Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Mantera Cinta


Bab 1

Pilih siri:
Next ChapterNext Chapter



Khamis,13 Mac 2014

Mentari terbit lagi hari ini seperti hari hari biasa yang biasa dialami. Hilman menghela nafas syukur dalam kesyahduan pagi kala riuh unggas-unggas sedang meninggi. Sekali dihembus, sekali dihirup. Segarnya, nyamannya cuaca pagi yang terselit seribu keindahan ciptaan Ilahi. Dilihatnya Hilman keindahan alam ini dengan rasa diri yang kerdil. Direndah-rendahkan egonya, mengagumi sekalian karya Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Gunung tidak berpaku, langit tidak bertiang. Ini semua kekuasaan-Nya.

Sesekali Hilman mengalihkan pandangannya kepada kucing dalam belaiannya, kucing rumahnya. Dicuit-cuit perut kucing tersebut yang dipanggil Kola. Bulunya berwarna putih bersulam corak hitam seperti lelaki berpakaian kot jika ditegakkan badannya. Sepasang matanya berwarna biru ‘turquoise’ Kola itu Hilman jumpa ketika sedang mengalihkan kereta dari garajnya, lalu dia terdengar tangisan anak kucing dari dalam longkang bersebelahan garaj. Dengan rasa simpati, Hilman mengutip kucing berkenaan lalu dibawanya masuk ke dalam rumah untuk dimandikan serta dibersihkan tubuhnya. Kini Kola sudah besar, setahun sudah berlalu sejak peristiwa itu. Kalau Hilman bosan, Kola sahajalah yang menjadi pengubat sepi lara hatinya.

Sudah menjadi rutin kebiasaan Hilman, seusai solat subuh secara berjemaah di Surau Al-Hikmah yang jaraknya hanya 500 meter dari rumah bujang miliknya itu, dia akan mara ke jendela untuk menenangkan diri sambil menghirup udara pagi nan segar bugar. Sekurangnya-kurangnya itu mampu menghiburkan hatinya untuk hari tersebut. Hari ini Hilman menonton sekejap rancangan pagi di televisyen. Sekadar jenguk-jenguk hambar.

Setelah beberapa minit meluangkan masa di muka jendela, Hilman membuka langkahnya ke dapur. Mencari seteguk air sebagai alas hari itu. Hilman tidak biasa makan pagi, katanya tidak sempat. Meskipun ibunya seringkali menasihati dia di corong telefon, dan setiap kali itulah Hilman membantah, katanya sarapan pagi memakan masa.

Diambilnya sebiji cawan dari kabinet dapur lalu menghalakan muncung teko ke dalam gelas tersebut. Teh itu dituang penuh kedalam cawan. Dengan pantas dia melabuhkan punggung ke atas kerusi. Dikecapnya teh itu di bibir. Ahhh... sudah sejuk. Manakan tidak, balik subuh tadi lagi dibancuhnya teh O cap Cik Mun itu, sekarang baru mahu minum. Dia menghirup laju air dari cawan dan dengan pantas meninggalkan dapur kecil itu.

Sedang enak menikmati minumannya, Hilman dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Dia sedikit mengeluh, dan dengan malas menjawab panggilan tersebut.

“Kamu tak datang lagi kan Hilman?” suatu suara dari corong telefon berbunyi.

“Tak lagi Dato’,mungkin dalam pukul 7.40 pagi nanti saya sampai ke pejabat macam biasa. Kenapa Dato’? Dato’ datang awal dan hendak pesan apa-apa?” Hilman menjawab dengan nada bersahaja.

“Hari ini kan pelancaran perisian baru rekaan kumpulan kamu. Datanglah awal sikit, buat persediaan untuk persembahan prototaip dan penerangan.” Balas suara dari corong telefon itu.

“Dato’ jangan risau, semuanya akan berjalan lancar. Saya jamin Dato’. Kalau tidak mana mungkin Dato’ pilih saya bekerja sebagai komponen syarikat Dato’.” Balas Hilman sekadar meyakinkan setelah mendengar penerangan dari corong telefon itu.

“Owh, OK. Baiklah, saya yakin dengan awak. Saya tunggu persembahan terbaik dari kumpulan awak.” Jawab suara dari corong telefon tersebut. Sudah berpuas hati mungkin.

Tanpa melengahkan masa, Hilman meneguk laju baki teh kosong dalam cawannya. Dihirupnya dengan puas. Termenung sejenak sambil menjatuhkan pandangan ke lantai. Hilman tahu hari ini suatu hari yang bakal menjadi sejarah dalam kegemilangan hidupnya. Dia tersenyum puas di atas kerusi itu lalu beredar dari meja makan yang sudah menjadi sebahagian dari rumahnya sejak dua tahun dulu. Bermakna sudah dua tahun dia hidup bujang di rumah ini.Kaki Hilman deras melangkah mencapai tuala yang tergantung di penyangkut dalam biliknya sambil melorohkan kain pelikat dan membuka bajunya. Kemudian, tanpa berfikir panjang Hilman menolak pintu bilik air lalu masuk untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan tubuhnya di bilik mandi, Hilman mempersiapkan diri di bilik. Dipakainya baju kemeja berwarna biru muda berjalur putih berjenama “Paul Smith”. Sebuah jenama gergasi dalam industry tekstil di seluruh dunia. Dia amat suka akan warna biru yang memberikan rasa tenang dan nyaman. Kebanyakan barangan Hilman berwarna biru tidak kira biru gelap atau biru cerah. Baju kemeja yang dipakainya itu diberikan ibunya ketika mula-mula hendak bekerja di perantauan dulu. Dia amat selesa dengan kemeja tersebut. Sesudah menyaukkan kemejanya, dicapainya tali leher dari penyangkut dalam almari bajunya.Hilman mempersiapkan diri sekemas-kemasnya hari itu.

Segala urusan mempersiapkan diri sudah ditinggalkan. Hilman mencapai kunci kereta dari penyangkut di suatu sudut dinding di ruang tamu. Sebelum itu dia menekan punat ‘OFF’ pada remot televisyen. Barangkali dia terlupa untuk menutupnya setelah ditonton seketika selepas subuh tadi. Tanpa berlengah-lengah lagi Hilman melangkah laju ke pintu utama. Dia mengunci pintu itu dari luar.

Setelah memastikan segalanya selesai, Hilman menekan punat pada kunci kereta yang tersedi di genggamannya. Beep! Kereta itu mengeluarkan bunyi tanda kereta itu tidak dikunci lagi. Hilman menarik pintu kereta lalu masuk kedalam Proton Saga FL berwarna hitam yang rasmi menjadi miliknya menjelang 26 tahun umurnya iaitu setahun lepas.

Siapa sangka lelaki seawal usia 20-an yang masih mentah seperti Hilman sudah mampu membeli kereta dengan bayaran tunai. Siapapun yang bertanya pasti terpegun dan kagum dengan pencapaian Hilman sebagai anak jati Melayu yang bekerja sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat besar pengeluar aplikasi. Dia merupakan lepasan Institut Jerman Malaysia (GMI) dalam Kejuruteraan Perisian. Bercakap perihal gaji, sudah tentu gadis-gadis di luar sana terbeliak mata mendengarnya. Tambahan pula wajahnya yang kacak serta postur tubuh yang tegap pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melihat.

Tangan Hilman pantas memulas kunci kedalam lubang kunci di sebelah kanan stereng pemandu. Seketika kemudian setelah memastikan enjin kereta telah panas, pedal minyak ditekan dan kereta tersebut menderu laju keluar dari garaj rumah ‘semi-D’ miliknya.

Dalam perjalanan Hilman tersenyum kecil. Bangga dengan apa yang bakal berlangsung pada hari ini. Di tengah hiruk pikuk kota yang sedang membangun ini, kesibukan pagi dengan kenderaan yang aneka jenis meluncur di jalanraya menimbulkan suasana yang meriah. Proton Saga yang dipandu oleh Hilman menderu laju di sebalik kabus pagi yang kian menipis disimbah cahaya suria pagi meninggalkan debu-debu berterbangan di jalanraya.Ada urusan yang harus diselesaikan Hilman pada hari ini. Sesuatu yang amat penting.

Bersambung...

"Mantera Cinta "
-Kelana



Next Chapter Next Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis

Kelana

Kapasitor rocks!
kelana | Jadikan kelana rakan anda | Hantar Mesej kepada kelana

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog