helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
2 Penilai
Bab 4 (B)
Dihantar: 30/01/2010 pukul 20:38:25 PM | 92 Bacaan
Share

Bab 4 (B)

       Kemunculan Harris secara tiba-tiba, membuatkan aku tidak mampu menyembunyikan tangisan yang seakan tidak terkawal. Aku hanya mampu merenung wajahnya tanpa berkata apa-apa. Adakah ini kali terakhir aku akan ketemu dengan lelaki ini? Berat sungguh hati ini merelakannya pergi jika itulah kesudahannya. Mampukah aku melalui kesunyian ini buat sekian kalinya?

“Liya menangis ke? Liya tak ok tak ni?” Harris menampakkan kerisauan. Tutur bicaranya bergetar seakan cuba mencari apa yang tak kena pada diriku.

“Liya ok tak ni? Kalau tak sihat, pulang aja kerumah. Kita bisa bicara dilain hari” ujar Harris lagi. Wajahnya benar-benar menampakkan kerisauan. Dia cuba mencari jawapan namun tindakanku yang membatukan diri seakan menambahkan lagi kerisauan dihatinya.

“Harris, errrr…ada sesuatu yang Liya ingin nyatakan. Maaf jika disaat Liya mengatakan kebenaran ini , Liya tidak mampu mengawal emosi. Liya akan cuba jelaskan sebaiknya. Harap Harris mendengar penjelasan Liya terlebih dahulu” ujarku dengan nada pilu

“Liya tidak mahu Harris menerima Liya kerana simpati. Liya juga tidak mahu menerima Harris dikala segala kebenaran mengenai Liya, Harris tidak ketahui. Walaupun berat untuk Liya ungkap segalanya, namun hati Liya sudah tekad” ujarku lagi

 

Harris mengganguk tanda dia memahami permintaanku. Renungannya yang tajam menampakkan persoalan yang bermain dihatinya. Adakala dia menunjukkan perubahan emosi taktala melihat keadaanku yang seakan teragak-agak mengeluarkan kata-kata. Dia cuba menampakkan dirinya dalam keadaan yang lebih tenang. Aku cuba gagahkan diri. Bicaraku kali ini cuba aku hindarkan dari sebarang rasukan emosi. Aku perlu tenang.

“Liya bukanlah seorang wanita yang baik. Satu ketika dahulu Liya telah melakukan sesuatu yang meletakkan diri Liya antara manusia yang paling keji. Liya merajakan cinta dihati sehinggakan Liya bertindak menggadaikan maruah berharga demi melayani nafsu asmara. Liya mendambakan cinta pada lelaki yang sudah punya keluarga. Walaupun pada mulanya Liya menyangkakan dia bujang namun setelah mengetahui kebenarannya Liya tetap mahu meneruskan perhubungan kami. Akibatnya Liya telah melukakan hati dan menghancurkan hidup seorang wanita. Aib yang Liya bawa bertambah berat ketika Liya disahkan mengandung anak luar nikah. Babak seterusnya mengheret hina keji masyarakat sekeliling yang akhirnya menjemput Abah dan Ummi kesisi Ilahi. Kejamnya Liya ketika itu. ”

Percakapanku terhenti seketika taktala, airmataku mengalir tanpa henti. Aku seolah-olah tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Suaraku tersekat dek esakan tangisan yang mula merajai emosiku. Harris cuba menenangkan aku walaupun aku tahu emosinya jua turut terusik. Dia mengesat airmataku yang mengalir. Tanganku digengam erat seakan memberi kekuatan untuk aku berbicara semula. Renungan matanya menampakkan kejernihan dan kejujuran.

 “Layakkah Liya menerima cinta Harris sedangkan diri Liya ini tidak seperti yang Harris harapkan. Liya perempuan keji, kotor, dan tak bermaruah. Liya tidak mampu menerima lelaki sebaik Harris. Oleh kerana itu Liya tidak boleh menerima kehadiran cinta. Maafkan Liya Harris” ujarku lagi.

 

Aku seakan tidak mampu berdepan dengannya lagi. Walaupun aku sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan, namun melihat renungan matanya aku menjadi tak keruan. Harris menggengam erat tanganku. Tanpa berkata apa-apa, hanya emosi yang dipamirkan memberi isyarat dia menerima aku seadanya. Matanya berkaca, cuba menahan airmata mengalir. Ketika ini kami seolah-olah berbicara dari hati kehati. Tanpa suara, tanpa kata-kata hanya dua hati yang bergabung dalam satu ruang bicara. Luahan dari hati ke hati seakan memerangkap kami dalam satu keadaan yang memisahkan kami dari dunia nyata.

“Liya… Tahukah apa itu cinta? Cinta itu satu cetusan emosi suci yang melibatkan dua manusia Adam dan Hawa. Mereka  dipertemukan mengikut percaturan Qada dan Qadar. Percaturan yang sudah tertulis di Loh Mahfuz”

“Harris…, Layakkah diriku menjadi pasangan Adam yang mendambakan cinta Hawa? Maruah yang tercalar ini tidak bisa padam sampai bila-bila”

“Liya… Cinta tidak mengenal siapa. Cinta tidak memilih sesiapa. Hadirnya cinta diantara Adam dan Hawa ada maksud tersurat dan tersirat. Mengapa dirimu seakan mahu lari dari kenyataan yang ada didepan mata. Sudah aku nyatakan cintaku lahir tanpa perlu mempersoalkan siapa dirimu”

“Harris....Layakkah aku untuk merasa bahagia. Diri ini kotor dan keji dimata masyarakat. Anak derhaka, perampas suami orang, penzina….kata-kata itu menghantui hidupku sampai bila-bila .Diri ini tak mampu menjadi Hawa yang dikau impikan”

“Liya….Tiada siapa yang bisa menilai silap laku seseorang itu. Jika manusia itu sedar akan segala silap lakunya lalu bertaubat siapakah mereka untuk menidakkan penyesalan itu. Diriku juga pernah melakukan silap dan dosa. Engkau dan aku, dua  manusia yang tercalar hidupnya dipertemukan dalam satu ketika seakan memberi peluang kedua untuk merasa bahagia”

“Harris….Layakkah aku menerimanya. Tiadakah penyesalan dihatimu taktala menerima wanita yang hancur hidupnya ini. Mampukah aku berdiri sama rendah dan berlindung dibawah langit yang sama disisimu”

“Liya…Percayalah. Sudah kutekad hati ini untuk menerimamu disisi. Ku pegang pada janji bahawasanya akan kupastikan engkau bahagia taktala disampingku. Akan ku perjuangkan maruah mu agar tidak menjadi permainan mereka yang mempersoalkan salah dan silapmu. Percayalah..cinta ini hadir berkat dari kasih sayang Tuhan. Jangan menidakkannya lagi.”

 

Suara hati yang berbicara  seakan meletak noktah pada segala persoalan yang berbangkit. Pertemuan kali ini, benar-benar mengikat kedua emosi cinta yang hadir pada peringkat seterusnya. Harris telah meyakinkan aku, bahawasanya Tuhan telah membenarkan aku untuk merasa bahagia semula. Cukuplah selama 5 tahun aku menyepikan diri. Syukur kepada Tuhan setelah sekian lama aku menanti akhirnya aku dipertemukan dengan seseorang yang bisa mengubat lara hatiku ini. Perkenalan kami yang mencecah tempoh 6 bulan walaupun singkat, namun ikatan yang terjalin bagai bertahun lamanya. Aku cuba menerimanya dengan hati terbuka tanpa rasa ragu lagi. Walaupun aku masih dihambat dosa-dosa silam, namun keyakinan yang Harris tonjolkan seakan melenyapkan segala keluh resahku. Biarkan yang berlalu pergi bersama lipatan sejarah yang tersimpan jauh disudut hatiku.

Izinkan aku Ya Allah, mencintai lelaki ini mengikut batasan yang Engkau gariskan. Ikat napsuku dari pandangan mataku. Ikat jiwaku beserta iman dan takwaku. Izinkan aku berada disisiMu. Izinkan aku menerima kasih sayangMu. Aku takut sendiri lagi. Izinkan aku mencintai dan dicintai sesungguhnya hambamu ini dahagakan kasih sayang yang bisa merawat segala luka yang terpendam… Luahan hati disetiap pengakhiran solatku, moga Allah menerima taubatku. Moga kebahagian ini kekal selamanya.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari