Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Mantera Cinta


Bab 2

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter



Kesibukan pagi membanjiri suasana di perut kota. Bunyi hon-hon kereta dan riuh rendah penghuninya memeriahkan suasana sekeliling. Keadaan jalan yang sedikit sesak dengan pelbagai jenis kenderaan dari motor hinggalah bas berderetan di suatu jalan menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Tidak kurang juga warga kota yang memilih berbasikal ataupun berjalan kaki sebagai alternatif perjalanan. Bermacam ragam pemandu dapat dilihat di jalanraya, ada yang ingin cepat, ada yang tenang sahaja memandu dan berbagai lagi. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri pada pagi ini. Ada yang berkejar ke tempat kerja mahupun menyelesaikan urusan masing-masing.

Lelah menyusur kesibukan jalanraya dari rumah ke tempat kerja, tepat jam 7.25 pagi kereta Hilman diparkir pada garaj yang tersedia di belakang bangunan pejabatnya. Hilman menyusun langkah longlai ke lif. Sudah ramai pekerja dari bangunan pejabat tersebut datang untuk ‘check-in’ di pos kerja masing-masing. Hilman terpaksa beratur sedikit panjang sebelum dapat menaiki lif. Bangunan ini milik Dato’ Lokman Hamid yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Asia Tech Sdn. Bhd. Beliaulah yang mengasaskan syarikat tersebut yang kini memberi peluang kepada lebih seratus pekerja.Hilman merupakan salah seorang daripadanya. Jurutera perisian yang bekerja di sini berjumlah 18 orang kesemuanya.

Salah seorang dari kelompok yang sedang beratur di depan Hilman menegurnya dengan sebuah senyuman diukirkan. Itulah Hazirah, rakan sekerjanya yang juga juniornya di tempat kerja mereka. Hazirah bertubuh sedikit pendek dari Hilman membuatkan dia sedikit mendongak apabila berbicara dengan Hilman.

“Morning Hilman!” sapa Hazirah ceria dalam slang Inggeris sambil mengukirkan senyuman yang manis seperti kelopak bunga di wajahnya. Hazirah mengenakan baju kurung bercorak batik abstrak berwarna biru laut. Pakaiannya menggambarkan peribadi gadis Melayu yang sopan santun meskipun bekerja sebagai pembantu jurutera perisian yang membabitkan kerja sepenuh masa di depan komputer dan agak mencabar minda. Namun begitu, Hazirah masih lagi mengekalkan identiti kemelayuannya. Peribadinya itu disambut baik oleh rakan sekerjanya yang sentiasa memberikan respon positif kepadanya.

“Hai” balas Hilman spontan apabila disapa lembut oleh Hazirah. Dia membalas senyuman Hazirah dengan sekadar senyum simpul dan mengangkat tangan kanannya.

Begitulah setiap kali Hilman berbicara dengan Hazirah. Mulutnya seakan dikunci untuk menyuarakan kata-kata. Ditambah lagi dengan sikapnya yang pemalu. Dia pun tidak tahu mengapa ini terjadi kepada dirinya.
“Oh, jom naik lif ni.” Sambung Hilman selepas kedua-dua mereka terdiam sejenak. Hilman memberi laluan kepada Hazirah menaiki lif tersebut sebelum menyusul sejurus selepas gadis tersebut.

7.36 pagi, di pejabat

Hilman tidak pasti mengapa setiap kali Hazirah disisinya, terasa hati berombak-ombak seakan ada sesuatu yang menghempas pantai jiwanya. Ahh... Apakah ini?

Setibanya mereka di pejabat, kedua-duanya laju melangkah kearah suatu sudut yang terletaknya ‘punch-card’. Bimbang mungkin, kerana jika seseorang pekerja datang lewat, rekodnya akan diteliti majikan sebelum dikenakan tindakan lanjut. Tapi tidak mungkin bagi pekerja seperti Hilman dan Hazirah untuk memiliki rekod datang lewat kerana selama ini mereka sangat menjaga etika dalam bekerja.

Bunyi pintu dikuak agak kuat menganak ke telinga Hilman, kedengaran namanya dipanggil oleh satu suara yang dikenalinya. Suara yang sering memberi semangat kepadanya. Segera Hilman menoleh ke sisi kiri. Dato’ Raziq Fauzan memberhentikan langkahnya dan berdiri menghadap Hilman.

“Hilman, datang jugak kamu ya. Haha, macam mana hari ini? Agak-agaknya, okey tak?" Mula Dato’ Raziq setelah memberhentikan langkahnya.

“Confirm seratus peratus okey Dato’. Dato’ jangan risaulah.” Balas Hilman sambil menghulurkan tangan menyalami majikannya sambil mengukirkan sebuah senyuman yang yakin.

“Pekerja macam inilah yang saya mahukan.” kata Dato’ Raziq sambil ketawa bangga dengan pekerjanya, Hilman yang memberikan sepenuh dedikasi kepada kerjayanya.

Kemudiannya beliau meluncurkan matanya kearah Hazirah yang kaku berdiri di sebelah kanan Hilman sejak mereka memulakan perbualan tadi.

 “Oh, Hazirah, tercegat apa lagi dekat situ? Tolong letakkan dokumen yang saya minta kelmarin atas meja saya.” perintah Dato’ Raziq setelah beberapa ketika memandang Hazirah.

Hazirah sedikit tunduk lalu pergi meninggalkan mereka berdua di ruang pejabat itu.

“Kamu ni Hilman, masih bujang.”

“Apa maksud Dato’?” Hilman sedikit terkesan.

“Kamu tak ada  ‘plan’ untuk mencari teman hidup? Iyalah, semakin hari semakin berusia. Ketika masih muda inilah kita patut mencari teman hidup. Zaman ini tidak akan berulang lagi Hilman.” Dato’ Raziq menyambung buah katanya. Topik yang jarang dibincangkan bersama pekerja. Sebagai usahawan yang berdedikasi, Dato’ Raziq memikirkan dia juga perlu prihatin dengan pekerjanya.

Hilman menarik nafas dalam-dalam.
 “Eh... Jarang benar Dato’ menanyakan soalan di luar topik seperti ini.”
Terlalu jarang atau mungkin kali pertama! Ya, inilah kali pertama Hilman menghadapi soalan seperti ini seakan peluru sesat yang laju menusuk ke akal fikirnya. Aduh!

“Mungkin belum masanya lagi Dato’. Ada, tapi mungkin belum.” balas Hilman hambar. Tidak tahu lagi apa yang harus dikatakannya bagi menamatkan topik perbualan ini.

“Emm...Saya tengok Hazirah tu, baik je dengan kamu. Selalu makan sama-sama. Mungkin dia ada menaruh perasaan dengan kamu.” Balas Dato’ Raziq. Penyataan yang sungguh tidak disangka-sangka Hilman. Hatinya gemuruh, seakan lelah.

“Dato’ , maafkan saya. Nampaknya sudah pukul lapan. Ada lagi 15 minit sebelum pertunjukkan projek.” Balas Hilman mencelah sebelum Dato’ Raziq memanjangkan lagi bicara mereka. Tindakan yang bijak fikirnya lalu mengundurkan diri ke meja kerjanya.

Dato’ Raziq beredar dari situ selepas melemparkan senyuman tajam kepada Hilman. Mungkin sedikit terasa dengan tindakan Hilman memberhentikan perbicaraan mereka. Namun, beliau faham akan situasi Hilman. Hilman juga punya pilihan.

Hilman melangkah lemah kearah mejanya, meletakkan beg laptop di atas meja sebelah kanan, lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia langsung membelek dokumen yang tersedia di atas mejanya. Disediakan olehnya sendiri minggu lepas sebagai persediaan untuk pembentangan hari ini. Sebelum melakukan pembentangan, dia harus mengetahui kesemua isi-isi pembentangan dengan teliti bagi memastikan tiada cacat cela pada pembentangannya.

8.30 pagi,Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Perisian 1.

Hilman sudah bersedia di tempatnya di tengah-tengah berhadapan dengan Dato’Raziq selaku CEO syarikat tersebut. Namun, kerusi Dato’ Raziq belum terisi, masih kosong.

Seperti biasa, Dato’ Raziq akan datang lewat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mesyuarat bermula. Hilman pun tidak dapat membaca perlakuan pelik Dato’ Raziq. Rakan-rakannya yang lain mula masuk mengisi kerusi-kerusi yang kosong tersedia.

Bunyi kerusi ditarik yang membingitkan seketika tadi berhenti serentak. Semuanya sudah duduk kemas di kerusi masing-masing. Hilman bangun mara ke hadapan sambil membimbit laptopnya. Diletakkan laptop di atas meja mesyuarat lalu kabel penyambung dicapainya dari bawah meja. Dia sedikit tunduk.

Tanpa membuang masa, Hilman menyambungkan kabel itu pada laptopnya lalu projector yang tergantung di ruang bilik itu memancarkan slaid yang sudah sedia dibuka Hilman sebentar tadi. Hilman menunggu sebentar sebelum memulakan pembentangannya, dia tahu Dato’ Raziq belum sampai.

Hampir 3 minit menunggu, Hilman memandang jam Quartz di tangannya. Dia tidak ingin lagi membuatkan rakan sekerjanya tertunggu-tunggu. Ahli mesyuarat  itu mula berbual-bual satu sama lain. Hilman membuat tindakan drastik dengan mencapai di atas meja.

“Cubaan, cubaan suara.” Suaranya bergema berteriak ke corong telinga ahli mesyuarat itu yang tadinya rancak berbual-bual sesama mereka. Semua mata memandang kedepan, kearah Hilman yang berdiri di hadapan mereka.

“Selamat pagi semua, salam sejahtera. Saya kira, kita perlu mulakan mesyuarat kita sekarang juga ya. Jadi dengan itu...” Bait-bait katanya tiba-tiba ternoktah. Bunyi pintu dikuak membungkamkan semua hadirin mesyuarat.

“Tidak mengapa, teruskan pembentangan awak Hilman.” Dato’ Raziq melangkah masuk dengan bersahaja sambil mengukirkan senyuman tajam kepada Hilman. Oh, Dato’ Raziq sudah sampai.

Hilamn berpaling kearah Dato’ Raziq, membalas senyumannya yang penuh persoalan. Kemudiannya tunduk dan memandang kearah audiens dihadapannya “Maafkan saya.” Hilman menghela nafas panjang sebelum meneruskan agendanya.

Selesai membentangkan seluruh isi pembentangannya, Hilman menjatuhkan punggungnya diatas kerusi. Dato’ Raziq bangun dengan tiba-tiba.

“Syabas Hilman! Baiklah, saya harap semua faham dan bersetuju dengan keputusan serta pembentangan oleh Hilman tadi. Jadi, saya melantik Hilman selaku ketua bagi projek ini dan memutuskan untuk meneruskan projek ini sebagai projek bulan ini.”

Dan dengan sepatah dua kata yang disampaikan oleh Dato’ Raziq itu tadi, menandakan mesyuarat telah berakhir. Para ahli mesyuarat mula bangun meninggalkan kerusi masing-masing. Hilman masih tercegat berdiri di kerusinya. Dato’ Raziq juga sudah meninggalkan bilik itu. Hilman menyimpan laptopnya dan semua peralatan yang ada disitu tadi. Datang seorang rakannya dari belakang, Lokman sambil mencuit Hilman.

“Hoi Hilman! Congrates la tadi. Dapat pengiktirafan bos lagi.”

“Owh, welcome. Apa selama ni aku tak pernah bagi sumbangan kat syarikat ke?” Balas Hilman sedikit bergurau.

“Haha, iyalah tu. Eh, OK lah, aku nak pergi dulu ni. Ada kerja sikit.”

“OK. Jumpa makan nanti.”

Selesai menyimpan laptopnya, Hilman laju melangkah keluar meninggalkan bilik mesyuarat yang sepi itu.

2.00 petang

“Hilman, jom makan.” Suatu suara mengejutkan Hilman yang sedang asyik menaip sesuatu di kaca monitor laptopnya. Dia lalu berpaling kearah suara itu.

“Oh, terkejut saya, ingatkan siapa la tadi.”

“Alah, terkejut la konon. Untunglah...” Hazirah tiba-tiba berkata.

“Apa yang untung ni?” Hilman bertanya kehairanan, sedikit kerut ditimbulkan didahinya tanda tertanya-tanya.

“Untunglah, kena puji dengan bos.” Nada Hazirah sedikit mengejek sambil mencebikkan mulutnya.

“Macam la awak tu tak pernah kena puji dengan bos.” Hilman membidas kembali penyataan Hazirah. Dia pernah beberapa kali melihat Hazirah dan Dato’ Raziq makan bersama-sama. Agak kerap. Namun, Hilman tidak memberikan perspektif buruk terhadap Hazirah dan Dato’ Raziq sendiri. Mungkin mereka hanya makan bersama-sama kerana berselisih atau bagi menjaga hubungan pekerja dan majikan. Fikir Hilman.

“Errr...” butir bicara Hazirah yang tadinya lancar saja kini agak tersekat-sekat. Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya dari Hilman juga seluruh warga kerja Asia Tech Sdn Bhd. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu.

“Apa-apa sajalah. By the way, jom lunch dekat tempat biasa.”

“Boleh je.” Balas Hilman ringkas sambil menegakkan dirinya.

Hilman berjalan keluar dari pintu pejabat itu sambil dituntuni Hazirah. Seperti biasa, mereka perlu menaiki lif untuk turun ke bawah, di aras satu. Dua tingkat dibawah aras mereka. Memandangkan Hazirah tidak mempunyai kereta. Errr... bahkan Hilman tidak tahu Hazirah mempunyai kereta atau tidak kerana selama ini Hazirah hanya datang berjalan kaki dari luar bangunan pejabat. Pulang pun sama. Tidak terfikir pula Hilman akan perkara yang kecil sedemikian. Oleh itu, Hilman mengajak Hazirah menaiki keretanya.

Tidak sampai 4 minit memandu, mereka kini sampai di hadapan deretan kedai. Pengunjung-pengunjung memarkirkan kereta masing-masing di bahu jalan. Ada yang sedang menikmati makanan di meja-meja makan.
Sebuah papan tanda yang agak besar terpampang di atas pintu utama sebuah kedai bertulis ‘Satay Pokngoh’ menjadi pilihan mereka. Medan selera di sini memang meriah dengan riuh-rendah pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai makan disini. Meskipun dipandang ‘low profile’ kerana makan di bahu-bahu jalan, namun makanan di tempat seperti memang betul-betul enak dan lazat serta bersesuaian dengan harga yang dikenakan.

Hilman dan Hazirah mengambil tempat di sebuah meja yang agak jauh sedikit dari kumpulan orang ramai. Bagi mengelakkan bunyi bising, mereka mengambil langkah berikut. Kedua-duanya duduk sambil seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. Hilman memesan segelas Teh Ais, Sunquick Susu dan set satay untuk 2 orang. Pelayan itu yang masih muda, berusia sekitar 20-an mencatat pesanan Hilman dengan cukup khusyuk.

Selesai mencatat, pelayan itu menghulurkan pesanan yang sudah bertulis harga yang perlu dibayar itu kepada Hilman. ‘RM9.40’. Angka yang tertera di kertas itu diklasifikasikan Hilman sebagai murah untuk dua orang makan. Dia kemudiannya merenung Hazirah yang berada dihadapannya sejak mereka datang tadi sambil menunjukkan pesanan itu kepadanya. Hazirah senyum sumbing. Hilman seakan sudah tahu.

“OK...saya belanja, lepas ni awak pula belanja.” Kata Hilman sambil ketawa kecil. Dia kemudian memalingkan mukanya ke suatu kelompok manusia.

Peristiwa pagi tadi berulang kembali di benak kecilnya. Mungkin betul apa yang dikatakan  Dato’ Raziq kepada Hilman pagi tadi. Akalnya berbicara, cuba menyusun satu persatu maklumat.

Hilman sedar, dari hari ke hari, perhubungan antara mereka semakin akrab. Tidak seperti kali pertama mereka bertemu dulu. Hubungan mereka agak dingin kerana sikap Hazirah yang tidak suka bergaul dengan lelaki dari Kelantan sepertinya. Tidak beradab katanya.

Datang sebagai anak jati Kelantan berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Hilman sekadar menunjukkan sifat tolak ansur dan tidak mengendahkan sikap Hazirah itu. Dia punya cita-cita tersendiri, punya wawasan yang kukuh, jangan pula perkara sekecil itu menjadi penghalang kejayaannya.

Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat sehinggalah ke hari ini mereka merupakan pekerja dalam pasukan yang sama menerajui aspirasi wawasan syarikat mereka.

bersambung...

'Mantera Cinta'
_Kelana



Previous Chapter Previous Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis

Kelana

Kapasitor rocks!
kelana | Jadikan kelana rakan anda | Hantar Mesej kepada kelana

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog