak geriku. Mungkin dia masih tertanya-tanya tingkah laku ku yang agak dingin tempohari. Aku tidak berniat mahu menunjukkan lagak begitu rupa. Cumanya emosi aku kebelakangan ini benar-benar tidak stabil. Aku sendiri tidak tahu mengapa.

 

“Ya Allah Liya, kemana Liya pergi. Mak Na panggil Liya dirumah tadi tidak bersahut. Mak Na telepon handphone Liya tidak berjawab. Liya sehat ke ni? Pucat muke Liya ni. Mak Na risau bila lihat keadaan Liya macam ni. Kalau ada apa-apa bagitau Mak Na, jangan pendamkan” kata Mak Na dengan nada yang penuh kerisauan.

 

“Saya tak apa-apa Mak Na. Saya sibuk menghabiskan lukisan saya semalaman. Mungkin dek terlalu letih saya lewat bangun hari ini . Maafkan saya.”jawabku. Aku cuba mencari alasan agar Mak Na tidak risau lagi.

 

“Melukis tu melukis gak Liya. Kesihatan kena jaga. Kalau Liya sakit nanti kan susah” tambah Mak Na lagi seolah-olah ingin mencari kepastian.

 

Aku hanya mampu tersenyum. Terasa bahagia dikala masih ada orang yang ambil peduli akan keadaanku. Aku mengerti perasaan Mak Na. Selama ini dia memang banyak memberikan nasihat dan semangat untuk aku teruskan hidup. Walaupun dia tidak berapa mengerti taktala keseluruhan kisahku agak samar-samar, namun dia tidak pernah berputus asa. Aku terhutang nyawa dengan mereka berdua. Rasanya tak mampu ku balas walau dengan apa daya sekalipun.

Aku teruskan kerja didapur tanpa mahu memikirkan apa-apa. Selagi daya aku cuba kosongkan fikiranku dari memikirkan benda yang bukan-bukan. Akibat kelewatan aku suasana diwarung agak huru hara. Sedang sibuk aku melakukan tugas seperti biasa tiba-tiba pandanganku kabur. Tubuhku seumpama hilang upaya. Setiap anggota badanku terasa berat. Akhirnya tubuhku longlai lalu tersembam diatas lantai.

 

“Ya Allah! Liya” jerit Mak Na lantas menerpa kearahku.

“Abang!, Harris! Liya pengsan ni. Kemari cepat. Ya Allah kenapa budak ni. Abang! cepat” jerit Mak Na diikuti linangan airmata.

 

Pak Hamid dan Harris segera menuju kedapur tanpa memperdulikan apa-apa. Kelihatan pelanggan warung turut sama mendengar jeritan Mak Na. Suasana warung bertukar menjadi kelam kabut.

 

“Kita perlu bawa Liya ke hospital. Lihat dari wajahnya yang pucat ini saya khuatir berlaku sesuatu yang lebih serius” kata Harris

 

Pak Hamid segera mendapat pertolongan sesiapa yang mempunyai kereta bagi memudahkan aku dihantar ke hospital berhampiran. Warung terpaksa ditutup lebih awal hari itu taktala suasana panik yang melanda. Aku dimasukkan ke wad dan tidak sedarkan diri untuk beberapa ketika.

Ketika di wad, aku dapat merasakan tubuhku terkujur kaku seolah-olah berada dalam keadaan tidur yang nyenyak. Aku seakan tidak mampu menggerakkan anggota badanku. Aku hanya mampu mendengar sayup-sayup suara asing disekelilingku. Aku cuba bersuara namun aku tidak mampu berbuat demikian. Secara tiba-tiba aku merasakan rohku seolah-olah berlegar-legar di suatu kawasan yang amat asing buatku. Suasana disekeliling berkabus. Aku tidak dapat melihat dengan jelas. Aku berada di tengah-tengah tanah lapang yang tidak berpenghuni.

 

“Dimana aku? Mengapa aku disini? Ya Allah adakah aku sudah mati?” rintih suara hatiku.

 

Aku cuba berbicara, namun suaraku seakan tidak mampu dilontarkan. Mataku melilau-lilau mencari arah tujuan. Tiba-tiba pandanganku terhenti pada kelibat dua manusia yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri.

 

“Abah! Ummi!” ujarku dalam keadaan yang hampir tidak percaya taktala melihat kelibat dua manusia yang amat aku rindui selama ini.

 

“Liya rindukan Abah. Liya rindukan Ummi. Ampunkan segala dosa-dosa Liya” ujarku lagi diikuti linangan airmata membasahi pipi.

 

Rinduku pada keduanya seolah-olah terubat setelah melihat kemunculan mereka didepan mata. Adakah aku bermimpi? Aku seolah-olah tidak percaya, aku dapat ketemu mereka lagi. Sebolehnya aku mahu dakap dan cium mereka sepuas hati, namun aku seakan tidak bisa berbuat demikian. Aku hanya dapat lihat senyuman yang dilemparkan keduanya, seakan memberi isyarat yang mereka sudah ampunkan segala salah silapku. Mereka mahu lihat aku bahagia. Aku seolah-olah berbicara dari hati ke hati dengan keduanya. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana memberi aku peluang ketemu mereka walaupun aku tidak bisa mendakap dan mencium keduanya. Aku berasa puas akhirnya rinduku terubat jua. Walaupun aku sedar mungkin ini kali terakhir aku dapat berjumpa mereka, namun hatiku berasa cukup puas melihat mereka aman disana.

Kelibat Abah dan Ummi hilang sekelip mata tanpa aku sempat ucapkan selamat tinggal. Aku menangis sepuasnya. Walaupun pertemuan itu hanya seketika, namun ia seolah-olah melenyapkan segala gelora emosi yang bermain dilubuk hatiku. Pertemuan itu berakhir tanpa aku duga pertemuaannya dan aku tidak mahu akhiri perpisahannya, namun aku sedar yang pergi tidak akan kembali lagi.

Aku tersentak secara tiba-tiba. Aku berasa seolah-olah berada didalam jasadku semula. Kucuba membuka kedua belah mataku walaupun terasa berat untuk aku berbuat demikian. Tekakku berasa perit, bibirku kering, tubuhku lemah tak bermaya. Kulihat kelibat Mak Na duduk ditepi katilku. Dari raut wajahnya nampak kerisauan yang melanda. Kugagahi diri untuk bersuara.

 

“ Mak Na” ujarku dalam nada tersekat-sekat

“Liya dah sedar. Alhamdullilah nak. Dua hari Liya tak sedarkan diri”ujar Mak Na.

 

Kelihatan kelegaan diwajah Mak Na setelah melihat aku sedar kembali. Selama dua hari aku tidak sedarkan diri. Doktor mengesahkan aku mengalami tekanan yang berat disamping rehat yang tidak mencukupi. Alhamdullilah aku masih bernyawa lagi. Aku masih berpeluang memperbetulkan diriku. Aku masih punya waktu memperbaiki percaturan hidupku. Syukur kepada Tuhan kerana memberi aku peluang ketemu kedua ibu bapaku walaupun hanya seketika didalam mimpi.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari