Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Peluang Kedua


Peluang Kedua

Pilih siri:
Next ChapterNext Chapter

“WEH ! Tunggulah kejap !”

Akmal buat endah tak endah . Langkah kakinya dipercepatkan . Dia dah tak nampak apa-apa dihadapannya melainkan restoren KFC sahaja . Sudah terbayang – bayang hidangan ayam goreng spicy berserta dengan kentang putar dan juga coeslow . Itu belum termasuk lagi dengan cheesy wedges yang pastinya buat dia bertambah dua tiga kali . Akmal tak kira ! Kalau Siti Nurhaliza lalu dihadapan dia pun dia takkan berhenti . Perutnya sudah lapar tahap memainkan lagu orkesta cina .

“Akmal !”

Akmal berhenti melangkah . Damn ! Kalau aku tahu jadi macam ni aku takkan tumpang mamat ni . Baik aku balik kerja naik teksi aje . Dengan malas Akmal menoleh .

“What?”soal Akmal sedaya – upaya mungkin cuba mengawal nada suaranya . Anda tak boleh salahkan seseorang yang tengah lapar . Orang yang tengah lapar memang ada potensi yang sangat besar untuk jadi seorang yang pemarah , bak kata orang putih “a hungry person is an hungry man .”

Shid  menunding ke satu arah . Akmal mengeluh . Dia melangkah menghampiri Shid . Bagus ! Aku rasa tadi jarak aku ke KFC tak sampai 50 langkah , sekarang dah jadi 60 langkah balik .

“Kau suka tak rantai ni?”soal Shid  menunjuk pada rantai mutiara yang terpamer elok didalam kotak cermin .

Akmal mengerling sekilas rantai mutiara tersebut sambil berpeluk tubuh . “Aku lagi suka kalau kau belanja aku KFC”ucap Akmal selamba .

Shid buat muka .

“Bukan untuk kau , tapi untuk Liza.”

“Liza?”Akmal mengerutkan dahi .

“Iyealah Liza . Isteri aku”ucap Shid ceria .

“Maksud kau , bekas isteri?”

Shid memandang Akmal dengan pandangan yang tajam . Akmal tak mengaku kalah , dibalasnya kembali pandangan mata Shid .

“Kau nak aku ulang berapa kali?”soal Shid . Dia nampak tertekan . “Aku dengan Liza …”

“Takkan bersatu ! Aku ni yang patut tanya dekat kau soalan tu . Kau nak aku ulang berapa kali ? Kau dengan Liza takkan bersatu . You have to move on ! Dan bila aku cakap pasal move on , aku benar – benar maksudkannya dan boleh tak kalau kita move on sebab aku dah lapar gila dan aku tak ada masa nak dengar hikayat kau pasal Liza”ucap Akmal dengan sekali nafas .

“Relax dude . Takkan hilang KFC tu..”ucap Shid terkebil – kebil . Tiba – tiba naik melenting pula kawannya yang seorang ini .

“KFC tu memang takkan hilang tapi aku yang dah hilang sabar dengan kau ni . Boleh tak kalau kita masuk dalam KFC dan makan dulu ?”

Shid baru hendak membuka mulut , menjawab tetapi dia membatalkan hasratnya apabila melihat renungan tajam Akmal .

“Can we?”soal Akmal sekali lagi .

“Okay okay..kita makan..”ujar Shid mengalah .
 

“KENYANG?”soal Shid , lalu mengambil sehelai tisu di atas meja dan mengelap mulutnya . Dia memandang Akmal yang sudah duduk tersandar kerana kekenyangan . Empat ketul ayam dia bedal , dengan cheesy wedges dua kotak mananya tak kenyang mengalahkan ular sawa .

Akmal hanya tersengih . Dia mengucapkan Alhamdulillah untuk kali ke tiga . Air Pepsi yang sudah separuh dan terletak di atas meja dicapai dan dihirupnya perlahan .

“So…”Akmal berdehem perlahan . “Kau masih lagi nak belikan Liza rantai mutiara tu?”

Shid tidak segera membalas .

“Kau rasa?”

Akmal menggelengkan kepalanya . “Membazir duit dude..”

“Tapi itu isteri aku.”

“Bekas isteri”sampuk Akmal laju . “Aku tak tahu . Aku rasa apa yang kau buat sekarang ini tak berbaloi . Kau cuma buang masa , buang duit , buang tenaga  . Kau dah sia-siakan peluang kau Shid . Benda yang dah terlepas daripada tangan , takkan semudahnya untuk kau dapat balik.”

Shid mengeluh .

“Aku masih sayangkan Liza .”

“Aku tahu”jawab Akmal lembut .

“Kami ada sesuatu yang istimewa  , Mal . Kami ada Fikri.”

Akmal diam . Dia tahu apa yang tengah bermain didalam fikiran sahabatnya itu . Tetapi dia tak boleh buat apa-apa melainkan bagi nasihat . Dia dah kenal Shid lama . Mereka berkawan sejak daripada sekolah menengah . Dia tahu kisah hidup Shid . Dia kenal luar dalam sahabatnya itu. Dia tahu dan siap khatam lagi kisah percintaan Shid dan Liza . Dan dia juga tahu segala onak duri masalah rumah tangga mereka berdua . Dia menjadi saksi bagi segalanya .

“I’m sorry..”Akhirnya itu yang diucapkan oleh Akmal . Dia memang tak boleh nak buat apa-apa melainkan bagi nasihat semata – mata .

“Aku tak layak ke dapat peluang kedua?”

Akmal mengeluh .

“Shid ! Aku suka kalau kau dengan Liza berbaik semula , tapi tanyalah hati kau , ada kau nampak Liza nak berbaik – baik semula dengan kau?”

“Liza tu ego tinggi . Kau pun tahu dia macam mana?”

“Tapi kau dah lupa Liza tu juga pendendam orangnya.”

“Aku sayang lagi dekat Liza . Kalaulah aku boleh undur masa…”

“Sorry dude..”ucap Akmal perlahan .

Shid menyedut minuman Pepsinya . Dia meliarkan pandangannya ke suatu arah . Ternampak sekumpulan keluarga yang sedang menjamu selera dengan gembira . Si isteri dilihat sering menyuapkan makanan ke dalam mulut anak perempuan mereka yang Shid teka baru berusia tujuh atau lapan tahun . Si suami pula sibuk mengunyah makanan , sambil sesekali dia menyuap isterinya yang sibuk melayan anak perempuan mereka . Shid tersenyum kelat . Sepatutnya dia pun akan mengalami situasi yang macam itu . No ! Dia yang sepatutnya berada dalam situasi   itu , bukan mengalaminya . Shid melemparkan pula pandangan ke arah lain . Sepasang kekasih sedang asyik bersembang dan ketawa bahagia . Entah apalah agaknya yang diceritakan oleh si gadis sehinggakan menyebabkan mata si jejaka tidak lepas daripada memandang wajah kekasihnya . Mulut si jejaka hanya tersenyum lebar , dan Shid tahu perasaan tersebut . Perasaan bahagia kerana dia sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu . Mendengar Liza membebel meskipun berkenaan dengan selipar jepun memang membuatkan bibirnya tak        henti – henti mengukirkan senyuman .

Dia kenal Liza dah lama . Mereka bercinta lebih daripada lima tahun . Sepanjang lima tahun tersebut , berbagai – bagai onak dan duri sudah mereka tempuhi . Entah berapa ratus kali mereka bergaduh , dan mereka akan berbaik semula . Kenapa kali ini mereka tak boleh berbaik semula ? Dia dengan Liza masih lagi dalam tempoh edah . Kenapa dia tak gunakan tempoh tersebut untuk dia memujuk Liza habis – habisan ? Apa yang susahnya hendak memujuk Liza ? Dia sudah tahu segala – galanya mengenai wanita tersebut . Kekuataannya , kelemahannya , kesukaan dan juga kebenciannya . Pasti segalanya lebih mudah . Ada sahaja pasangan yang bercerai di dunia ini tetapi akhirnya rujuk balik . Dan dia berjanji sekiranya dia dengan Liza kembali bersama , dia akan mencuba menjadi suami yang lebih baik . Mereka ada anak bersama – sama , pasti tak susah untuk Liza menerimanya kembali .

“Weh !”

Shid tersentak . Dipandangnya Akmal yang sedang merenungnya dengan pandangan yang pelik .

“Kau tengok apa?”

Shid geleng kepalanya . Di kepalanya hanya terbayang wajah Liza . Shid tersenyum kecil , tidak menghiraukan langsung Akmal yang masih lagi dengan pandangannya .

“Dah ke? Kalau dah jomlah gerak . Tapi aku rasa baik kita singgah surau dulu . Maghrib pun dah tak lama lagi nak masuk”ucap Akmal yang sudah bangkit daripada duduknya .

Shid bangun mengikut . Mereka berdua melangkah keluar daripada restoren KFC . Tiba – tiba Shid menghentikan langkahnya .

“Kau pergilah surau dulu , nanti aku follow.”

“Kau nak pergi mana?”soal Akmal hairan .

“Aku nak pergi beli rantai mutiara tu untuk Liza”ucap Shid , lalu terus berlalu . Meninggalkan Akmal yang terpingga – pingga cuba mencerna ayatnya . 



Next Chapter Next Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
phantom | Jadikan phantom rakan anda | Hantar Mesej kepada phantom

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog