Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Wajah kekasih


Kehilangan

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter
Next ChapterNext Chapter

“Papa, papa nak pergi mana ni? Pagi-pagi dah siap?”soal Eid. Melihat papanya yang bersiap-siap turun ke ruang tamu mencari kunci keretanya. Dia sebenarnya sudah sedia maklum tentang keadaan Adam tetapi sengaja buat tidak ambil kisah. Dan dia yakin papanya memang hendak ke wad, melawat Adam. “Pa, Eid nak duit sikit boleh pa? Eid ada urusan sikit lah hari ini pa. Dalam dua ke tiga ratus je Eid mintak. Boleh?”itulah tujuan utama Eid sebenarnya. Mendengar permintaan anaknya yang seorang ini, Dato’ Azzam memberhentikan langkahnya dan memandang tepat wajah Eid. Pandangannya  tajam. “Eid! Eid tahu tak apa jadi pada Adam? Apa yang penting sangat urusan Eid tu? Tak boleh ke nak tengok Adam? And one more thing, Eid ingat papa ni apa? Banyak sangat duit? Dua tiga ratus, dua tiga ratus. Tiap-tiap hari dua tiga ratus, habislah papa!”padu lontaran suara Dato’. Dadanya berombak. Mukanya merah padam. Matanya tetap memanah tajam wajah anaknya. Tidak pernah Dato’ semarah ini. Eid bangkit dan terus berlalu. Hatinya benar-benar sakit. “Eid!”panggilan Dato’ Azzam langsung tidak diendahkan. Lantas Eid masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat menunjukkan dia benar-benar tidak puas hati. Terus tubuhnya direbahkan ke atas katil. 

 

“Adam,Adam,Adam! Biar mampus mamat tu! Baru aku puas hati! Kau ingat kau bagus sangat? Pasal kau aku hilang Lisa!”monolog Eid sendirian. Perasaan marahnya membara.  Teringat wajah Lisa, kekasih lamanya. Orangnya kecik-kecik, mukanya manis dan body nya. Uishh. Terliur lah orang kata. Mereka telah berkenalan sejak dari awal matriks lagi. Pada waktu itu, mereka berdua menuntut di Kolej Matrikulasi Perak. 

 

“Sayang, kenapa you datang lambat? Lama tau I tunggu you.” manja suara Lisa. Hampir setengah jam dia tunggu Eid di bawah sebuah pohon di taman, tempat rasmi date mereka. Berbaju sleeveless pink dikenakan dengan seluar linen putih memang tersangat seksi. Lisa memang sering jadi buruan lelaki-lelaki di kolej kerana keseksiannya. Pakaiannya tak pernah yang cukup kain. Mesti ada yang terdedah. Betisnya selalu free-free jadi tayangan. Tangan Eid merangkul kemas pinggang Lisa. Dengan mesra dia mengucup mesra pipi wanita itu. “Sorry lah sayang. Tadi traffic jam. Sorry eh sayang.” sekali lagi kucupannya hinggap di pipi Lisa. “So sayang, hari ini kita nk pergi mana? You kena belanja I tau.” bicaranya sambil tangannya mencubit manja hidung Eid. “Okay, no hal sayang. Untuk you semua I sanggup .”terukir satu senyuman dia wajah Eid.

 

“Eid, I nak tanya you something boleh? Yang semalam tu siapa?”soal Lisa sewaktu mereka sedang dinner date di Me’nate Steak Hub, Ampang. Muka Lisa memandang  wajah Eid seolah dia benar-benar ingin tahu. Eid terdiam. Wajah Mila ditatap semula. Perasaan cemburu entah dari mana tiba-tiba timbul di dalam hatinya. “Adam, my brother.” jawab dia hambar. Riak wajahnya seolah malas untuk bercerita panjang mengenai abangnya. Tambahan lagi dengan wajah Lisa yang seolah-olah berminat benar untuk ambil tahu mengenai Adam. 

 

“Eid, oi bro! Apa cerita awek lu sekarang? Gua dengar semalam bukan main baik lagi dia lepak ngan Adam.”statement Ewan, benar-benar buat darah Eid tersirap. Kali ini dia benar-benar bengang. Hatinya membara. Terbayang wajah Lisa yang manja itu. Eid terus mendiamkan diri. Apa yang dikatakan oleh Ewan asyik terngiang-ngiang di telinganya. “Bro, kau okay tak?”wujud perasaan serba salah dalam hati Ewan melihatkan riak wajah Eid yang hanya membatu dari tadi. “Aku okay je. Weyh aku chaw dulu lah. Ada hal lah.”Eid bangkit lalu bergegas meninggalkan tempat itu. Terpinga-pinga geng mereka melihat Eid beredar. Namun, tiada seorang pun yang berani untuk bersuara. Keadaan menjadi senyap sesenyap-senyapnya. Kafeteria pada ketika itu hanya ada mereka sahaja. “Kau jangan ingat kau boleh rampas!”pintu kereta ditutup. Nafas Eid berombak, dia benar-benar marah. Kalau benar Lisa ada hubungan dengan Adam, mahu saja dia bunuh abangnya sendiri. Tangannya mencapai handphone di dashboard kereta. Pantas jarinya menaip pesanan ringkas buat Lisa. “Jumpa kat tempat biasa” ringkas dan padat. Zahirnya, sms itu nampak biasa, namun disebalik empat perkataan itu, terselit kemarahan dan cemburu dalam hati Eid. Lantas Eid menghidupkan enjin kereta dan dan menuju ke taman yang mereka gelarkan ‘LE Park’.

 

“Eid?”tegur Lisa yang baru sahaja sampai di pohon port mereka. Dia agak cemas melihatkan Eid yang berwajah bengis merenung tajam ke arah sekutum bunga dia tangannya. Berbaju kemeja berkain jeans, dikenakan dengan seluar pendek putih. Eid memang mempunya style yang tersendiri. Dia seorang yang agak memilih mengenai pakaiannya. Eid hanya membatu. “Eid? Are you okay?” soal Lisa. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Melihat gelagat Eid yang agak berbeza buat dia semakin gemuruh. “Am I okay? Do I look like I’m okay?”soalan Lisa dibalas dengan soalan. Kali ini, Lisa yakin, Eid memang sedang marah. Lisa hanya senyap membisu. Tidak berani untuk dia berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia merebahkan punggungnya di sebalah Eid. Dia turut sama ikut termenung. Eid menoleh ke arah Lisa. Matanya menatap wajah wanita itu. Berbaju tshirt Polo merah sangat sesuai dengan kulitnya yang cerah itu. Memang cantik. “You buat apa dengan Adam semalam?”soalan Eid memecahkan kesunyian. Mendengar soalan itu, Lisa mengukir satu senyuman. Dia sudah faham apa yang terjadi. “Eh mamat ni, macam gangster, jealous dia, tak nak kalah”omel Lisa sendirian. Perlahan tangan Eid dicapainya. Pandangan Eid dibalas dengan wajah yang manis. “Sayang, semalam I teman Nisa jumpa sepupu dia. Kebetulan pula, sepupu dia tu Mila, kekasih Adam. I pun tak sangka. What a small world. Tapi kami bukan buat apa pun, makan-makan and then tengok wayang. Itu je” serius wajah Lisa menerangkan satu per satu perkara sebenarnya. Dia risau juga, takut-takut Eid salah faham. Biasalah manusia, bila cemburu menguasai diri, susah untuk mendengar penjelasan. Eid hanya senyap. Mukanya kosong saja. Bak kata orang, muka seposen. “Alaa Eid, you tak payah lah nak cemburu apa. Rugi saja kalau you nak marah I sebab benda kecik ni. Kita bincang benda lain lah jom”tenang kata Lisa. Dia tak mahu ikut sama marah atas cemburu buta Eid itu. Baginya, jika dia turut melenting, ibarat api bertemu api, bukan semakin reda, malah bahangnya makin panas. “Okay lah, this time I percaya pada you. You hati-hati, Adam tu bahaya sikit. Silap-silap, melepaslah I nanti.”balas Eid yang sedari tadi tidak bersuara. Lisa hanya tersenyum medengar amaran Eid. Dalam hatinya, dia agak hairan, kenapa Eid sanggup bercerita buruk mengenai abangnya sendiri. Eid seolah tak selesa apabila Adam menjadi topik bualan mereka. Namun saat hatinya penuh kebuntuan itu dibiarkan tergantung. Mulutnya berat untuk bertanya sebarang soalan berkenaan Adam. Siapakah Adam sebenarnya bagi Eid?

 

“Okay sayang, sebagai tanda I nak mintak maaf pada you, kita enjoy jom malam ni. I dah lama tak bermanja-manja dengan you.”bicara Eid sambil tangannya memaut tubuh Lisa dalam dakapannya. Lisa hanya mampu tersenyum. Tiada sebarang jawapan. Dia sendiri keliru, kenapa sejak kebelakangan ini, hatinya tidak berasa tenang setiap kali dia bersama buah hatinya ini. Kepalanya dia sandarkan pada dada Eid. Nafasnya dihela. Dia hanya membiarkan sahaja tangan Eid yang sedari tadi merangkul kemas tubuhnya dan bibir Eid yang tidak henti-henti mengucup kepalanya. Ditemani cahaya matahari yang kian terbenam menghangatkan lagi suasana romantik mereka berdua. Batas tetapan Ilahi tidak dipeduli. Semua kerana keindahan dunia yang mengaburi mata mereka. Astaghfirullah.

 

**********************************************

 

‘Hai Adam’ringkas sahaja sms yang diterimanya. Pesanan ringkas itu diterima oleh insan yang asing dalam data telefonnya. Dua perkataan itu membuatkan Adam tertanya-tanya. Siapalah gerangan pemilik nombor ini. Malam itu terasa begitu sunyi. Adam hanya duduk di tepi swimming pool sambil sebahagian kakinya dibiarkan berendam dalam kolam. Melihat air kolam yang berombak tenang dek kakinya yang bergerak-gerak, hatinya berasa tenang. Tiada apa yang difikirnya. Persoalan yang tadi timbul kian pudar. “Adam, kenapa duduk luar malam-malam ni?”kedengaran suara papanya yang sedang mengatur langkah kearahnya. Adam hanya memandang tenang wajah Dato’. Satu senyuman dipersembahkan di wajahnya. “Tak ada apa lah papa. Saja-saja je Adam nak lepak sini. Papa kenapa tak tidur lagi?”kini Dato’Azzam duduk disebalahnya sambil Dato’ meniru perbuatan Adam. “Papa pun saja-saja lah juga”jawab papanya sambil tertawa kecil. Adam turut tertawa mendengar jawapan papanya. “Papa rindu mama”sambung Dato’ Azzam lagi. Keriangan tadi terus terpadam. Adam turut senyap sambil memandang redup wajah papanya. Dato’ Azzam masih lagi tersenyum walaupun kali ini tiada tawa darinya. Melihat gelagat papanya, Adam keliru, kenapa dengan senyuman itu? Pasti papa sedang mengenangkan kenangan manisnya bersama mama. Adam kemudiannya mendongak kelangit. Matanya menyaksikan keindahan malam yang ditemani bulan penuh bersama bintang-bintang yang bertaburan. “Adam, Adam dah dua bulan dah habis belajar. Adam tak nak kerja ke? Jom lah kerja dengan papa. Nanti bila papa tiada, Adam pula ganti tempat papa.”semakin sayup mendengar kata-kata Dato’Azzam. Mata Adam kini memandang semula wajah papanya. Kata-kata papanya itu sedikit sebanyak terkesan dalam hatinya. Mampukah dia hidup tanpa papanya? “Pasal kerja pa, Adam okay je nak kerja dengan papa. In fact Adam lagi happy. But boleh tak Adam nak relax-relax lagi seminggu. Just a week pa, and I promise Adam akan masuk kerja lepas tu. Papa nak bagi Adam jawatan apa? CEO?”saja Adam ingin mengenakan papanya. Mendengar soalan Adam, berderai ketawa Dato’ Azzam. Mereka berdua tertawa. “CEO? Adam nak jadi CEO? Adam,Adam. Kita nak kerja ni, kena start dari bawah. Kalau tiba-tiba papa amik Adam jadi CEO, apa pula orang kata.”bicara Dato’ yang penhujungnya agak serius menasihati anaknya. Dia tahu Adam cuma bergurau, dan dia tahu Adam tidak berharap pun untuk terus memegang jawatan itu. Namun apa salahnya jika dia selitkan sedikit nasihat dalam gurau senda mereka. Adam hanya mengangguk faham sambil senyuman masih terukir diwajahnya.

 

Dato’ kembali pada realiti apabila telefonnya berdering. Segala memorinya bersama Adam yang sedari tadi melegar-legar di ruang fikirannya terpadam dalam sekelip mata. Tertera rangkaian nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin telefon. Segera panggilan itu dijawab. “Assalamualaikum Dato’. Aan, Aan, dia pengsan. Tiba-tiba sahaja dia jatuh dari tangga.”Limah, pembantu rumah Dato’ agak cemas menceritakan tentang Aan. Dia sendiri terkejut melihat Farhan terbaring di anak tangga. Anak yang kini berumur 11 tahun itu kelihatan sangat-sangat pucat. Limah perasan, sejak dua menjak ini, Aan sering tidak bermaya. Dia tidak mahu makan, sering muntah-muntah dan sering berkurung di dalam bilik. Dato’ juga tahu tentang keadaan Aan, namun, bagi insan bergelar papa itu, keadaan Adam lebih diutamakan. Aan sebenarnya sangat-sangat rindukan abangnya, Adam. Kebelakangan ini juga, dia sering menyebut-nyebut nama Adam sewaktu tidur. Ada juga Dato’membawanya melawat Adam, namun Aan hanya mendiamkan diri setiap kali berada di wad. Hanya air matanya mengalir. Perasaan rindu itu hanya terzahir oleh air matanya.  “So sekarang Aan dekat mana? Awak buat apa yang patut dulu, sekejap lagi saya sampai.”jawab Dato’. Perasaan bersalahnya mula timbul. Dia merasakan dia terlampau tumpu pada Adam sehinggakan dia terlupa tentang Aan. Bergegas dia meninggalkan wad. 

 

Sepanjang perjalanannya, fikirannya bercelaru. Wajah riang Aan bermain di fikirannya. Perasaan bersalah menebal dalam hatinya. Tidak henti-henti dia menyalahkan dirinya. Terdetik dalam hatinya, jika insan bernama Fauziah itu masih hidup, sudah tentu semuanya tidak seteruk ini. Kalau itu dan kalau ini. Mulalah syaitan mencampakkan semua kalau dalam fikirannya. Perkataan yang sering manusia terlupa, dengan perkataan itu lah, manusia bertindak seolah-olah tidak menerima takdir Allah. Qada’ dan Qadar Allah. Satu suratan yang harus manusia terima dengan hati yang lapang. Seteruk mana pun takdir yang ditulis buat kita, terimalah dengan hati yang redha dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Begitu juga sebaliknya, Seindah mana pun lukisan takdir kita, berpada-padalah dan bersyukurlah pada Allah. 

 

Maka dalam perjalanan itu, tertulis satu takdir. Takdir yang membawa Dato’ berpindah dari alam dunia. Kini roh dan jasad Dato’ tidak lagi bersatu. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sebuah lori telah menjadi asbab pemergian insan bernama Azzam. Gelaran Dato’ hanya berlegar di pentas dunia. Lori tersebut terbalik di hadapan beliau. Dato tidak mampu menyelamatkan keadaan. Keretanya hilang kawalan dan menghempas bahagian belakang lori. Mayat Azzam habis rentung akibat keretanya yang kebakaran. Tepat waktu maghrib, Azzam telah meninggalkan dunia. Hanya Api yang panas menemani kematiannya. 

 

“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Sayyid?”panggilan diterima oleh Eid. “Yes” “Encik, saya mohon maaf, tapi berat hati saya sampaikan, Dato’Azzam telah meninggal dunia dalam pukul 7.30 petang tadi.”mendatar saja suara wanita itu. Mungkin seorang doktor dari hospital. “Apa dia? Sekejap, boleh cik ulang sekali lagi tak? Saya keluar dari sini sebentar.”suasana bisng di club membuatkan Eid kurang jelas dengan apa yang diberitahu. “Dato’ Azzam, Dato’ telah meninggal dunia. Pihak kami ingin buat postmortem keatas mayat Dato’. Jika tiada apa masalah, Encik Sayyid boleh menuntut mayat malam ini”sekali lagi, mendatar sahaja penerangannya. Eid tergamam. Terkunci mulutnya. Sekelip mata dia diselimuti perasaan sayup. Panggilan itu dimatikan. Terduduk Eid di sebelah keretanya. Matanya masih terbeliak. Pandangannya yang tadi jelas kian berkaca. “Papa.” berderai tangisannya. 



Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
0
0 Penilai

Info penulis

Anak bahagia

Assalamualaikum. Saya mempunyai impian untuk menjadi penulis. Satu ketika dulu, impian saya ni padam, Tetapi insyaAllah saya akan mulakan semula jejak impian saya ini dan berdakwah ke jalan Allah. InsyaAllah. 
Paansaadon | Jadikan Paansaadon rakan anda | Hantar Mesej kepada Paansaadon

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog