helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
2 Penilai
Bab 5 (c)
Dihantar: 7/02/2010 pukul 11:23:35 AM | 88 Bacaan
Share

Bab 5 (c)

               Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba dilokasi yang dituju. Keadaan lalulintas agak sesak, dipenuhi dengan deretan pelbagai jenis kenderaan. Suasana di bandar agak berlainan dari suasana pekan kecil yang nyata jauh lebih tenang dan tidak menyesakkan. Memandangkan masih punya banyak masa, aku dan Harris bercadang untuk berhenti makan terlebih dahulu.

“Dah lama tak makan tose, tetapi ermm… kesedapan tose ni masih tak dapat dibandingkan dengan keenakaan tose buatan Ummi” keluhku.

Aku amat merindui masakan arwah Ummi. Masakan Ummi tiada tolok bandingnya. Arwah sememangnya handal dalam bab masak memasak. Aku banyak belajar dari Ummi. Walaupun hasil air tanganku mendapat pujian ramai namun aku tidak bisa menyamai aroma dan kelazatan masakan yang disediakan Ummi.

“Masakan seorang ibu tidak bisa dibandingkan dengan sesiapapun. Harris sendiri merindui masakan ibu. Aroma dan keenakan juadah yang disediakan benar-benar menyerap ke seluruh rongga. Harris hanya mampu menikmati masakan ibu selama 10 tahun. Walaupun kini dah hampir 20 tahun ibu pergi, kelazatan masakan, aromanya tak pernah Harris lupakan walaupun sedetik”

Riak wajah Harris yang pada mulanya ceria bertukar muram. Tidak ku sangka Harris telah kehilangan dua orang yang dicintainya. Sememangnya perit apabila hidup sekadar mengingati kenangan yang ditinggalkan orang yang kita sayangi. Namun lumrah manusia, hidup hanya sementara manakala mati itu pasti. Walaupun kehadiran mereka tiada di depan mata namun kenangan dan ingatan seakan hidup didalam jiwa.

“Ketika Harris bertemu arwah Amira, perkara yang buat Harris tertarik padanya ialah tutur cara dan etikanya yang seakan ibu. Arwah cinta pertama Harris. Banyak perkara yang Harris korbankan semata-mata nak bersamanya. Harris tidak sedikit pun merasa kesal. Kami bercinta sejak dari zaman persekolahan lagi. Pelbagai halangan yang kami tempuhi namun jodoh antara kami memang kuat ketika itu” tambah Harris lagi. Tuturnya bercampur suka dan duka.

Aku mendengar cerita Harris dengan penuh tumpuan. Dari riak wajah dan tutur caranya aku tahu dia amat merindui Amira. Walaupun dia cuba menyembunyikan gelora emosinya, aku merasai kesedihan yang dihadapi mempengaruhi setiap inci jiwa dan hatinya. Aku tidak bisa menolak kehadiran Amira  telah mengisi hampir keseluruhan hatinya, namun aku sedikit tidak merasa cemburu. Aku bersyukur Harris masih bisa menerima kehadiranku walaupun aku hanya mempunyai sekelumit dari cinta hatinya. Harris mengakhiri perbualan tanpa mahu ingin meneruskan ceritanya lagi. Mungkin dia tidak mahu aku melihat dirinya yang tidak terkawal angkara emosi yang memuncak. Dia cuba mengalihkan bual bicara ke topik yang lain. Aku mengikut rentak bicara Harris tanpa mahu bertanya lanjut.

            Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Temujanjiku dengan pengurus Hotel Permai bermula jam 10.30 pagi. Tanpa berlengah lagi Harris menghantar aku ke lokasi berkenaan. Setibanya disana, aku dapat melihat tersegam indah sebuah bangunan yang unik rekabentuknya. Mewah dengan dekorasi dan pemandangan yang penuh kehijauan. Aku cuba menyerap sedikit sebanyak idea yang aku ambil dari persekitaran dan suasana di hotel berkenaan. Mudah mudahan ia bisa menjadi panduan untuk setiap lakaran lukisan yang bakal aku hasilkan. Harris menurunkan aku didepan pintu masuk hotel.

“Harris perlu ke bank terlebih dahulu. Ada urusan yang perlu Harris uruskan. Maaf Harris tak dapat temankan Liya. Nanti dah selesai semuanya Liya telepon Harris ya” kata Harris

“Ok nanti dah selesai semuanya Liya akan telepon Harris. Hati-hati memandu” aku mengakhiri perbualan dengan senyuman.

Aku masuk ke ruangan lobi, untuk bertemu dengan pegawai dikaunter pertanyaan. Setelah mendapat konfirmasi mengenai temujanji yang diaturkan aku dibawa ke tingkat dua dimana terletaknya pejabat pentadbiran. Suasana di pejabat agak sibuk. Jumlah pekerja dalam kelompok sederhana, masing-masing kusyuk menjalankan tugas.

“Cik Aliya Raihanah ke?” tanya seorang wanita yang duduk dihadapan bilik pengarah urusan. Lagaknya seperi seorang setiausaha.

“Ya saya Aliya Raihanah. Saya diminta bertemu dengan pengarah urusan untuk tempahan lukisan” jawabku

“Cik Aliya boleh tunggu didalam terlebih dahulu. En Khalid keluar sebentar” jawab wanita berkenaan sambil membuka pintu mempelawa aku masuk kedalam.

“Cik Aliya nak minum apa? Kopi atau Teh?”

“Tak mengapa saya baru sahaja lepas minum. Siapa nama  cik?”

“Saya Zana, setiausaha En Khalid. Kalau macam tu Cik Aliya tunggu disini ya, saya akan telepon En Khalid”

“Ok Zana, terima kasih ya” jawabku mengakhiri perbualan kami.

 

Keadaan bilik Pengarah Urusan agak luas, kemas, teratur dengan alatan pejabat yang mewah menampakkan ciri-ciri seorang yang berjawatan tinggi. Terdapat banyak bahan bacaan mengenai rekabentuk dan seni reka hiasan dalaman. Hiasan yang tergantung didinding menampakkan pemilik bilik ini seseorang yang menghargai seni.

“Nampaknya En Khalid ni mesti dari lulusan seni reka. Banyak sungguh bahan bacaan disini. Khalid? ermmm..macam pernah ku dengar nama itu sebelum ini. Ishh takkan kot, ramai orang yang nama Khalid didunia ni.” keluhku sendirian.

Nama ‘Khalid’ mengingatkan aku pada seorang sahabat lama. Ketika belajar di Universiti dahulu, aku rapat dengan seseorang yang bernama Khalid Ridzuan. Hubungan kami yang akrab selalu di salah anggap sebagai pasangan yang sedang bercinta . Walaupun Khalid pernah meluahkan rasa hatinya namun aku cuba membataskan hubungan kami ketika itu setakat sahabat sahaja. Kami terpisah setelah Khalid melanjutkan pelajaran ke UK. Aku ketika itu tidak meyambung pelajaran ke luar negara walaupun mendapat tawaran berbuat demikian. Hubungan kami terputus begitu sahaja. Aku pernah cuba menghubunginya namun usaha itu gagal. Mungkin dia berasa kecewa taktala aku menolak rasa hatinya. Walaupun sudah 7 tahun berlalu, Khalid tetap dalam ingatan sebagai seseorang yang sangat memahami aku. Mengimbas kenangan di Universiti dahulu membuatkan aku tertawa sendirian. Ingatan pada teman-teman sekampus melahirkan keinginan untuk bertemu mereka semula.

“Cik Aliya Rihanah”.

Lamunanku terhenti taktala mendengar namaku dipanggil. Berdiri dihadapanku seorang jejaka yang tampan rupa parasnya. Mempunyai kumis , berkulit cerah, berkaca mata, tahi lalat didpipi kiri menaikkan lagi seri wajahnya. Benarlah tanggapanku sebelum ini, dialah Khalid teman akrabku yang sudah 7 tahun tidak bersua muka. Tidak kujangka, aku bisa ketemunya semula.

“Khalid, mana kau menghilang sebelum ni. Ya Allah wajah kau sikit tak berubah, sama jek macam dulu.” kataku dengan nada keriangan.

“Kau pun Liya apa kurangnya. Masih cun macam dulu. Liya dah kawin ke?” tanya Khalid

“Belum la…Aku masih bujang trang tang tang, aku tungggu kau kot” gurauku

“Aaa ye la sangat..Dulu masa Khalid ajak Liya kapel jual mahal” jawab Khalid sambil tersenyum.

“Liya nak tau, masa staff Khalid sarankan nama Liya untuk tempahan lukisan , hati Khalid berat mengatakan wanita itu adalah sahabat akrab yang dah lama Khalid  tak jumpa. Jadinya Khalid suruh dak Iwan tu buat temujanji untuk memastikan tanggapan Khalid benar. Nah! Sekarang hati Khalid lega bila semua tanggapan benar belaka” tambahnya lagi. Kelihatan riak wajahnya yang penuh keceriaan. Tak putus-putus senyuman terukir dibibirnya.

Aku melihat telatah Khalid sambil tersenyum keriangan. Lelaki yang pernah suatu masa dahulu menjadi sahabat yang paling rapat denganku. Dia sahabat yang sangat istimewa. Pengertiannya terhadap tingkahlaku, pemikiran dan segalanya tentang aku cukup mendalam. Persamaan antara kami cukup jelas. Namun hatiku tidak pernah menganggap dia lebih dari itu. Kasih sayangku pada Khalid lebih kepada rasa cinta seorang sahabat. Khalid ingin menyambung perbualan namun dia tidak bisa berbuat demikian. Memandangkan masa yang agak singkat taktala dia perlu menghadiri mensyuarat, perbualan kami dijuruskan kepada urusan tempahan lukisan. Setelah mendapat butir tempahan dan konsep yang diminta Khalid meminta diri. Dia meninggalkan kad namanya dan meminta aku meninggalkan nombor telepon. Dia mahu mengaturkan pertemuan denganku di lain hari tanpa terikat dengan urusan pejabat. Kami mengakhiri perjumpaan dengan kelegaan dihati setelah segala tanggapan dan tekaan terjawab.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari