helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Lara Cinta

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
2 Penilai
Bab 5(d)
Dihantar: 11/02/2010 pukul 10:06:15 AM | 77 Bacaan
Share

Bab 5(d)

            Setelah pertemuan antara aku dan Khalid berakhir, aku menuju ke tingkat bawah Hotel Permai. Aku menelepon Harris, untuk memaklumkan urusanku yang telah selesai. Harris meminta aku menunggu seketika memandangkan masih ada perkara yang dia perlu uruskan. Aku berlegar-legar disekitar kawasan hotel, sambil menyelidiki suasana persekitaran. Hiasan dalaman hotel begitu unik dengan gabungan elemen tradisional dan moden. Dua elemen ini akan aku gabungkan dalam penghasilan karyaku nanti. Sedang asyik aku memerhati sekeliling, secara tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu disitu. Beberapa jenis fail yang dipegangnya berterabur diatas lantai.

“Ops! Maafkan saya. Saya tak sengaja” ujarku lantas mengutip beberapa jenis fail yang berteraburan lalu diserahkan kepada lelaki itu.

 “Hana?” ujar lelaki itu. Dia merenung aku dengan pandangan yang tajam.

Aku berpaling dengan reaksi seakan tidak percaya. Riak wajahku yang pada mulanya ceria berubah secara tiba-tiba.Aku tidak menyangka, aku masih bisa mendengar nama itu lagi. Nama yang menjadi sebutan seseorang yang pernah hadir dalam hidupku. Hanya dia seorang sahaja yang memanggilku dengan nama itu.Seseorang yang pernah mengisi hatiku pada mulanya, dan membawa musibah pada pengakhirannya. Seseorang yang aku cuba lenyapkan dari segenap inci pemikiran dan lubuk hatiku. Secara tiba-tiba aku mula merasakan ledakan emosi yang cuba merasuk keseluruhan dalamanku. Tubuhku bergetar dengan pelbagai rasa hati yang penuh kecelaruan. Aku cuba mengawal diri.

“Tak mungkin…Tak mungkin” ujarku. Dihadapanku berdirinya seorang lelaki yang aku aku cuba elak kehadirannya. Kakiku cuba melangkah sepantas mungkin seakan mengarahkan diriku untuk beredar dari situ. Aku memalingkan wajahku dari dilihat lelaki itu. Aku tidak mahu bertentang mata dengannya lagi.

 

 

“Hana, nanti dulu” ujar lelaki itu lagi. Dia cuba menghalang pergerakanku. Sepantas kilat dia mencapai pergelangan tanganku, lalu dipegang erat.

“Lepaskan” ujarku dengan nada keras

“Hana, please”. Dia cuba menghalang pemergianku.

“Lepaskannn…kalau tak aku akan menjerit sekuat hati” ujarku lagi.

Aku merasakan diriku sudah mula tidak terkawal. Segala peristiwa silam mula bermain satu persatu dipandangan. Rasa suka mahupun duka mula menerjah setiap inci emosiku. Aku cuba menahan airmata ini dari mengalir. Aku tidak mahu menampakkan kesedihan dan kelemahan jiwaku dihadapan lelaki itu.Sedaya boleh aku cuba menghalang bibirku dari melafazkan namanya. Melihat keadaanku yang mula menampakkan kebencian diatas tindakannya, lelaki itu melepaskan tanganku. Aku beredar dari situ tanpa berpaling sedikit pun. Aku meluru keluar dari perkarangan Hotel menuju ke lokasi lain bagi mengelakkan diri dikejar lelaki itu. Rasa yang selama ini aku cuba ubat kesakitannya mula merobek kembali luka yang tersimpan. Aku menangis sepuasnya tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memerhatikan tingkah laku ku yang seakan orang hilang akal. Aku cuba membawa diri sejauh mungkin dari tempat berkenaan, tanpa ku sedar aku sudah jauh menyimpang dari lokasi asal. Tiba-tiba teleponku berdering. Aku cuba menjawab panggilan namun aku tak berdaya untuk berbuat demikian. Suaraku seakan tersekat dek tangisan yang tak henti-henti menerjah emosiku. Aku cuba mencari kekuatan.

“Dimana aku?” ujarku sambil melihat keadaan sekeliling yang amat asing bagiku. Aku duduk dibahu jalan sambil cuba menenangkan fikiran. Buat beberapa ketika aku duduk disitu seakan membiarkan diriku melayang jauh dari realiti. Aku kumpul kekuatan, aku cari pengabdian. Secara perlahan-lahan aku ambil telepon bimbitku. Aku cuba menelepon Harris.

“Hello, Liya…dimana Liya ni? Harris telepon banyak kali tak berjawab. Harris tanya pegawai dikaunter pertanyaaan katanya dia nampak Liya meluru keluar seakan mahu lari dari sesuatu. Liya tak apa-apa ke? Dimana Liya sekarang?” ujar Harris dengan nada kerisauan.

Aku cuba mengeluarkan suara, namun ketar tubuhku akibat dari peristiwa tadi menghalang bicaraku. Aku cuba melawannya.

“Liyaa erkkkk….Liyaaa” ujarku sambil menangis teresak-esak

“Liya..kenapa ni? Cuba tenangkan diri, bagitahu Liya sekarang dimana? Tarik nafas perlahan-lahan”ujar Harris. Dia cuba menenangkan aku.

 

bersambung





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
linariff
Hantar Mesejlinariff

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Bab 1(a)
Bab 1(b)
Bab 1(c)
Bab 2 (a)
Bab 2 (b)
Bab 2 (c)
Bab 3 (a)
Bab 3 (B)
BAB 3 (c)
Bab 4 (A)
Bab 4 (B)
BAB 5
Bab 5 (b)
Bab 5 (c)
Bab 5(d)
Bab 5(E)
Lihat semua


jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari
sponsors
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal