Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Wajah kekasih


Hakikat cinta dan persahabatan

Pilih siri:
Next ChapterNext Chapter

“Why Mila? How could you?” begetar bibir Adam untuk membutirkan satu-satu perkataan itu lengkapi ayatnya. Hujan ketika itu semakin lebat seiring air matanya yang semakin galak menitis. Keretanya di pakir di tepi jalan. Bunyi wiper yang menari, menepis air hujan supaya tidak mengganggu pandangan si pemandu, langsung tidak diendahkan. Hati Adam benar-benar terluka. Wajah Mila yang ditemuinya tadi bermain di benak fikirannya. Muka yang masam, hanya memandang ke lantai sementara beberapa orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor bersemuka dengan Esyraf, teman baik Adam. Esyraf! Kini fikirannya beralih kepada Esyraf. Sahabat yang boleh dikatakan seperti kembarnya itu. Apa sahaja masalahnya akan dibincangkan bersama Esyraf. Muka mereka juga agak serupa namun tidaklah seperti kembar seiras yang real. Adam, berkulit kuning langsat, matanya yang bulat, tinggi memang digilai oleh ramai wanita. Namun semuanya ditolak, atas alasan yang satu, Mila. Esyraf pula berkulit lebih cerah, namun tidak setinggi Adam. Fizikalnya yang lain agak menyerupai Adam dan tidak mempunyai perbezaan yang significant. Selama ini, hanya dua watak itu lah yang menjadi watak terpenting dalam hidup Adam selain keluarganya sendiri, Esyraf yang dianggap best buddy nya, dan Mila, satu-satunya kekasih yang amat dicintai. 

 

“Ash, how dare you man.” pelahan-lahan kepalanya diangkat mendongak semula. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Air matanya diseka. Secara involuntary, mulutnya terucap satu kalimah yang semakin pupus dalam lembaran hidupnya. ‘Astaghfirullah’. Sekali lagi nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Tangannya dengan pantas menolak tuas lampu signal ke bawah. Perlahan-lahan kakinya diletakkan di atas paddle minyak. Perjalanannya dimulakan dengan penuh lancar. Tambahan lagi pada ketika itu, tidak banyak kenderaan di jalan raya. Hatinya membatu. Segala emosi negatif bercampur. Sedih, kecewa, dendam bersatu. Steering dicengkam penuh kekuatan, seperti sedang dicekiknya leher si Mila. Begitu juga kakinya, paddle minyak dipijak penuh tekanan umpama sedang dipijak-pijaknya wajah Esyraf. Keretanya memecut laju, namun tidak dihiraukan langsung. 

 

Satu demi satu kereta dipotongnya. Sekejap potong dari sebelah kanan, sekejap potong dari sebelah kiri. Adam yang dulunya selalu disebut-sebut di hadapan adik beradiknya yang lain sebagai pemandu yang paling berhemah di dalam keluarga kecilnya itu, telah completely berubah. Cara pemanduannya sering menjadi topik untuk dibualkan setiap kali memilih driver untuk memandu kerata Toyota Hilux 2.5 milik papanya, ke mana sahaja, samada untuk pulang ke kampung mahupun bercuti bersama keluarga. Kecekapan pemanduannya mambuatkan penumpang tidak ragu-ragu malah rasa lebih selesa. Namun, pujian-pujian itu amatlah tidak disenangi oleh Angah, Sayyid Akil. Sayyid atau lebih gemar dipanggil dengan nama Eid merupakan adik lelaki Adam. Jurang umur mereka tidaklah begitu berbeza, tetapi mereka memang tidak sekepala. Apa sahaja mengenai Adam, mesti tidak kena di mata Eid. Seperti ada peristiwa yang menyebabkan Eid benar-benar benci kepada Adam. Tak usah di suruh sayang abangnya itu, hormat pun dia tak sudi. 

 

“Adam, papa nak Adam drive lah kereta ni. Papa dah mengantuk lah pulak” slumber saja pinta Dato’ Azzam. “Eh, Eid kan ada, biarlah Eid yang pandu. Adam biarlah dia duduk belakang main dengan Aan ni.”lancar mulut Eid berbicara dengan matanya menjeling ke arah Adam. Seperti biasa lah Adam, membeku, langsung tidak bersuara. Dia lebih rela dilahirkan bisu dari bertekak dengan adiknya itu. Dato’ Azzam turut diam. Hanya lagu di radio yang mengisi setiap sudut kereta itu. Farhan, adik bongsunya, sedang tekun mendengar verse awal lagu di radio untuk meneka lagu apakah yang dimainkan. Matanya dipejam, kepala disengetkan bagi mengarahkan telinganya tepat ke arah speaker. Sekelip mata sahaja, wajahnya terukir satu senyuman, matanya kembali ceria. Ceria sungguh wajah anak kecil itu. Adam yang ketika itu melihat gelagat Aan turut tersenyum. 

 

“Nah, Eid drive lah. Tapi kalau kena saman, Eid bayar.” dengan senyuman sinis Dato’ Azzam keluar dari tempat duduk pemandu. Kereta itu dipakirkan sementara di stesen Petronas RnR Seremban. Perlian papanya itu langsung tidak memberi kesan pada Eid, malah lebih seronok dia keluar dari seat penumpang belakang. Adam turut gegas membuka pintu untuk keluar. “Eh Adam nak pergi mana?” soal Dato’ Azzam. “Nak main dengan budak kecik ni lah. Apa lagi?” terukir senyuman manis diwajahnya sambil menjeling manja ke arah Aan. Dato’ hanya senyum setuju dengan tindakan Adam. Aan turut tertawa riang. Dia memang sayangkan abang Adam nya ini. Seorang yang penyayang, dan pandai menjaga hatinya. Perjalan diteruskan seperti biasa. Eid begitu puas, seolah-olah dia menang. Sedangkan jauh di lubuk hati Adam, tiada apa yang perlu direbutkan. Dia pun tidak ambil peduli untuk memandu kereta itu. Sudah acapkali kereta papanya ini dipandu olehnya. 

 

“Aku, bukanlah superman. Aku juga bisa nangis.”ceria Aan bernyanyi bersama sambil baring di pangkuan abang kesayangannya. Dengan mesranya Adam membelai rambut adiknya walaupun hakikatnya rambut Aan tidaklah lembut untuk dibelai. Keras terpacak rambut anak kecil berumur 9 tahun itu. Sehinggalah tiba di satu simpang empat, Adam tiba-tiba bersuara. “Eid, stop!” tegas suaranya. Namun terlambat. Segalanya huru-hara. Sekelip mata suasana riang menjadi cemas. Aan yang tadi tenang dipangkuan abangnya,terjatuh dari seat. Kaca berderai menghujani mereka. Adam hanya sempat tunduk sambil tangannya cuba untuk melindungi tubuh Aan. Segalanya kini terhenti. Hanya nafas yang mencungap menjadi background sound effect. “Abang....” suara Aan memecahkan kesunyian. Suaranya tersekat-sekat, bercampur unsur tangisan sedikit. Adam bangkit semula, segera mendapatkan Aan. Namun tubuh anak kecil itu dia angkat berhati-hati kerana takut terluka dek kaca yang berderai . Segera didakap tubuh kecil Aan . Pelukannya erat, cuba untuk menenangkan adiknya. Jantung Aan yang berdegup kencang dapat dirasakan. Tidak kurang juga Aan, dipeluk erat Adam ketika itu. Air matanya menitis keluar walaupun dia kurang jelas apa yang sedang disedihkan. Sambil Aan dalam dakapannya, mata Adam melilau kearah Eid dan papanya. Alhamdulillah, semuanya masih bernyawa. Dikucupnya umbun adiknya tanda bersyukur. Ya, mungkin dia fakir perkataan untuk mengucapkan syukur, atau mungkin dia masih buntu mengenai Tuhan yang satu. Dia lupa.

 

Tersadai sebuah motosikal Yamaha FZ250 di hadapan keretanya yang tidak kurang kemeknya kerana terlanggar tiang lampu. Mujur kedua-duanya tidak berlanggar sesama sendiri. Motosikal itu terjatuh ketika mengelak kereta mereka. Seorang lelaki berbadan sasa yang terbaring di sebelah motor itu cuba untuk bangkit. Berketar satu badannya menahan sakit. Helmet nya sudah tercampak, kepalanya berdarah. Adam tarik nafas sedalam-dalamnya, cuba memberanikan diri untuk keluar membantu lelaki tersebut. Langkah demi langkah diatur kearah lelaki tersebut yang hakikatnya tidak lah jauh mana dari kereta mereka. Semakin hampir, semakin berderau darahnya. Melihat kesakitan lelaki itu, dia semakin cemas. Tangannya dipaksa untuk dihulurkan walaupun dia sendiri kurang pasti dengan keberaniannya, kerana memang jelas itu salah Eid. Eid telah langgar lampu merah. “En... Encik tak apa-apa?” terasa kering tekaknya untuk berbicara. Setiap butir perkataan dilontarkan penuh dengan perasaan bersalah. Tangan yang dihulurkan tidak disambut. Pemuda itu cuba untuk bangun. Matanya dipejamkan menahan sakit. Tangannya turut berdarah, mungkin kerana terseret pada tar jalan. Seorang demi seorang datang menyaksikan kejadiaan, MENYAKSIKAN. Hanya dua tiga insan saja yang membantu pemuda itu.

 

Tragedi hitam itu pasti tidak dapat dilupakan oleh mereka, Dato’ Azzam, Aan, Adam dan terutamanya Eid. Disebabkan peristiwa itu, Dato’ Azzam hilang seluruh kepercayaan buat Eid untuk kembali memandu. Dato’ tidak akan pernah menumpang kenderaan yang dipandu oleh Eid. Namun bagi Eid, peristiwa itu membuatkan perasaan bencinya buat Adam semakin tebal. Sejak peristiwa itu, dia tidak pernah bersuara kepada Adam, tiada sebutir perkataan yang ingin dituturkan, hanya wajah yang penuh kebencian di persembahkan buat Adam. Adam tidak pernah membeci Eid, tapi tidak pula dia ingin memperbaiki hubungan mereka. Dia seolah malas hendak ambil peduli tentang Eid, namun hakikatnya jauh di sudut hatinya, Eid tetap adiknya dan dia sayang adiknya yang seorang ini. Dia percaya, seteruk mana pun manusia bernama Sayyid Akil, insan itu masih darah dagingnya. Mereka datang dari benih pasangan yang sama, Azzam dan Fauziah. Pasangan yang ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi asbab kelahiran mereka di dunia yang sementara ini.

 

Deringan telefon membuatkan Adam tersentak dari fikirannya yang menerawang. Tertera nama Ash di skrin telefonnya. Hatinya membara kembali. “Apa kau nak lagi?” soal hatinya. Nafas ditarik sedalamnya sebelum menjawab panggilan tersebut. Apabila panggilan dijawab, mulut Adam terkelu. “Adam, Adam, please let me explain all this. Kau dekat mana bro? Jangan buat benda bodoh. Aku janji I’ll fix this. Just let me explain to you first bro.” cemas ayat-ayat itu dilontarkan buat Adam. Adam hanya membatu seolah sedang memikirkan sesuatu, hakikatnya kepalanya sendiri buntu apa yang harus dilakukan. Haruskah dia terima pujukan Ash. Di sudut hatinya yang lembut , ingin saja dia turutkan kata Ash, namun, majoriti hatinya diselubungi dendam dan ego. “Go to hell!!”lantang suaranya menyerlahkan egonya. Hakikatnya seluruh tubuhnya mengigil untuk meluahkan kata makian itu. Kuat suaranya mengaburi getar suaranya. Lantas telefon bimbitnya dihempas ke seat sebelah. 

 

“Allah!” sekelip mata segalanya berubah. Badannya terhuyung hayang. Keretanya hilang kawalan. Pandangannya kelam dan gelap. Segalanya terpadam. Adam seolah sedang tidur, segala pancainderanya kaku. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita hadir, dan kepada-Nya lah kita kembali. Panghayatan kepada ayat ini sangat mendalam. Sedarlah kita, manusia hanya makhluk kerdil milik Allah. Sejauh mana kuderat kita, tak akan pernah menandingi kekuasaan-Nya. Untuk itulah, kebergantungan pada Allah adalah segala yang diperlukan bagi setiap makhluk bernama manusia.



Next Chapter Next Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis

Anak bahagia

Assalamualaikum. Saya mempunyai impian untuk menjadi penulis. Satu ketika dulu, impian saya ni padam, Tetapi insyaAllah saya akan mulakan semula jejak impian saya ini dan berdakwah ke jalan Allah. InsyaAllah. 
Paansaadon | Jadikan Paansaadon rakan anda | Hantar Mesej kepada Paansaadon

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog