Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Poppy


Poppy; #10 - Baju

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter

Aku sempat membawa air teh aku yang dah suam masuk ke dalam kereta, sebab sayang masih banyak lagi kot, manakala Azlan cuma meninggalkan kopinya yang tak habis di meja kecil McDonalds dua puluh empat jam itu. Aku tak tanya Azlan siapa yang call, dan siapa yang dia bergegas sangat nak jumpa, tapi Azlan pun tak explain apa-apa dan cuma bangkit dari kerusinya sambil berkata kat aku, "jom."

Sepatah itu je.

"Jom ke mana?"

Dia tak menjawab. Macam biasa, dia berleter suruh pakai seatbelt dan kemudiannya kereta yang dipandu Azlan meninggalkan McDonalds secepat mungkin. Kali ini dia tak bercakap langsung. Dia tak pandang aku langsung dan dia seolah ingin mengelak daripada aku. Dalam penuh curious waktu itu aku tahan diri untuk tak banyak bersoal sebab aku takut aku akan memburukkan situasi.

Siapa yang call tadi dan kenapa Azlan pandang aku macam dia terkejut dan takut? Aku ada buat salah apa?

"What did I do wrong?"

"You did nothing wrong."

Damn flashbacks!

"You stay mana?" Ayat pertama Azlan untuk memecah sunyi. 

"Kenapa?"

"Yela, I nak hantar you balik."

Aku ragu-ragu menjawab. Tiba-tiba aku terasa sedih. Tak nak balik. Bila lagi aku akan dapat jumpa Azlan? Kalau boleh, aku nak ikat dia dan bawa dia balik untuk selama-lamanya. Tapi aku tau benda tu tak mungkin. Ah! Apa yang aku nak ni sebenarnya?

"Oi, tak nak balik?"

Akhirnya aku menjawab begini. "Hantar I balik hotel tadi je. Nanti I balik dengan Nabila."

Dan dia senyap. Okay, mungkin yang call tadi bukan Nabila. That's why he buys this story. Aku mengeluh lega.

Tak lama kemudian, lepas senyap dan Hitz.fm dah memainkan lagu-lagu yang tak berapa nak menyindir lagi, kami tiba di perkarangan hotel. Kereta Azlan meluncur masuk dan berhenti di luar lobi hotel, di mana aku terlihat kelibat dua manusia - seorang lelaki dan seorang perempuan - sedang menunggu di luar lobi.

"Kejap. You tunggu sini." Azlan lantas keluar dari kereta. Aku tak faham sebenarnya kenapa Azlan memberhentikan kereta jauh sikit dari luar lobi. Apabila cahaya lampu luar yang malap melimpah kat kelibat dua manusia itu, baru aku kenal - itupun aku yakin mata aku tak menipu - siapa mereka. 

Nabila dan Lee. Aku makin hairan.

Azlan pantas meluru ke arah mereka dan mereka bertiga mula membicarakan sesuatu yang aku tak dapat agak, atau dengar, tapi melalui riak wajah muka mereka, serius. Ada sesuatu ke yang berlaku kat dalam dewan lepas Azlan dan aku cabut dari majlis? Kenapa aku tak dibenarkan tahu? Aku tahu Azlan selalu beri alasan melawak, 'jangan masuk campur hal orang dewasa,' tapi melihatkan keadaan kitorang sekarang, Azlan tak ada sebab untuk nak manjakan aku.

Boleh tak aku merajuk sebab aku tak tahu apa-apa? Aku ni masih budak-budak ke sampai diorang tak nak libatkan aku sekali?

Aku nampak Nabila keluarkan sesuatu dari begnya dan dihulurkan kat Azlan. Pantas Azlan menyimpannya ke dalam kocek. Apa tu?

That's it! Aku tak nak ketinggalan, aku nak tau gak apa yang terjadi. Aku buka pintu kereta, dan sebaik aku keluar dari kereta, Azlan dah berlari-lari anak kembali ke kereta. "Kan I dah cakap, stay dalam kereta!"

"Apa yang dah jadi? You guys cakap pasal apa? Kenapa I kena stay dalam kereta?"

"Nothing la tu, ada benda yang Rizal lupa pass kat I."

"Benda apa?"

"Biasalah. I dah suruh Hasrul settlekan dah."

"But Nabila and Lee-"

Dia buka pintu kereta dan rangkul pinggang aku, supaya aku masuk kembali ke dalam kereta. "It's nothing, sayang. Get in the car. I hantar you balik terus. Nabila cakap you ada kunci bilik, kan."

Tersentak, tergamam, aku kembali masuk ke dalam kereta. Aku diam tertunduk. Dan sebelum Azlan memasukkan gear, dia ambil tangan aku dan letakkan kat atas gearshift. Dia pegang tangan aku sambil menukar gear. Kereta meninggalkan perkarangan hotel. Kepala aku pening akibat darah yang naik pantas ke muka, tapi dalam otak aku, ada satu ruang di mana tanda soalnya mula membiak secara degeneratif - aha, sains!

Kami tak bercakap sepanjang jalan. Dalam hati aku menyumpah seranah kat segala perasaan berbunga-bunga yang terbit entah dari mana. Aku nak halau perasaan itu jauh-jauh. Sepatutnya aku marah. Azlan mungkin akan lukakan, hiriskan dan cincangkan hati aku lagi macam dulu. Kenapa aku biarkan!

Aku tarik tangan aku. Dia terkejut, tapi dia buat-buat biasa. Kami berhenti di sebuah traffic light yang aku pun tak pasti entah kat mana. Tapi macam biasa, jalan raya masih sibuk. Aku keluarkan phone. Fokus aku pada phone, kemudiannya pada billboard besar tergantung kat bangunan yang menayangkan poster filem, 'The Avengers: The Return of The Iron Mask. Aku memang teringin nak tengok filem ni, tapi, aku dah lama tak pergi wayang.

Dah tak ada Azlan untuk teman aku pergi wayang.

"Dah tengok Avengers baru dah?"

Aku menggeleng. "Robert Downey Jr still hensem, walaupun dah tua."

"One Piece movie baru ada keluar, kan?"

"Belum download lagi."

"I ada, nak?"

Aku angkat bahu. "Boleh gak." 

---
Terima kasih Uculer yang baca dan komen kat Epilog. Terima kasih @kapasitor at twitter sebab menge-tweet tentang epilog ni beberapa minggu lepas. Kalau tak mungkin saya dah lupa tentang Poppy. Terima kasih sebab hidupak Poppy balik.
(dolphin noises) 



Previous Chapter Previous Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.0
1 Penilai

Info penulis

Steff Cempaka

Im strangely attracted to old school, fried chicken, seahorses, ukuleles, and dates.
Effy_Lndg | Jadikan Effy_Lndg rakan anda | Hantar Mesej kepada Effy_Lndg

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog