helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
2 Penilai
BAB 3 (c)
Dihantar: 28/01/2010 pukul 11:54:13 AM | 91 Bacaan
Share

BAB 3 (c)

           Kulalui hari-hari seterusnya dengan harapan aku bisa mengawal gelora emosi cinta ini, Namun, perkembangan perasaanku terhadap Harris tenyata makin mendalam. Hari berganti, masa beralih, seolah-olah turut menggerakkan hatiku memendam lebih banyak rasa cinta. Hubungan kami mempamirkan kemesraan, seumpama ada sesuatu yang mengikat keduanya untuk bergerak dalam satu emosi. Kemesraan yang terjalin bukan sekadar omongan. Ia lahir dari perasaan yang tulus ikhlas, bagai mengiyakan keduanya mempunyai perasaan yang sama. Aku bagai terleka seketika dibuai perasaan yang benar-benar membuatkan aku gembira. Alangkah bahagianya jika saat ini bisa aku hentikan agar ia kekal sampai bila-bila. Ada ketika aku cuba meluahkan semuanya namun aku khuatir aku hanya bertepuk sebelah tangan. Walaupun aku seakan yakin Harris mempunyai perasaan sama terhadapku ekoran tuturcara dan tingkahlakunya yang sangat mengambil berat kebajikkanku,  ia sama sekali tidak mampu menyangkal sebarang kemuskilan yang bermain jauh disudut hatiku. Merasakan kasih sayang dan perhatiannya bagai menyerap masuk ke setiap rongga, sesungguhnya ia benar-benar meletakkan diriku seakan berada di syurga 

Pak Hamid dan Mak Na mula merasai kemesraan kami seakan ada wujud cinta diantara keduanya. Walaupun mereka kurang jelas akan perkembangan hubungan kami namun melihat dari tingkahlaku dan tutur bicara seakan mengiyakan segala tangggapan mereka. Pak Hamid cuba mengutarakan kemuskilannya pada Harris.

“Harris, Pak Ngah nak bertanya sedikit. Kalau boleh Harris terangkan secara jujur” Pak Hamid mengajukan kemuskilannya kepada Harris.

“Nak tanya pasal apa Pak Ngah. Harris ada buat sesuatu yang Pak Ngah tak suke ke?”tanya Harris kembali

“Begini, Pak Ngah lihat hubungan kamu dgn Liya seakan keduanya punya perasaan terhadap diri masing-masing. Sejauh mana hubungan kamu dengan dia?” tanya Pak Hamid

“Ermm… sejujurnya Pak Ngah saya merasa bahagia bila bersama dia. Mimpi ngeri yang saya alami setiap malam sejak pemergian Amira seakan berhenti. Saya mula berhenti menyalahkan diri. Buat pertama kali setelah 2 tahun saya kesepian kini seolah-olah terisi dek kehadiran seorang wanita. Terus terang saya katakan saya jujur bersama dia walaupun saya merasakan dia seolah-olah menyembunyikan banyak perkara dari saya. Saya tak mampu nak memaksa dia meluahkan semuanya. Cuma saya berharap suatu hari nanti dia boleh menceritakan segalanya kepada saya” ujar Harris.

Harris menjelaskan perasaannya dengan nada jujur. Dia benar-benar terkesan akan perubahan yang dialaminya kini. Dia mula merasakan dirinya bisa melepaskan segala beban yang menggangu hidupnya. Pak Hamid mendengar penjelasan Harris dengan penuh minat.

“Masa pertama kali Pak Ngah dan Mak Ngah ketemu Liya, ketika itu dia berada dalam situasi yang benar-benar tertekan. Seakan orang yang hilang punca. Pak Ngah tak berapa mengenali keluarganya. Arwah datuk dan neneknya penduduk asal kampung ini. Setelah kematian datuk Liya, mereka sekeluarga berpindah ke tempat lain. Seingat Pak Ngah , bapa Liya anak tunggal. Sejak dari pemergian mereka rumah neneknya itu kosong buat sekian lama” Pak Hamid menyingkap semula kisah pertemuan kami.

“Ketika Pak Ngah dan Mak Ngah kamu ketemu Liya dirumah itu, keadaanya tdk terurus. Makannya tak lalu, menangis dan menjerit seumpama orang yang hilang arah dan punca. Kami kesian melihat keadaannya begitu. Kami menjaganya siang malam, memberi semangat, menemaninya tika dia ketakutan. Selagi daya kami cuba ubati dia. Pak Ngah dan Mak Ngah kamu tak pernah bertanya lanjut kisah sebenarnya. Setelah beberapa ketika Liya cuba menceritakan semuanya namun dia hanya mampu mengungkapkan bahawasanya pemergian kedua ibu bapanya atas sebab silap percaturan hidupnya. Dia menyalahkan dirinya dengan mengatakan dia anak derhaka. Sayu tangisannya benar-benar membuatkan kami berdua tak mampu mebiarkannya sendiri” Pak Hamid meneruskan ceritanya dengan panjang lebar. Sesekali air matanya mengalir membasahi pipi.

“Cuma Pak Ngah minta, jika benar kamu ikhlas, lindungilah dia. Pak Ngah tak mahu kamu menerimanya kerana kesunyian. Dia dah banyak terseksa, jangan kamu beratkan lagi penderitannya. Pak Ngah khuatir jika dia terima tekanan lagi, mungkin boleh menyebabkan dia gila” tambah Pak Hamid lagi.

“Saya mengerti Pak Ngah. Saya jujur terhadapnya. Tiada niat dihati saya mahu mempermainkannya. Dia punya hati yang benar-benar bersih. Semangatnya seolah-olah turut membantu saya melupakan segala permasalahan. Alhamdullilah syukur, saya diketemukan dgn wanita sebaik dia. Apapun kisah masa lalunya saya redha. Saya menerima dia seadanya” jelas Harris dengan penuh keyakinan.

Perbualan mereka berakhir dengan satu pemahaman yang menjelaskan segala kemuskilan yang bersarang difikiran keduanya. Apapun permulaan dan kesudahannya aku terima dengan hati terbuka.

 

“Liya!!

Sejak pertama kali bertemu kamu

Aku seakan mengerti rahsia hatimu

Hatiku mula berbicara sayang

Sudikah engkau menjadi pemaisuriku?

Izinkan aku memiliku hatimu

Sesungguhnya hatiku telah menjadi milikmu”

Sekeping nota berserta sejambak bunga yang aku terima, seakan memberi jawapan kepada semua persoalan yang bermain difikiranku. Oh! Bahagianya aku saat ini bila merasakan diri ini dimiliki.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari