helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

2.5
2 Penilai
Bab 5 (b)
Dihantar: 5/02/2010 pukul 12:00:58 PM | 59 Bacaan
Share

Bab 5 (b)

              Suatu pagi ketika aku sibuk menjalankan tugas-tugas di warung, aku didatangi seorang lelaki yang ingin berurusan denganku. Kedatangan lelaki itu ke warung membawa hajat yang besar. Pihak majikan yang diwakilinya ingin memesan sejumlah lukisan untuk dijadikan hiasan dalaman hotel mereka. Aku diminta bertemu dengan pegawai yang terlibat pada masa yang ditetapkan. Segala urusan dan perbincangan akan dinyatakan ketika pertemuan itu nanti. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui secara lebih jelas konsep yang mereka mahukan. Setelah lama bercuti, inilah masanya untuk aku meluahkan segala idea yang bersarang dikepalaku ini ke kanvas lukisan. Kepuasan meluahkannya benar-benar memberi terapi minda dan jiwa.

“Alhamdullilah, rezeki” .Aku memanjat syukur kehadrat Ilahi berkat rezeki besar yang aku terima hari ini.

“Bila temujanji Liya dengan pegawai hotel tu? Nanti Harris hantar Liya ke bandar, kebetulan kereta yang Harris tempah akan diterima hari ini” ujar Harris.

“Kebetulan esok Harris ada urusan dengan pihak bank, bolehlah kita pergi bersama” tambahnya lagi.

“Bagaimana pula dengan warung? kalau Mak Na dan Pak Hamid berdua uruskannya mahu tak menang tangan nanti” ujarku dengan nada kerisauan

“Tak mengapa Liya, esok kita tutup je warung ni. Sekali sekala cuti apa salahnya. Rezeki yang kita perolehi sejak akhir-akhir ni melimpah ruah. Rasanya kita ambil cuti lama sedikit tidak mengapa. Lagipun Liya dan Harris ada perkara yang perlu diuruskan” ujar Pak Hamid.

Kata-kata Pak Hamid sedikit sebanyak memberi kelegaan. Terasa berat hatiku pada mulanya, memandangkan segala urusan bakal menjadi huru hara dek permegianku nanti. Pak Hamid bersetuju untuk menutup operasi warung selama dua hari. Masa dua hari ini akan aku gunakan sebaiknya untuk menyelesaikan segala urusan. Aku perlu memastikan segala peratan melukis seperti kanvas, cat minyak dan sebagainya mencukupi mengikut kuantiti lukisan yang perlu aku hasilkan.  Kunjungan aku kebandar nanti akan aku gunakan sebaiknya.

Setelah selesai segala urusan diwarung, Harris menuju ke pekan berdekatan untuk mengambil kereta yang dibeli 3 minggu sebelumnya. Pak Hamid turut menemani Harris.

           Keesokan harinya, aku dan Harris bertolak awal pagi lagi. Memandangkan jarak bandar berhampiran,  memakan masa 2 jam perjalanan, kami bercadang keluar awal bagi mengelak dari sebarang masalah dan kelewatan. Sepanjang perjalanan kami berdua berbual mengenai pelbagai perkara. Dari hubungan kami hinggalah ke subjek yang lebih umum. Tergerak dihati ini, ingin bertanya lanjut berkenaan arwah Amira, namun entah mengapa lidah ku bagai kelu. Aku pendam segala persoalan seolah-olah ia tidak penting untuk aku ajukan. Perbualan kami berlangsung dengan suasana harmoni dan ceria. Kami cuba menyelami hati masing-masing. Harris menunjukkan keperihatinannya keatas diriku. Sifat romantis, penyayang dan bertanggung jawab menyerlah disetiap etika dan tutur caranya. Aku bagai diulik mimpi yang indah seakan merasakan diri bagai seorang puteri yang bahagia bersama putera idamannya. Naluri wanitaku benar-benar terusik dek kehangatan cinta yang melanda. Entah mengapa secara tiba-tiba perasaan rindu pada arwah Abah dan Ummi muncul bagai tidak mampu menahan airmata yang mengalir di pipi. Aku cuba menyembunyikan airmata ini dari pengetahuan Harris. Aku tidak mahu dia tertanya-tanya akan keadaanku yang secara tiba-tiba berubah emosi. Persoalan samada aku layak  mengecapi kebahagiaan ini, berulang kali bermain difikiranku. Tanpa Abah dan Ummi disisi hidupku benar-benar kosong. Penyesalan yang sering terucap melalui hati bagai sia-sia kerana aku sedar yang berlalu tetap berlalu. Sebagai manusia yang punya iman. aku perlu menerima segala akibat dari keputusan dan pilihan yang telah aku tentukan dengan hati yang redha. Aku yakin kali ini aku telah memilih jalan yang benar-benar mengarahkan haluan hidupku kearah sesuatu yang lebih nyata. Perhubungan yang terjalin ini bakal menjadi titik tolak perubahan diriku kearah yang lebih matang.  Aku merenung wajah Harris, sambil hati ini mengatakan “terima kasih kerana menyanyangi diriku yang tak sempurna ini, aku bersyukur dipertemukan denganmu”. Aku berdoa agar hubungan kami ini dilindungi dengan kekuatan iman dan kesucian takwa. Selama dua jam perjalanan, benar-benar membuka ruang untuk aku mengenali Harris secara lebih mendalam.

bersambung..........





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
2.5
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari