Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Wajah kekasih


Throwback

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter
Next ChapterNext Chapter

“Adam, Adam, ni papa Adam. Please man, wake up. I can’t lose you this time. Papa dah hilang mama, papa tak sanggup hilang Adam” jelas terpancar naluri seorang ayah. Dato’ Azzam menggenggam erat tangan anaknya. Adam hanya terlantar baring di atas katil. Matanya yang bulat kini terpejam erat. Bibirnya yang sering mengukir senyuman yang bisa membuat orang sekeliling tenang, hanya mati pucat. Setiap saat tangan Adam dikucup oleh papanya. Sudah seminggu Adam lena di atas katil itu. Selama itu jugalah Dato’ tidak pernah meninggalkan Adam keseorangan di wad. Harapannya hanya satu, seluruh tubuh Adam berfungsi semula. Segala kata-kata semangat telah dibisikkan ke telinga Adam. Matanya sudah penat menangis. Tangisan yang menzahirkan sayang dan rindu. Ya, sayang dan rindunya buat Adam, dan juga wanita yang melengkapi hidupnya. Wanita yang dikurniakan Allah untuk menjadi suri di hatinya. Fauziah. Pemergian isterinya masih segar di benak fikirannya. Rindu dakapan mesranya, rindu pujukan manjanya, rindu gurauan sendanya. Namun ternyata takdir membawa Fauziah pergi dari hidupnya. 

 

“Uncle, uncle banyakkan bersabar ya. Mila yakin Adam akan pulih.” sapa Mila lembut buat Dato’Azzam. Terkejut Dato’ mendengar suara wanita menyapanya dari belakang. Ya lah, tiada salam, tiada apa, terus datang menyapanya. Pantas air matanya diseka. Genggamannya dilepaskan. “Eh, Mila. Sudah lama sampai?”soal Dato’ mewujudkan interaksi antara mereka. Sempat bibir Dato’ mengukirkan senyuman walaupun hanya senyum hambar. Senyuman yang ternyata dibuat-buat untuk menyelimuti kesedihannya. Senyuman yang dicuba untuk menzahirkan aura positif dalam dirinya. “Baru sampai lah uncle. Mila baru balik dari pejabat, itu yang terus singgah sini. Nak tahu perkembangan Adam.”tenang sahaja jawapannya. Matanya terarah tepat pada sekujur badan di atas katil dihadapannya. Senyuman mesra yang terukir sewaktu berbual bersama Dato’ semakin meleret. Matanya tidak mampu berkelip. Hatinya bingung untuk menzahirkan sebarang emosi. Fikirannya bercelaru. Dadanya semakin sebak menahan sedih. Segala memori bersama Adam seolah sedang ditayangkan di hadapan wajahnya.

 

“Hai puan. Saya rasa purse ini milik puan lah. Puan tertinggal tadi di kedai nasi ayam hujung sana.”lancar sahaja Adam berbicara pada wanita berbaju kemeja biru muda, dikenakan dengan skirt panjang hitam dihadapannya. Dia terperasan yang wanita itu tertinggal purse nya di atas meja di sebuah restoran. Hakikatnya setiap hari dia memerhatikan wanita tersebut di restoran yang sama. Jadi dia ambil langkah untuk sering mengahabiskan masa lunch break nya hanya untuk makan nasi ayam sambil curi-curi pandang wajah si hawa yang manis ini. Hatinya melonjak gembira setiap kali melihat wajah wanita itu. Wajahnya yang tenang, rambutnya yang panjang disisir rapi, matanya yang menawan membuatkan hatinya terpaut. Setiap hari hatinya membanyangkan untuk memiliki hati si dia. “Excuse me, first, seriously? Saya puan? Tua sangat kah saya? And secondly, macam mana you boleh tahu ini purse I? You mengintip I eh?” merah padam mukanya menunjukkan kemarahannya. Semerah mana pun wajahnya, masih anggun di mata Adam. “Haha, okay, okay. I’m sorry. My bad. Baiklah cik....” “ Mila, I Mila” “Haaa.. Cik Mila. Saya Adam. Kebetulan saya makan di meja sebelah Cik Mila tengah hari tadi. And waktu saya nak keluar dari restoran , saya ternampak purse cik ni tertinggal diam-diam dekat atas meja. Kalau saya biarkan, lagi panjang ceritanya. Kesian pula pemiliknya. So saya ambillah. To be honest, yes, saya geledah sikit purse Cik Mila, nak cari your business card, and I know where is your office. Just sebelah office I sahaja. Then, I decided untuk tunggu you habis kerja so that I boleh pulangkan semula your purse ini. Clear?”panjang lebar penerangannya. Sungguh berbeza perwatakannya. Senyumannya tidak lekang terukir di wajah. Mata Mila tekun merenung wajah Adam, cuba untuk memahami penerangannya. Satu per satu penerangan Adam itu make sense. Ada logiknya semua ini berlaku. Dia terus percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh insan yang baru saja dikenalinya, Adam. Nama yang akhirnya mencipta pelbagai memori dalam hidupnya. Adam seorang insan yang tersangatlah baik. Tidak dapat dinafikan. Segalanya kenangannya mengenai Adam tiada yang buruk. Kalau ada yang buruk pun, puncanya adalah dirinya sendiri. 

 

“Adam, maafkan Mila. Please Adam..” bisik hati Mila. Dia sedar, semua ini berlaku atas kesilapan dirinya sendiri. Kalau dia tidak bermain kayu tiga di belakang Adam, semua ini tidak mungkin berlaku. Kadang kala, dia sedar betapa bodohnya dirinya kerana mensia-siakan insan sebaik Adam. Yes, dia sendiri bingung, apa kurangnya Adam sehingga dia mencari Esyraf. Esyraf! Kini fikiran Mila beralih kepada Esyraf. Dia tidak menunding jari pada Esyraf, kerana jika dia sendiri tidak melayan lelaki itu, semua ini tak akan terjadi. Mereka lupa, perasaan ini semua datangnya dari Allah. Kuasa Dia untuk mendatangkan perasaan ke dalam diri seseorang, sama ada perasaan cinta mahupun benci. Namun, bukan semua perasaan cinta yang ditanamkan di dalam hati seseorang itu membawa ke arah yang benar. Kadangkala Allah wujudkan perasaan cinta itu sendiri sebagai ujian. Manusia harus sentiasa berdoa agar dikurniakan petunjuk supaya tidak tersilap langkah dalam bercinta. Berlinang air mata di kelopak mata wanita bernama Mila . Tersentuh hatinya. Bukan hanya kerana melihat apa yang terjadi pada Adam, malah, mengenangkan betapa tulusnya dan ikhlasnya hati lelaki itu. 

 

“Mila? Are you okay?” soal Dato’ Azzam yang hairan melihat riak wajah Mila. “Sorry uncle, I got to go. Sorry” lantas langkah diatur keluar dari wad. Semakin galak air matanya mengalir. Menahan sebak di jiwa. Hatinya ibarat ditikam-tikam. “You see what you’ve done Mila! Satisfied?”tidak henti-henti dia menyalahkan dirinya sepanjang langkahnya keluar dari hospital. “It’s too cold, for you here, and now so let me hold, both your hands in the holes of my sweater” ringtone handphone nya berbunyi berserta vibrate sekali. Tertera nama Esyraf di skrin telefonya dengan wajah Esyraf di bawah namanya. Langkahnya terhenti. Tersedu sedan Mila cuba untuk menahan tangisannya. “ Aaa.. Ash.. We need to talk. Please.” pendek saja arahannya. Dalam sedu sedannya itu, payah untuk dia memberi arahan yang lebih panjang. Dia yakin Ash sudah faham dengan arahannya tadi. Langkah Mila diteruskan ke arah kereta Myvi nya. Nafas ditarik sedalamnya dan perjalannya dimulakan.

 

“Ash, I’m sorry, but we have to stop doing this. I’m sick of all this.” tutur Mila dengan wajah yang kosong. Tiada senyuman, dan tiada juga tangisan. Hanya sembap pada matanya kerana tangisannya sewaktu di hospital. Mungkin wajah Mila seolah senang baginya untuk melupakan Ash, namun hakikatnya, reaksi wajahnya hebat menyembunyikan kepayahan bagi wanita ini untuk mengambil keputusan untuk lupakan insan bernama Esyraf. Hatinya berbelah bagi. Ya, dia admit memang hatinya masih ada perasaan cinta buat Esyraf, tetapi melihat keadaan Adam, dia yakin, inilah jalan yang terbaik. “Are you kidding me? Don’t tell me ini semua sebab Adam..”balas Esyraf dengan riak wajah yang tersangat kecewa. Dia sedar, wanita di hadapannya ini kekasih pujaan sahabatnya sendiri. Dia tidak minta untuk mencintai dan dicintai oleh insan bernama Mila. Secara tidak sedar, perasaan itu wujud, malah tumbuh segar dalam hatinya. “Oh my... I can’t. Sorry” Ash berdiri dan terus beredar dari pondok itu. Tinggalkan Mila keseorangan. Kebingungan. Hatinya kaku, begitu juga fikirannya. Serabut dan bercelaru. Hanya mata menjalankan tugasnya, mengalirkan air jernih. Telapak tangannya yang kecil itu menutup mulutnya, menahan tangisanya, melawan sebaknya. Emosi tidak mampu terkawal ketika itu. 

 

Angin meniup lembut menyentuh mulus wajah Mila. Mila hanya sedang duduk merenung pemandangan dari balkoni rumahnya. Matanya tetap tidak beralih merenung jalan raya yang tidak berapa sibuk dengan kenderaan. Hanya jasadnya berada di balkoni, fikirannya? Hilang entah kemana. “Adam. Maafkan Mila. I miss you sayang”tiga ayat yang tidak henti-henti dilafazkannya. Lafaz dengan suara seolah berbisik. Mungkin dia berbisik pada hatinya sendiri. Setiap bisikanya itu disertakannya dengan air mata. Wajah Adam bermain di fikirannya. Kehangatan pelukan Adam masih dapat dirasakan. 

 

“Hai sayang!”berserta pelukan dari belakang buat Mila. Mila hanya membiarkan kedua tangan Adam merangkul kemas tubuhnya. Kepala Adam ditongkatkan ke atas bahunya. Mila hanya membisu. Mukanya sengaja dimasamkan sedangkan hatinya terasa sangatlah berbunga. “Alaaaa.. Kenapa ni sayang? Marahkan I lagi ke? I dah mintak maaf kan? Janganlah macam ni. Tak comel la. Senyum la sikit.”manjanya pujukan Adam. Dia tahu Mila masih merajuk dengannya. Ini semua kerena date mereka malam semalam yang terpaksa canceled last minutes. Adam ditugaskan untuk menghantar Aan ke tuisyen dan ambil dia semula selepas satu jam. Ya, bagi Adam, sepenting mana pun urusan peribadinya, family tetap nombor satu. “Okay, macam ni. Apa kata hari ni I bawak you pergi.... Shopping! Deal or no deal?” tubuh Mila diputar mengahadap wajahnya. Gelagat mereka mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin. Mila mendongak wajahnya. Mata mereka bertengtangan. Bibir Mila mula menguntum senyuman. Melihat senyuman Mila itu, cukup lega buat Adam. Dia tahu, Mila memang pantang kalau diajak shopping. Tetapi, bukan seperti wanita-wanita lain, Mila tidak pernah terlintas niat untuk mengikis duit Adam. Setiap kali mereka shopping bersama, Mila tetap akan bayar untuk barang-barang yang dia beli. Atas sebab itu, agak susah untuk Adam membelikan hadiah buatk Mila sewaktu mereka shopping bersama. Bagi Mila, dia cukup bahagia memiliki Adam untuk temannya shopping. “Eleh, senyum kambing pulak sayang I ni” usik Adam. Lantas tangannya mencapai tangan Mila dan dikucup mesra tangan wanita itu. “I really really really love you.”ucap Adam sambil matanya menatap tepat wajah Mila. Mila hanya mendiamkan diri. Tipulah kalau Mila kata dia tidak sayangkan Adam, tetapi memikirkan Esyraf, Mila jadi ragu-ragu. Adam tidak pernah pula menyoalkan reaksi Mila setiap kali dilafazkan kata sayang itu. Dia perasan, sejak dua menjak ni, reaksi Mila berbeza apabila kata-kata sayang diungkap antara mereka. Tapi, nama pun Adam, seorang yang akan cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan tidak bersangka buruk, lagi-lagi mengenai kekasih hatinya. 

 

Masih berlangsung drama air mata Mila. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berteriak menandakan ada pesanan ringkas yang baru diterima. Sekali lagi, nama Esyraf tertera pada skrin telefonnya, lantas Mila membaca sms itu. 

 

‘Mila, I love you. I bukan nak paksa you untuk tinggalkan Adam. Adam kawan baik I. Ash faham situasi Mila sekarang. Ash mintak satu saja. Mila ambilah masa, fikir, dan Mila kena pilih antara kami. Goodnight sayang’

 

Semakin sebak dada Mila. Telefonnya dicampak ke atas sofa. Kali ini dia benar-benar keliru. Dengan keadaan Adam yang masih tidak sedar, dan Ash pula, cuba menggunakan taktik ini memujuknya. Dia tahu sangat taktik Esyraf ni. Memanglah Esyraf seolah tidak memaksa, tetapi hakikatnya, dengan sms itu sahaja memberi tekanan buat Mila. Ingin saja dia menjerit sekuat hati. Badannya direbahkan di atas sofa. Matanya dipejam. Cuba untuk mengosongkan fikiran, lalu dia tertidur disitu. Mungkin matanya terlampau penat menangis membuatkan begitu mudah dia terlena. Di saat dilema ini, hanya petunjuk Allah mampu membantu. Maka, janganlah sesekali alpa meminta pertolongan and petunjuk Allah.

 

“Adam? Adam? Is that you? Adam, you nak pergi mana? Please, don’t leave me. I love you.” teriak Mila. Matanya masih tidak henti menangis. Keadaan sungguh gelap. Jauh dihadapannya kelihatan seorang lelaki berdiri melihatnya. Berkemeja putih dan berseluar jeans biru tua. Susuk badannya mirip Adam. Dia hanya berdiri kaku memandang wajah Mila. Riak wajahnya tenang sahaja. Melihat Adam yang tidak bergerak, Mila cuba mengatur langkah ke arah Adam walaupun dia sendiri tidak nampak jalan yang ingin dijejak. Sekelilingnya tersangatlah gelap. Hanya ada satu punca cahaya. Tepat suluh kepada Adam. Langkah Mila terhenti. Tangannya dicapai dan dipimpin oleh seseorang. Tersirap darah Mila. Dia tersangat cemas. Jantungnya berdegup kencang. Beberapa kali tangannya ditarik untuk dilepaskan dari genggaman insan itu, tapi tidak terdaya. Perlahan-lahan dia ditarik kearah yang bertentangan dari Adam. Mila hanya turutkan saja pimpinan itu. Dalam keadaan yang gelap, tiada jalan lain yang mampu difikir. “Adam..” mulutnya bersuara berserta tangisan.



Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis

Anak bahagia

Assalamualaikum. Saya mempunyai impian untuk menjadi penulis. Satu ketika dulu, impian saya ni padam, Tetapi insyaAllah saya akan mulakan semula jejak impian saya ini dan berdakwah ke jalan Allah. InsyaAllah. 
Paansaadon | Jadikan Paansaadon rakan anda | Hantar Mesej kepada Paansaadon

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog