helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
2 Penilai
Bab 3 (B)
Dihantar: 28/01/2010 pukul 10:07:36 AM | 112 Bacaan
Share

Bab 3 (B)

           Hubungan aku dengan Harris mula menampakkan kemesraan. Kami mempunyai perbedaan pendapat dan persepsi tentang kehidupan namun disebabkan perbedaan itu kami bisa melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.  Kehadiran Harris seolah-olah memberi aku peluang untuk merancang dan melihat masa depan dengan lebih positif. Sehingga saat ini, aku masih tidak mengerti mengapa aku mudah tertarik padanya. Walaupun sebelum ini ada jejaka cuba memikatku, namun ketika itu keinginan aku untuk mencintai seolah-olah tiada. Kekecewaan, kelukaan, kehampaan akibat dari kesilapan lalu, mematikan hatiku dari menerima sebarang rasukan cinta. Adakah penantianku sampai ke kemuncaknya? Walaupun aku tidak pernah meletak harapan sejauh mana perhubungan ini akan berarah, namun jauh disudut hatiku aku teringin merasa bahagia semula. Kadang kala aku sering bertanya pada diriku, adakah aku layak menjadi pasangan pada seorang lelaki. Sejarah hitam yang berlaku telah mencacatkan maruahku. Aku tidak seperti gadis-gadis lain yang masih mempunyai mahkota diri. Disebabkan itu aku senantiasa meletakkan diriku jauh dari menginginkan sesuatu yang bakal meletakkan aku disisi seorang lelaki. Kali ini aku tidak mampu mengelaknya. Aku teperangkap dengan mainan emosiku sendiri. Mendampingi Harris benar-benar membahagiakan aku. Aku bisa ketawa sepuasnya, umpama diri ini bebas dari bebanan perasaan. Adakah Tuhan mahu menguji aku? Adakah Tuhan mahu melihat sejauh mana aku mampu mengawal diri? Ya Tuhan, aku hanya manusia biasa, aku sedar kesilapan aku dahulu tak mampu aku ungkapkan beban dosanya, aku terima segala hukumanmu. Cuma aku pinta kepadaMU Ya Tuhan, izinkan aku bahagia. Aku tidak mampu meletakkan diriku seorang diri di duniamu yang luas ini. Aku tidak mampu meredah lautan terbentang luas seorang diri.  Izinkan aku bahagia, walaupun seketika.

 

Kini genap 3minggu aku tidak ke warung. Setelah sekian lama berehat, aku mengambil keputusan memulakan tugasku semula hari ini. Aku tiba lebih awal dari biasa.

 

“Sudah lama aku tak kemari. Rindunya mendengar keriuhan dan suasana warung yang senantiasa sesak dengan pengunjung” bisikku sendirian

 

Aku mula membayangkan saat mula-mula aku mengusahakan warung ini bersama Pak Hamid dan Mak Na. Ketika itu aku baru sahaja pulih dari tekanan yang memusnahkan jiwa dan ragaku. Betapa ketika itu jiwaku benar-benar rosak, hatiku hancur luluh, fikiranku bagai dirasuk syaitan yang bergelandangan.  Saban hari aku umpama mayat hidup. Diriku tidak terurus, bibirku tak putus-putus memanggil abah dan ummi. Tidur malamku tak lena, aku dihantui mimpi ngeri, aku dikejar baying-bayangku sendiri yang turut mentertawakan kebodohanku Aku menghabiskan masa selama dua tahun, mengurungkan diri dari melakukan apa-apa.

Kehadiran Pak Hamid dan Mak Na disisiku membuatkan aku merasakan diri ini sangat beruntung. Berkat usaha dan susah payah mereka bersamaku akhirnya aku berjaya mengheret diriku keluar dari belenggu itu .Setelah sekian lama aku menyeksa diri, akhirnya aku bertindak melakukan perubahan. Aku berjaya bangkit dari kejatuhan lurah yang sangat dalam, berkat  dari doa dan nasihat mereka. 3 tahun aku berbakti di warung ini cukup membuatkan aku merasakan diri ini mampu mempunyai misi yang perlu diperjuangkan. Sedikit sebanyak ia mengisi kekosongan jiwaku.

“Assalammualaikum, Liya”

Tersentak aku dari lamunan. Aku lihat kehadiran Pak Hamid, Mak Na dan juga Harris. Kelihatan air muka ceria tergambar diwajah mereka taktala melihat kehadiranku disitu.

 

“Liya, dah benar-benar sehat ke ni? Pak Hamid dan Mak Na masih boleh bertahan. Lagipun Harris ada dtg membantu. Harris ni bab keje dapur boleh tahan hebatnya”ujar Pak Hamid sambil berpaling kearah Harris.

 

“Kalau Liya dah benar-benar sihat alhamdullilah, Mak Na rasa bersyukur melihat Liya dah mampu mengawal diri untuk mengatasinya” ujar Mak Na

 

“Liya ok Mak Na, alhamdullilah berkat doa dan nasihat Pak Hamid dan Mak Na, Liya kembali pulih seperti biasa” jelasku dengan nada ceria

 

Harris melemparkan senyuman tanda dia gembira melihat keadaan aku yang nyata lebih ceria dari sebelumnya. Melihat senyumannya itu  membuatkan jantungku mula berdegup pantas, emosiku bagai memberi isyarat yang aku sudah mula jatuh cinta padanya. Adakah benar apa yang aku rasakan ini? Oh! tidak mungkin aku bisa punya perasaan sebegitu. Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan? Aku dapat melihat betapa dalamnya cinta Hariss terhadap arwah isterinya, masakan bisa dia menerima aku. Aku tidak sehebat mana. Aku hanya seorang wanita yang punya banyak kekurangan dan kecacatan dalam emosi dan diri. Aku tidak layak berdamping dengan mana-mana lelaki. Aku cuba alihkan pemikiranku dari memikirkan perkara-perkara yang bisa menarik perasaan ini jauh lebih dalam. Sebolehnya aku tidak mahu meletakkan diri aku mempunyai impian sejauh itu.

 





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor