Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Peluang Kedua


Peluang Kedua

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter

BAB 2

“KAU gila?”soal Shid , geram lalu terus duduk menghempaskan dirinya di atas sofa . Dia memandang Akmal yang sedang menutup pintu rumah . Akmal tidak membalas pertanyaan Shid itu . Dia terus sahaja melangkah masuk ke dapur , membuka pintu peti ais dan mengambil keluar dua botol mineral water . Satu botol mineral water itu diserahkan kepada Shid yang masih lagi memandangnya dengan pandangan membunuh . Huluran botol mineral water itu Shid ambil dengan kasar .

“Aku dah minta maaf lebih daripada tiga kali kan ? Tak boleh ke kau maafkan aku?”soal Akmal lalu duduk di atas sofa . Penutup botol mineral water di buka sambil membaca bismillah . Air sejuk tersebut diteguknya sekali gus . Ughhhh..terasa lega apabila tekaknya sudah dibasahkan .

Shid hanya mendengus kecil . Dia turut sama membuka penutup botol mineral water dan air sejuk itu diteguknya sekali gus . Kerana terlalu gopoh , dia tersedak .

“Itulah…minum tak baca bismillah”kutuk Akmal selamba .

“Aku bacalah , tapi baca dalam hati”jawab Shid sambil mengesat bibirnya .

“Itulah..minum lagi dalam keadaan marah – marah”Akmal sudah tersengih nakal . Shid mendengus kecil . Botol mineral water tersebut diletakkan diatas meja kecil di hadapannya .

“Kau memalukan aku tahu tak ? What are you thinking ? Kau tahu tak , disebabkan perbuatan kau semua orang dekat situ boleh pandang serong dekat kita . Macam mana kalau diaorang ingat kita gay ?”soal Shid bengang . Rasa macam nak patah – patahkan sahaja tulang Akmal . Arghhhh ! Kenapalah sahabatnya ini manusia bukan ayam  KFC?

“Apa aku peduli pasal pandangan orang ? Macamlah kita akan jumpa lagi dengan diaorang tu”ucap Akmal selamba . Perkataan diaorang ditekankan sambil membuat quote unquote menggunakan kedua – dua jari telunjuknya .

Shid menarik nafas panjang . Wajah sahabatnya itu dikerling . Akmal memang selamba . Dia tak pernah fikir akan pandangan orang lain . Apa yang dia nak buat , dia akan buat . Shid memang sudah cukup khatam akan perangai sahabatnya yang itu . Tapi Shid bukan Akmal . Dia masih ada rasa malu dalam dirinya . Siapa yang tak malu kalau seorang lelaki memegang lengan seorang lelaki lain dengan kuat , dihadapan seorang penjual wanita rantai mutiara dan memberitahu jangan beli rantai tersebut kerana mereka berdua ada hubungan istimewa?

“Lagipun…”Akmal memandang Shid . “Apa salahnya dengan kata – kata aku ? Betul apa kita ni ada hubungan istimewa .”

“Tak boleh ke kalau ayat hubungan istimewa tu digantikan dengan hubungan persahabatan?”

“Ughhh..”Akmal gelengkan kepalanya . “Too gay!”

Shid memandang Akmal tidak percaya . Gay ? Habis kalau guna perkataan hubungan istimewa itu bukan gay ? Shid mengawal kuat dirinya yang terasa hendak mencepuk sahaja kepala        Akmal .

“Aku cuma nak sedarkan kau . Kau cuma akan bazirkan duit kau . Kalau dulu , aku tak kisah . Kau nak beli satu kontena barang – barang perhiasan untuk Liza , aku takkan halang . Tapi sekarang tak lagi dude . Kau dengan Liza dah tak ada apa-apa . Kau kena sedar hakikat tu”ucap Akmal lagi .

“Aku faham tapi tak salah kan kalau aku cuba ? Aku yakin kalau aku berterusan pujuk Liza , hati dia akan lembut . Come on Mal..Kau pun tahu orang perempuan ini macam mana gayanya . Hati diaorang macam kerak nasi . Kalau kita rendam lama – lama dalam air , nanti akan tanggal jugak.”

“Tanggal atau lerai?”soal Akmal sambil mengerutkan dahi .

“Tak kisahlah apa pun tapi aku rasa , selagi dia tak kahwin aku tetap ada peluang kedua . Dan peluang kedua tadi musnah disebabkan kau”ucap Shid geram .

Akmal mencebik . Air sejuk diteguknya lagi sedikit . Dia malas hendak berlawan cakap dengan Shid . Kawannya itu seperti lelaki yang dah gila talak . Akmal cuba bayangkan sekiranya kisah Shid ini dinovelkan , pasti novelnya akan bertajuk Ex-Suamiku Gila Talak.

“Kau beria – ria halang aku beli rantai mutiara ni mesti ada sebab kan?”soal Shid tiba – tiba .

“Yelah . Sebab aku tak nak kau bazirkan duit kau.”

“Bukan…”Shid geleng kepalanya . Dia memandang Akmal dengan pandangan curiga . “Aku tak rasa itu sebabnya . Kau beria – ria halang aku sebab kau..”Shid terdiam . Dia memandang Akmal dengan pandangan yang tajam . “Kau suka dekat Liza kan ?”



Previous Chapter Previous Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
phantom | Jadikan phantom rakan anda | Hantar Mesej kepada phantom

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog